BAB 5

Romance Series 27442

              Ajkar posisi bediri sedang melihat Amelia. Amelia pula masih tidur di katil itu. Dia belum sedarkan diri dari semalam.

“Bangun.”.

Ajkar bangunkan Amelia di katil itu sekarang. Bajunya sudah ditukar. Disimpan di begnya sendiri.

Amelia tetap tidak bangun. Ajkar buka langsir di bilik itu. Mungkin terlalu gelap di bilik itu sekarang. Selesa Amelia tidur dengan keadaan sekarang.

“Erh.”.

Suara Amelia terdengar. Ajkar pula jauh sedikit dari Amelia. Dia sedang mengikat langsir itu.

Rambut Amelia sekarang kusut. Matanya pula masih belum cukup tidur. Kebil-kebil matanya memandang bilik itu.

“Bangun sekarang. Kita mesti gerak dari sini.”.

Ajkar beri arahan dengan Amelia yang masih baring di katil itu. Berat badan Amelia untuk berdiri sekarang. Dia masih mahu tidur di katil itu.

“Kita nak pegi mana ni?”.

Suara Amelia tidak jelas. Masih mengantuk yang dia rasakan. Ajkar pula tidak tahan lihat perangai Amelia itu.

“Tunggu kau.”.

Ajkar pergi bilik mandi. Dia mahu menyimbah saja Amelia. Itu cara berkesan untuk Amelia bangun. Masa sudah lewat. Dia perlu bangunkan Amelia dengan segera sekarang.

Botol yang ada di meja di ambil. Dibawa terus ke bilik mandi. Ajkar memasang air. Disimpan ke botol itu. Dia mengisi penuh. Kalau sikit belum tentu cukup untuk Amelia bangun.

Botol sudah diisi penuh. Tanpa teragak-agak botol yang berisi air disimbah ke arah muka Amelia.

“Apa ni?”.

Terbangun Amelia dari tidur. Dia tunjukkan muka marah di hadapan Ajkar. Tidak puas hati dengan tindakan Ajkar itu.

“Bangun sekarang.”.

Tinggi suara Ajkar. Dia memandang jam. Tepat pukul 10 pagi dia perlu jumpa keluarganya. Mereka sudah berjanji. Ajkar mahu temukan Amelia dengan Burhan. Burhan nama ayahnya. Ibunya pula Sarna.

“Kita nak pegi mana?”.

Sekali lagi Amelia menanya. Kali ini jelas suaranya. Ajkar juga dengar soalan Amelia itu.

“Aku nak bawa kau jumpa dengan keluarga aku.”.

Jawab Ajkar. Amelia masih belum lagi bangun dari katil itu. Tuala yang berada di tangan Ajkar dibaling ke arah Amelia.

“Apa? Aku da cakap kan semalam. Aku tak nak kahwin dengan kau. Please. Lepaskan aku sekarang. Aku belum sedia nak kahwin. Banyak lagi aku kena buat. Aku masih kejar cita-cita aku.”.

Amelia menangis. Tapi Ajkar tahu tangisan Amelia dipaksa. Dia hanya gelak di hati lihat wajah Amelia.

“Kau jangan nak buang masa lah. Aku kata pergi siap sekarang. Da jam 9 pagi ni. Tolong. Jangan buat aku marah. Kau nampak tak pistol kat meja tu. Kau nak sebutir-sebutir masuk kat kepala kau!”.

Berang Ajkar dengan sikap Amelia. Amelia langsung tidak dengar apa yang disuruh. Sudah berkali diarah bangun tapi masih duduk di katil itu.

“Ingat aku takut ke. Tembak lah. Tembak. Aku nak tengok kau berani ke tak.”.

Amelia cuba mencabar Ajkar. Dia sendiri rasa takut. Tapi ditahan dulu untuk sementara. Dia mahu lihat tindakan dari Ajkar itu. Sama ada betul-betul atau tidak. Dia syak yang Ajkar tidak berani.

“Ok kau tunggu kat sini.”.

Ajkar mengambil pistolnya di meja. Dia betul-betul marah sekarang. Tercabar kelakiannya di hadapan Amelia.

“Wei wei. Apa kau nak buat ni?”.

Amelia risau. Ajkar mengambil pistolnya yang berada di meja itu betul-betul. Pistol itu juga sudah berada di tangannya.

“Ada kata-kata akhir?”.

Pistol itu sudah berada di dahi Amelia. Amelia pula terkaku. Terdiam selepas pistol itu betul--betul berada di dahinya.

“Okok. Aku mandi sekarang.”.

Amelia menolak pistol dari tangan Ajkar. Pantas dia berlari ke arah bilik mandi. Tuala yang diberi oleh Ajkar juga diambil cepat-cepat.

“Haha.”.

Ajkar seorang diri sekarang. Dia terbahak-bahak melihat reaksi Amelia. Di pistol itu sebenarnya tidak ada peluru. Wajah Amelia diimbas semula. Dia menutup mulut sambil ketawakan Amelia.

^^^

“Mangkuk!”.

Kuat suara Amelia memanggil Ajkar. Tapi panggilan “mangkuk”. Mereka belum kenal antara satu sama lain.

Ajkar yang duduk menghadap jendela terkejut. Ternaik bahunya. Sungguh kuat suara Amelia. Ajkar menuju ke bilik mandi.

“Kau nak apa?”.

Tanya Ajkar apabila sudah dekat di bilik mandi itu. Amelia pula tidak buka pintu. Tidak berani dia buka pintu itu sesuka hati.

“Aku nak pakai baju apa ni?”.

Ajkar menutup mulut. Dia mahu kenakan Amelia.

“Keluar lah. Kalau kau tak keluar macam mana kau nak tahu?”.

Amelia yang berada di bilik mandi itu geram. Marahnya setinggi langit. Dia tidak suka main kalau bab-bab ini. Dia hanya memegang tuala. Bajunya terjatuh di air, Dia tidak sengaja jatuhkan masa mandi.

“Aku tak bagi kalau kau tak keluar.”.

Ajkar biarkan Amelia di bilik mandi itu. Dia mahu Amelia ambil sendiri baju yang sudah disediakan. Ajkar sengaja.

“Tolong lah. Jangan macam ni. Kau gila ke aku nak keluar keadaan macam ni.”.

Rayu Amelia. Di tidak sanggup Ajkar lihat bahunya tidak tertutup. Malu sendiri kalau dia buat gitu.

“Aku jalan dulu.”.

Ajkar pergi ke tempatnya semula. Dia teruskan rehatnya bersama kopi. Ajkar tidak kesah dengan rayuan Amelia itu.

Amelia terpaksa keluar dengan bekenban. Ajkar pula pura-pura hirup kopinya di hadapan jendela.

Pintu sudah terdengar dari arah bilik mandi. Menandakan Amelia sudah keluar dari sana.

Tubuh Amelia sudah ada di depan mata. Amelia hanya memakai tuala yang diberi oleh Ajkar.

“Tengok apa mangkuk. Pusing depan.”.

Ajkar pusingkan matanya menghala ke jendela kembali.. Begitu lama dia perhati tadi Amelia.

“Putih gila perempuan tu.”.

Bercakap sendiri di hati. Dia memuji badan Amelia. Dia pusingkan belakangnya kembali.

Amelia sudah ke bilik mandi untuk menukar pakaian. Dia mengimbas kembali bentuk badan Amelia tadi. Memang cantik. Mulus kulit Amelia. Ajkar pula menahan nafsunya dengan kuat. Dia tidak mahu apa-apakan Amelia sekarang.

“Aku da siap.”.

Berapa minit kemudia, Amelia keluar dari bilik mandi itu. Memakai baju dress bewarna merah. Menyerlah kecantikan Amelia. Tapi Amelia kurang selesa dengan dress itu. Bahagian pingangnya terlalu ketat. Susah untuk dia bergerak sikit.

“Oi!”.

Amelia lihat reaksi Ajkar. Ajkar mengelamun lama. Dia terkejut lihat penampilan Amelia. Pandai dia memilih baju untuk Amelia.

“Tapi sebelum kita jalan aku nak kau pakai ni.”.

Ajkar hulur anting emas kepada Amelia. Baru dibelinya semalam bersama-sama baju yang dipakai oleh Amelia itu.

“Tak nak aku.”.

Amelia tolak permintaan Ajkar. Amelia sudah biasa guna antingnya sekarang. Anting yang diberi Ajkar itu besar.

“Pakai sekarang!”.

Tengking Ajkar dengan Amelia. Degil Amelia. Tidak tahan Ajkar seketika. Terpaksa berulang-ulang memaksa Amelia.

“Okok”.

Amelia terdiam. Tidak tahu mahu kata apa lagi. Marah Ajkar itu sangat menakutkan.

“Macam tu lah.”.

Ajkar tersenyum kembali. Senang dia melihat Amelia ikut cakap. Amelia membuka antingnya di telinga. Menukar anting yang diberikan oleh Ajkar itu.

“Dah.”.

Ajkar masih teragak-agak lagi. Dia masih terasa kurang dengan wajah Amelia.

“Jap. Ada yang kurang.”.

Ajkar melihat setiap sudut wajah Amelia. Dia tidak akan pergi selagi melihat Amelia tidak bersolek.

“Apa dia lagi.”.

Amelia rasa marah. Tidak habis-habis Ajkar berhentikan pergerakan Amelia. Muak dia lihat tengok sikap Ajkar sekarang.

“Kau pakai barang-barang yang ada kat beg ni. Bagi terang sikit muka kau. Aku tengok da macam muka pinggan da.”.

Ajkar hulurkan semua barang-barang make-up itu kepada Amelia.

“Eish.”.

Ameila paksa ambil. Dia tahu kalau menolak lagi pasti akan ditengking oleh Ajkar.

10 minit kemudian Amelia siap dandan wajahnya. Bertambah cantik lagi dia. Tapi Ajkar memandang biasa. Dia sembunyikan rasa terpegun itu di dalam hati.

“Jum kita pergi.”.

Ajkar menarik tangan Amelia. Kali ini secara lembut. Amelia hanya mengikut perintah Ajkar. Jika tidak nahas hidupnya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience