“Tak guna!!! Kau permainkan aku Rayqal..Argghhhhh!!” Habis semua barang yang dibiliknya dilempar..puan Sal yg terkejut akan bunyi bising di bilik anaknya dia terus ke bilik itu dan mendapati Tania sudah membaling semua barang barangnya..
“Sayang..anak mama..kenapa ni..kenapa jadi sampai mcm ni..”
“Rayqal ma..dia buat Tania jadi macam ni..2tahun maa..2tahun Tania kejar dia tapi dia kahwin dengan perempuan kampung tu ma!!” Tania sudah meraung menangis akan nasibnya
“Kan ramai lagi lelaki yang nak kat Tania..kenapa mesti Rayqal tu jugak yang Tania nak..”
“Tania taknak orang lain maa..dulu Tania reject dia..Tania bodoh masa tu tak nampak dia..Tania cuma nak sakitkan hati dia je..tapi sekejap je dia boleh berubah hati maa..Tania nak merasa bahagia kahwin dengan dia ma..”
“Ye sayang mama tahu..tapi dia kan dah kahwin.Tania move on ya sayang..kawan kawan mama ramai nak meminang Tania..”
“No mama..i want him!! I want IRSYAQ RAYQAL mama do you understand..”
Sedang puan Sal mengutip barang barang anaknya, Tania sudah menoreh tangannya dan banyak keluar dari tangannya itu..
“TANIAAAA!!!”
“Maafkan Tania maa..I want him..only him..”
“Ye sayang mama akan cuba pujuk Rayqal nanti ya..jangan tinggalkan mama sayang..”
Lalu En Faizal mengangkat Tania untuk bawa ke hospital..tidak sanggup dia melihat anaknya itu sanggup membunuh diri demi cinta..
“Apa jadi ni Sal.”
“Nanti Sal cerita panjang ya bang..Tania lagi penting”
“Baiklah..”
En Faizal dan Puan Sal sudah mundar mandir di ruang legar hospital menunggu keputusan doktor tentang anaknya..
Pn Sal telah menceritakan semuanya pada suaminya..
“Abang akan cuba berjumpa dengan Kamarul..kita tidak boleh biarkan anak kita jadi lebih teruk lagi sal..apa lagi yang dia akan buat di luar kawalan kita”
“Baiklah bang..dia sahaja anak yang kita ada..dulu Haqim meninggalkan kita sekarang saya tidak mahu lagi kehilangan anak saya bang..”
“Abang akan usahakan sal..” Sambil memeluk isterinya, En Faizal ligat memikirkan tentang bagaimana dia mahu berjumpa Kamarul.
“Alhamdulillah anak puan selamat..cuma boleh saya tahu kenapa dia berbuat demikian?”
“Alhamdulillah doktor terima kasih..dia stress doktor..putus cinta” jawab Puan Sal
“Okay buat masa sekarang dia masih lagi belum sedarkan diri..bila bila masa sahaja dia akan sedar jadi..saya nak ingatkan sokongan encik/puan amatlah diperlukan ketika ini..dia tidak boleh stress”
“Baik doktor terima kasih..”
Doktor Aida juga berlalu pergi...
En Faizal & Puan Sal amat bersyukur anaknya masih hidup..
Puan Sal sudah tertidur di kerusi di sebelah Tania..En Faizal mengambil kesempatan untuk menenangkan diri..
Telefon nya dilihat..dan dia mencari contact list.. no En Kamarul didailnya..
“Hello”
“Assalamualaikum..ni aku Faizal..”
“Haa Faizal..apa khabar..kenapa kamu call ni..dah malam dah ni..”
“Ada hal sikit nak bincang..”
“Hal? Kalau pasal kerja.esok lusa boleh call”
“Takk.ni hal hidup dan mati..”
“Kenapa macam serious je kamu ni..baiklah bila dan dimana?” Soal En Kamarul, terbit rasa kerisauan dihatinya
“Esok, pukul 3 di cafe syarikat”
“Baik jumpa esok.”
Panggilan dimatikan..dia perlu menjelaskan apa yang terjadi kepada anaknya..ini adalah kerana Irsyad Rayqal..
Di rumah Irsyad..
“Woi cepat sikit siap kau ni..nak pergi supermarket je pun..”
“Ish kan aku solat tadi..buta ke..”
“Haa kau cakap suami kau buta..cakap lagi..aku nak dengar cakap..” Irsyad sudah merapatkan telinga nya ke muka Ellya
“BUTA” Ellya menjerit di telinga Irsyad..
“Tak guna..kau meh sini.haa nak kena ni..” mereka berlarian di sekitar rumah..
Sedang mereka berlarian Ellya menghempaskan dirinya di atas badan Irsyad..pada awalnya hanya untuk bergurau tetapi lain pula yang jadi apabila bibir mereka bertemu..tergamam Ellya & Irsyad.
“Ehhhh bangun bangun..berat lah kau ni..”
Irsyad yang mematikan sunyi sepi di biliknya kini bersuara
“Hmm sorry lah tak sengaja..”
“Apa kau cakap? Tak dengar? Ulang balik?”
“Sorry..”
“Oppppss! Ada orang cakap sorry so means now aku 1-0 dengan kau.. nampak dah tanda tanda kekalahan Puan Ellya”
“Ehhhh siapa cakap aku kalah..maaf tanda sopan menghormati bukan tanda kekalahan..!! Mana acii”
“Wekkkk!! Kalah..dah kalah tu kalah jelah aku dh boleh fikir dah reward apa aku nak tuntut kat kau nanti” Mata Irsyad sengaja dikecilkan kepada badan Ellya.
Ellya sudah menutup badannya kerana malu akan tenungan Irsyad
“Apa nii!! Dahla nak siap lahh”
“Kalah kalah kalah” Irsyad masih lagi mengejek Ellya di luar pintu bilik air..
Di dalam kereta mereka hanya ditemani bunyi lagu..
Satu per satu lagu Ellya turut menyanyi..Irsyad yang hanya menjadi penonton hanya mendengar suara Ellya yang sumbang itu..
I'm just lookin' for some real friends
All they ever do is let me down
Every time I let somebody in
Then I find out what they're all about
I'm just lookin' for some real friends
Wonder where they're all hidin' out
I'm just lookin' for some real friends
Gotta get up out of this town
Oh, oh
Oh, ah
“Wuuuuuu~” sengaja Ellya menguatkan suaranya agar menambah berang Irsyad..
“Woi! Kau ni nyanyi ke apa..macam suara katak dah aku dengar..”
“Sedap apa suara aku..alahh..”
“Ahhh dah dah boleh bernanah tahi telinga aku dengar kau nyanyi ni..diam lah..hilang fokus aku”
“Hilang fokus sebab aku kan..” Ellya sudah memberanikan dirinya merapati lengan Irsyad..diurut sedikit lengan Irsyad yang tegap..
Irsyad sudah tidak keruan..
‘Jangan lah goda aku time macam ni El..aku tak kuat..’ desis hatinya namun luaran masih berlagak biasa supaya Ellya tidak perasan..
Tetapi Irsyad tewas, Ellya terlebih dahulu perasan akan merah muka Irsyad menahan godaannya..
Tersenyum Ellya..
Sampai mereka di pasar raya.. Ellya sudah pantas memilih barang basah, ikan, ayam, udang pelbagai masakan bermain di minda nya untuk dimasak..
“Syad..”
“Hmm..”
“Boleh tak kalau..”
“Kalau apa..kalau kita tak guna kau aku..”
“Kenapa pulak..kan dah biasa..”
Ellya masih meneruskan permainan godaannyaa.. dia cuba merangkul lengan milik Irsyad..
“Alaa..kan kita dah kahwin..orang lain semua panggil abang ke, saya awak pun dah okay..”
Irsyad masih menolak troli tak mahu dilihat oleh Ellya.
“Hmm yelah.. aku cuba”
“Yayyy thank you suami”
CHUPPP! Hadiah ciuman di pipi oleh Ellya
Tergamam Irsyad dibuatnya..
Irsyad lalu merangkul pinggang Ellya..
“Eh kenapa ni..saya nak pilih ni..susah lah awak..”
“Tak sabar nak balik rumah..hehe” Rengek Irsyad
“Kenapa pulak..”
“Nak manja dengan awak..”
Ellya yang dengar terus menepuk tangan lalu berkata
“Yayyyyy 1-1 kemenangan berpihak kepada kita dua ya Tuan Irsyad..”
“Tak guna..kau mainkan aku..”
“Siapa suruh awak cepat tergoda”
“Dah kau isteri aku..mestilah tergoda..”
“Aippp! Tadi kan nak guna awak saya kan..mana awak saya nya..”
“Hmm yelahh..ingatkan yang tu pun kau main main tentang panggilan tu”
“Saya tak pernah main main dengan awak..” Ellya merapatkan mukanya di depan Irsyad..
‘Jangan Ellya..jangan..
Kang ada yang masuk peti ais ni kang sebab dah cair terukk’
Share this novel