BAB 1

Romance Series 3317

Mata pensel kayu 2b menari lincah di atas permukaan kertas putih. Senandung kecil berlagu merdu dari seulas bibirnya. Mirae…Lagu Jepun yang sangat sedap didengari sebati dengan hembusan lembut angin sepoi-sepoi bahasa.
“Lama lagi ke? Waktu PSV dah nak habis dah, cikgu kan suruh kita semua berkumpul sebelum habis masa.”
Dia angkat kepala sejenak memandang kawan baik sejak zaman tadikanya itu lalu kembali ditumpukan kepada kertas lukisannya. “Sikit lagi. Sabar kejap lagi. Final touch!”balasnya.
Bibirnya menguntum senyuman manis, ketika lukisannya sudah menjadi. Pensel diletakkan di atas meja pondok, lalu kertas lukisan diangkat setara dengan wajah. Diperhatikan dengan teliti, sebelum senyumannya semakin lebar. Cantik!
“Dah siap kan? Cepatlah, kejap lagi bunyi loceng!”Fia menggesa, melenyapkan senyuman manis di bibir Ivy.
“Ya..ya..”Dengan cemberut, Ivy mengemas peralatan yang digunakannnya untuk melukis. Fia pula dengan tidak sabar terus menarik pergelangan Ivy ketika Ivy sudah siap mengemas.
“Sabarlah, Fia. Nak terjatuh aku kau tarik macam ni….arh, lukisan aku!” kertas lukisan yang berada dalam pegangannya terlepas dan tertiup angin.
Dia lepaskan tangannya daripada pegangan Fia, langsung saja dia mengejar kertas lukisannya yang terbang rendah.
Dia tersenyum lega, apabila kertas lukisannya sudah mendarat di lantai koridor. Cepat-cepat dia berlari ke koridor yang berdekatan dengannya.
Jarak koridor dan pondok tempat dia dan Fia melepak tadi tidak seberapa jauh.

“Dapat!”
Ivy duduk bertinggung, dengan tangan memegang kertas lukisannya. Diusap-usapnya dengan lembut kertas lukisannya, menghilangkan debu yang mengotori sedikit kertas lukisannya itu.
Tap. Tap.
Bunyi derapan kasut tidak jauh daripada dia membuatkan dia spontan mengangkat kepala mencari arah bunyi tersebut.
Dia terkaku.
Dapat dia rasakan segala pergerakan disekelilingnya seakan dalam keadaan slow motion. Bunyi riuh rendah daripada kelas berdekatan menghilang dari pendengarannya, dan satu-satunya bunyi yang menyapa kedua corong telinganya adalah…bunyi derapan kasut yang semakin mendekat milik pelajar lelaki yang kehadirannya bersinar-sinar seperti batu permata.
Rambut hitam nan halusnya dibuai lembut oleh angin, sangat sepadan dengan kulit cerahnya dan kaki panjangnya melangkah dengan penuh gaya. Sepasang mata hitam itu tajam namun mempesona. Seperti memiliki daya untuk menyerap sehingga tenggelam dengan keindahannya. Hidungnya mancung terletak dan bibir kemerahan itu tanpa senyuman.
Dia….sangat bersinar!

“Ivy! Ivy! Oii, Ivy!”
Statik tidak bergerak.
“Kau dah kena sampuk dengan jembalang koridor ke apa? Jangan buat aku takut!”
Masih tidak bergerak. Duduk bertinggung, mata tidak berkelip dan mulut ternganga kecil.
Fia sudah mula pucat muka tengok Ivy tidak bereaksi dengan ekspresi muka Ivy yang menggerunkan.
Pandang kiri-kanan. Sudah tiada orang didekat mereka. Ada pun seorang pelajar lelaki itu pun dah agak jauh. Boleh dah ni…
Nafas ditarik dan mata terpejam sebentar. Dengan lafaz bismillah, telapak tangan kanan ditiup lalu…
Pap! Belakang badan Ivy ditepuk kuat.
Terhuyung-hayang Ivy sekejap sebelum dia berjaya stabilkan diri. Hampir saja dia jatuh tertonggeng dekat tengah koridor. Nasib dia tangkas.
Dia bangkit berdiri, Fia dipandang tajam. “Yang kau tepuk belakang aku kuat tu apa pasal! Tertonggeng aku kat sini macam mana? Hah, macam mana?”
Fia jungkit bahu. “Tak kisah pun. Asalkan jembalang koridor dalam badan kau tu lari, aku langsung tak kisah sama ada kau nak tertonggeng ke tertiarap ke…”acuh tak acuh saja dia membalas. Sambil tiup-tiup jari jemarinya dengan lagak diva.
“Amboi, sejak bila pula aku pelihara jem*tet* koridor? Kau nak merepek pun bertempatlah!”Ivy hendak menyinga. Boleh pula main cakap sembarangan, ada betul nanti kang..hah, tak ke naya!
“Sejak tadi. Yang kau tadi aku panggil-panggil tak menyahut, dah kenapa? Dah la muka teruk, dengan mulut ternganga mata terbeliak macam tu. Nasib saja tak meleleh air liur..”Fia bermuka jijik, menghina Ivy.
Mendengar perkataan tadi, kerutan di dahi Ivy menghilang digantikan dengan senyuman manis dan mata yang bersinar-sinar. Kedua tangan Fia digapai.
“Fia, tu bukan kena sampuk jembalang…tapi….”Ivy gantung kata dengan ekspresi teruja.
“Tapi apa?”
Makin lebar senyuman Ivy bukan senyuman manis dah tapi senyuman creepy. Takut saja Fia bibir Ivy terkoyak dek kerana senyum terlampau lebar.
“Tapi tu sebab aku nampak bidadara turun dari langit…aduh!”
Ivy usap lengan yang terkena tamparan puaka Fia. Berapi tamparan Fia tu. Nasib bukan kena di muka. Kalau kena di muka konfem dia kena fly ke Korea buat bedah plastik.
“Apa pasal tampar aku?”rungutnya.
“Merepek kuat sangat, tu makan dia! Bidadara turun dari langit..haktuih! Akal mana akal?”cerca Fia lagi dengan muka kejam.
Ivy hendak membalas namun Fia angkat tangan depan muka Ivy, isyarat talk to my hand. Dengan muka toya. “Dah jom masuk kelas. Layan kau merepek, dapat markah kosong kerja PSV kita.”
Ivy muncung panjang namun tetap ekori Fia.
Tunggulah nanti sampai Fia nampak sendiri apa yang dia nampak tadi. Berani lagi ke tidak nak menghina dia lagi. Cakap dia merepek kan…tunggulah!

**********

Ivy duduk menopang dagu dengan tangan kiri, sambil mata pula menghadap koridor luar kelas. Suara riuh-rendah dari dalam kelasnya dia biarkan sahaja. Biasalah cikgu tak masuk kelas, mestilah kelas pun bising. Mainstream betul!
Fia yang duduk di sebelahnya di meja paling belakang pula, sedang sibuk membuat latihan. Tidak tertarik langsung pandang kiri kanan depan belakang. Nak ajak berbual, memang cari maut. Kacau Fia Farihah belajar sama macam kacau anjing baru lepas beranak.
Jadi untuk kelangsungan hidup dan keselamatan diri, lebih baiklah dia memandang pemandangan koridor luar kelas yang membosankan.
Tiba-tiba dia teringatkan kejadian tadi. Salah satu kejadian paling membahagiakan dalam hidup.
Dia senyum lebar apabila terjumpa satu idea yang dia rasakan cemerlang untuk menghilangkan bosan dia.
Buku lukisan dikeluarkan daripada laci meja. Diselak satu demi satu sehingga dia jumpa permukaan kertas kosong. Kotak pensel besar dan gemuk miliknya yang penuh dengan peralatan tulis diseluk sehingga dia berjaya keluarkan sebatang pensel 2B dan juga pemadam.
Mata penselnya mula mencoret di atas lembaran permukaan kosong itu, sambil dalam kepala mengulang tayang imej indah yang dilihatnya tadi lalu dituangkan ke atas permukaan kertas kosongnya.
Dirinya terlalu tenggelam dengan lukisan sehingga suara-suara riuh rendah rakan sekelasnya tidak lagi mencecah pendengaran.
Butuh waktu yang agak lama juga, sehingga lukisannya sempurna. Dia berhasil memotret seorang pelajar lelaki yang berjalan di koridor.
Puas hati dengan sketsanya, dia menuliskan tarikh dan juga tanda tangannya di bahagian bawah kertas, serta sebuah ayat…
Pertemuan pertama kita…dan kau bersinar dengan sangat indah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience