BAB 13

Humor Completed 3969

“Suka buat kerja macam ni kan. Dah-dah duduk sini aku nak panggil doctor check otak kau yang tak berapa nak betul dah ni” Nadhim bangkit. Tasnif perlukan rawatan susulan dari doctor memandangkan yang dia susah sedar.

“Tak nak join aku ke?” Tasnif menarik sengih. Tanpa menghiraukan Tasnif Nadhim melangkah keluar dari bilik tersebut.

Nadhim menyusun fail-fail yang bertaburan di atas meja. Sejak berhenti kerja sebagai guru di sekolah rendah dia telah membuka syarikatnya sendiri. Syarikat kecil yang boleh menampung keperluan kehidupan sekeluarganya. Tangan Nadhim tertangkap buku berwarna coklat. Hairan setahunya dia tak gunakan buku tulis. ‘Ni buku anak siapa yang tertinggal ni.’ Buku tulis berwarna coklat di belek. Tertera nama Nur Tasnif Binti Sheikh Bukhari diatas buku tersebut. Halaman pertama dibuka 'proposol dapatkan baby tahun ni' berkerut dahi Nadhim melihat tajuk tersebut.

“Tuan ada orang nak jumpa” bunyi intercome membuatkan Nadhim berpaling.

“Ada buat appointment tak?”

“Ada”

“Okay. Masuk” Nadhim bersandar. Dia menarik senyum apabila melihat wanita yang melangkah masuk pejabatnya.

“Amacam ada baca proposal terbaru?” Tasnif memeluk Nadhim dari belakang.

“Asal prososal pakai buku sekolah”

“okay apa, stail dan nampak unik kan”

“Hurmmm well, proposal awak ditolak” tegas Nadhim.

“Eh apasal pulak?” Tasnif tak puas hati.

“Tak nak tahun ni tapi bulan depan” Nadhim ketawa kecil.

“Amboi bukan kemain dia ya” bahu Nadhim digigit melepaskan rasa geram Dihati menyebabkan Nadhim mengerang kesakitan.

“Aduh susah betul kalu dapat bini perangai macam budak-budak ni” bahu yang digigit Tasnif digosok.

“Apa! Budak sekolah. Proposal ditunda tahun depan”

“Yelah tu, banyak sangatlah tunda. Nak propose elok-elok yang haritu lebih kepada ‘market diri’.” Hidung Tasnif di tarik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience