BAB 7

Mystery & Detective Completed 36681

Bunyi nada dering telefon bimbitnya membuatkan Lisa terjaga dari tidurnya. Dia mendengus marah mengenangkan tidur di hujung minggunya ternganggu. Tapi bila mengenangkan panggilan itu mungkin dari client, segera dijawabnya panggilan tersebut.

‘Hello Lisa, Lisa ini kak Masitah anak mak Som,’ ujar suara wanita di hujung talian.

‘Oh kak Mas, kenapa ni kak mas?’ tanya Lisa, hatinya mula rasa tak sedap, Benjy disebelahnya sudah terjaga.

‘Mak akak, mak akak dah tiada Lisa, mak dah meninggal ’ tangis Masitah teresak-esak. Lisa yang mendengarnya terkedu, telefon bimbit terlepas dari genggamannya. Benjy mengambil telefon bimbit itu bila melihatkan isterinya yang sudah mulai menangis teresak-esak.

‘Kak Mas, ini Benjy, apa yang dah terjadi?’ tanya Benjy.

‘Benjy, jenazah mak akak akan dikebumikan selepas Zuhur di Banting, Benjy tahu kan rumah kat Banting, datang saja nanti ya dik, akak tak dapat cakap lama, jumpa nanti,’ujar Masitah menamatkan perbualan.

Lisa menangis teresak-esak, tangisannya yang kuat membuatkan Abil dan Bella yang sudah terjaga dari tadi meluru masuk ke bilik tidur Lisa dan Benjy. Dalam esak tangis, Lisa maklumkan tentang pemergian mak Som kepada Abil dan Bella, Abil yang mendengarnya terus menangis namun Bella hanya diam saja, masih belum mengerti.

Benjy tergamam seketika,dia makin diburu rasa bersalah dan sesalan, belum sempat dia mahu memohon kemaafan, mak Som telah pergi meninggalkan mereka. Lisa masih menangis, Abil dan Bella saling berpelukan. Seseorang perlu bertenang, dan Benjy bingkas bangun menenangkan Lisa, dilapnya air mata Lisa lalu dipeluknya anak dan isterinya. Dia meminta Lisa bertenang dan segera bersiap sementara dia cuba menghubungi Leah untuk datang menjaga Abil dan Bella sementara mereka ke majlis pengebumian mak Som. Benjy segera mendail nombor telefon Leah.

‘Leah, minta maaaf mengganggu awak, saya tahu hari ni awak cuti but I need your help, can you,’ belum sempat Benjy menghabiskan ayatnya Leah mencelah.

‘Oh what a coincidence , saya kebetulan berada dekat mini market berdekatan rumah tuan, I’ll be there!’ ujar Leah.

‘Thanks Leah,’jawab Benjy.

Leah senyum riang dan terus berlari menuju ke rumah ‘keluarga’ barunya itu.

Sepanjang perjalanan balik dari Banting Lisa hanya menangis, diam tanpa sebarang kata. Perginya mak Som sama seperti hilang sebahagian dirinya. Kini, di dunia ini dia hanya ada Benjy, Abil dan Lisa. Tanpa mereka dia memang sebatang kara. Tiada lagi mak Som yang boleh dipanggilnya mak, menjadi tempat dia menumpang kasih. Air matanya jatuh berderai. Benjy yang sedang memandu sesekali menggenggam tangan Lisa, cuba menenangkan Lisa.

Apa yang paling dikesalkannya adalah, dia sudah berjumpa dengan Mak Som semalam tapi tak berpeluang untuk bercakap atau paling kurang membela mak Som. Dia patut kejar, memujuk dan mendengar apa yang ingin dikatakan mak Som bukan membiarkannya pergi. Mak Som yang datang ke rumah mereka, bermakna mak Som sudah merendahkan diri, mengalah semata-mata mahu berjumpa mereka, mak Som mesti benar-benar merindui mereka dan Lisa pasti mak Som sihat dan waras.

‘Mustahil mak nak bunuh diri, mak bukan orang yang macam tu, mak siap call akak minta jemput dia di rumah untuk temankan dia ke rumah Lisa, dia kata ada benda nak bagitahu Lisa untuk keselamatan Lisa sekeluarga, bila akak tanya pasal apa mak cakap dia akan bagitahu esok, logik tak orang yang nak bunuh diri beria-ria menjahit dan siap plan untuk ke rumah Lisa?’ kata-kata kak Masitah itu masih terngiang-ngiang di telinganya, ada benar kata-kata kak Masitah itu. Fikirannya bercelaru.

Enjin kereta dimatikan, Benjy keluar dari kereta lalu menjemput Lisa keluar dari kereta. Benjy sedih melihat keadaan isterinya. Lisa mesti terlalu sedih dan memikirkan banyak benda sampai tak sedar yang mereka dah pun sampai di rumah.

Leah menyambut kepulangan Lisa dan Benjy, Lisa memandang Leah dengan seribu pertanyaan. Ada satu perasaan marah dan benci hadir terhadap gadis Filipina ini, Benjy membawa Lisa duduk di sofa, Abil dan Bella serta-merta duduk di sisi Lisa.

‘Orang lain mati, nangis beria pulak,’ getus hati Leah.

Leah membawa dua gelas air untuk Benjy dan Lisa. Benjy memujuk Lisa untuk minum kerana seharian dia tidak menjamah sebarang makanan atau paling kurang minum. Lisa menuruti kata Benjy. Namun ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

‘Kenapa tangan awak berbalut tu Leah, cedera kena apa?’ tanya Lisa pelik apabila melihat keadaan tangan Leah yang berbalut bandage.

‘Ouh semalam cedera masa buat wall climbing, nothing serious mam, by the way so sorry about mak Som, tak sangka semalam first and the last jumpa mak Som, as I said dia memang nampak sakit, stress dan mungkin sebab tu dia buat benda bodoh ?’ lancang mulut Leah menjawab.

‘Leah! Apa yang kamu cakap ni?’ marah Lisa, dia terkejut mendengar kata-kata Leah, apatah lagi ia dihadapan Abil dan Bella. Leah memohon maaf.

‘Awak tak patut cakap macam tu Leah lebih-lebih lagi depan budak-budak, kami kehilangan orang yang seperti keluarga, please be more sensitive, tegur Benjy. Benjy meminta Abil dan Bella naik ke atas, arahan Benjy itu segera dipatuhi.

Lisa masih menangis, Benjy mendakap erat Lisa, dikucupnya dahi lisa berkali-kali dan memujuknya untuk naik ke bilik berehat.

Leah berang melihat adengan itu, dia menggenggam penumbuk tangannya menahan marah. Benjy dan Lisa bangun dari sofa. Benjy mengucapkan terima kasih pada Leah dan memintanya pulang. Leah berkeras untuk bermalam dan mahu membantu untuk sediakan makan malam tapi ditolak dengan baik oleh Benjy. Leah hampa.

‘Wait, macam mana awak tahu dia buat benda bodoh? Awak tak kenal mak Som and then how could you say that?’ tanya Lisa berang, lama ditahannya soalan ini kerana mengenangkan Abil dan Bella ada bersama mereka tadi.

‘Well, saya terlepas cakap tadi puan, saya maksudkan the way dia serang saya semalam tu memang benda bodoh and proof that she is sick,’ jelas Leah cuba berhati-hati menyusun ayat, takut tersilap langkah.

‘Saya nak tahu, awak ada cakap apa-apa pada mak Som tak sampai buat dia menangis semalam?’ Lisa mahukan kepastian sekali lagi dari Leah, dia tidak tahu sama ada perlu mempercayai kata-kata Leah atau tidak tapi apa lagi pilihan yang dia ada, sekarang ini, Cuma Leah satu-satunya manusia di dunia yang habiskan masa lebih lama dengan mak Som dari mana-mana manusia pada hari terakhir hayatnya. Jadi hanya Leah saja yang boleh beritahu perkara sebenar.

‘Macam yang saya cakap semalam, mak Som datang memang dah mengamuk, meroyan bila saya larang masuk lagilah dia marah sampai serang saya,’ jelas Leah.

‘Kenapa awak tak bagi dia masuk? Abil dan Bella kenal mak Som, at least awak jemput dia masuk, bagi dia minum and then you can just call me or my husband just let us know, mustahil dia datang terus marah-marah,’ tanya Lisa bertalu-talu.

‘Abil dan Bella mungkin kenal mak Som, tapi saya tak kenal dan niat saya hanyalah untuk protect keluarga saya dari orang tak dikenali, err maksud saya keluarga puan,’ balas Lisa.

‘Dia bukan orang asing, she is not! Dia mak angkat saya, bukan, dia mak saya, mak saya!’ teriak Lisa yang sudahpun menangis teresak-esak. Benjy memintanya bertenang, dia meminta Leah pulang dan Leah segera beredar.

‘Fuck! Kau tak boleh move on ke betina?!’ bisik hati kecilnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience