Bab 92

Romance Completed 207871

"Sayang, dah siap ke?" soal Caden yang baru masuk ke dalam bilik tidur. Tadi Caden ke bawah, membuat pemeriksaan akhir pada kenderaan, petang semalam selepas makan di gazebo, sudah dibuat pemeriksaan dan pagi ini, sekali lagi diperiksa. Mahu berjalan jauh kata orang, bimbang juga.

Intan waktu itu berdiri di hadapan cermin besar menoleh pandang pada Caden yang melangkah masuk. Amboi.. segaknya, suami siapa la ni.. dengan tactical pant, t-shirt berkolar siap cap lagi. Ni siapa yang nak latihan tembak sebenarnya ni.. Intan pula memakai pakaian wajib iaitu seluar uniform operasi, t-shirt CID IPK dan tudung blue navy.

"Sayang.. dah siap ke?" soal Caden semula.

"Oh.. dah-dah" balas Intan laju.

"Kalau macam tu kita gerak sekaranglah, takut lewat pulak nanti" ajak Caden lalu beg galas Intan yang berada di atas katil dicapai. Intan pula terus melangkah keluar dari bilik dan diikuti Caden.

"Beg dengan makanan abang dah ambikkan?" soal Intan sewaktu menuruni tangga.

"Dah, semua dah siap, tunggu tuan puteri ni ha, lambat bersiapnya" gurau Caden. Muncung bibir Intan bila Caden usik begitu. Perempuankan.. biasa la tu lambat sikit siapnya. Lelaki tak apa lah, main sarung je baju dengan seluar.

Sebaik kaki melangkah ke pintu Intan menegur.

"Kita berdua je?" soal Intan bila dilihat kereta Audi Caden sudah siap terpaking di depan pintu. Biasanya kereta lain.

"Kita berdua je la. Kenapa?" soal Caden sambil melabuhkan duduk pada kerusi di tepi pintu untuk memakai kasut. Hm.. kasut tactical jugak.. sakan.

"Tak.. abang boleh ke pandu jauh-jauh. Baru nak sihatkan" balas Intan bimbang sambil bangun dari kerusi di sisi Caden.

"In sha Allah.. boleh, kalau abang penat, sayangkan ada boleh picitkan" balas Caden sambil mata kanan dikenyit.

"Ish! orang betul-betul, dia main-main pulak" marah Intan.

"Dah.. Don't worry okay. Jom" ajak Caden lalu pintu ditutup rapat, begitu juga pintu grill. Walaupun rumahnya ada security tapi pintu rumah tetap perlu ditutup rapat dan dikunci juga.

Caden melangkah masuk ke bahagian pemandu manakala Intan ke sebelah penumpang hadapan. Makanan di dalam bekas tadi diletakkan di seat penumpang belakang. Caden memulakan pemanduan dengan bismillah.

Sebaik melalui pondok pengawal, Caden memanggil security yang bertugas dan memberi pesanan supaya jangan benarkan sesiapa juga masuk sepanjang ketiadaannya kecuali Kak Sal dan Abang Budin. Bimbang juga, kalau tidak dipesan, lupa pula.

"Abang, lupa nak tanya. Nanti kita nak bermalam di mana?" soal Intan pada Caden yang tenang memandu. Waktu itu matahari sudah mula menampakkan wajah, terbias cahaya di wajah Caden. Uih, apa lain macam handsome ni.. ralit Intan memerhatikan wajah Caden.

"Hey, apa yang asyik sangat tu. Dengar tak apa abang cakap?" soal Caden lalu memandang sekilas pada Intan.

"Ah, abang cakap apa?" soal Intan kembali.

"Abang cakap lepas latihan tembak nanti kita ke Janda Baik, dalam empat puluh ke empat puluh lima minit dari Lapang Sasar IPD Bentong ni. Ingat tak abang ada pernah bagitahu yang papa ada beberapa resort selain dari hotel?" soal Caden pada Intan yang dari tadi ralit memandangnya. Dengar ke tak ni.. tak pasal-pasal cakap sorang lagi nanti.

"Papa ada resort kat Janda Baik?" soal Intan.

"Hm.. nasib baik dengar, kalau tak, memang nak kena kiss juga sayang ni" balas Caden. Tanpa amaran, bibir Intan sudah melekap di pipi Caden. Terperanjat sekejap. Intan di sebelah sudah ketawa. Bulat mata Caden menoleh pandang pada Intan.

"Apa? kata nak kiss, tu sayang bagi kiss la" usik Intan.

"Sayang.. abang tengah drive ni, jangan macam-macam. Nanti tak sampai lapang sasar, terus pergi resort je" usik Caden pula.

"Ala.. jangan la, sayang nak ambik ujian kelayakan tembak ni.." balas Intan sambil bibir sengaja dimuncungkan pada wajah Caden. Ish, kau saja kan Intan, cari pasal.

"Apa nama tempat yang kita nak pergi nanti?" soal Intan, teruja dia. Ala honeymoon gitu.

"Mewangi Hot Springs" balas Caden.

"Ada kolam air panas ke?" soal Intan lagi. Caden hanya mengangguk.

"Macam best je.. tak sabar rasa.." balas Intan, besar senyumnya.

Hampir satu jam memandu, Intan terasa lapar. Berbunyi perutnya.

"Sayang lapar ke? makan la sandwic tu dulu buat alas perut. Air panas pun ada bawa tadikan. Nak abang berhenti kat mana-mana ke?" soal Caden.

"Tak payah la rasanya" kata Intan lalu memusing ke belakang dan mengambil bekas yang mengandungi sandwic dari bakul. Bekas makanan dibuka dan diambil sandwic lalu disuapkan pada Caden.

"Abang pun makan la, sayang suapkan" kata Intan. Perlahan Caden menggigit sandwic tuna buatan Intan. Sandwic dipotong kepada empat bahagian, lebih mudah untuk di makan. Kemudian disuap pula pada diri sendiri. Sedap juga makan kongsi-kongsi macam ni, tak sedar sudah separuh bekas sandwic dimakan. Air mineral diteguk perlahan kemudian diserah pada Intan dan tisu diambil lalu dikesat bibir Caden yang basah dengan air.

"Thanks sayang" ucap Caden. Intan yang waktu itu sedang minum air panas yang dibawa hanya tersenyum pada Caden yang sedang memandu. Setelah bekas makanan dan air disimpan di dalam bakul di seat belakang, Intan kembali duduk selesa di tempatnya.

"Dah okay sikit perut tu? ke lapar lagi. Kalau nak, abang boleh berhenti di RNR, sempat lagi ni" soal Caden. Bimbang pula Intan masih lapar.

"Eh, tak payah la, sayang dah kenyang. Makan banyak-banyak nanti takut nanti mengah pulak" balas Intan sambil kepala direhatkan pada bahu Caden dan tangan memaut lengan kiri Caden. Tangan kiri Caden naik mengusap pipi Intan.

"Kalau sayang mengantuk, tidur lah. Dah sampai nanti abang kejut" kata Caden sambil jemarinya masih lagi mengusap pipi Intan. Bagai dibelai-belai mata Intan, perut sudah kenyang, mata pun semakin kecil.

Tidak lama Intan dan Caden sampai di Lapang Sasar IPD Bentong. Kereta di parking agak hampir dengan tempat berkumpul. Tidak mahu Intan berjalan jauh.

"Sayang.. sayang.." Caden mengejut Intan sambil pipi diusap.

"Sayang.. dah sampai ni. Dah ramai yang berkumpul tu" kejut Caden lagi, kali ini lengan Intan ditepuk perlahan. Terkelip-kelip mata Intan apabila menyedari kereta telah berhenti bergerak. Laju dia tegakkan tubuh dan menggosok mata yang kelabu.

"Sorry abang, tak dengar" balas Intan.

"Dah, siap cepat. Tengok dah ramai yang berbaris tu" kata Caden sambil memandang ke luar.

"Okay.. okay. Sayang pergi dulu tau. Kalau abang nak pergi mana-mana, abang pergi la, dah siap nanti sayang call" pesan Intan lalu tangan Caden dicapai dan kekura tangan dicium.

"It's okay, abang tunggu sayang di sini saja" balas Caden lalu dilabuhkan ciuman pada dahi Intan. Tudung Intan yang senget dibetulkan agar terletak elok.

"Good luck sayang" kata Caden lagi. Intan kemudian membuka pintu kereta dan melangkah laju menuju ke meja pendaftaran dan terus ke tempat berhimpun.

"Intan!" ada suara yang memanggil. Kepala ditoleh.

"Shira.. kau datang dengan siapa?" soal Intan. Tak sangka Shira juga datang latihan pada hari ini.

"Aku datang soranglah.. bukan macam kau, suami teman" usik Shira. Senyum bangga Intan.

"Kenapa tak ajak Caden datang lepak sini?" soal Shira.

"Ish, kau ni. Kalau dia pegawai atau anggota tak apa la. Dia orang awamkan." balas Intan. Sengaja Shira cadangkan begitu, bukan apa kalau Caden datang duduk di tempat menunggu ni dapat juga yang lain-lain cuci mata. Handsome kot. hihihi..

"Eh, kau detail berapa?" soal Intan lagi. Senarai nama yang ada di depan diperhati.

"Kita sama la detail tiga cuma aku sasaran dua, kau sasaran lima" kata Shira sambil menunjukkan namanya dan nama Intan.

"Belum lagi ni, jom lah duduk dulu" ajak Shira pada Intan.

"Lepas latihan ni kau balik terus ke?" soal Intan pada Shira sebaik duduk dilabuhkan pada kerusi panjang yang ada.

"Balik la, nak buat apa lagi. Kau lain la, boleh dating dengan Caden" usik Shira sambil bahu Intan ditolak dengan bahunya.

"Pandailah kau.." jawab Intan tapi dalam hati mengiyakan.

'Detail tiga sila ambil senjatapi dan peluru'

Suara JL memberi arahan. Intan dan Shira pantas bangun lalu menuju ke tempat senjatapi dan peluru. Setelah senjatapi dan magazin diambil, Intan dan Shira menunggu giliran untuk tembak. Berdentum-dentum bunyi tembakan.

Kali ni ada tiga jenis senjata yang digunakan iaitu pistol terdiri daripada Revolver.38, Baretta, Walter P99, boleh pilih mana-mana yang sesuai tetapi dalam banyak-banyak hanya Rev.38 bukan automatik. Kedua pula HKMP5 dan ketiga HK11. HK11 tak wajib tapi bagi yang nak mencuba bagaimana rasa sentakkan senjata berat tu bolehlah, jangan salah teknik sudah, mahu lebam bahu kena sentakkan butt. Bagi Intan dan Shira P99 pun sudah cukup.

'Detail tiga masuk!' arah JL.

Pelindung teliga diambil, sejatapi siap tersarung pada hoster manakala magazin pula sudah disimpan pada pouches. Kali ini tembakan bagi pistol adalah Tembak Taktikal yang mempunyai empat cara tembakan dilepaskan. Statik, bergerak ke hadapan, tembak sisi dan melutut. Setiap sasaran hanya lima peluru. Moga-moga skill masih ada. Kalau tidak, parah..

Intan dan Shira menuju ke lapang sasar dan bersedia di tempat masing-masing sambil menunggu arahan dari JL yang bertugas. JL memberi penerangan ringkas sebelum latihan tembak dimulakan. Tidak mahu ada nyawa yang melayang kerana peluru yang digunakan adalah peluru sebenar.

"Kedudukan statik, sasaran hadapan, isi peluru, jalankan tembak" arahan telah diberi dan

Bang bang bang

"Kedudukan mara ke hadapan dengan kiraan, sasaran hadapan, jalankan tembak"

Bang bang bang

Magazin yang kosong ditukar pada yang penuh. Satu kelopak hanya diisi sepuluh butir sahaja.

"Kududukan tembak sisi, sasaran hadapan, isi peluru, jalankan tembak" senjata dilocok

Bang bang bang

"Kedudukan akhir, melutut, sasaran hadapan, jalankan tembak"

Bang bang bang

"Kosongkan senjata dan keluar baris" arahan akhir JL berikan.

Senjata dilocok beberapa kali bagi memastikan tiada peluru di dalam chamber. Picu ditarik dan senjata dalam kunci selamat. Kesemua penembak mara ke hadapan mengambil kertas sasaran masing-masing. Shira laju datang ke arah Intan setelah sasarannya diambil.

"Amboi kau, berlubang sasaran, satu pun tak tinggal, gini gaya memang lulus dengan cemerlang la ujian kelayakan kau.." kata Shira sambil berjalan menuju ke meja daftar.

"Uih, Puan. Sekali tengok pun dah tau. Lulus dengan cemerlang" kata SM Zainol, penyelia Lapang Sasar.

"Alhamdulillah.. saya memang harap sangat untuk lulus" kata Intan lalu meletakkan kertas sasaran setelah butiran pangkat dan nama dicatit. Manakala senjatapi, magazin dan pelindung telinga diserah di kiri meja.

'Mana-mana pegawai dan anggota yang selesai tembak, sila berbaris di tempat berhimpun untuk angkat sumpah'

"Eh, jomlah. Pegawai Lapang Sasar dah panggil tu" ajak Intan pada Shira.

"Laju je kau kan, tau la suami tercinta setia menanti" usik Shira.

Sebaik angkat sumpah selesai, Intan dan Shira melangkah keluar dari Lapang Sasar, Shira menuju ke kenderaannya manakala Intan ke arah Caden yang dilihat sudah terlena dengan cap menutup wajah. Alolo.. kesiannya, mesti boring, mengantuk dan penat sama la ni.

Perlahan pintu kereta dibuka dan Intan melolos masuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience