“Aileen.. kenapa..?”
Serentak Anas dan Iwal memandang Nazeem yang memaparkan reaksi tidak faham itu.
“kau tak tahu ke?”
Pantas Nazeem menggeleng.
“Zeem, kau sekelas dengan Aileen kot.. takkan kau taktahu..?”
“Der, aku mana masuk kelas… aku bertugas kot… masa semua dah balik, baru aku masuk kelas kemas barang semua… apa dah jadi..? tangan Aileen kenapa..?”
“budak tu ada latihan lompat tinggi tadi…” ujar Anas. “pastu entah cemana celah mana entah datang plastik roti pastu si Aileen terpijak sebab rumput basah pastu satu hal kasut dia tu sebenarnya dah haus, dari haritu suruh beli baru tapi taknak, degil!” sambung Anas lagi, geram dengan sikap degil Aileen.
“pastu si Leen ni pun satu hal la… dia pergi main lompat tinggi tak bukak kasut…. Ape ke bijak sangat budak ni..” tambah Iwal pula.
Nazeem terdiam.
Kedengaran deruman enjin kereta memasuki perkarangan rumah Anas. Pantas ketiga-tiga mereka memandang keluar sliding door yang terbuka luas itu. Rupanya kereta Encik Othman.
“oh, diorang dah balik..” pantas Anas bangun dan berlari ke arahh pintu lalu pintu dikuak seluasnya. Kelihatan Encik Othman, Puan Faridah dan Aileen sedang berjalan ke arahnya. “hah bu, cemana? Retak ke terseliuh je?”
“bengkak je.. Alhamdulillah tak teruk sangat.” Ujar Puan Faridah.
Anas menarik nafas lega. “eh, tapi Leen sekolah cam biasa la kan, bu?” soal Anas.
“cuti 2 hari…”
Pantas Anas memandang Encik Othman. “2 hari..? eh bestnyaaaaa!”
“memang best pun! Nanti aku boleh habiskan semua jajan…!” ujar Aileen sambil tersengih lalu dia berjalan melepasi Anas dan matanya menangkap Iwal dan Nazeem yang duduk di sofa berhadapan dengan sliding door rumahnya. “korang pun ada..?”
“eh! Mana boleh!! Alaaaa mana aciii!!!! Nak cuti jugakkk!”
Aileen hanya mengendahkan Anas yang merengek seperti budak kecil tersebut.
Pantas Iwal mendapatkan Aileen. “Leen! Cemana tangan? Okay?”
“okay je… bengkak sikit tapi doktor suruh aku cuti 2 hariii yeayy! Jangan jealous..” Aileen tersengih kepada Iwal.
Iwal mencebik. “alaa bestnyaaaaa!”
“cuti 2 hari..?”
Pantas Aileen menjenguk Nazeem yang berdiri tidak jauh dari Iwal tersebut. “yup, 2 hari.. oh! Nazeem nanti roger-roger tau pasal homework..” pesan Aileen sambil tersenyum.
Nazeem tersenyum nipis. “alright! Takdehal laa!”
“Cantekkk!” Aileen membuat thumbs up kepada Nazeem sebelum Aileen perasan mereka ada satu projek sedang diusahakan. “korang… ada projek eh?”
“memang ada pun…” jawab Anas lalu merangkul leher Aileen. Aileen hanya menjulingkan mata ke atas. “nak join tak, Leen?”
Aileen memandang Anas dan mata bersinar-sinar, selalunya kalau Aileen mahu turut serta cepat sahaja Anas membangkang tetapi kali ini lain pula. “nakkk! Nakk!”
“eh, takpe ke Leen join sekali..?”
“alaa, takpe la… lagipun dia sakit kan? Kalau orang sakit kita kena la layan dia bebaik… baru cepat sembuh, tak gitu?” soal Anas kepada Aileen.
“hah betulll!”
“dah jom start!”
“Anas..”
Pantas Anas memandang belakang. Rupanya Puan Faridah. “ya, bu?”
“nak ibu buatkan spaghetti carbonara tak?”
Bersinar-sinar mata Iwal apabila Puan Faridah iaitu maklong nya menawarkan diri untuk membuat spaghetti untuk mereka. “NAK, MAKLONGG! NAKKK!”
“pasal makan nombor satu.. tapi bila belajar nombor terakhir…” sindir Aileen tetapi dapat didengari oleh Nazeem.
“Iwal kan? Mestilah makanan priority dia, awek cun lalu sebelah pun takkan perasan punya lah…”
Aileen tidak dapat menahan tawanya lalu dia ketawa dengan kata-kata Nazeem.
“betul sangatt!”
“I told you..”
“susah ni kalau ada awek, bila makanan depan mata entah-entah awek pun lupa.” Sindir Aileen lagi.
Ketawa Nazeem pecah. “ini lagi win!”
“biasalah, ni Aileen Aiman la…”
“kau hengat aku tak dengar korang kutuk aku?”
Pantas Aileen dan Nazeem membuat wajah tidak bersalah dan mengundang perasaan geram terhadap Iwal. “dedua sama je! Elok la sangat!” pantas Iwal berlari ke dapur untuk mendapatkan Puan Faridah. “Maklong..! nak tolong!”
“Nas, kau tengok budak tu… dia pergi tolong ibu kau…” adu Nazeem kepada Anas yang sudah pun duduk di atas sofa sambil mata memandang skrin laptop. “hah mula la tu palau orang…”
“Anas memang macam tu.. hmm jom la tengok dia buat apa..”
“okay, jomm..”
Sebaik sahaja Aileen dan Nazeem melabuhkan punggung di sebelah kiri dan kanan Anas. Aileen terus menanyakan soalan kepada Anas. “Nas, kau nak buat flashmob kan?”
Membulat mata Anas dan Nazeem. “mana kau tahu ni, Leen?” soal Anas.
Aileen tersengih. “haritu aku masuk bilik kau sebab nak pinjam charger phone… charger phone aku takleh masuk, sebab tu aku pinjam kau punya.. hah, pastu aku nampak laptop kau terbukak… aku usha la kejap, rupanya kau tengok youtube pasal cemana nak menari flashmob en?” cerita Aileen kepada Anas dan Nazeem.
“ooh! Patut lah aku cari charger aku tak jumpaa! Rupanya kau yang amik?!”
Aileen tersengih. “jangan la marah.. tapi aku dah pulangkan balik, kan?”
“ha’ah, memang la pulangkan balik.. tapi masa aku tengah cari baru kau kasi balik kan?”
“alaaa benda dah jadi pun! Hmm, korang taknak buat cam gimik dulu ke sebelum flashmob..?”
“gimik?” soal Nazeem.
Pantas Aileen mengangguk. “ya gimik.. macam tiba-tiba korang gaduh ke or korang tiba-tiba lari ke… ataupun! Yang ada awek tiba-tiba tarik.. no I mean, macam tiba tiba kasi phone ke or speaker yang wireless connect terus kat laptop ke kan kat awek dia… hah camtu la gimik…” cadang Aileen kepada Anas dan Nazeem.
“yang ada awek tu sounds good la…”
“aku pun rasa…”
Anas dan Nazeem berpandangan.
“tapi… geng kita siapa je dah ada awek… si Ayai baru je break…”
Aileen tersentak. Ayai dan Zaida baru je break up..?
“hmmm hahhh! Apa kata kau dengan Aileen jelah! Senang cerita! Lagipun ramai tak tahu yang korang kembar kan, kan?” cadang Nazeem kepada Anas dan Aileen. “nak tak? Nak tak?”
Anas memandang Aileen. “Leen.. kau nak tak..?”
Aileen tersentak. “hah?”
“laa kau termenung apasal?”
“apa tadi..?”
“aku tanya kau nak tapi untuk gimik jelah…”
Aileen berfikir sejenak. “on je!”
“cantikk!”
“so kira Aileen join la kan..?”
Anas mengangguk lalu dia tersenyum penuh makna dan otaknya merancang pelbagai plan untuk Hari Sukan nanti.
Share this novel