Hari ini Nia keluar dari mansion mertuanya lebih awal kerana tidak mahu bertembung dengan Darin.
Dia sendiri pun tidak tahu kenapa sudah dua malam suaminya itu suka bermalam di situ sedangkan sebelum ini dia lebih suka tinggal di rumahnya sendiri.
"ehem...ehem" deheman dari belakang menghentikan langkahnya.
Dia menelan siliva menoleh perlahan dan memaksa senyum.
"Tuan Darin Ashraf.", ujarnya dengan nada terkejut seolah tercekik biji rambutan .
" awal nak lari...jumpa husband ker?" perli Darin.
", hihi...ya...husband ...husband ..." Nia menggulingkan mata bulatnya.
Nia kembali membalikkan badan.
" bermula hari ini abang yang akan hantar Calis" ujar Darin.
Nia menghembus nafas yang tiba tiba terasa sesak dalam dadanya.
" sejak bila pula,dia jadi prihatin dengan aku hah?" fikir Nia.
Tanpa memperdulikan kata kata Darin,Nia terus melangkah menuju ke meja makan.
Niat hati nak keluar awal terbantut dengan tiba tiba.
Darin sembunyi senyum melihat tingkah isterinya terdiam dan menjeling ke arahnya.
" bik...bagi saya roti jer..tak ada selera nak makan" ujar Nia sambil melirik ke arah Darin yang sudah pun duduk di depannya.
" makan bagi banyak...bagi berisi sikit" ujar Darin datar.
" kalau berisi pun bukan ada orang nak peluk...bukan kata peluk,pandang pun tak" balas Nia dan Darin terkedu
Andi yang juga duduk di sebelahnya tergelak kecil.
Darin menyiku Andi marah dengan ucapan dari Nia tadi.
" Andi kau kenapa,puas hidup?"
", tak bos..saya nak hidup lagi..nak juga rasa peluk bini" ujar Andi dan menutup mulutnya.
"selamat pagi sayang", ucap Puan Sri Dahlia bila sampai di meja makan dan seperti selalu mencium lembut kepala menantunya itu
"pagi ma,pa" balas Nia ramah.
"ni awal awal dah kecoh kenapa?",soal Tan Sri Darwin dan meabuhkan diri di sebelah isterinya.
Nia hanya mengungkit bahu dan mencebik dan Darin dari tadi lagi menatap Nia.
", Ash..papa tanya buat kali terakhir benar kau akan teruskan perkahwinan dengan Syakila", tanya Tan Sri tegas.
Nia hanya mampu mendengar saat ini,kerana dia tahu suaminya tidak akan berganjak dengan keputusannya.
Puan Sri Dahlia memandang ke arah menantunya itu yang tadi menunduk dan menguis makanan yang berada di dalam pinggan.
Nia bangun dan cuba berlalu pergi.
" duduk!! arah Darin tegas membuatkan semua yang ada terpaksa menoleh ke arah Nia yang sudah mengangkat beg nya.
" sudah lewat ...Calis nak ke kampus" ujar Nia.
" kan tadi abang dah cakap,tak jelas lagi?"
dia menekan suara.
Nia kembali duduk kerana tidak mahu menganggap isteri derhaka.
". ya papa,Ash tetap dengan keputusan ini " jawab Darin dan memandang ke arah Nia yang memalingkan muka ke arah lain.
" terpulanglah pada kamu,papa tak mampu lagi nak halang kalau Nia pun dah bagi izin" Tanya Sri tahu walaupun di larang sekalipun pasti anaknya itu tidak akan mendengar.
Dia juga tahu sejauhmana hubungan anaknya dengan Syakila sejak dua tahun yang lalu.
Cuma dia saja buat tak nampak dan tidak ambil peduli dan tetap memaksa anaknya berkahwin dengan anak sahabatnya itu.
Nia gadis yang baik dan tidak pernah membantah ,tetapi kenapa harus terima nasib sebegini.
Dia memandang ke arah wajah menantu kecilnya itu dengan hiba,bagaimana nanti nasib Nia jika Darin bernikah dengan Syakila.
'"baiklah...cuma papa nak kau janji satu perkara"
'apa pa"
"tolong jangan tinggalkan Nia...dia adalah amanah arwah datuk Nazrin dan Datin Norina,papa tak nak kau sia siakan hidup dia...dia hanya ada kita"
Nia mendonggak dan masih menahan airmatanya yang dari tadi ditahannya dari terus menitis.
Dia tidak mahu dilihat lemah depan lelaki bernama Darin,dia harus kuat menahan segala rasa kini.
"kau kena berlaku adil padanya..kerana hidup bermadu ini seindah yang kita impikan..papa tak mahu mana mana pihak terluka lebih lagi perasaan Nia,dia bukan yang kau cintai" sambung Tan Sri lagi.
