Chapter 2

Short Story Series 892

"Dia suka aku ke tak eh? Kalau betul dia suka aku mestilah dia usha aku kan...hmm".

Raines yang dari tadi termenung sambil melihat tingkap kacanya ditambah pula dengan sinaran bulan yang menyinari malamnya. Lantas dengan perlahan Raines bangun dari pembaringnya sambil duduk di tingkap kacanya melihat bulan.

"Betul ke aku suka dia ni..harap-harap betul".

 Raines yang dahulunya pernah di tolak oleh seorang lelaki membuatkan dia trauma untuk mencintai lelaki, bagi dia lelaki ni sama sahaja..tak boleh pakailah apalah tetapi apabila pertama kali dia melihat Arfan dia merasa tenang. Kalau nak diikutkan dia pernah couple sekali sahaja iaitu Firas. Firas ini semasa awal perkenalannya dengan Raines, sejak Firas tersalah nombor. Pada mulanya Raines ingat ibunya Puan Laila yang  baru menukar nombor telefonnya tetapi rupanya Firas.

"Hariz kau kat mana? aku dah berejam dah dekat gym, tak nampak pon kau. Ke saje kenakan aku biar aku sorang kat gym haa?"
"Walaikumsalam, awak..awak salah nombor ni"

Firas agak terkejut apabila mendengar suara perempuan pula.

"Eh assalamualikum...maafla saya ingat kawan saya"
"Ohh takpe takpe...okayla bye"
"Okay", balas Firas dengan nada agak segan.

*talian putus*

Pada masa yang sama juga Raines terdetik dalam hatinya. "Hariz tu macam nama abang aku je. Tapi dia harini tak keluar pergi mana- mana pulak"...ehh takdelahh Anes, kan dia kata salah nombor, bisik hatinya untuk menenangkan hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience