BAB 2

Romance Completed 11420

Elman duduk menikus di atas sofa. Diam tak berkutik. Sedar dirinya telah melakukan kesalahan besar. Merosakkan anak gadis orang tapi dia bukan saja-saja mahu menghancurkan masa depan Najla. Silap dia kerana tidak mampu mengawal diri. Niat dia pada mulanya hanya mahu bersemuka dengan Najla.

Dari mulut Aulia, dia dapat tahu orang yang selama ini memukul canang keburukannya kepada bekas kawan-kawan sekuliah mereka semasa belajar di Tokyo dulu adalah Najla sendiri. Patutlah kawan-kawannya, Joe, Wazien dan Fizo mula menjauhkan diri sekembalinya mereka ke Malaysia. Semuanya sebab Najla! Kerana inginkan kepastian, dia tekad mencari Najla. Manalah dia tahu waktu itu Najla sedang menukar pakaian di dalam bilik tetamu Aulia. Kalau dia tahu, dia takkan terjah masuk bilik itu. Dia akan tunggu di luar sampai Najla siap berpakaian.

“Aku tahu, Najla anak yang baik. Dari dulu lagi, dia memang anak yang baik. Dia takkan buat perkara-perkara terkutuk tu. She adore you so much, Bad. Sedaya-upaya dia akan jaga air muka kau sebab dia tak mahu maruah kau tercalar. Kau orang business, aku pun orang business. Kalau kita tak tangani perkara ini dengan cepat, reputasi kita akan tercemar. Dalam hal ni, aku yakin, yang silap tu anak aku. Kau jangan risau. Kami akan bertanggungjawab.” Perlahan suara Dato’Seri Tajul Ariffin menuturkan kata-kata.

“Apa cadangan kau?” Tanya Tan Sri Badlisham perlahan.

Mungkin sudah termakan pujuk dengan kata-kata lembut Dato’ Seri Tajul Ariffin tadi. Ketenangan sahabat baiknya itu menjadikan dia malu. Kalau Dato’ Seri Tajul Ariffin boleh bercakap lembut dengannya, kenapa dia perlu meninggi suara?

Dan perancangan kedua-dua lelaki korporat itulah yang telah menjadikan dia suami kepada Najla Arissa sekarang ini. Hati Elman memberontak. Dia tidak mendambakan perkahwinan ini! Dia terseksa, batinnya merana. Kenapa daddy sanggup memaksa dia bernikah dengan perempuan yang telah memporak-perandakan hidupnya suatu masa dahulu hingga membuatkan dia hampir-hampir gagal peperiksaan akhir?

Ketukan perlahan di pintu sebelum daun pintu yang terselak tiba-tiba merencatkan lamunan Elman. Pandangan segera dialih ke pintu. Terpacul wajah mendung Najla yang lunak memandang ke arahnya. Bau minyak angin menusuk kuat ke hidung Elman. Elman pantas berdiri. Tangan isterinya ditarik kuat sebelum menutup daun pintu. Nafas Najla turun naik. Jelas ketakutan di sinar matanya kala itu.

“Suka…aku dah kahwin dengan kau?” Sinis soalan Elman. Dia melangkah perlahan-lahan, merapati Najla yang sudah tergigil ketakutan di tepi katil.

“Cakaplah!! Suka ke aku dah jadi suami kau?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience