Bab 7

Romance Completed 78329

“Hey…what are you doing?” soal Danial sambal menghampiri Gia yang sedang membasuh pinggan di sinki.

Haih…takkanlah dia tak nampak kot yang aku tengah basuh pinggan dekat sini? Ke dia nampak aku tengah cuci ayam dekat sinki ni? Menyampah betul Gia dengan kehadiran Danial di dapur. Sedikit-sebanyak menganggu rasa amannya.

“Kenapa tak jawab? I’m asking you…” Danial mencuba lagi untuk berbual dengan Gia namun segala pertanyaannya hanya dibiarkan sepi. Krik…krik…cengkerik yang jawab.
Danial cuba memeluk pinggang Gia namun Gia lebih pantas menolak tangannya dan mengelak. Muka Gia dah merah semacam menahan marah. Matanya merenung tepat ke dalam anak mata Danial yang hanya buat muka tak bersalah.

“Yang gatal sangat nak peluk orang kenapa? Banyak lagi kan perempuan lain yang you boleh peluk!” perkataan you dituju khas kepada Danial. Itu tanda Gia dah marah sangat. Dia paling tak suka bila Danial sedap hati dia je nak ambik kesempatan ke atas dirinya.

“Why? Tak boleh ke abang peluk Gia macam abang dengan adik?”

Abang dengan adik? Puih! Kau ingat kau boleh vanish kepala otak aku dengan alasan abang adik kau tu? Eh! Dalam mimpi kau jelah! Aku tahulah kau bukannya anggap aku ni adik kau pun tapi kau nak jadikan aku sebagai perempuan simpanan kau! Tak cukup lagi perempuan dekat club malam kau dah rosakkan, dengan aku pulak perlu jadi mangsa kau? Better never than sorry!

Danial cuba lagi untuk mencapai tangan Gia namun Gia cepat-cepat menjauhkan dirinya dari Danial. Wah! Makin berani eh kau nak sentuh-sentuh aku dalam rumah daddy kau sendiri?! Ini kalua daddy kau nampak apa yang kau cuba buat dekat aku ni…mesti daddy mengamuk.

“What’s your problem Daniel Louis?! Habis dah ke perempuan dekat club tu kau nak sentuh sampaikan kau nak sentuh-sentuh aku pulak?!” kali ini amarahnya dah tak dapat dibendung. Tiada lagi rasa hormat buat dirinya pada lelaki bernama Danial Louis Scott Padilla.

“Oh…garang…I like it!” Danial mula mendekatkan dirinya dengan Gia. Apa-apa pun Gia…aku akan pastikan kau jadi milik aku. Tak adalah nanti aku perlu keluar rumah semata-mata nak puaskan nafsu aku bila aku dah ada kau.

Kejinya kau Danial!

“Kenapa? Takut? Tadi berani sangat?” Danial menjongketkan keningnya bersama senyuman sinis tersungging di bibirnya. Seronok dia menilik wajah Gia yang mula ketakutan. Tadi kau berani sangat kan dengan aku?

“Jangan dekat!”

“Kenapa? Takut? Relax dear…dalam rumah ni ada kita berdua je sekarang. Kalau aku nak buat apa dekat kau pun sekarang ni memang green light sangatlah…”

Makin takut Gia dibuatnya. Hendak lari sekarang memang dia dah dikepung habis oleh Danial. Nak menjerit minta tolong, memang tak ada orang dalam rumah ni. Lola keluar pergi beli apa entah dan Eric tolong hantarkan. Mummy, daddy dengan Vi pulak keluar pergi mall. Disebabkan aku ni jenis pemalas nak ikut, jadi aku stay lah dekat rumah dan tak sangka pulak Danial pun ada dekat rumah.

Peluang Danial terbuka luas bila dia berjaya mengepung Gia dari bergerak ke mana-mana. Kesempatan itu diambil Danial lalu tubuh kecil Gia ditarik ke dalam pelukannya. Gia pula meronta minta untuk dilepaskan.

Sekelip mata sahaja bibir Gia dipagut Danial. Rontaan dan pukulan Gia pada tubuh badannya langsung tak diendahkan. Ciuman dapat dirungkaikan oleh Gia namun sekelip mata sahaja Danial kembali meragut bibirnya. Air mata Gia mengalir deras dari kelopak matanya. Apa yang diharapkannya sekarang Lola dan Eric segera pulang dan dapat membantunya.

“Gia Vatanika!” tiba-tiba sahaja namanya diseru. Danial melepaskan bibir Gia dan mata mereka sama-sama menoleh ke arah Madam Valona yang mula berapi di sisi sofa sambil memerhatikan mereka berdua dengan pandangan tajam.

Jantung Gia mula berdegup kencang bila mummynya mula menghampiri mereka berdua. Dia dah dapat agak yang jadi dalang mangsanya nanti mestilah dirinya sendiri. Mesti mummy akan marahnya habis-habisan.
Vitalika dan Mr. Scott Padilla terkaku di tempat mereka berdiri. Tak percaya dengan apa yang mereka lihatkan tadi.

Pang!!! Satu tamparan berbisa hinggap di pipi kirinya membuatkan Gia jatuh terduduk di atas lantai dapur. Sakit yang dirasanya tak payah cakaplah. Memang berpijar pipinya sekarang. Mesti merah kejap lagi.

“What did you do huh?! Ohhh!!! Inilah perangai kau selama aku keluar dari rumah hah?! Bercium dengan Danial! Tak malu ke hah bercium dengan abang sendiri?!” marah Madam Valona.

Dia ni bukannya abang tapi binatang! Desis hati kecil Gia.

“Mummy…Gia tak bersalah…”

Sempat dia mengerling Danial yang hanya memandangnya dengan pandangan kosong. Tak masuk campur!

Memang kau ni binatang Danial! Aku sumpah kau takkan hidup aman sampai bila-bila!

“Kau nak pertahankan apa lagi hah?! Aku nampak sendiri dengan mata aku! Aku percaya yang Danial takkan ambik tindakan lebih kalau kau tak menggatal dengan dia! Kau ni memang gatal!!!” Madam Valona mula naik angin lalu tubuh kecil Gia dipukulnya sepuas hati.

“Mummy! Sakit! Mummy!!!” Gia menangis teresak-esak di atas lantai menahan sakit pukulan mummynya. Apa lagi dugaan hidup aku sekarang ni?

“Valona! Enough! Berhenti pukul Gia!” Mr. Scott Padilla masuk padang. Tak sampai hati dia melihat Gia dipukul sedimikian walhal belum tentu itu semua salah Gia. Lagipun, dia kenal dengan perangai Danial. Mesti Danial yang mulakan semua.

“Yang awak nak bela dia ni sangat kenapa hah? Dah jelas memang dia yang bersalah! Saya tahu sangat perangai gatal Gia ni!” keras sahaja suara Madam Valona.

“You should know my son as well and how his behaviour is!” Keras suara Mr. Scott Padilla memarahi Madam Valona kembali sebelum menjeling tajam ke arah Danial. Madam Valona terdiam seketika.

“Gia…masuk bilik.” Arah Mr. Scott Padilla dan Gia hanya akur. Perlahan dia bangun dan beredar dari situ.

Vitalika memandang kakaknya dengan pandangan sekilas. Jujur…hatinya turut rasa apa yang kakak kembarnya rasa. Mesti pedih bila dituduh melulu sebegitu oleh mummy.

“Saya rasa kita kena keluarkan Gia dari rumah ni. Letak jelah dia dekat mana-mana sekalipun janji dia tak buat benda yang bukan-bukan lagi dalam rumah ni!” ujar Madam Valona dengan suara tegas.

“Kenapa pulak? Ini rumah dia jugak,” Mr. Scott Padilla membantah cadangan isterinya. Dah kenapa pulak nak suruh Gia keluar dari rumah ni?

Danial mula tak senang duduk di tempatnya. Kalau Gia tak ada dalam rumah ni, habislah! Nak kacau Vi? Dia tak minat. Entah kenapa minatnya hanya terlebih ke arah Gia.

“Saya tak kira! Saya nak dia keluar jugak dari rumah ni! Kalau macam ni pun dia dah boleh buat, apatah lagi masa akan datang!”

“Tapi mummy, this is not fair for Gia. I think she did nothing wrong pero ang kailangang umamin ng mali ay siya (tapi orang yang kena mengaku kesalahan tu sebenarnya dia)!” Lurus jari telunjuk Vitalika diarahkan ke Danial. Macamlah dia tak tahu perangai Danial yang sebenarnya yang selama ni tak habis-habis mengganggu kakaknya.

“Anong ibig mong sabihin huh (maksud kau apa huh)?” Danial mula bersuara tak puas hati. Dia tahu Vitalika memang berniat nak ‘tembak’nya sekarang.

“Huwag kumilos tulad ng wala kang ginawa kay Gia (Jangan berlakon yang kononnya kau tak buat apa-apa dekat Gia)! I know everything!”

Danial mula rasa tergugat. “Ano (apa)?”

“Nak Vi list satu persatu ke apa yang abang cuba lakukan selama ni dekat Gia? Vi nampak dengan mata kepala Vi sendirilah abang!” air muka Danial makin keruh.
Janganlah sampai Vitalika bocorkan rahsianya.

“Vi nampak apa?” Mr. Scott Padilla mula bertanya.

“Nothing daddy!” Danial mencelah dan menjeling tajam kepada Vitalika supaya tak bocorkan rahsianya. “Vi sengaja main-main tu!”

“Maybe not…ok…I got to go,” Vitalika membuka langkahnya memanjat tangga menuju ke kamarnya.
Puas hatinya bila dapat menggertak Danial. Tahu pun kau takut bila aku nak buka rahsia kau! Selama ni kemain lagi kau berlagak ye?

MR. SCOTT PADILLA resah memikirkan sesuatu. Resah memikirkan keadaan Gia yang mungkin tak lagi selamat duduk di dalam rumah ini berhadapan dengan perangai tak semenggah anaknya itu. Dia terfikirkan cadangan isterinya pada tengahari tadi untuk keluarkan Gia daripada rumah ini.

Keluarkan Gia daripada rumah ini tak bermaksud yang dia dah buang Gia daripada kehidupan keluarga ini. Tak! Dia cuma nak yang terbaik untuk Gia dan keselamatan Gia akan terjamin. Dia tak tahu apa lagi tindakan yang boleh Danial buat lepas ini andai mereka sekeluarga tak ada di rumah.

“What are you thinking about huh? Nampak resah je?” tegur Madam Valona sambil duduk di kerusi meja solek. Losen dicapai dan dilumurkan ke tangan dan kakinya. Dia memandang suaminya melalui pantulan cermin meja
solek. Nampak resah je?

“Saya rasa saya setuju dengan apa yang awak cakap tengahari tadi?”

Madam Valona kerutkan dahinya lalu badannya ditoleh menghadap suaminya.

“Maksud awak?”

“Kita pindahkan Gia ke tempat lain. Untuk keselamatan dia jugak…saya tak tahu kalau kita biarkan je Gia dan Danial berduaan dalam rumah ni, apa lagi yang Danial boleh buat dekat Gia.”

Madam Valona tersenyum puas bila cadangannya tengahari tadi diterima bulat oleh suaminya.

“Dekat mana nak pindahkan dia?”

“Saya dah terfikirkan satu tempat ni. I think that place safe enough for her…”

“Where?”

“Bantayan Island,” jawapan dari Mr. Scott Padilla membuatkan mata Madam Valona membulat besar.

“What? Bantayan Island? Are you sure?”

“Why?”

Madam Valona mendiamkan diri seketika. Tanyalah sesiapa pun siapa je yang tak nak menetap di Bantayan Island? Kalau dapat kerja dekat Bantayan Island tu pun dah kira bersyukur sangat sebab pemandangannya memang cantik dan indah! Tak jemu mata memandang!

“Nothing. Bila nak hantar dia?”

“Esok.”

“Huh? Esok? Are you sure? Dah tanya Gia ke belum?”

“Dah discuss pun dengan dia petang tadi dan dia ok.”

Huh! Mahunya tak ok! Agaknya bila suami aku sebut je Bantayan Island, dalam hati dah bersorak riang nak stay dekat sana! Cemuh Madam Valona dalam hati.

Apalah yang Madam Valona tak puas hati sangat dengan si Gia ni? Haih! Tak faham betul!

“ARE you sure, Gia? Dah fikir keputusan yang Gia buat ni masak-masak?” Eric menyoal Gia lagi. Dia nakkan jawapan yang pasti dari mulut Gia walaupun Gia dah berkali-kali jawab yang dia dah fikir sehabis mungkin!

Mereka berdua duduk santai di tepi kolam sambil menikmati angin malam yang dingin dan nyaman.

“Gia dah fikir masak-masak dengan keputusan Gia. Gia ikut je cakap daddy dan Gia buat semua ni pun sebab fikirkan keselamatan Gia jugak,” jawabnya.

Tak guna betullah kau ni Danial! Sanggup kau nak buat benda yang tak elok-elok dekat Gia! Setan apa yang dah merasuk kau ni hah! Benda yang ditakutkannya selama ini hampir saja terjadi.

“Oklah kalau Gia cakap macam tu. Abang harap Gia sentiasa sihat dekat sana nanti.”

“Thank you abang and I wish you the same too…” balas Gia dengan senyuman kecilnya. Esok dia bakal keluar dari rumah ini dan tak ada lagi gangguan dari Danial!
Hah! Rasa aman sikit!

Cuma, apa yang aku harapkan bila aku dah keluar dari rumah ni duduk dekat sana, aku akan jalani kehidupan yang lebih baik dari yang sebelumnya. Aku inginkan kehidupan aku macam dulu yang tiada tangisan dan hanya happy selalu. Aku nak hidup macam orang lain. Tiada lagi tangisan yang akan menemani aku selepas ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience