Bab25:Hilang Ingatan

Romance Completed 206256

Hazel panik saat melihat jarum suntikan yang dipegang oleh Carl Zafran.Carl yang berpendidikan dalam bidang kedoktoran sangat arif tentang ubat yang akan disuntik ke dalam badan wanita ini sebentar lagi yang akan merubah Hazel Haufa menjadi wanitanya yang baru. Menjadi miliknya sampai bila-bila tanpa bayangan Tengku Que Iskandar.

"Tolong,jangan!....Aku mohon!"..

"Aku sedang mengandung!"...Hazel sudah pecah dengan tangisannya bila Carl Zafran langsung tidak mengendahkannya.Lelaki itu masih dengan persiapan untuk menyuntiknya.

"Don't worry Hazel!..Baby akan baik-baik saja!"

"Kau nak suntik aku dengan ubat apa hah?"..

"Ubat untuk cuci otak!...Hazel akan lupakan masa lalu dan kita akan bina hidup baru bersama!"...Carl Zafran tertawa senang dengan bicaranya sendiri.

"Aku tak nak!"...Hazel cuba lari ke ceruk dinding menjauhi kedudukan Carl Zafran.

Carl Zafran maju mendekati Hazel dengan langkah yang besar,mahu segera menyelesaikan tugasan dan pergi dari sini.Hazel meliarkan pandangannya mencari sesuatu untuk dijadikan senjata.Matanya laju menangkap botol-botol kaca hiasan dan tanpa berfikir apa pun Thalia menghempas botol itu ke dinding.Lebihan kaca yang dipegang olehnya di hunus ke arah Carl namun lelaki itu langsung tidak gentar dengan ancaman Hazel.Bila langkah Carl semakin hampir ,Hazel terus menukarkan sasaran dengan meletakkan kaca ke arah lehernya.Goresan luka dan darah mula mengalir apabila hujung kaca yang tajam bertemu dengan kulitnya.

"Jangan dekat!....Aku lebih rela mati daripada hilang ingatan!"...Jerit Hazel nekad.

Carl Zafran mengangkat kedua tangannya sebagai isyarat mengalah.Dia hanya membiarkan Hazel berjalan melepasinya.Hazel yang panik langsung membuka langkah untuk melarikan diri bila berada sedikit jauh dari kedudukan lelaki itu.Namun tindakannya tidak begitu bijak kerana kaki Carl yang panjang dengan bukaan langkah luas sempat menyambar tangannya dan mencengkam kuat sehingga tangan kecilnya melemah dan terlepas kaca dari pegangannya.Carl pantas merangkul erat badan Hazel untuk menghentikan rontaan wanita itu dan segera menyuntik cecair pada jarum suntikan pada sisi leher Hazel.

"Jangan melawan lagi Hazel...Hazel akan jadi milik abang selamanya!"

"Hazel ditakdirkan untuk bersama dengan abang Carl bukan Que mahupun Izham!"

"Abang nak buat pengakuan untuk kali terakhir sebelum Hazel lupa....Abang yang tembak Tengku Que Izham sebelum berlaku accident!"

Kau bangsat!...jantan tak guna!"

"Aku benci kau...aku benci kau sampai aku mati!"...Hazel menjerit kuat bersama tangisan.

"Hazel marah je abang,nanti saat bangun nanti Hazel akan lupa segalanya dan hanya ada abang dalam memori Hazel.

"Kau!...Kau!"....

Hazel masih mahu menyumpah Carl Zafran namun kelopak matanya semakin mengecil dan tatapan matanya perlahan-lahan menjadi gelap.Otaknya kosong dan semakin tenang tanpa sebarang beban.Badannya mula meluruh,pengsan tidak sedarkan diri.

Carl Zafran membuang jarum suntikan dan tangannya membelai lembut pipi Hazel.Tatapan matanya menjelajahi wajah itu dengan rasa cinta yang menggebu.Akhirnya dia dapat memiliki Hazel Haufa.

"Tidur lah sayang dengan lena,esok kita akan mencipta memori baru bersama-sama".

Carl Zafran mengangkat Hazel dengan berhati-hati.Hazel yang pengsan hanya menyandarkan wajah kecilnya didada Carl dan lelaki itu segera berjalan keluar menuju ke helikopter yang sedang menanti untuk membawa mereka pergi.

************************
Di sebuah rumah rahsia di dalam hutan, Luqman berdiri menatap pandangan kelam malam dari jendela.Wajahnya tanpa sebarang ekspresi. Hatinya puas dendamnya sudah terbalas dan dapat merebut kembali Hazel yang merupakan lubuk kekayaan keluarganya.Hazel merupakan pewaris tunggal Tengku Zarith Laila.Setelah sekian lama dia berusaha menjejaki Hazel akhirnya wanita itu jatuh juga ke dalam genggaman anaknya.

"Bang....Bang....Bang"

"Boooommm...Boommmm"

Suara tembakan yang bertalu-talu yang berselang -seli dengan letupan menggegar rumah batu itu.Kesunyian malam bertukar menjadi gegak- gempita.Pekikan dan raungan kesakitan masuk ke gegendang telinga Luqman.Melayang pergi segala angan-angannya sebentar tadi.Kakinya laju berlari menuju ke pintu rahsia namun pergerakannya terhenti bila satu susuk tubuh menendangnya kuat dengan penuh tenaga menyebabkan tubuh tuanya melayang dan terhumban ke dinding batu.

Luqman terbatuk-batuk memegang dadanya bila darah mengalir dari mulutnya.Tengku Que Iskandar melangkah ke arah tubuh yang masih berusaha untuk bangun dan tangannya mencengkam leher Luqman sehingga tubuh itu ikut terangkat hingga tidak jejak ke lantai.

"Mana isteri aku?"...Tengku Que Iskandar menyoal bengis.

"Bini kau dah mati!...Serentak itu Tengku Que Iskandar membanting tubuh itu ke lantai sehingga terhasil bunyi sesuatu yang patah.

"Argghhhhhhh......"Luqman mengelupur kesakitan.

"Aku tanya kau sekali lagi...Mana isteri aku?"...

Kali ini soalan Que sudah tidak mampu lagi Luqman jawab kerana malaikat maut sudah menunggunya.Tengku Que Iskandar tanpa perasaan menembak ke wajah Luqman bertalu-talu sehingga tiada berupa manusia lagi wajah itu.Cebisan daging dan otak berkecai hingga ke dinding.

Nampaknya waktunya untuk kembali memburu sudah sampai.Mata kehijauannya menjadi kemerahan melawan segala kemarahan dan kerisauan yang mengasak dadanya.Bagaimanakah keadaan isterinya?Memikirkan segala kemungkinan itu Tengku Que Iskandar menjerit kuat melepaskan segala yang berbuku dihatinya.

"Arghhhhhhh!!"....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience