Bab 21

Romance Completed 15358

(Sakinah POV)
"Weh, tengok jam. Dah maghrib belum?" Soal Alyn.
"Ha, nampak. Itu gunanya aku. Korang gunakan aku untuk tahu masa. Nampak tak betapa pentingnya jam ni untuk aku." Ujarku.
Mereka menepuk dahi, "Membebel pula. Aku tanya pasal jam je pun, kau boleh buka cerita sambil panjang berjela. Aduii." Kata Alyn. Aku ketawa. Aku melihat ke arah jam tanganku.
"Lagi 5 minit. Jangan nak beranganlah nak buka puasa kalau kita pun baru je order. Relax sudah." Ujarku.
"Lepas tu, macam mana nak buka puasa kalau dah maghrib?" Soal Eca.
"Relax lah. Nampak ni aku ada bawa apa. Jeng, jeng, jeng!" Aku mengeluarkan sesuatu dari begku.
"Weh, kurma! Bila kau beli?" Soal Hannah.
"Eh, ada lah. Yang penting kurma ni sedap macam kurma Yusuf Taiyoob." Jawabku.
"Ha, kantoi lah buka awal." Kata Alyn pula.
"Ehh, mana ada. Mak aku beli ni semalam dah, okay. Aku dah rasa lah semalam." Balasku.
"Ha, dah azan, dah azan." Ujarku. Kami semua membaca doa makan lalu mencapai kurma sebagai alas perut.
Setelah sekian lama kami menunggu, makanan masih tidak tiba.
"Eh, aku solat dulu lah. Makin lama tunggu lambat pula nak solat maghrib." Ujarku lalu bangun sambil memasukkan tangan ke dalam poket jaket. Alah, biasalah, Sakinah, siapa yang tidak kenal? Masukkan tangan dalam poket jaket itu sudah menjadi tabiat dia. Pantang ada poket.
"Siapa nak ikut? Gilir-gilir lah." Ujarku lagi. Ryoga hanya memerhatikan kami.
"Aku. Haha. Hannah, Eca tunggu sini ya." Kata Alyn terus bangun. Kami menuju ke masjid berdekatan.
Setelah selesai kami bergilir dengan Hannah dan Eca pula. Setelah semuanya selesai, makanan pun dah sampai, kami makan bersama-sama.
"Weh, esok kitorang ada plan." Kata Alyn.
"Nak pergi mana?" Soalku.
"Alah, ada lah. Kau tak payah ikut. Duduk je rumah diam-diam." Jawab Alyn. Aku mencebik.
"Yalah." Jawabku.
"Bagus." Mereka menepuk tangan.
Kami pulang ke rumah dan melihat obaa-san dan mama sedang menonton televisyen. Cerita drama pula tu.
"We are back." Ucap kami. Ucapan sudah jadi tradisi dalam masyarakat Jepun.
"Welcome back." Jawab mama dan obaa-san.
"Aby, siapa yang jerit pagi tadi?" Soal mama sambil tersenyum. Aku pelik.
"Ha, hehe, aby." Jawabku. Mama dan obaa-san berbisik.
"Hm, why?" Soal obaa-san pula. Mereka berdua tersenyum. Aku tak tahu kenapa.
"Because, there are two frogs jumped and land on her legs, oka-san." Jawab Ryoga lalu ketawa. Alyn, Eca dan Hannah ketawa lalu masuk ke bilik.
"Ish, tak perlu gelakkan saya." Ujarku kemarahan.
"Haha, okay. Awakla panik sangat pagi tadi. Chill. Saya kan ada." Balasnya.
"Korang berdua ni, dari kecil tak pernah berubah." Kata mama.
"Maksud...mama?" Soalku.
"She means that Ryoga always take care of you." Jawab obaa-san. Aku semakin pelik.
"Always take care of me?" Soalku pelik.
Mama dan obaa-san mengangguk, "Sebenarnya, waktu kecil dulu, korang ni pernah berjumpa." Kata mama.
Kami berdua terkejut, "Pernah berjumpa!?" Soal kami serentak.
"Yes, at that time Ryoga was 11 years old and Sakina-chan was about 2 years old. And we all met at Malaysia." Kata obaa-san.
"Haah, sebenarnya dulu, Ryoga ni takut juga katak, tapi, disebabkan satu kejadian, dia terus tak takut katak." Ujar mama memulakan cerita.
Aku dan Ryoga duduk di sofa.
"Kejadian..apa?" Soalku.
"Haha, kejadian tu lawak sangat. Waktu tu, Ryoga yang bawa aby, lepas tu, korang tengah main dekat playground, adalah seekor katak ni kacau. Tengah korang berdua duduk dekat kerusi, katak tu datang. Aby tengok je katak tu, tiba-tiba nangis." Cerita mama. Aku menahan ketawa sambil mengangguk-angguk. Aku macam pernah lalui kejadian tu. Tapi, ingat-ingat lupa sahaja
"Lepas tu, Ryoga dah angkat kaki dah. Tapi, sebab dia tengok aby nangis tak berhenti, dia beranikan juga diri angkat katak tu bawa jauh-jauh lepas tu, dia tenangkan aby. Mama dengan obaa-san tengok je korang dua dari jauh. Dia ni, memang protective dengan aby dulu. Ehh, bukan dulu je, sekarang pun sama." Tambah mama lagi. Dia ke yang dengan aku pada waktu itu!? Aku memang rasa ada seseorang dengan aku, tapi kecil lagi. Manalah aku tahu siapa.
"Don't you remember, Ryoga-kun?" Soal obaa-san. Aku memandang Ryoga. Pipinya sudah mulai merah.
"Ha, ha ha, I didn't expect that Sakina-chan is Baby." Katanya menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Baby?" Soalku pelik.
"When I was with you 16 years ago, I just called you Baby. I don't even know your name that time." Jawabnya.
"Hm, mama ingat lagi, pergi jalan-jalan, Ryoga yang pegang tangan aby. Pergi makan, dia yang suap. Aby jatuh, uish, dia risau. Yalah, aby umur 2 tahun lebih, tahu nangis je. Gigi pun 4 batang je." Kata mama lagi. Aku pula yang malu bila mereka cerita macam tu.
"Ryoga always said that he wanted to meet Baby." Kata obaa-san.
"Tak sangka, 16 tahun kemudian, korang dipertemukan semula dengan cara yang tak dijangka. Jodoh." Ujar mama menepuk tangan perlahan. Obaa-san hanya mengangguk. Jodoh!?
"Oh, here, some photos of you two." Obaa-san menghulurkan beberapa keping gambar kepada kami.
Aku melihat satu persatu. Gambar itu memang gambar waktu aku kecil.
"Waa, it's been a long time I don't meet her. Haha, I miss her. She is so cute." Kata Ryoga. Aku memandang dia pelik. Yang depan kau ni hantu apa?
"Hm? Ohh, she's right here, I see." Katanya. Mungkin tak biasa lagi jumpa 'Baby' yang sudah mencapai usia 18 tahun. Cuma hari jadi aku sahaja lagi belum tiba. Jadi, aku masih 17 tahun beberapa bulan.
"Take one if you want." Kata obaa-san. Aku mencapai sahaja satu gambar. Aku melihat teliti gambar itu. Gambar dia sedang mendukung 'Baby'. Ahh, aku dah tak boleh tahan malu dah.
"I..go in first." Ujarku dengan pipiku yang sudah kemerahan. Aku terus masuk ke bilik.
Aku menutup pintu dengan rapat.
"Weh, korang!" Aku terus menuju ke arah mereka. Memang pada mereka lah aku mengadu dahulu.
"Whoa, calm down. Kau dah kenapa ni? Sampai berpeluh-peluh. Apa pasal pipi kau merah sangat ni?" Soal Alyn.
"Korang tengok ni! Weh, aku pun tak percaya! Weh! Malu aku, weh!" Aku menunjuk mereka gambar tadi.
"Ha? Kenapa? Gambar kau waktu kecil. Lepas tu?" Soal Eca pelik.
"Bukan tu. Kau tengok siapa dukung aku tu." Balasku sambil menampar perlahan pipiku. Pipi, hilang lah merah.
"Siapa ni? Apa pasal muka dia macam...Ryoga?" Soal Hannah pula.
Aku mengangguk, "Memang dia pun, weh!!" Jawabku.
"Ni!? Ry-Ryoga!?" Mereka bertiga terkejut.
*******
"Hmm. Hoi bosanlah! Alyn, Hannah dengan Eca ni pergi entah kemana tinggal aku pula. Sabar je lah." Bebelku sendiri di dalam bilik. Hannah, Alyn dan Eca keluar kemana entah tak bagi aku ikut. Yang ada di rumah hanya aku, mama, Ryoga dan obaa-san. Aku tak tahu mereka buat apa. Yang aku tahu mama dan obaa-san tengah cuba resepi baharu di dapur. Aku malas nak kacau kerja mak-mak. Tadi aku sengaja pergi tengok pun dah kena halau.
"Ni dah kenapa meroyan ni? Haha." Mama membuka pintu bilik itu lalu gelak. Aku cepat cepat menyarung tudung. Buatnya Ryoga lalu habis aurat aku. Nasib baik stoking aku sentiasa pakai sewaktu aku di dalam rumah tu. Maklumlah, rumah orang. Lagi satu sebab musim sejuk.
"Ma~ bosan." Aku mengadu.
"Bosan? Hm lepas tu nak buat apa?" Mama bertanya padaku.
"Nak keluar. Tapi tak tahu nak ke mana. Nak pergi tangkap gambar ke jalan-jalan ke. Tapi kat mana?" Terangku sambil kembali baring di lantai.
"Ryoga, can you help me?" Tiba-tiba mama memanggil Ryoga. Aku terkejut terus duduk.
"Kenapa panggil dia, ma?" Soalku. Aku dahlah malu lagi disebabkan perkara semalam. Mama mengabaikan soalanku lalu terus memanggil Ryoga.
"Yes, obaa-san." Dengan sopannya dia muncul dihadapan pintu bilikku. Mama bercakap dengannya. Tapi, secara berbisik. Macam tak nak bagi aku dengar pun ada.
"Ouh, boleh." Kata Ryoga. Aku pelik. 'Apa yang boleh? Tiba-tiba je boleh.' Ngomelku di dalam hati.
"Sakina-chan, get ready. Saya bawa awak pergi jalan-jalan." Katanya secara tiba-tiba. Jalan-jalan? Bukan sekarang. Aku masih malu dengan kau.
"Termenung apa lagi? Siap cepat. Ni nanti tolong beli barang dapur sekali. Nah senarai." Ujar mama memberi aku sehelai kertas kecil. Aku mencapai kertas itu lalu memasukkan terus ke dalam beg galasku.
"Ha? Ha okey, siap siap." Mama menutup pintu. Aku segera pergi bersiap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience