BAB 7

Drama Series 9442

“Kak Rose !"

Syaiha terus terjaga dari tidurnya. Dia sudah tercungap- cungap menarik nafas. Kepalanya yang dibasahi dengan peluh segera dilap.

Keadaan bilik itu dipandang sepi oleh Syaiha. Laju dia bangun dari meja belajar dan berjalan kehulu- kehilir.

Syaiha berdiri di tingkap, pandangannya dihadap ke luar melihat langit yang gelap. Malam itu langit tak bercahaya, tak ada langsung bintang.

Perlahan Syaiha mengeluh. Hatinya tiba-tiba tidak sedap apabila memikirkan mimpi yang baru saja dia alami tadi.

“Ya Allah, lindungi la kak Rose dan abang Zam." ucap Syaiha sambil merenung ke luar tingkap.

Lama Syaiha termenung disitu. Bila hatinya sudah tenteram sedikit dia kembali ke meja belajar.

Dia membuka semula buku yang diulangkaji tadi. Habis bercampur nota yang sudah dia asingkan.

Ini la jadi kalau tertidur waktu belajar, semua sudah kacau bilau jadinya.

Syaiha mengikat semula rambutnya yang sudah kusut masai itu, dia mahu belajar dari bab awal balik. Cukup la sudah lama dia tidur tadi.

Belum sempat dia mula ulangkaji, tiba-tiba pintu biliknya diketuk dari luar. Syaiha terdiam, matanya dikalih melihat jam loceng yang berada di tepi meja.

Pukul 1.30 pagi ! dia sudah menelan air liur. Siapa pula pagi- pagi buta datang ke biliknya. Seram ! Syaiha masih diam ditempat duduk, langsung dia tidak bergerak.

Syaiha terkejut apabila sekali lagi pintu biliknya diketuk. Dia tarik nafas dalam-dalam. Think positive Syai ! positive !

Perlahan- lahan Syaiha bangun dan bergerak ke arah pintu. Kakinya seakan- akan tidak memijak lantai apabila pintunya diketuk lebih kuat dari tadi.

Syaiha sudah mengucap dalam hati, harap- harap bukan benda pelik la ketuk biliknya itu. Syaiha memulas tombol pintu perlahan.

“Syai !" sergah suara seorang gadis.

“Opocot !" laju Syaiha memegang dada apabila ada orang yang menyergahnya dari luar.

“Kenapa lambat sangat buka pintu ?"

Syaiha buat muka tak puas hati. Rupanya si Ain jiran bilik sebelah rupanya. Ingatkan hantu tadi !

“Yang kau ni cuba bagi salam !" marah Syaiha.

Ain tersengih saja. “Sorry, lupa la."

“Yang kau datang bilik aku pagi buta ni apasal ? terkejut aku tau." Syaiha sudah menarik muncung.

“Kenapa ehh aku datang bilik kau ?" tanya Ain bodoh.

Syaiha sudah mengetap bibir. “Ishh kau ni ! cepat la nak apa ? aku nak study ni."

“Ouhh, aku dah ingat !" Ain menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Kenapa ?" soal Syaiha lagi.

“Ni aku ada pesanan. Tadi waktu aku nak naik bilik aku terserempak dengan Prof. Hadi." ujar Ain.

Syaiha buat muka pelik. Kenapa Prof. Hadi ada kat blok pelajar perempuan ni ?

“Habis tu ?"

“Dia suruh tolong panggilkan kau. Katanya dia call kau banyak kali tak jawab. Itu la tujuan aku datang sini."

Laju Syaiha mengambil handphone yang berada di atas katil. Terkejut Syaiha apabila melihat ada 40 miss call dari Prof.Hadi dan 5 miss call dari Rose.

“Tadi aku tengok muka Prof. Hadi tu macam sedih je. Tak pe la aku balik bilik dulu." ujar Ain lagi.

Syaiha mengangguk. “Terima kasih, Ain."

Ain hanya tersenyum sebelum berlalu ke biliknya.

Laju Syaiha menyambar tudung bawal hitam yang tersangkut belakang pintu. Terus disarung ke kepalanya.

Dia keluar dari bilik dan terus mengunci pintu. Malam ni memang Syaiha tinggal seorang saja dibilik.

Roomatenya, Nur memang akan tidur dibilik rakan sekelasnya pada hujung minggu. Katanya senang untuk membuat perbincangan.

Laju Syaiha menuruni anak tangga, sekali- sekala dia menelefon Rose tetapi panggilannya langsung tidak disambut.

Hati Syaiha mula risau. Apa yang dimimpinya tadi tentang Irzam dan Rose betul- betul jadi kenyataan ?

Dari jauh Syaiha sudah nampak Prof. Hadi yang sedang bercakap di telefon. Perlahan- lahan dia mendekati lelaki itu.

Tiba-tiba telinga Syaiha menangkap sesuatu yang keluar dari mulut Prof. Hadi. Syaiha jadi tergamam apabila melihat muka keruh Prof.Hadi.

Lagi mengejutkan Syaiha bila matanya menangkap air mata yang sudah mengalir dari mata lelaki itu. Syaiha tergamam. Prof. Hadi menangis ?

“Prof..." panggil Syaiha perlahan.

Prof. Hadi terus memusingkan badan apabila gadis itu memanggilnya. Pandangan Prof. Hadi dan Syaiha bersatu. Lama.

“Kenapa ni prof ?" soal Syaiha tidak sabar.

“Syai... dengar apa saya nak cakap. Saya nak awak kuat."

________________________________

Kepalanya seakan berputar bila mendengar apa yang baru disampaikan doktor Aizat. Air mata yang ditahan tadi akhirnya terkeluar juga.

Syaiha seperti tidak percaya dengan khabar itu. Betul ke Irzam sudah tiada ? kenapa abang iparnya itu pergi sebelum waktunya.

“Saya minta maaf, saya dah buat yang terbaik." mendung saja wajah doktor Aizat.

Prof. Hadi yang berdiri disebelah hanya mengangguk lemah. Dia juga terkejut dengan berita itu.

Sahabat baiknya itu sudah menghadap ilahi, mana mungkin dia tidak sedih. Banyak jasa arwah Irzam padanya dahulu.

“Lagi satu, saya nak minta tanda tangan waris untuk operation Puan Rose." ujar doktor Aizat.

Syaiha mengelap air matanya. Ya ! dia harus kuat, sekurangnya masih ada Rose yang sedang bertarung nyawa.

Macam mana sekali pun dia harus selamatkan Rose, dia harus salurkan kekuatan buat wanita itu.

“Tak ada cara lain ke doktor ?" soal Syaiha.

“Macam apa yang saya cakap tadi la, kita kena selamatkan salah seorang dari mereka ."

Syaiha mendengus. “Saya nak doktor selamatkan kak Rose dan anak dia sekali ! "

Doktor Aizat menggeleng. “Saya minta maaf cik, keadaan tak mengizinkan seperti tu."

“Doktor, tolong la ! jangan bagi saya buat pilihan."
Syaiha sudah teresak-esak.

“Saya minta maaf." Doktor Aizat hanya memberi senyuman hambar sebelum melangkah pergi.

Syaiha hanya memandang sepi doktor itu. Dia tidak tahu mahu buat apa sekarang. Kenapa dia harus berada dalam situasi seperti ini ?

Dia jadi serba salah, siapa yang harus dia selamatkan ? kak Rose atau baby kembar yang baru mahu melihat dunia ?

Syaiha buntu !

Air mata Syaiha makin deras jatuh apabila memikir pekara yang disampaikan doktor Aizat. Dia menarik nafas dalam- dalam.

Perlahan Syaiha duduk di kerusi yang berdekatan bilik bersalin itu. Dia menekup mukanya dengan menggunakan kedua belah tangan.

Dia harus fikir keputusan yang paling tepat. Syaiha tahu keputusannya ini adalah keputusan yang paling besar dia pernah buat.

Prof.Hadi hanya memandang sayu gadis itu. Dia tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran Syaiha. Dia tahu gadis itu kuat !

“Syai..." panggil Prof.Hadi lembut.

Syaiha masih menekup mukanya sambil menangis.

“Awak kena kuat Syai. Rose perlukan awak." ujar Prof. Hadi sambil melabuhkan punggungnya disebelah Syaiha.

Syaiha mengangkat wajah dan pandangannya jatuh pada lelaki itu. Sayu hati Prof. Hadi melihat mata yang berair itu. Kalau boleh dipeluk gadis itu sudah lama dia lakukan.

“Apa yang perlu saya buat ?" soal Syaiha sambil menahan air mata dari jatuh.

“Saya yakin awak tahu apa yang terbaik buat mereka."

“Saya tak tahu !"

“Syai, awak kuat ! awak kena terima takdir ni. Awak kena selamatkan mereka !"

“Tolong saya prof, saya tak nak kehilangan kak Rose ! saya tak nak kehilangan baby Hairi dan Haira juga !" air mata Syaiha lagi laju turun, hatinya benar- benar sedih.

Prof. Hadi memaling menghadap lain. Matanya juga sudah mula berair melihat keadaan Syaiha. Dia seperti tidak kuat melihat tangisan gadis itu.

Nafasnya ditarik. “Syai, dengar sini. Sesuatu pekara yang terjadi tu ada sebabnya. Awak tak boleh macam ni, awak kena kuat. Kalau awak tak boleh selamatkan Rose sekurang- kurangnya awak kena selamatkan anak-anak dia. Saya yakin kalau diberi pilihan macam ni, Rose juga akan selamatkan anak- anak dia. Faham ?"

“Kalau awak sayangkan Rose, ikut apa yang doktor cakap."

Syaiha tergamam. Laju dia menggeleng. “ Saya tak boleh ! saya tak nak kehilangan kak Rose !"

“Syaiha ! ini yang terbaik !" Prof.Hadi menggengam dua belah bahu Syaiha.

“Tak ! saya tak boleh hidup tanpa kak Rose ! Saya tak kuat, saya tak boleh !" Syaiha sudah meronta-ronta.

Air mata Prof. Hadi juga sudah mula mengalir. Sedih dia melihat Syaiha. Besar betul ujian buat gadis itu. Dulu gadis itu kehilangan kedua orang tuanya.

Dan baru sekejap tadi dia kehilangan Irzam, abang iparnya. Kini dia akan kehilangan satu-satunya tempat bermanja dan menumpang kasih pula.

“Awak kuat Syai, saya tahu..."

Syaiha sudah teresak-esak di tepi Prof. Hadi. Orang ramai yang sedang lalu- lalang langsung tidak menarik minat Syaiha. Perasaannya sekarang lebih penting !

Prof. Hadi menghembus nafas. Matanya dikalih mengahadap bilik bersalin. Dia tahu isteri kepada arwah sahabatnya itu sedang bertarung nyawa di dalam.

Sedangkan dia dan Syaiha sedang bertarung rasa di luar ini. Apa yang boleh dia lakukan hanya mengirim doa buat wanita itu. Selebihnya hanya Allah yang tentukan.

Sekiranya sesuatu terjadi kepada Rose, dia akan jaga Syaiha. Itu janji dia buat arwah Irzam. Dia janji !

“Cik Syaiha, puan Rose nak jumpa." tegur seorang nurse yang baru keluar dari bilik bersalin itu.

Syaiha memandang Prof. Hadi dan lelaki itu terus mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience