Hello my lovely readers!
Special thanks sebab sudi baca story ni!
Enjoy reading!
Don't forget to vomment!
-ftnfzyyy-
•••
Beep! Beep! Beep!
Bunyi alarm milik Adi Ashraf berbunyi memenuhi seluruh ruangan bilik tersebut. Tangannya mengapai jam digital yang berada di sisi katil. Jarinya menekan butang off dengan segera. Lampu tidurnya dibuka.
Perlahan-lahan, matanya dibuka sedaya upaya. Cuba menghilangkan kantuk yang masih menguasai diri. Dia mengeliat membetulkan sendi-sendinya yang telah berehat secukupnya. Belakang badan disandarkan pada kepala katil. Mulutnya yang menguap sesekali ditutup menggunakan belakang tangan.
Pandangannya beralih pula kepada sebuah figura yang masih berbungkus dengan selimut di sebelahnya. Jarinya dilarikan pada rambutnya yang berserabut diatas kepala. Bibirnya mengukir senyuman apabila wajah pucat isterinya terlintas di dalam fikiran.
"Penakut." gumam Adi Ashraf sambil tersengih. Dia mengerling jam yang berada di tepi katilnya. Masih awal lagi. Tetapi inilah masanya dia selalu bersiap ke tempat kerja. Hmmm...
Nak pergi kerja macam biasa tetapi Encik Marzuki telah memberikan dia masa seminggu untuk bercuti. Kononnya untuk dia dan Ariana Atilia menghabiskan masa bersama dengan pergi honeymoon. Tapi itulah nak ke isteri dia tu pergi? Dia sendiri pun tak nak. Eh ye ke?
"Argh, jangan kacau aku!" jerit Ariana Atilia tiba-tiba. Adi Ashraf menarik selimut yang bagai mencekik isterinya ketika gadis itu sedang lena diulit mimpi. Macam mana terbelit pun dia tak perasan. Kepalanya digeleng perlahan. Bibirnya mengulum senyuman.
"Sampai mengigau kau eh kena dengan aku?" gumam Adi Ashraf perlahan. Dia cuba mengejutkan Ariana Atilia dari lena. Nampak macam parah sangat mimpi budak tu.
"Riana, bangun. Ni akulah, Ash. Adi Ashraf, suami kau. Bangun cepat." sebut Adi Ashraf berkali-kali sambil menepuk lembut pipi isterinya. Rambut isterinya yang panjang separuh bahu itu dielus lembut ke belakang. Cuba membenarkan isterinya dapat melihat dirinya dengan lebih jelas.
Ariana Atilia yang masih separa sedar itu membuka mata perlahan-lahan. Dia masih terpisat-pisat bangkit dari lena. Anak matanya bertembung dengan mata hitam milik suaminya, Adi Ashraf. Serta-merta, bebola matanya dibesarkan. Tubuh lelaki itu ditolak kuat sehingga menyebabkan Adi Ashraf jatuh dari katil.
"Macam mana aku ada dalam bilik kau!" jerit Ariana Atilia. Dia mula panik. Takkan dia tidur sambil berjalan? Tak mungkin! Ini mesti kerja suami tak guna dia ni. Dasar!
"Woi, jangan menjerit boleh tak? Kau tahu tak sekarang pukul berapa? Sakit telinga aku dengar suara kau. Ingat sedap?" perli Adi Ashraf bangkit berdiri. Nasib dia tak terasa sakit sangat apabila ditolak oleh isterinya. Kalau sakit, memang dia balas balik dah.
"Tapi macam mana? Oh tak." ucap Ariana Atilia tanda tak percaya. Dia mengeleng kepala. Apa dia fikir ni? Merepek betul.
"Ash, kau tahu tak rumah kau ni dah lama tak berpenghuni. So, aku rasa benda tu yang bawak aku dalam bilik kau kan? Aku dah cakap, kau tak nak dengar!" ucap Ariana Atilia menyuarakan kebimbangannya sejak semalam lagi. Terasa seram sejuk dibuatnya.
"Kau buat lawak ke Riana? Semalam kau sendiri yang datang bilik aku tau. Ash, nak tidur dengan kau , aku takut." ajuk Adi Ashraf dengan nada suara yang dibuat-buat. Dia meletuskan tawa. Merepek apa isteri dia pagi-pagi buta ni?
Ariana Atilia menutup muka menggunakan selimut cuba menahan malu. Macam mana dia boleh terlupa? Dia segera bingkas berdiri. Matanya menjeling tajam ke arah suaminya.
"Kau diamlah. Nanti kena dekat kau baru tahu." ucap Ariana Atilia geram. Macam mana nak hadap muka suami dia lepas ni? Huhuhu...
"Macam mana nak kena dekat aku kalau aku yang buat semua tu? Kau ni lawaklah." ucap Adi Ashraf tanpa sedar kerana leka mentertawakan isterinya. Tawanya mati sebaik melihat riak wajah isterinya yang merah padam. Bukan sebab blushing tapi sebab gunung berapi nak meletus. Uh oh...
"Jadi kau? Kau lah syaitan yang kacau aku semalam?" ucap Ariana Atilia menahan amarah. Punya dia takut bagai nak gila. Ingatkan ada syaitan mana yang kacau dia. Rupanya suami dia yang merupakan syaitan bertopengkan manusia! Tak boleh jadi.
"Apa nak buat apa? Ingat eh kalau tak ada aku semalam. Kau nak tidur dengan siapa?" balas Adi Ashraf cuba memberi alasan. Dia menyilangkan dada. Namun tak dihiraukan oleh Ariana Atilia.
Tangan gadis itu cekap mengambil sebiji bantal yang berada di sebelahnya. Tanpa amaran, bantal itu dihempukkan pada tubuh Adi Ashraf beberapa kali dengan kuat. Tindakan itu dilakukan sehingga dia terasa puas.
"Ha itu makan dia. Main-main lagi dengan aku kan? Main-main lagi. Apa cebik-cebik? Nak kena lagi?" tegur Ariana Atilia sambil bercekak pinggang. Tangannya mengangkat bantal tersebut cuba mengugut lelaki itu. Adi Ashraf mengecilkan mata.
Tangan isterinya dipegang cuba menahan dari memukul dirinya lagi. Ingat tak sakit ke? Ariana Atilia menjongketkan kening hairan dengan perbuatan suaminya. Dah kenapa? Dia cuba melepaskan tangannya dari pegangan Adi Ashraf namun tak berjaya.
"Ash. Lepas. Cepat." arah Ariana Atilia satu persatu sambil merenung tajam ke dalam mata Adi Ashraf. Namun pegangan itu makin dieratkan. Adi Ashraf tersenyum sinis seolah-olah cuba mencabar isterinya dengan melanggar arahan gadis itu.
"Tak. Nak. Pukul la lagi. Pukul." ejek Adi Ashraf sambil tersengih menunjukkan sebaris giginya yang putih. Tangan isterinya ditarik sehingga membuatkan Ariana Atilia terjatuh ke dalam dakapan suaminya. Sebelah tangan Ariana Atilia segera diletakkan pada dada bidang milik Adi Ashraf. Cuba menahan diri daripada terjatuh sepenuhnya pada dada lelaki itu.
Dia cuba melepaskan diri daripada pegangan suaminya. Adi Ashraf hanya tertawa halus melihat usaha isterinya yang hanya sia-sia. Pandangan maut yang diberikan oleh Ariana Atilia dibalas dengan kenyitan mata daripada Adi Ashraf.
"No no no. Nak lari mana, sweetheart?" bisik Adi Ashraf kepada telinga Ariana Atilia. Sengaja ditiup sedikit telinga isterinya biar api yang makin marak tu terpadam. Ariana Atilia diam cuba memikirkan cara untuk melepaskan diri. Dia tersenyum.
Adi Ashraf menapak ke belakang cuba melihat wajah isterinya. Pelik apabila gadis itu hanya berdiam diri. Lah dah bisu ke budak ni? Belum sempat bibirnya memulakan bicara, tumbukan padu dihadiahkan tepat pada perutnya membuatkan dia mengerang kesakitan. Ariana Atilia tersenyum kepuasan.
Penumbuknya ditiup lembut. Dia berpeluk tubuh melihat suaminya yang sudah jatuh terduduk memegang perut. Rambutnya dilibaskan ke belakang. Dia sendiri tak sangka kemahiran taekwondonya masih berbisa. Hehehe...
Tubuhnya dibongkokkan cuba melihat keadaan lelaki itu. Risau kalau tumbukan yang dikenakan terlalu kuat. Nanti suami dia pengsan, siapa nak tanggung? Siapa? Siapa? Dia juga. Haish.
"Okay tak tu?" tanya Ariana Atilia dengan nada mengusik. Bibirnya tersenyum lebar. Adi Ashraf menjeling tajam. Perutnya yang masih senak dipegang lama. Tak terkata rasa sakit yang dialami pada bahagian perutnya. Isteri dia ni apa sebenarnya? Dulu pembuli ke kat sekolah?
"Kau tunggu, Riana. Kau tunggu, ouch!" ucap Adi Ashraf pura-pura meringis kesakitan. Dia memejam mata dengan rapat. Sebelah matanya dibuka cuba melihat wajah isterinya.
"Eleh, nak menipu konon. Sakit ke tak sebenarnya ?" soal Ariana Atilia. Terselit nada kerisauan pada suaranya namun disembunyikan sebaik mungkin. Mujurlah Adi Ashraf tak sedar. Biasalah dia tu kan lambat sikit.
"Kenapa? Nak rasa? Meh aku buat dekat kau pulak." balas Adi Ashraf geram. Boleh pula ditanya sakit ke tidak? Siapa yang lambat sekarang ni hah?
"Huargh, dah la penat layan kau. Baik aku mandi, makan. Daripada menghadap kau tak dapat apa. Buat sakit hati je." balas Ariana Atilia selamba. Dia mengatur langkah ke biliknya.
"Kau tunggu, Riana. Kau tunggu!" laung Adi Ashraf cuba bangun berdiri. Dahinya terkerut menahan rasa sakit pada perutnya. Halah, sekejap je sakit tu. Lama-lama nantu hilang jugak kan?
Ariana Atilia tertawa halus. Dia menoleh ke arah suaminya. Ibu jarinya diangkat kepada lelaki itu lalu diturunkan. Senyuman mengejek dilemparkan.
"Dalam mimpi, Ash. Dalam mimpi, ingat tu."
??????
Usai membersihkan diri, Ariana Atilia mengatur langkah ke dapur mahu menyediakan sarapan. Namun hampa, tiada satu barang masakan yang ada di dalam kabinet dapur rumahnya.
"Ha nak makan apa ni? Dia ingat aku makan pasir ke? Tak guna." kutuk Ariana Atilia perlahan. Dia bermundar-mandir ke sana ke sini. Kakinya diatur keluar dari rumah. Mana tahu ada gerai yang buka pada awal pagi ini.
Bibirnya mengulum senyuman sebaik matanya menangkap sebuah gerai nasi lemak yang telah dibuka di seberang jalan. Tanpa berlengah, dia segera berjalan ke situ untuk membeli dua bungkus nasi lemak. Dia masih berhati perut lagi eh untuk bagi suami dia makan. Lagipun tu tugas dia sebagai seorang isteri. Bangga jap.
Plastik yang berisikan dua bungkus nasi lemak itu dijinjit oleh Ariana Atilia dengan kemas. Sebaik kakinya masuk ke dalam rumah, sebuah suara yang tak lain dan tak bukan daripada Adi Ashraf datang menerjah ke dalam gegendang telinga.
"Ha pergi mana tadi? Tak sedar diri yang kau dah ada suami?" sindir Adi Ashraf yang telah siap berpakaian lengkap untuk keluar. Ariana Atilia menepuk dahi.
"Sebab aku sedar diri dah ada suami lah aku pergi beli nasi lemak dekat kedai depan tu hah. Kalau tak, kita nak makan apa? Makan hati?" bidas Ariana Atilia memulangkan paku buah keras. Disuakan sebungkus nasi lemak itu kepada suaminya.
Adi Ashraf menyambut huluran isterinya. Namun, ditarik semula oleh Ariana Atilia. Adi Ashraf mengeluh. Nak makan pun tak boleh ke?
"Cakap apa?" soal Ariana Atilia sambil berpeluk tubuh. Adi Ashraf menundukkan muka. Tangannya masih menarik nasi lemak tersebut. Lagak mereka seperti seorang ibu memarahi anaknya.
"Sorry sebab tuduh kau bukan-bukan. Thank you belikan sarapan. Sekarang, boleh tak aku makan?" pinta Adi Ashraf seikhlas yang mungkin. Ariana Atilia menganguk tanda puas hati. Diserahkan makanan tersebut kepada suaminya.
"Nah, jangan lupa makan ni sekali." pesan Ariana Atilia lalu menyerahkan sepapan panadol. Risau sekiranya suaminya masih kesakitan. Adi Ashraf tahan senyum. Risau jugak eh.
"Okay, nanti siap lepas makan. Kita keluar." maklum Adi Ashraf sebelum menyuapkan sesudu nasi lemak itu ke dalam mulut. Ariana Atilia mengangguk.
"Eh kau tak kerja? Kita nak keluar pergi mana ni?" soal Ariana Atilia baru menyedari kata-kata suaminya. Dia menunggu jawapan daripada lelaki itu.
"Pergi beli barang dapur lah. Kau ingat apa shopping? Tak ada maknanya. Aku cuti seminggu papa bagi. Lagi satu, kau gila nak makan nasi lemak hari-hari?" jawab Adi Ashraf lalu menyuap lagi sesudu nasi lemak itu ke dalam mulut. Ariana Atilia tersenyum lebar.
"Kalau macam tu, kau tunggu kejap aku nak siap. Tunggu tau, tunggu!" ucap Ariana Atilia pantas masuk ke dalam bilik tidurnya. Adi Ashraf mengangguk laju tanda faham.
"Cepat sikit, lambat tinggal."
??????
Jam di tangan dikerling. Adi Ashraf mula tak sabar. Apa yang lama sangat isteri dia tu bersiap? Tadi bukan main semangat lagi. Dia duduk di sofa ruang tamu sambil bermain telefon pintar untuk seketika.
"Riana, cepatlah sikit! Kau buat apa lama-lama?" laung Adi Ashraf sambil matanya masih ralit pada skrin telefon. Jadual kerjanya yang baharu itu membuatkan dia mengeluh sesekali.
"Sabar jap! Nak siap dah- Ouch!" jerit Ariana Atilia kembali membuatkan Adi Ashraf segera bergegas mendapatkan isterinya. Telefon pintarnya diseluk ke dalam poket seluar.
"Ouch, sakit." gumam Ariana Atilia perlahan lalu meniup jarinya yang tercucuk jarum semasa mahu disisipkan pada tudungnya. Semua perempuan alami benda yang sama. Betul tak? Pedih!
"Kau kenapa? Sakit dekat mana?" soal Adi Ashraf risau. Dipusingkan tubuh isterinya ke depan ke belakang. Kakinya isterinya dilihat sekilas. Ariana Atilia menunjukkan jarinya yang tercucuk jarum sambil tersengih.
"Kena jarum?" soal Adi Ashraf bagai tak percaya. Dia punya penat datang situ semata-mata sebab jari tercucuk jarum je. Tak apa isteri sendiri. Kalau Akid Ahnaf yang kena memang dia tak layan dah.
Jari isterinya yang berdarah itu diambil. Tisu muka yang berada di meja solek dilapkan pada jari isterinya dengan lembut. Lalu, ditiup membuatkan jantung Ariana Atilia berdetak laju.
"Jarum tu nak letak kat mana?" soal Adi Ashraf selepas merawat jari isterinya yang terluka. Ariana Atilia menunjukkan bahagian yang perlu diletakkan jarum tersebut sebentar tadi. Adi Ashraf mengangguk tanda faham.
Tangannya pantas menyisipkan jarun tersebut di bahagian yang ditunjukkan oleh isterinya dengan berhati-hati. Nafas Adi Ashraf sesekali meniup lembut pada wajah Ariana Atilia membuatkan pipinya memerah. Adi Ashraf mencuit hidung isterinya.
"Stop blushing, sweetcheeks"
Share this novel