Bab 16

Vampire Series 4580

Entah sudah berapa lama Cleo memerhati wajah yang lagi lena itu . Perasaan rindu mula menguasai dirinya apabila melihat wajah Emelyn . Semuanya sama , tiada satu pun yang menunjukkan perbezaan di antara mereka .
Selepas saja Alyaa pulang , dia bergegas masuk ke bilik Emelyn . Niatnya ingin memarahi gadis itu tanpa sebab yang kukuh . Cemburu ? Tak mungkin ! Kenapa dia harus berasa cemburu sedangkan gadis itu bukan siapa siapa dalam hidupnya .
Habis kenapa perasaan marah mula menguasai dirinya apabila melihat kemesraan diantara Kein dan Emelyn sebentar tadi ? Fikiran dan perasaanya mula berperang diantara satu sama lain .
Namun niatnya untuk memarahi gadis itu terbantut apabila melihat Emelyn lagi lena diulit mimpi . Adiknya Emelya juga turut tidak kelihatan , mungkin masih bermain dengan ibunya .

“ Aku rindu sangat dengan kau Cealyn . Kenapa kau langsung tak ingat aku ? ” katanya perlahan sambil mengambil tempat duduk di sebelah perbaringan Emelyn .

Gadis itu langsung tidak menyedari kehadirannya yang sudah berminit-minit disini . Pelik . Tidur mati kah ?
Cleo tersenyum kecil mendengar kata hatinya sendiri .

“ Aku rindu kau . ” katanya lagi .

Sudah beberapa kali dia mengungkapkan kata-kata ini . Biarlah gadis ini tidak mendengar , asalkan apa yang terlubuk dihatinya sudah terluah hanya dengan melihat wajah ini .
Tangannya yang baru saja mahu membelai rambut gadis itu terhenti apabila melihat gadis itu mengalirkan air mata . Berkerut dahi Cleo melihatnya . Mimpi apa dia ni sampai menangis .
Laju saja tangannya menyeka air mata gadis itu dengan perlahan sebelum tiba-tiba gadis itu terduduk dari perbaringannya dengan mata yang sudah terbuka luas .
Cleo juga turut tergamam memandang wajah Emelyn yang dekat dengan wajahnya sendiri . Gadis itu kelihatan seperti baru mengalami mimpi ngeri .

“ Kau ke.. ”

Belum sempat Cleo menyoal , Emelyn tiba-tiba memeluknya dengan tangisan yang semakin deras . Sekali lagi dia terdiam .
Dapat dia rasakan degupan jantung gadis itu . Laju betul . Apa yang dia mimpi sampai jadi macam ni ?

“ Kenapa ? ” soal Cleo .

Tiada jawapan yang diberikan oleh Emelyn , sebaliknya dia semakin mengeratkan pelukannya dengan air mata yang semakin deras mengalir . Esakannya juga turut kedengaran .
Mimpi ngeri yang dia alami tadi masih bermain di fikirannya . Adakah patut dia mimpi Emelya dimakan dengan rakus didepan matanya . Kalau betul lah mimpi itu terjadi , dia sudah tidak mempunyai sesiapa di dunia ini .

“ Okay tak ni ? ” soal Cleo lagi apabila melihat Emelyn tidak memberikan sebarang jawapan .

Emelyn hanya menggeleng . Entah mengapa dia tidak mahu melepaskan pelukannya .
Cleo mengeluh kecil sebelum dia juga turut membalas pelukan gadis itu . Tangannya mengusap lembut belakang kepala gadis itu untuk menenangkannya .

“ Dah jangan nangis . Semua tak akan apa-apa . Trust me . ” kata Cleo lembut .

Dia yakin bahawa gadis itu mimpi ngeri sebentar tadi . Walau apapun mimpi itu , dia pasti mimpi itu yang menyebabkan Emelyn jadi seperti ini .
Emelyn hanya mendiamkan diri sambil mengeratkan lagi pelukannya . Tak kisahlah lelaki ni dah sesak nafas atau apa .
Terasa lelaki yang berada dalam pelukannya sekarang ini dapat menghadirkan ketenangan dalam dirinya .

••••

Pada malam itu , aku hanya menghabiskan masa berdiri di balkoni . Angin yang meniup perlahan ke wajahnya dapat menghilangkan debaran di hatinya apabila mengingati mimpi ngeri itu .
Kejadian pada petang hari itu juga turut bermain di mindanya . Arhh malunya ! Kenapa aku peluk dia tadi ? Ish ish .
Apabila diri sudah terasa agak tenang , aku meleraikan pelukan lalu berlari menuju ke tandas . Selepas keluar dari tandas , kelibat Cleo sudah hilang dari bilik itu . Dan sampai sekarang aku tak nampak dia .
Tak apa , aku pun tak nak jumpa dia . Malu aku oi bila aku jumpa dia nanti . Dah lah bangun saja dari tidur terus peluk dia . Tak patut , tak patut .
Tapi kan , dia buat apa dekat dalam bilik tadi ? Lepas tu pandai saja dia pujuk aku alahai . Betul ke yang tadi tu Cleo ? Kenapa lembut saja cara dia bercakap tadi ? Selalu bukan main kasar .
Nak tunggu aku nangis dulu baru nak berlembut huh !

Tiba-tiba pintu bilik dikuak dari luar . Aku memalingkan wajah aku ke arah pintu dan ternampak wajah aunty Bethany yang lagi tersenyum disitu .
Aku membalas senyumannya sambil mendekati dia yang masih lagi berdiri di pintu .

“ Mari kita makan sama-sama . Lya pun ada dekat bawah . ” kata aunty Bethany lembut .

Erk.. Makan sama-sama ? Confirm ada Cleo kan ? Hm .. Macam mana ni ?
Aku tersenyum kelat sambil mengangguk . Tidak mahu menghampakan permintaannya .

Setibanya kami di ruang makan , dapat aku lihat wajah Kein , Braylon dan Adryan disitu . Aik ? Apa diorang buat dekat sini ?
Aku memandang wajah mereka satu persatu sehingga mata aku bertembung dengan mata Cleo yang turut memandang ke wajah aku .
Dapat aku rasakan yang wajah aku sudah merah padam menahan malu . Lantas aku memandang ke arah lain sambil menelan air liur . Gugup punya pasal .

“ Kak Lyn ! ” jerit Emelya sambil berlari-lari anak menuju ke arah aku lalu memeluk aku erat .

Dah kenapa Lya ni ? Macam pelik saja .

“ Kenapa ? ” soalku sambil mengusap lembut kepala Emelya .

“ Tak ada apa . Lya rindu kak Lyn saja . Dah sehari kita tak jumpa kan . ” kata Lya sambil tersengih-sengih .

Aku hanya tersenyum kecil mendengar jawapannya . Betul juga kan . Dah sehari aku tak nampak dia ni .
Aunty Bethany dan Uncle Federico ketawa kecil melihat telatah aku dan Emelya yang seperti sudah lama tidak berjumpa .
Kein dan yang lain juga turut ketawa kecil , kecuali Cleo . Dia ni dah tak pandai senyum kah ? Serius memanjang saja . Masa aku menangis tadi bukan main lembut , sekarang dah keras balik eh ?

“ Hey , maaf saya lambat . ” kata seorang gadis di belakang Emelyn .

Jap , kenapa tiba-tiba ada suara perempuan ? Sebenarnya ada apa ni ? Dinner besar-besaran kah ?
Laju saja badan aku menoleh ke arah tuan punya suara tadi . Gadis itu juga turut memandang ke arah aku .
Dan yang peliknya , wajah dia jelas terlukis riak terkejut apabila matanya bertembung dengan mata aku ni .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience