BAB 7

Drama Completed 21201

Setiap kali trauma aku datang, pasti Amni akan memujukku. Umurnya masih muda tapi pemikirannya sangat matang.

“Kak, come back to your senses kak! What past is past. Let them be.. Kakak kan ada Abang Haikal? Dia pasti tenangkan kakak.”

Dengan pujukan Amni, aku rasa lega sikit. Sebenarnya aku jadi teringat peristiwa lama ni sebab Alif ajak aku pergi sesuatu tempat istimewa. Aku rasa sayu sangat sebab selama ni masa sekolah menengah waktu tingkatan 1,2, dan 3, kawan-kawan baik aku selalu buat kejutan untuk aku. Tempat yang tak istimewa macam dewan makan pun jadi istimewa dan kejutan buat aku sebab buat kejutan hari jadi.

***

“Lyn, keluar rumah jap.” Ujar Haikal melalui telefon. Aku yang kebetulan sedang bersiap-siap nak keluar dengan Alif pun keluar pada malam tu.
“Amboi, kenapa pakai cantik-cantik? Aku suruh keluar rumah je. Hahaha.” Usik Haikal.

“Eleh, biarlah nak pakai macam mana pun! Eh, cantik? Maknanya kau kata aku cantiklah ni?”

“Euu, perasan! Pakai je cantik-cantik, orangnya tak pun haha.”

“Ceh, apa-apa jelah Haikal. Jadi, kenapa suruh aku keluar rumah ni?” Aku bertanya.

“Erm.. Jom lepak kat mana-mana. Aku bosan malam ni. Rasa rindulah pula kawan baik aku ni.” Erk, apasal pelik sangat Haikal malam ni?

“Sorrylah Haikal. Aku keluar dengan Alif malam ni. Dia kata nak buat kejutan dekat aku. Hehe, tak sabar rasanya nak tahu.”

“Ala, kau cancel jelah keluar dengan dia. Aku boleh ajak kau membeli-belah ke, main game ke, apa-apa jelah!” Pujuk Haikal.
Sedang kami berbual, kereta Alif pun tiba.

“Hai, semua.” Alif tersenyum manis dan menghulurkan tangannya kepada Haikal. Fuh, nasib baik Haikal menyambutnya.

“Haikal kan? Aku Alif. Amani pernah juga cerita pasal kau dekat aku. Salam perkenalan ya.”

“Amani? Rasa nak muntah pun ada.” Bisik Haikal kepadaku. Aku pun tergelak kecil.

“Baiklah, jom pergi, Amani. Maaf, Haikal. Kami pergi dulu ya.” Serta-merta aku masuk ke dalam kereta Alif.

***

“Nak pergi mana ni?” Saspens sungguh! Dia siap bawa sapu tangan panjang, nak suruh aku tutup mata.

Setelah sampai di tempat tersebut, aku disuruh membuka penutup mata. Aik? Gelap gila kot! Seriously aku tak tahu aku kat mana dan dalam situasi apa. Hati aku mula berdebar. Harap-harap Alif bukan orang jahat.

“Okey, sekarang ni awak keluar kereta, pegang tali ni dan ikut je ke mana tali tu bawa awak. Nanti awak akan berhenti kat setiap checkpoint. Kreatif kan saya?“ Kata Alif sebaik sahaja membuka pintu kereta.

Haihh, macam-macamlah Alif ni. Lega sikit hati aku bila dengar penerangan dia.

Aku berjalan dan terus berjalan. Pendek-pendek je jarak setiap checkpoint. Setiap checkpoint akan ditemani cahaya. Checkpoint pertama, ada surat.

Surat tu bertulis, ‘Saya memang semulajadi tak suka cakap kasar. So jangan ingat ayat ni cheesy okey? Jangen bencikan saya, ya? Hehe, cheesy~”

Checkpoint kedua, ada sebuah teddy bear comel tengah pegang bunga. Ada sebuah kertas tertulis, PICK ME.

Aku pun teruskan perjalanan yang tak jauh pun. Ikut firasat aku, ni macam maze. Takutnya, gelap sangat! Checkpoint terakhir, Alif tengah berdiri. Dia macam nak cakap sesuatu. Tiba-tiba lampu semua terbuka. Rupa-rupanya ni sebuah dewan yang besar tapi diletakkan penghadang macam maze tapi bukan maze pun.

“Saya nak awak janji satu perkara,” Alif memulakan bicara. Wajahnya serius, tapi masih menawan. “Awak takkan marah dan awak akan redha.”
Aku pun terus mengangguk. Berdebarlah pula.

“Saya tahu ice skating tempat idaman awak melalui junior saya. Dia muda setahun daripada saya, sebaya dengan awak. Balik dari sekolah, saya dengar dia kutuk awak dekat kantin.” Alif mengumpul semangat untuk bercerita.

“HAHAHA! Ali Aman suka ice skating!” Fikri ketawa berdekah-dekah.

“Serious kau? Haha budak tak sedar diri tu memang tak tahu malu betul!” Beberapa orang lelaki juga turut menyertai sesi mengumpat Allyn Amani.
“Woi, kau kan presiden kelab alam sekitar. Cadanglah dekat cikgu, buat lawatan ke situ.” Fikri memaksa Amin.

“Kau nak suruh aku penuhi impian budak tu? Please, memang taklah! Sejak bila kau back-up dia? Ke kau dah jatuh hati kat dia? Hahaha!” Amin membuat muka geli geleman.

“Aku? Jatuh hati kat dia? Simpang malaikat 44! Maksud aku, kau buat macam ni..” Fikri memberitahu cadangannya kepada Amin. Dahlah cadangannya itu diberitahu tanpa berbisik! Kuat benar suaranya! Alif pun boleh dengar.

Yalah, nak dikisahkan apa kalau semua orang dengar? Bagi Fikri, semua orang di sekolah itu membenci Allyn. Jadi dia tak perlu bimbang kalau-kalau ada yang mengadu kepada Allyn.

“Saya nak cuba bantu awak. Tapi saya tak tahu macam mana nak buat. Jadi saya cuba bantu awak haritu untuk tunaikan impian awak.”Aku terpempan. Maksud dia?

“Saya harap awak dapat tangkap apa yang saya cuba sampaikan.” Alif kelihatan muram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience