Bab 11 : Lari

Horror & Thriller Completed 71154

Syafiq masih mendiamkan dirinya. Kedua-dua tapak tangannya dilekat erat, tubuhnya digerakkan ke hadapan dan kebelakang perlahan. Jasadnya masih di situ, namun fikirannya melayang entah ke mana.

Alif hanya memerhatikan kelakuan Syafiq itu. Dia seakan dapat merasakan sesuatu telah terjadi kepada Syafiq, namun dia tidak mampu untuk mengagak perkara yang sebenar yang menimpa dirinya.

"Kau tak rasa apa-apa ke Alif sejak hari pertama kau balik ke sini?" Tiba-tiba Syafiq bertanya memecahkan sunyi bilik mereka.

"Rasa? Maksud kau rasa apa Syafiq?" Tanya Alif kembali.

Syafiq tidak menjawab soalan Alif itu. Dia masih berkelakuan sama, cuma kali ini badannya digerakan laju sedikit ke depan dan belakang.

Selang beberapa saat, tiba-tiba tubuhnya kaku. Pergerakkan itu diberhentikan lalu dia memusingkan badannya ke arah Alif yang betul-betul sedang duduk di sebelahnya.

"Aku tak nak tuduh kau, tapi benda ni betul-betul buat aku takut. Sejak kau balik hari tu, hampir setiap hari aku kena ganggu Alif. Aku dah buntu dah, aku tak tahu nak buat apa lagi. Sampai tahap aku rasa aku tak nak jumpa waktu malam. Sebab setiap kali waktu malam je, aku akan kena kacau." Kata Syafiq dengan nada ketakutan.

Alif terdiam mendengar kata-kata Syafiq itu. Selama beberapa hari ini, dia ingatkan lembaga hitam itu hanya menggangu dirinya, rupa-rupanya dia silap. Lembaga itu sebenarnya turut menggangu Syafiq juga.

Alif buntu. Dirinya juga tidak mampu untuk melawan gangguan lembaga itu, inikan pula dia mahu membantu Syafiq untuk bebas dari diganggu oleh makhluk yang sama.

"Selama ni setiap kali kau hilang, kau ke mana Alif?" Tanya Syafiq yang sudah sekian lama memendam persoalam itu dalam dirinya.

"Aku tak kemana pun Syafiq. Kalau tak ke makmal, aku akan duduk je dalam bilik ni." Jawab Alif sedikit pelik dengan soalan Syafiq itu.

"Kes kemalangan kau tu macam mana?" Tanya Syafiq lagi.

"Kes kemalangan?" Tanya Alif sedikit buntu.

Tooooook!! Toooooook!! Toooooook!!

Tiba-tiba kedengaran kuat bunyi hentakan di lantai bilik mereka. Hentakan itu berterusan. Sesekali dirasakan seperti dihentak dari bawah katil Syafiq. Sesekali pula dirasakan hentakan itu beralih ke kawasan yang lain.

Syafiq dan Alif sama-sama terdiam. Mereka memandang ke arah satu sama lain. Kaki mereka sudah lama diangkat ke atas katil, risau jika ada sesuatu yang menariknya nanti.

Bunyi hentakan itu bergerak dari arah katil Syafiq menuju ke pintu bilik mereka. Setibanya di hadapan pintu bilik itu, bunyi itu secara tiba-tiba menghilang. Syafiq dan Alif yang masing-masing masih memeluk tubuh di atas katil itu kelihatan semakin ketakutan.

"Aku nak balik. Aku nak balik." Kata Syafiq sambil menitiskan air matanya.

"Sabar Syafiq, sabar. Aku ada dengan kau ni." Kata Alif cuba menenangkan roomatenya itu.

"Kau ada pun tak guna Alif. Benda tu still kacau kita. Aku tak kira wei, aku nak balik malam ni jugak." Kata Syafiq yang bingkas bangun mencapai barang-barangnya di atas meja.

"Wei jangan macam ni. Kalau kau balik, aku macam mana? Tak kan kau nak biarkan aku menghadap benda tu seorang diri. Please Syafiq, esok kita sama-sama cari penyelesaiannya." Rayu Alif pada Syafiq.

"Aku bukan tak nak Alif, tapi aku ah tak tahan wei. Kalau kau nak, kau boleh ikut aku balik rumah aku jom. Aku rasa tempat ni dah tak selamat untuk kita wei." Kata Syafiq yang sedang terburu-buru memasukkan barang-barangnya di dalam beg galasnya.

"Ni dah malam Syafiq. Bahaya kalau kita nak balik waktu-waktu macam ni. Nanti kalau ada apa-apa yang jadi masa kita OTW balik, siapa nak tanggung?" Tanya Alif padanya.

"Kalau kau nak ikut, kau siap cepat Alif. Kalau kau tak nak, jangan halang aku untuk balik." Balas Syafiq serius.

Alif mendiamkan dirinya. Dia akur dengan kata-kata Syafiq itu. Dia kemudiannya mencapai beg laptopnya lalu mula memasukkan barang-barang yang diperlukannya.

Dia masih merasakan bahawa itu bukan jalan terbaik untuk mereka saat itu. Namun apabila memikirkan bahawa dirinya bakal tinggal sendirian di situ, membuat kan dirinya terpaksa mengikut Syafiq pulang ke rumahnya.

"Dah jom Alif. Aku dah siap ni." Kata Syafiq seusai dia menutup daun pintu almari besinya itu.

"Kejap Syafiq, aku lagi sikit ni." Balas Alif yang semakin laju mengisi baju-bajunya di dalam beg laptopnya itu.

Syafiq hanya mendiamkan dirinya. Dari raut wajahnya, dia benar-benar ketakutan dan seakan-akan tidak mahu lagi untuk tinggal lama di dalam bilik itu. Kunci keretanya di gengam erat. Telefon bimbitnya dimasukkan ke dalam poket seluarnya itu.

"Ok done. Jom Syafiq kita gerak." Kata Alif sambil menarik zip begnya.

Mendengar kata-kata Alif itu, Syafiq terus laju menuju ke pintu bilik mereka. Dia yang sudah siap sedia, memegang tombol pintu itu erat. Dia masih menunggu Alif yang kelihatan sedang memeriksa sekeliling bilik mereka.

"Dah lah tu Alif, kita tak ada masa. Nanti naik cuti kita ambil balik barang-barang kita ni." Rungut Syafiq yang sudah tidak sabar mahu meninggalkan bilik itu.

"Yelah yelah, aku siap dah. Aku cuma risau aku ada tertinggal barang-barang yang penting je. Yang lain ni bila-bila boleh amik." Balas Alif yang melirikkan matanya untuk kali terakhir ke arah sekitar bilik mereka.

Apabila Alif sudah menghampiri, Syafiq mula memulas perlahan tombol pintu yang sudah lama berada di gengamannya. Pintu itu tidak terbuka. Tombolnya boleh dipusingkan, namun pintu itu seakan melekat di bingkai dindingnya.

Mereka semakin cemas. Kenapa pula pintu itu tidak boleh dibuka sedangkan mereka berada di dalam. Mustahil mereka terkunci kerana hanya dari dalam sahaja pintu itu boleh dikunci.

Syafiq yang tidak berputus asa masih cuba memulas dan menarik pintu bilik mereka itu. Dia kelihatan mencuba dengan sedaya upaya nya. Namun dia gagal. Alif yang berada di sisinya semakin cemas.

Alif turut mencuba untuk membuka pintu bilik mereka itu. Namun seperti Syafiq, alif turut gagal. Memikirkan keadaan itu, masing-masing mula merasa cemas dari biasa. Dilihatnya sekeliling bilik mereka, risau-risau lembaga itu muncul dari belakang mereka.

"Kau ke belakang sikit Alif, aku nak pecahkan pintu ni." Kata Syafiq sambil menolak perlahan Alif ke tepi.

"Kau biar betul Syafiq. Ini pintu asrama. Kalau rosak kau kena ganti." Kata Alif terkejut dengan kata-kata Alif itu.

"Habis tu kau nak kita mati dalam bilik ni Alif? Aku tak kisah, kena ganti pun gantilah, aku lebih rela dari dikacau makhluk tu." Kata Syafiq serius.

Syafiq mengambil beberapa langkah ke belakang. Dia memandang tajam ke arah pintu bilik itu dan meletakkan sasaran untuk menendangnya.

Saat dia merasakan bahawa dia sudah yakin dengan sasarannya itu, dia mula berjalan laju dan menghampiri pintu bilik mereka itu.

Paaaaaaap!

Tiba-tiba lampu bilik mereka terpadam. Suasana gelap menyelubungi mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience