Bab7:Kehilangan Hazel

Romance Completed 204114

Tengku Que lskandar bersandar santai dikerusi memandang jauh ke arah langit dari tingkap kaca transparent.Pejabatnya yang terletak di aras 25 iatu aras paling tinggi disyarikatnya.Syarikat ini salah satu warisan dari Tok Akinya yang dia perlu teruskan.Mega Empire Holdings dulu tidak segah ini,namun selepas bertahun-tahun Que mengambil pengurusan,syarikat ini melonjak naik sehingga nama Mega Empire Holding tidak asing dari pengusaha-pengusaha syarikat besar yang lain.Musuh perniagaan juga semakin bertambah seiring dengan peningkatan Mega Empire Holdings.Namun musuh-musuh itu hanya dianggap kutu-kutu kecil sahaja,jika ditindas sudah mati.Musuh--musuh dari dunia bawah tanah,dunia gelapnya jauh lebih ganas dan mencabar berbanding mereka.

Peristiwa semalam masih hangat bermain-main didalam otaknya.Tingkah manja dan suara rintihan Hazel berulang-ulang bergema dikepalanya.Mengingatkan itu sahaja,junior dibawah perut Que mula memberi respon.Que tersenyum,moodnya dalam keadaan baik.Tangannya mencapai telefonnya bila isyarat WhatsApp masuk.Terlihat beberapa gambar seksaan buat Jasmine dihantar oleh Alex.Kemudian Que membuat panggilan kepada leader pengikutnya itu.

"Alex,aku mungkin lambat lagi ke sana,jangan terlalu ekstrem bermain!Aku tak nak perempuan itu mampus sebelum aku menyeksanya sendiri dihadapan Puan Muda Hazel".

"Baik Bos,aku akan memperingatkan budak-budak nakal itu".

"Perketatkan kawalan di markas,jangan terlalu banyak bermain,jika sesuatu terjadi,kamu semua aku kerjakan!".

"Bagaimana urusan markas di luar?".

"Masih aman Bos,cuma di France ade sedikit kekacauan dari pihak polis berkenaan kemasukan senjata baru ke markas di sana!".

"Mmmm...jika perlu,engkau perlu bersedia ke sana Alex,lebih baik menyelesaikan sendiri secepatnya,aku tak nak hal begini menyusahkan ahli-ahli kita di sana!".

"Baik Bos!..aku faham,aku akan segera menguruskan beberapa hal di sini sebelum bertolak ke sana."

"Good job Alex,itu sahaja buat masa sekarang",panggilan segera dimatikan.

Tengku Que Iskandar mengeluh kasar,moodnya juga sedikit memburuk.Dunia gelapnya itu tidak pernah tidak berjaya memicu aura membunuhnya.Urusan kerjanya tidak akan pernah habis.Dia perlu bekerja dua kali ganda lebih pantas dan bijak untuk menyelesaikan semua urusannya baik urusan Mega Empire Holdings,anak-anak syarikat atau kerajaan bawah tanahnya.Nasibnya baik kerana ada pengikut yang setia dan sangat berpotensi seperti Alex.Alex setia mengikutnya dari mula-mula Que mewarisi penguasaan dunia bawah tanah Tok Aki.Alex berkeperibadian seperti Tengku Que Iskandar,lelaki yang sangat kejam dan berdarah dingin.Alex umpama bayang-bayang tuannya.Cuma Alex masih kalah dengan Tengku Que Iskandar jika mahu dibandingkan dengan ilmu pertahanan dan seni bela diri tuannya.Sekuat apa pun Alex,dia tidak mampu menandingi kebolehan ketuanya itu.

"Krekkkk!!"....

Kerusinya dipusingkan tatkala terdengar pintu pejabatnya dibuka tanpa ketukan dahulu.Keningnya dikerutkan,wajah beku dipamerkan.

"Please knock the door!"Que bersuara seraya menunjukkan ke arah pintu yang jelas terpampang arahan itu.Namun Taufiq tidak mempedulikan teguran itu malah hanya tersengih seperti kerang busuk sahaja.Taufiq Chandra adalah salah satu kawan karibnya merangkap Personal Assistantnya.

"Bos,setengah jam lagi ada perjumpaan dengan wakil Syarikat Anderson Holdings berkenaan projek pembinaan kapal di Filipina".

"Lokasi perjumpaan?".

"Hotel Seaview Bos,aku sudah menempah meja untuk lunch sekali".

"Baik,kosongkan jadual untuk petang,aku hanya mahu selesaikan perjumpaan ini sahaja."

"Menurut perintah Bos!"...Que memberi jelingan tajam pada Taufiq yang hanya mempamerkan sengihan nakal.

×××××××××

Selesai perbincangan antara wakil Syarikat Anderson,Taufiq dan Tengku Que Iskandar kembali ke pejabat.Que melepaskan kotnya,kemudian dia melangkah masuk ke ruangan rehat yang tersedia di dalam pejabatnya..Ruangan itu merupakan ruangan tertutup yang bersambung terus dengan pejabatnya.Ruangan rehat yang cukup lengkap seperti suite hotel yang mewah,dilengkapi semua keperluan.Que merasakan badannya tidak selesa jadi dia membersihkan diri dahulu.Dia hanya bertuala separas pinggang keluar dari bilik air tanpa dia sedari Taufiq sudah membolos masuk ke ruangan peribadinya.

Taufiq menelan liur melihat keindahan tubuh sasa Que.Mata lelaki yang melihat sudah tergoda apatah lagi jika mata wanita melihatnya.Keadaan Que yang masih kebasahan benar-benar terlihat seksi dan menggoda.Taufiq sangat cemburu dengan anugerah itu.Que menolak dahi Taufiq bagi menyedarkan lelaki itu.Taufiq yang baru tersedar terlupa tujuan sebenarnya,kepalanya diketuk-ketuk perlahan.

Que yang melihat olah si Taufiq terus masuk ke ruangan bajunya.Wardrobe itu dipenuhi pakaian yang disusun rapi dan segala keperluannya juga lengkap.Que mencapai sehelai seluar Jean biru
dan sehelai kemeja putih.Penampilannya agak santai kerana dia hanya mahu pulang ke rumah.Hatinya tidak sabar untuk memeluk isterinya.Pagi tadi dia keluar ke pejabat,isterinya masih tidur lena jadi Que tak sampai hati untuk mengejutkannya.Taufiq masih menunggu Que di dalam pejabatnya.Dia perlu menyampaikan pesanan bonda Sharifah Mariah.

"Bos,bonda Mariah pesan call dia segera,urgent!"

Breeze.....breeze...telefon Que bergetar di atas meja kerjanya.

Tengku Que Iskandar segera menyentuh skrin untuk menjawab panggilan.Sudah menjadi kebiasaan Que silent mood telefonnya kerana bunyi telefon yang berbagai rentak membingitkan telinganya.

"Que,daddy ni,"suara Tengku Benjamin Adame kedengaran agak cemas dicorong telefon menyebabkan otot jantungnya mula bekerja.

"Yes dad,everything ok?",Que cuba bertenang.

"Que,Hazel dah hilang,dia tak turun-turun dari tadi,kami dah cari dari semua kawasan rumah agam tapi dia tak ada".

"CCTV footage?"Que mengetuk-ngetuk meja dengan jarinya menunggu jawapan daddynya.

"Hazel matikan suiz CCTV sebelum dia hilang,jejak terakhirnya dia ke bilik kawalan",Tengku Benjamin Adame serba salah untuk memberitahu Que kerana risau kejadian kelmarin berulang lagi,baran anaknya tidak boleh dibuat main.

"Damn it!!"...Que memicit keningnya,matanya terpejam rapat menenangkan dirinya sebentar untuk otaknya berfikir secara waras.Taufiq hanya diam melihat situasi Que.Dia tidak berani menegur sahabatnya jika emosi lelaki itu tidak baik.Boleh jadi dia bakal makan dengan gusi jika Que mengamuk.

"Taufiq,call Noah segera,suruh dia mengesan nombor telefon Hazel,aku perlu tahu secepat mungkin lokasinya."

"Baik Bos!"Taufiq juga berubah serius kali ini.

"Hello Alex,segera datang ke Empire Holdings,Puan Muda hilang!".

Alex diikuti beberapa biji kereta serba hitam segera meninggalkan rumah agam di puncak menuju ke Mega Empire Holdings.Kelajuan kenderaan mereka menarik perhatian pengguna jalanraya yang lain kerana selain had kelajuan,kenderaan mereka naiki juga sangat mewah.Alex kendalikan Lamborghini Venevo Roadster milik Que manakala diikuti 3 buah Zenvo ST1..Kecepatan mereka menekan pedal minyak seperti di litar lumba.

Que masih diam memikirkan keberadaan Hazel.Matanya dipejam rapat,kepalanya disandar ke dada kerusi.

"Mana kau pergi Hazel?"hatinya dimamah rasa kecewa.Tiba-tiba bisikan halus bagai menghasutnya.

"Hazel mesti lari dengan lelaki semalam Que,Hazel curang!",suara itu ketawa di dalam kepalanya.

"Diammmmm!!!!!"Tengku Que Iskandar menjerit tiba-tiba menyebabkan Taufiq berlari keluar menyelamatkan diri.

Tengku Que Iskandar segera keluar dari pejabatnya,masuk ke ruangan lif vvip turun ke ground floor bila Noah berjaya melacak nombor telefon Hazel.Kelihatan Alex dan kuncu-kuncunya sudah bersedia menantinya dibawah.Tanpa membuang masa Que masuk di tempat duduk penumpang sebelah Alex.

"Kita gerak!",suaranya dingin apatah lagi wajahnya.Alex juga hanya diam mengikut arahan ketuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience