Pembuluh jantungnya terasa seperti hendak pecah apabila kereta milik Fazneeta mula memasuki kawasan rumah Darris.
Tangannya yang sejuk digenggam erat oleh Darmawati. Dia mengangkat wajah dan tersenyum nipis.
Mereka keluar daripada kereta. Ketika itu, Amanda sedang menyidai baju di belakang rumah. Darris pula sedang menonton televisyen dalam rumah.
"Assalamualaikum."
Telinga Darris kedengaran seperti ada orang memberi salam dari luar rumah. Seraya dia bangkit dari sofa kemudian melangkah menuju ke arah pintu utama. Tombol pintu dipulas.
Jantungnya berdegup laju tatkala melihat wajah yang amat dikenali itu bersama ibunya.
Kedatangan Fazneeta dan ibunya ke rumah membuatkan Darris berasa pelik. Mustahil ibunya berhajat baik untk berdamai dengan Amanda. Nak-nak, ada perempuan lain yang dibawa.
Darris jadi tidak sedap hati. Dia mengerling Fazneeta yang ada di sebelah sebelum wajah maknya dipandang kembali.
"Papa tak datang."
Beritahu Darmawati seperti dapat mengagak apa yang bermain di fikiran anaknya.
"Kenapa mama datang sini?" tanya Darris lembut.
"Dah tak boleh jenguk anak sendiri ke?"
"Bukan macam tu, cuma kalau mama bagitau awal, Ayra boleh ready apa-apa lagipun papa tak ada. Mama datang dengan Neeta berdua je. Peliklah Darris."
"Bini kau mana?" matanya tertinjau-tinjau ke arah pintu bilik."
"Mesti membuta je kerja dia kan?"
"Taklah, dia tengah sidai baju dekat belakang tu."
"Sidai baju konon. Entah-entah tengah berseronok bersembang dengan jantan sebelah rumah." perli Darmawati.
Kadangkala Darris merasakan maknya terlalu melampau dalam menghukum Amanda.
"Sebelah rumah ni anak dara, ma. Sebelah lagi tak ada orang."
Sopan Darris memberitahu agar maknya tidak berterusan berfikiran negatif terhadap isterinya.
Berdesing telinga Darmawati apabila sindirannya tidak menjadi. Malu sendiri dan pipinya terasa panas. Pita suara dibetulkan sebelum dia membuka mulut.
"Kalau dah miang tu, jiran selang sepuluh rumah pun dia boleh merayau."
"Mama, dahlah tu. Dengar Ayra nanti kecil hati dia." ujar Darris.
Pandangannya dilarikan ke wajah Fazneeta. Tenungan tajam diberikan sehingga gadis itu nenundukkan kepala.
"Baguslah kalau dia dengar. Ni, mama datang ni pun bukan nak bincang pasal dia tapi nak bincang pasal kamu dengan Neeta."
Berkerut dahi Darris apabila patah perkataan yang keluar dari mulut mamanya sampai ke telinganya. Wajah Fazneeta digali cuba membaca jawapan.
"Maksud mama?"
"Mama nak Darris kahwin dengan Neeta dan bercerai dengan Ayra. Dia tu tak boleh bahagiakan Darris macam mana Neeta buat. Mama nak kita berdamai macam sebelum ni sebelum perempuan tu muncul dalam hidup Ris dulu."
"Apa mama cakap ni? Mama sedar tak apa yang mama suruh Darris buat ni? Mama, sanggup mama hukum Ayra. Kenapa? Mama tak puas lagi ke nak seksa hidup dia macam dulu?"
"Kenapa nak back up perempuan tu? Perempuan tu memang dari dulu lagi tak berubah, Ris. Dulu dia yang tinggalkan kamu. Kamu dengan Neeta pun okey je bahagia pun. Mama sedarlah Darris sebab tu mama datang sini nak suruh kamu putuskan perempuan tu. Neeta ni lagi seratus kali baik daripada si Ayra keturunan iblis tu."
Darmawati melepaskan rasa geram. Nada suaranya langsung tidak dikawal. Memang sengaja ingin membiarkan menantunya dengar.
"Ini semua permintaan Neeta ke?" soal Darris kepada Fazneeta.
"Ris, dah memang ni mama awak yang minta. Bukan saya yang suruh. Ini bukan permintaan saya. Cuma apa yang saya fikir, ada kesempatan peluang saya nak awak maafkan saya lepas apa yang pernah jadi dulu."
"Kenapa awak buat saya macam ni?"
"Saya minta maaf, Darris. Saya tau saya salah."
"Awaklah perempuan yang puncanya rumah tangga saya hancur."
"Hei Darris, mama yang suruh dia kahwin dengan kamu. Jangan nak salahkan dia pula." Darmawati mencelah.
"Bagi saya peluang, Darris. Kenapa awak susah sangat nak awak terima saya?"
Akhirnya lidahnya berjaya bergerak meluahkan rasa yang terbuku di hati.
Darris menggeleng.
"Sampai nyawa saya yang terakhir pun, Ayra tetap pilihan saya. Saya tak nak ulang balik kesilapan yang sama macam dulu."
"Jangan nak mengarutlah, Ris. Mama tak suka dan tak akan restu untuk kamu teruskan hubungan dengan dia. Darris suka eh nak jadi anak derhaka?" Darmawati mengetap gigi, geram.
"Darris bukan nak jadi anak derhaka tapi Ayra boleh berubah, ma. Kalau bukan sebabkan kita sekeluarga tak layan dia macam anjing kurap, dia takkan berubah sampai jadi macam ni lah mama!" bentak Darris.
"Mama tak kira! Mama tak kan percayakan perempuan tu."
Darris mengeluh. Seorang wanita yang selalu fikirkan kebahagiaannya telah berubah hanya kerana amarahnya. Dia tahu, hati maknya masih lembut untuk memaafkan Amanda tetapi ego menghalangnya.
"Maafkan Darris. Ayra tetap pilihan Ris.
segalanya akan terlerai
Share this novel