Koji baru sampai di Lion Dragon. Motornya diletakkan di luar. Helmetnya di simpan di rak yang disediakan oleh Ajkar.
Di mulutnya mengunyah gula-getah. Koji adalah perempuan. Dia berkulit putih. Berbadan raping. Sangat hebat jika berhadapan dengan musuhnya. Ajkar juga boleh diatasinya. Koji panggilan namanya. Koji memakai seluar jeans. Berjaket hitam. Rambutnya lurus. Berdai warna merah.
Password yang berada di luar pintu sudah ditekan. Pintu itupun terbuka dengan sendiri.
“Pofob!”.
Panggil Koji dari jauh. Dia ternampak ada kasut lain di dalam tempat itu.
“Apa?”.
Pofob hanya berada di sebelahnya. Sedang makan ayam goreng di meja sambil menonton TV.
“Ada orang lain ke masuk sini?”.
Tanya Koji dengan lantas. Hatinya tidak senang sekarang. Tidak mudah masuk di tempat itu.
“Ada.”.
Jawab Pofob. Ayam itu pula masih ditarik-tarik.
“Sape?”.
Soal Koji lagi sekali lagi.
“Bakal isteri Ajkar.”.
Terkejut Koji. Setahunya Ajkar tidak memiliki kekasih. Jika ada pasti Koji akan tahu.
“Kau mengarut apa ni! Cakap dengan aku? Sape orang yang berani masuk kat dalam ni!”.
Koji semakin berang. Pofob pula asyik makan ayamnya. Jengkel sedikit Koji melihat Pofob makan ayam itu. Berjatuh-jatuhan ayam itu dimakan.
“Kau pekak ke apa. Aku cakap bakal isteri Ajkar kan. Dah lah aku nak makan ni. Kau ganggu je.”.
Pofob tidak nyaman makan ayam itu. Diganggu terus oleh Koji yang baru balik itu.
“Bila masa Ajkar ada pak we pulak?”.
Koji semakin binggung. Mahu tidak mahu saja dia percayakan kata dari Pofob.
Pofob berdiri dari tempat duduknya.
“Kalau kau tak percaya, kau naik atas. Sekali lagi kau kacau aku, aku baling kau dengan ayam aku ni!”.
Sabar Pofob habis. Diganggu terus oleh Koji.
“Eish budak gemuk ni.”.
Ejek Koji sebelum naik ke atas untuk melihat orang yang dimaksudkan oleh Pofob tadi. Bakal isteri Ajkar. Dia sendiri masih tidak percaya dengan Pofob. Apapun Koji perlu naik ke atas sekarang juga. Hatinya tidak tenteram.
Tangga demi tangga dilangkah. Susuk badan Amelia sudah terlihat. Amelia sedang duduk sendirian. Menangis Amelia tidak berhenti. Koji juga dengar dari belakang.
“Oi.”.
Panggil Koji dengan nada keras.
Amelia pusingkan kepalanya ke arah belakang selepas terdengar suara Koji. Tangisannya dihentikan seketika.
“Kau siapa?”.
Tanya Amelia.
Di depan Amelia sekarang terlihat wanita cantik. Firasatnya mula berlainan. Dia menganggap yang Koji adalah isterinya.
“Aku Koji. Kau sape?”.
Koji menyoal. Terpukau dia melihat kulit Amelia. Begitu mulus. Kulitnya juga putih. Berseri seperti cahaya matahari.
“Aku Amelia.”.
Amelia hulurkan tangan kanannya. Dia mahu bersalaman dengan Koji.
“Oh.”.
Tolak Koji dengan salaman yang diberikan oleh Amelia.
“Dah berapa lama kau kenal dengan Ajkar?”.
Amelia kelihatan gugup. Koji keluarkan nada garang. Mata Koji juga tidak senang melihat Amelia. Ada saja firasat buruk yang difikirkan tentang Amelia itu.
“Baru je.”.
Pendek balasan Amelia. Dia tidak lupa memberi senyumannya kepada Koji.
“Betul ke Ajkar tu nak kahwin dengan kau. Dan kau ni bakal isteri dia?”.
Soal Koji dengan perasaan tidak puas hati.
“Nampaknya macam tu lah. Kenapa?”.
Tanya Amelia. Dia rasa aneh dengan soalan Koji.
“Baguslah. Tahniah.”.
Koji segera undur diri dari tempatnya. Hatinya sangat sakit sekarang. Dengan laju dia berlari.
“Koji?”.
Panggil Pofob.
Hairan dia melihat Koji berlari seperti itu. Namun Koji tidak melayan Pofob. Dia terus berlari sampai ke luar.
Koji mengambil helmetnya. Pintu itu ditutup dengan kuat. Motor MV Augusta F3 CC dinaiknya. Hadiah daripada Ajkar. Koji hidupkan enjin motor tersebut. Dia menekan minyak dengan kuat. Dengan laju motor itu memecut.
Amelia masih duduk sendirian di bangku itu. Perasaannya mula tidak baik. Terfikir dengan Koji. Yang tiba-tiba saja lari darinya dengan laju.
“Amelia?”.
Panggil Pofob dari belakang. Dia tertanya-tanya sebab Koji lari.
“Ye?”
Balas Amelia.
“Apa yang dah jadi?”.
Tanya Pofob.
“Tadi Koji tanya yang aku akan jadi bakal isteri Ajkar. Aku jawab ya. Pas tu dia lari macam tu. Aku sendiri tak tahu kenapa dia terus lari dari aku.”.
Pofob memegang kepalanya. Akhirnya dia tahu kenapa Koji berlari seperti itu tadi.
“Kau nak tahu tak kenapa Koji lari?”.
“Nak.”.
Pofob dekatkan dirinya ke arah Amelia. Ada sesuatu yang mahu diberitahu kepada Amelia.
“Ok. Amelia kalau kau nak tahu, Koji tu sebenarnya dah lama sukakan dengan Ajkar. Tapi Ajkar hanya anggap Joki tu kawan. Ajkar tak pernah ada perasaan dengan Koji. Tapi Koji sabar. Dia tahu suatu hari nanti dia yakin akan dapat Ajkar juga. Dah 5 tahun Koji tunggu Ajkar. Tapi Ajkar langsung tak ungkap perasaan yang dia sukakan dengan Koji. Pasal tu lah dia lari bila dia tahu yang awak akan kahwin dengan Ajkar.”.
Air mata Amelia keluar. Rupanya Koji juga ada perasaan dengan Ajkar. Amelia rasa bersalah sekarang. Tak sepatutnya dia berkata seperti itu dengan Koji tadi.
“Dah lah tu Amelia. Kau jangan risau dengan Koji tu. Nanti pandai lah aku pujuk dia. Sekarang ni kau kena fikir apa yang nak dibuat masa hari persandingan kau dengan Ajkar nanti.”.
Pofob cuba redahkan kesedihan Amelia.
“Pofob boleh tak kau lepaskan aku? Aku nak lari dari sini. Aku tak nak rosakkan kebahagiaan orang lain. Tak adil untuk Koji.”.
Pofob terkejut dengan kemahuan Amelia.
“Sory Amelia. Aku tak boleh buat macam tu.”.
Tolak Pofob dengan laju.
“Tapi kenapa Pofob? Kau tak sayang ke dengan kawan kau sendiri? Aku nak tanya dengan kau, kau rela tak orang yang kau dah suka dirampas oleh orang lain?”.
Amelia masih geretak. Dia cuba membayangkan Pofob dengan nasibnya sekarang. Yang sudah merampas kebahagiaan orang lain.
“Aku faham Amelia. Aku faham. Tapi aku minta maaf. Aku tak boleh lepaskan kau dari sini. Aku minta maaf. Aku pergi dulu.”.
Pofob berdiri dari duduknya. Bergerak ke tempatnya semula.
“Pofob!”.
Panggil Amelia dengan kuat. Tangisannya tidak henti-henti terdengar.
Pofob tetap teruskan jalannya. Dia tidak kesah dengan rayuan daripada Amelia. Dia teruskan dengan kerjanya. Dia perlu patuh arahan daripada Ajkar. Ikut betul mahu saja dia lepaskna Amelia dari tempat itu. Tapi dia tidak rela khianati Ajkar. Yang sudah dianggapnya abang kandung sendiri.
Amelia kembali sendirian di atas itu. Tangisan masih mencurah-curah. Amelia mengimbas kembali sewaktu kali pertama berjumpa dengan Ajkar.
Amelia terasa bodoh. Dia sedar dengan khilafnya sendiri. Gara-gara kecewa dengan hal yang remeh membuatkan dia diculik oleh Ajkar. Lalu dipaksa kahwin degannya.
Amelia bergerak ke biliknya semula. Memukul kepalanya sendiri. Dengan kuat pukulan itu dibuat di kepalanya. Dia tidak tahan dengan situasi yang terjadi sekarang.
“Aku bodoh.”.
Salahkan dirinya. Amelia teringatkan pesan ibunya. Cita-cita yang dimahukan oleh ibunya seperti tidak akan tercapai. Berat dia menerima kesemua yang terjadi.
10 Minit kemudian.
Matanya tertidur dengan tidak sengaja. Air di matanya masih melekat di mata. Hujan pula mulai turun. Jendela itu mulai basah. Air hujan juga ternampak dari luar. Semakin selesa Amelia tidur di katil itu.
Share this novel