'Calis tak kisah pa...asalkan papa dan mama ada dengan Calis sudah cukup..dan ada Andi yang selalu setia di sisi Calis" Nia melirik ke arah Andi dan Andi terbatuk batuk terkejut bila namannya dipetik.
Nia bangun menghulurkan air.
" air ...abang Andi" sekali lagi Andi tersedak membuat mukanya bertambah merah.
Nia sembunyi senyum ,sengaja dia ingin melihat reaksi suaminya.
Kali ini dia panggil Andi dengan gelaran abang Andi
Andi dan Darin berpandangan terkejut dengan ucapan Nia tadi.
"apa kaitan dengan Andi?" soal Darin hairan.
"dia yang selalu ada dengan Calis...kan dulu baik papa dan mama jodohkan Andi dengan Calis..dia lagi handsome dari anak papa" ujar Nia dan memandang ke arah Darin yang menahan marah.
Tan Sri dan Puan Sri berpandangan dan tergelak mendengar celoteh menantunya itu.
Sungguh kehadiran anak kecil itu seolah malam yang disinari bulan dan mentari yang menyinari hari.
Andi segera bangun berlalu takut bila mendapat pandangan kejam dari mata tuannya itu.
" kau dah puas hidup ya!! marah Darin merengus kasar.
Andi berlalu keluar seolah tidak mendengar kemarahan tuannya itu.
Nia hanya tergelak kecil.
"abang tak kenyang lagi ker? Calis dah lewat nak ke kampus ni.." soal Nia bila lihat Darin masih lagi diam dan tidak berganjak dari duduk.
Puan Sri dan Tan Sri sudah lama berlalu pergi .
" hari ni tak payah ke kuliah.."
" hah..? kenapa?"
" tapi ...?"
" abang dah suruh Andi uruskan cuti "
" kenapa abang pandai pandai nak campur urusan Calis....kalau asyik cuti bila nak habis belajar,Calis tak nak tangguh belajar.." bentak Nia dan bangun berlalu meninggalkan Darin tetapi tangannya dengan pantas ditarik sehingga gadis itu jatuh terduduk di atas riba Darin.
Mata mereka bersatu,netra mata mereka saling menatap.
Deg!! jantung Nia berdegup kencang sehingga Darin dapat mendengarnya.
Dapat Darin lihat dengan jelas anak mata coklat tua isterinya itu,pertama kali dia melihat dekat wajah cantik dan mulus Nia .
Kenapa aku rasa debaran ini...Darin berbisik dalam hatinya.
Dapat mereka dengar nafas mereka menyatu.
Mereka diam tanpa kata dan hanya degupan jantung yang dapat didengarinya.
"tuan..tu..." Andi masuk memanggil Darin dan dia terkejut dengan permandangan di depan matanya kini
.
Langkahnya di matikan .
Dia berdehem dan menyebabkan Darin dan Nia tersedar .
Segera Nia melompat bangun dari duduknya.
Muka mereka merona merah.
" ada apa?!"
", cik Syakila call..."
Darin baru perasan yang telefonnya dalam mode silent.
" Calis nak ke kampus,Andi hantar saya " Nia terus melangkah pergi meninggalkan Darin yang sudah sibuk dengan urusan kekasihnya.
",dasar lelaki" Nia membentak dan terus masuk ke dalam perut kereta.
Baru sahaja kereta ingin bergerak Darin sudah masuk duduk di sebelah Nia.
" jalan" Arah Darin.
kereta terus dipecut meninggalkan perkarangan mansion.
Nia masih cemburut memandang ke arah tingkap dan Darin seperti biasa sibuk dengan laptopnya.
Andi mengintai dari cermin melihat gelagat kedua suami isteri yang tak diiktifraf itu,sambil sembunyi senyum.
"semoga puan akan membuat Tuan jatuh cinta" itulah doanya .
Nia masih melayan emosinya merenung jauh ke arah tingkap dan tangannya menulis sesuatu di situ,dan menyapu dan kembali menulis.
Darin menoleh dan memerhati seketika melihat gelagat pelik isterinya itu.
Dia perhatikan tanpa Nia sedari.
Darin cuba mengamati apa yang tertulis di situ mengikut gerak jari Nia.
Dia memicingkan mata cuba membaca gerak jari Nia.
" D A R I N I L O V E Y O U" dia mengeja satu persatu tanpa di dengari oleh si penulis cermin itu.
", ehem...ehemm.." dia berdehem dan Nia dengan segera menyapu seolah tulisan yang ditulis itu mampu dilihat .
", abang sakit tekak ker?", Nia menoleh terkejut sebenarnya .
Darin hanya berdiam tanpa menjawab pertanyaan Nia.
"dah sampai tuan" Nia memandang hairan kenapa Darin mengajak nya datang sini.
" jom turun Puan" seperti biasa dia tidak perlukan tenaga untuk bukakan pintu.
Nia turun walaupun tidak tahu untuk apa dia ke sini.
" cepat !! suara Darin mengejutkan Nia.
Nia hanya mengikut langkah suaminya dan Andi sentiasa ada di sebelahnya.
Betul katanya lebih baik Andi yang jadi suaminya bukan lelaki dingin yang berada di depannya itu.
Nia mengeluh kesal kenapa dia harus jalan hidup yang menyulitkan ini berada di samping lelaki yang dingin seperti Darin Ashraf.
Bukk!! tanpa sedar dia terlanggar dada bidang Darin yang tiba tiba memusingkan badan sedangkan Nia sedang berjalan sambil mengelamun .
" Nia Calissa!! panggil Darin sedangkan Nia dengan tiba tiba terpeluk suaminya itu.
Riuh rendah dan tepukan gemuruh kedengaran menyebabkan Nia terkejut.
Segera dia melepaskan pelukan yang tak berbalas itu.
Nia mengembang senyum bila melihat ramai kanak kanak berada di depannya.
" mereka ni..."
",anak anak yatim puan...setiap bulan Tuan akan membawa mereka keluar makan dan berbelanja untuk mereka"
Nia memandang ke arah suaminya dan Darin hanya mengangguk.
" kenapa susah sangat nak senyum" bisik Nia.
"dan ini pengurus di sini ibu Yanti"
Nia menghulurkan tangan dan mencium tangan perempuan paruh baya itu.
"cantik...isterinya Ash ker?"
Nia menoleh dan berharap Darin mengakuinya dan Darin mengangguk .
Nia pastinya gembira bila si suami sudi mengaku juga yang dia ni isterinya.
", kakak cantik ni siapa?" salah seorang datang menghampiri Nia.
Nia duduk menyamakan kedudukan .
" nama kakak Nia Calissa sayang....ujar Nia dan mengucup pipi gadis kecil itu.
Darin dan Andi memerhati tingkah wanita itu.
Darin dapat tahu dari Andi bahawa Nia sukakan budak kerana kelmarin isterinya itu bukan sahaja ke taman tetapi juga turut sama melayani kanak kanak bermain sambil gelak ketawa.
Benar kata Andi isterinya itu miliki sesuatu yang sukar di miliki oleh orang lain.
Mengapa hari ini baru dia perasan yang gadis itu ada karisma yang tersendiri ,senyuman di sebalik wajah itu tersimpan seribu satu persoalan yang tidak bisa sesiapa ungkapkan.
Nia gembira melayani anak anak di depannya,turut bergelak bersama melayani kanak kanak itu.
Sedang asyik dia melayani kanak kanak itu baru dia perasan suaminya sudah tiada di situ.
" Andi...mana abang ?" soalnya memanjangkan leher mencari kelibat Darin.
" dia dah pergi puan"
" dia tinggalkan saya di sini dengan kamu dan kanak kanak ini...dan pergi..mesti ke tempat Syakila kan?" Nia bertanya kesal.
Andi hanya mengangguk.
" kakak cantik jom makan" seorang kanak kanak lelaki datang memanggilnya.
Nia pergi membuntuti kanak kanak itu dan Andi hanya memandang puan muda itu berlalu.
Andi dapat lihat kekesalan dalam diri isteri tuannya itu.
Hampir seharian Nia dan Andi meneladani kanak kanak itu.
"kakak balik dulu,lain kali kakak datang lagi ya" ujarnya dan satu persatu menyalaminya dan ada juga yang mencium pipinya membuatkan pipinya terasa kebas tetapi dia gembira ,perasaan yang sukar digambarkan,hatinya tenang melihat riak wajah kanak kanak yang tak berdosa itu.
Dia dapat rasakan bagaimana menjadi anak yatim,bezanya dia baru dua bulan yang lalu kehilangan kedua orang tuanya tetapi mereka ini dari usia masih bayi lagi,kehidupan mereka jauh berbeza dengan kehidupan dia.
Tanpa sedar airmatanya mengalir membasahi pipinya dan Andi mengintai dari cermin yang isteri tuannya itu menangis.
Dia tidak tahu mengapa tetapi yang dia tahu Nia sedih di sebalik wajahnya tersimpan seribu satu rahsia.
"Andi....boleh bawa saya ke pejabat abang?" Nia menghapuskan airmata nya segera.
"tapi...Puan...."Andi tidak berani tanpa arahan daripada tuannya Darin.
"emmm...tak palah...saya faham...",Nia mengeluh kesal,sepanjang dia menjadi isteri Darin tidak sekali pun dia dibawa mengenal pejabat suaminya.
"kalau gitu bawa saya ke pejabat papa...papa mesti tak marah" ujarnya kembali mengukir senyum.
"bukan ker pejabat Tan Sri sebelah dengan pejabat Darin" gumam Andi pening dengan perangai kedua suami isteri ini.
"baik lah"
"thanks"
Andi terus meluncur laju membawa Nia ke tempat ingin dituju walaupun dia tidak mahu tetapi demi tidak ingin melihat wajah kesal Nia dia akur.
Share this novel