BAB 1

Romance Completed 1322

“Azhamuddin Sulaiman !!” tersentak aku dari lamunan bila nama aku dipanggil pembantu klinik.

“Iye, saya.” spontan aku menyahut. Siap angkat tangan lagi. Perlahan-lahan aku pandang sekeliling bila perasan semua mata yang ada dalam klinik tu memandang ke arah aku. Aku tayang sengeh tak menjadi. Perlahan-lahan tangan aku turunkan.

Dengan muka serba tak kena aku bangun . Makcik yang duduk disebelah, aku hadiahkan senyuman yang kurang menjadi. Niat kononnya nak tunjuk yang aku ni tak sombong. Muka pun aku sweetkan sehabis mungkin.

Nampak aje muka comel aku, makcik tu angguk dan membalas senyuman aku. Dengan agak macho bagai model aku menapak ke kaunter ubat. Tapi entah macam mana, kaki aku tersadung kaki sorang budak ni. Tersungkur pulak aku kat situ. Adoii!!

Sekali lagi aku menjadi tumpuan. Entah muka gaya mana lagi aku nak tunjuk. Last-last aku buat muka blurr poyo. Sehabis kontrol macho plus muka tembok , perlahan-lahan aku bangun. Aku perkemaskan rambut ke belakang dan berdehem dua tiga kali bagi menghilang rasa malu.

Aku mendekati kaunter tempat ambil ubat.Aku jengah sikit ke dalam. Pembantu klinik yang cantik molek tu menghadiahkan aku sebuah senyum yang sweet. Ye sweet sangat, aku tak tipu. Aku dengan seberapa daya dan ikhlasnya membalas senyuman tu.

Selesai membayar bil, aku berjalan keluar. Kepala aku berdenyut-denyut tanpa henti. Tambah lagi bila terkena pancaran matahari. Makin menjadi-jadi denyutnya. Tapi bila difikirkan balik, kenapa aku nak mengeluh hanya kerana sakit yang sedikit ni. Masih ada yang lebih menderita sakit kat luar sana.

Motor yang aku parkir pada tempat yang dikhaskan, aku hampiri. Sebaik kaki melangkah naik atas motor, telefon aku berbunyi.

“Huh! Sapa pulak yang telefon ni?” poket seluar aku seluk. Telefon yang masih berbunyi aku tatap. ‘Dia ni nak apa?’ aku bersungut dalam hati. Walau berat hati, aku tetap menjawab panggilan tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience