Kerja

Drama Series 421991

"Nura, untung you tau", bisik Anitha padaku ketika aku membancuh kopi di pantri seperti yang Slyvia arahkan. Katanya titah perintah dari Mr. Yong. Aku pelik kenapa Anitha berkata demikian.

Tadi pun elok aku tiba di pejabat, Slyvia menyuruh aku ke food truck di tepi bangunan pejabat untuk membeli kuih. Katanya ada meeting pagi ni. Sampai je aku dengan dua plastik kuih, dimintanya pula aku buat kopi. Aku ni intern ke tealady?? Tapi aku tak berani nak apa. Buat saja apa yang disuruh asal tak bercanggah dengan agama, tak susah pun. Cepat cepat aku selesaikan semua yang diminta.

"Nura, Mr. Yong panggil", ujar Iman yang baru keluar dari bilik perbincangan bersama mereka yang terlibat. Aku bangun dan membetulkan kemeja hitam serta seluar panjang supaya nampak kemas. Rambut aku sela dengan jari saja.

"Ha... Nura. Ingat lagi Arif Fahmi?", tanya Mr. Yong, aku yang berdiri di depan pintu mengangguk. Arif Fahmi duduk disebelah Mr. Yong kelihatan serius. Hari ni dia berkemeja hitam. Aishh.. sama pula dengan aku. Ehh.. tapi bila masa dia masuk? Bukan ke dia kena lalu depan aku kalau nak ke bilik perbincangan? Apasal aku tak perasan? Aku buat apa tadi? Ke mamat ni ada ilmu ghaib?

"I bagi peluang pada you join projek kali ni. You ikut team Arif, Nura ", ujar Mr. Yong padaku tapi memandang pada Arif Fahmi.

"Saya? Saya intern je boss. Ada staff lain kan?"

"Syarikat saya ni kecil saja. Jadi, semua dah ada project in hand. Freelance dalam list pun semua sibuk. Arif minta you tolong dia. Saya rasa ini peluang yang baik untuk you, Nura. Tak selalu intern dapat peluang begini".

Aku terkesima, mengetap bibir. Serius, aku kabur soal apa ni.

"Emmm.. kalau setuju, awak ikut saya. Saya yang akan buat evaluation report", tutur Arif tegas. Aku menelan air liur.

"Jangan takut Nura. Arif orang baik. Saya dah lama kenal dia", ujar Mr. Yong ketawa kecil.

Aku terdiam. Team projek? Projek baru ni ke?

"Saya tau awak intern. Bidang yang awak belajar banyaknya teori dan takde kena mengena dengan bidang ni. Saya cuma beri peluang untuk awak. This is totally different from what you learn. Pasti ini pengalaman yang mungkin awak hargai. Mungkin juga awak akan menyukai dan terus berkerja di bidang ini bukan sekadar terperuk dalam pejabat menghadap laptop".

Aku cuba fahamkan apa yang disampaikan oleh Mr. Yong.

"Bagaimana? Berminat? Jika terlibat dalam projek, pakaian bebas. Jeans, round collar tshirt, short pants, anykind of fashion would be no problem except bikini", tambah Mr. Yong dengan tawa kecil di hujung ayat. Bikini? Gila! Aku sendiri tak sanggup nak tengok lemak aku, inikan pula nak tayang kat orang? Mungkin tunggu aku kurus. Hahahaha...

Tanpa sedari aku tersenyum lebar. Yes! Jeans dan kemeja geloboh pakaian rasmi aku akan kembali. Nyah baju kurung dan segala pakaian ala ala ayu. Aku gemar sesuatu yang ringkas.

Aku mengangguk, "sound interesting boss".

"Good. So, esok you ada briefing dengan team Arif Fahmi pukul 10. Ada passport?" , tanya Mr. Yong.

"Passport? Nak buat apa?", tanyaku kembali sambil menggeleng kepala. Tak pernah hayat aku ke Jabatan Imigresen waima sekalipun ke lapangan terbang. Selalu tengok kapal terbang di udara saja dan di televisyen.

"Sebab minggu depan kita akan ke Sabah untuk mulakan shooting. Ni duit untuk you. Lepas ni, boleh terus ke Imigresen. Buat passport. Antarabangsa tau, untuk 3 tahun", kata Arif Fahmi meletakkan beberapa helai wang kertas bernilai RM50 ke atas meja.

Aku ternganga, What the?????

"Esok bawa sekali. Beri pada I. Nanti I akan minta Slyvia ajarkan you buat apa yang I nak", beritahu Arif Fahmi dalam satu nafas dan satu nada.

"Esok?". Sungguh aku terkejut. Dah la bagi duit suruh buat passport, nak esok pula tu. Aku mana pernah buat semua ni. Passport ni siap cepat ke? Dulu aku buat kad pengenalan pun makan masa seminggu nak siap.

"Ya, esok. Takkan minggu depan? I nak esok, means esok. Bukan lusa", jawab Arif Fahmi sambil matanya mengarahkan aku mengambil duit yang diletakkan tadi.

Aku memandang Mr. Yong dengan muka simpati. Sungguh aku tak tahu nak buat apa. Sekarang waktu pejabat. Jabatan Imigresen terdekat pun aku tak tahu di mana.

"Nura, after this you pergi buat passport. Sekarang ni sekejap je dah siap. Buat pagi, petang dah siap. Soon, within an hour boleh siap", ujar Mr. Yong memberi keizinan untuk aku keluar.

"Ok. Saya pergi sekarang", kataku dengan semangat berkobar. Rasa teruja sangat bila nak buat passport dan akan terbang buat pertama kali. Selama ni tengok di televisyen je.

"Makkkkk...."

Aku memanggil mak panjang dengan nada manja selepas mak menyambut salamku melalui panggilan telefon.

"Ada apa ni? Lain sangat bunyi ni", duga mak. Pastilah dia tau, dah lama dia jadi mak aku. Dah masak sangat perangai anak dara dia yang sorang ni.

"Kakak kat imigresen ni", kataku berbisik. Tak nak la satu pejabat imigresen ni dengar perbualan aku. Agak jauh sebenarnya pejabat imigresen ini dari pejabat, aku terpaksa naik tren LRT juga.

"Ha! Buat apa? Kau tak bawa IC ke naik bas? Kena tahan dengan polis? Dah la muka kau tu ala ala.....", tanya mak bertalu talu lalu ketawa. Riang hati aku mendengar suara mak gembira.

"Mak!!!! Apa ni. Tak abis abis kata kakak anak angkat dari Kemboja", rajukku. Tawa mak makin besar. Ya, rupa aku berbeza dengan adik beradik lain. Orang luar pun akan percaya jika diberitahu aku ni anak angkat. Dah la beza umur aku dan angah, jauh.

Dulu along selalu mengusik aku. Katanya abah jumpa aku di tong sampah lalu dibawa pulang untuk dijaga sebab masa tu keluarga kami tiada anak perempuan. Mak nak sangat anak perempuan. Dan aku pun menangis sepanjang hari kalau along bercakap tentang itu. Jenuh mak dan abah memujuk. Aku suka je merajuk begitu, ada peluang dapat makan aiskrim cornetto. Along pun dapat, dapat cubitan dari mak.

"Kenapa sayang mak kat imigresen ni?", lembut suara mak bertanya selepas tiada lagi sisa tawanya.

"Boss suruh orang buat passport", ujarku lemah, berpura pura tak suka. Padahal dalam hati melompat katak. Katak pun kalah tau tak dapat melompat setinggi tu.

"Dia suruh kakak cari keluarga sebenar ke kat Kemboja?", tanya mak bersambung tawa besar. Aku muncung panjang. Suka sangat mengusik aku. Dah besar begini, aku tak menangis dah. Aku dah tengok dalam surat kelahiran nama mak dan abah sebagai ibu bapa kandung. Lega....

"Tak la. Mak ni.... kakak kena pergi Sabah minggu depan. Ada projek", terangku dengan suara manja mengada. Nak manja dengan siapa lagi kan? Aku bukannya ada pakwe. Jadi aku manja dengan mak la. Ni kalau ada kabel telefon yang spiral tu, pasti dah kena pintal macam filem dulu dulu.

"Eh, intern je kan? Apa hal kena hantar jauh jauh", soal mak agak pelik.

"Dah boss suruh pergi. Kakak kena la pergi. Ada projek baru katanya. Mana tau nanti boleh terus kerja kat company tu lepas grad", kataku penuh berharap. Nak usaikan kerisauan mak sama.

"Jaga diri elok elok kat tempat orang. Makan tu tengok halal haram. Solat jangan lupa. Duit ada tak?", tanya mak. Alahai mak, mak sendiri pun cukup cukup. Takkan aku nak minta kat mak. Mana nak tanggung adik lagi. Adik aku tu nama je dah kerja tapi tiap bulan minta kat mak. Katanya tak cukup, gaji kecil.

"Duit ada ni, boleh la buat belanja. Tapi tak sempat nak jumpa mak bulan ni. Dah la bulan lepas pun tak sempat", keluhku.

"Ala, kan boleh telefon. Manja sangat. Nanti kalau dah kawin, takkan asyik nak balik tengok mak. Marah pula laki kau. Dibuatnya kerja kat luar negara, nak balik tiap bulan jugak?", sakat mak lagi. Terluka hati aku bila mak sebut bab kawin. Buah hati pun takde lagi, mak dah bercita cita aku naik pelamin. Berangan dengan orang hebat hebat pula tu. Ye lah, kerja dan menetap di luar negara.

"Mak ni...", balasku.

"Kakak dah dewasa. Dah pandai jaga diri. Dah umur untuk berdikari. Dah tau buat keputusan untuk diri kan? Tah tah dah ada buah hati pun.. Mak je yang tak tau", kata mak lagi lembut memujukku. Aku sayang mak sebab dia selalu menenangkan diri aku. Ni kalau berdepan, aku dah dipeluk cium.

"Mana ada orang nak perempuan gemuk cam kakak", kataku sayu, masih terasa sakit di jiwa ini bila terkenangkan Seth.

"Eh budak ni. Mana gemuknya, gebu je. Sedap peluk", terkekeh mak gelak. Aku terdiam memang mak suka peluk aku kalau aku balik. Pipi aku memang dicubit - cubit je. Katanya masa kecil, selalu dikemam je pipi aku. Sekarang tak boleh, dah masam. Merajuk aku tau. Aku sabun la pipi ni.

"Mak.. kakak tak tau berapa lama kat sana tau. Boss tak cakap apa pun. Esok baru nak briefing", luahku lagi. Runsing sebenarnya. Mana tau kan tetiba kapal terbang terhempas kat Laut China Selatan.

"Ni tahun akhir kan?", soal mak.

"Haah", jawabku. Terdengar nafas kelegaan dari sebelah sana.

"Kerja elok elok kat Sabah tu. Dengar cakap ketua. Jangan melawan. Mak doakan mudah mudahan anak mak ni sesuai dan terus berkerja di situ. Paling tak pun, senang dapat kerja sebab dah ada pengalaman".

Aku dengar setiap bait kata mak dan mengangguk seolah mak bisa lihat semua perlakuanku.

"Kat sana nanti jangan makan banyak sangat. Nanti takde kapal terbang boleh bawa kakak balik. Tak memasal je mak kena pergi sana pulak", usik mak.

"Makkk...", rajukku... aku tau mak bergurau. Terbayang iklan blue hyppo TM naik kapal terbang yang popular satu ketika dulu.

"Ingat Nura... jangan melawan", pesan mak lagi.

"Ye mak. Nanti kakak call mak semula. Nombor kakak dah naik tu. Assalamualaikum mak".

"Waalaikumsalam. Jaga diri Nura sayang".

•••••

Jam 0955 aku dah berada dalam bilik perbincangan. Entah kenapa nak masuk awal, mungkin sebab aku yang menyiapkan bilik ini untuk briefing sebentar lagi. Aku pastikan semuanya cukup. Aku duduk di tengah tengah. Rasanya tiada tempat spesifik untuk siapa. Cuma kerusi hujung tu dikecualikan. Aku melayari dunia maya melihat gambar gambar negeri Sabah. Teruja sangat ni.

"Mana passport?", soal Arif Fahmi sebaik dia lalu di belakang aku. Dia baru masuk ke bilik perbincangan satu dan aku tak perasan. Aku rasa dia ni ninja la. Senyap je pergerakan. Beg masih tergalas di bahu. Hari ni Arif memakai tshirt berkolar warna hitam ada logo HRC di dada dan jeans hitam.

Kelam kabut aku nak bangun dan menyerahkan padanya. Aku pusingkan kerusi namun tak berjaya. 'Eh.. kerusi ni boleh pusing tadi tapi ni tak boleh pula. Takkan aku duduk terus rosak?', bingung aku seketika.

"You nak ke mana? I minta passport je", ujar Arif menghulurkan tangan di sisiku, mengambil buku kecil warna merah dari tanganku. Diselak halaman buku tersebut.

"Comel!", katanya tanpa sebarang riak wajah dan berlalu.

Share this novel

Hana
2019-09-20 18:15:27 

hahaa....kannn..kena jemput abah ke sini..baru x leh degil

Hana
2019-09-20 18:06:51 

arifffff....here i come....

UdangGalah
2019-09-20 17:47:44 

Kalau nak senang gerak, bagus sediakan je dua-dua passport merah dan biru. Dengan passport biru, bebas nak gerak dalam Sabah tak perlu selalu nak datang ke pejabat imegresen, dalam masa yang sama dengan passport merah senang nak lajak ke negera lain juga. Alang-alang dekat, singgah je la. Macam orang JB dengan Singapore.


NovelPlus Premium

The best ads free experience