Bab 70

Romance Completed 207984

"Abang.." seru Intan.

"Sayang jangan panggil abang macam tu boleh.." kata Caden. Terus pen di tangan di letak di atas meja. Tubuhnya disandarkan ke belakang.

Intan ketawa di hujung talian.

"Kalau tak panggil macam tu nak panggil macam mana?" sengaja Intan melunakkan suara mahu mengusik Caden.

"Sayang jangan, abang datang pejabat sayang nanti!" kata Caden pula sambil mata terpejam. Hilang rasa penat bila mendengar suara Intan.

"Hm.. Sayang nak jumpa kawan sayang tengah hari ni boleh tak?" soal Intan.

"Kawan?" soal Caden.

"Perempuan ke lelaki?" soalnya lagi.

"Hm.. Kalau lelaki?" soal Intan pula.

Terus tegak badan Caden. Bulat matanya dibuka.

"Sayang nak jumpa di mana?" soal Caden. Dibuang rasa curiga jauh-jauh. Jika Intan mahu curang denganya, takkan diberitahu mengenai perjumpaan tersebut.

"Kat hotel abang. Dia menginap di situ" terang Intan.

"Bila sayang nak jumpa?" soal Caden. Kenapa ada rasa tidak enak di hati.

"Nak jumpa la ni. Sayang baru masuk ke restoran. Ah, kawan sayang dah sampai pun. Okay abang. Kalau sempat, nanti sayang datang singgah pejabat abang ye" kata Intan.

"Okay sayang. Hati-hati. Apa-apa call abang" pesan Caden.

"Okay abang. Love you" ucap Intan sebelum talian dimatikan.

"Love you too sayang"

Intercom ditekan.

"Carlos, masuk!" panggil Caden.

Tidak lama Carlos menapak masuk.

"Tengah hari ni aku ada apa-apa appointment tak?" soal Caden.

Carlos meneliti ipad di tangan.

"Tak ada, jam tiga nanti ada satu. Kenapa? Ada yang tak kena ke?" soal Carlos.

"Afrina" jawab Caden sepatah.

"Kenapa dengan dia?" soal Carlos. Cakap suka sangat separuh-separuh. Cuba cakap biar habis.

"Dia ada kat restoran hotel, jumpa kawan" kata Caden yang masih lagi memandang Carlos di depan.

"Okay, jumpa kawan. Apa masalahnya?" soal Carlos tidak faham.

"Kawan dia lelaki" sambung Caden.

Carlos rasa mahu ketawa. Tersungging senyum di bibir.

"Kau jealous ke apa ni?" soal Carlos lalu menarik kerusi di hadapan Caden lalu melabuhkan duduk.

Menjeling Caden pada Carlos. Mana ada jealous.

"Kau ni.. Kira bagus la dia bagitau nak jumpa kawan lelaki pada kau. Siap jumpa kat restoran hotel ni lagi. Tu maknanya dia jujur, bukan nak curang belakang kau. Ish" tegur Carlos.

"Aku bukan jealous. Cuma ada rasa tak sedap. Macam ada sesuatu" kata Caden.

Alahai Caden. Apa yang susah. Turun je la pergi tengok. Tak payah datang dekat, tengok dari jauh je..

"Jom" ajak Carlos lalu bangun dari kerusi.

"Nak ke mana?" soal Caden pelik.

"Tengok Intan" jawab Carlos.

"Eh, tak nak lah aku" Caden mengelak.

"Lah, tadi sibuk sangat. Jom la.. Kau pun dah lama tak belanjan aku makan. Paling tak, belanja kat restoran hotel pun jadi la" ajak Carlos lalu menarik lengan sahabatnya itu.

Nak tak nak, Caden bangun juga tapi sebelum itu, ditanggalkan coat, hanya tinggal kemeja yang dilipat lengan hingga siku sahaja. Baru selesa.

Menggeleng Carlos dengan ulah Caden.

Sebaik kaki melangkah keluar dari pejabat ada seseorang menunggu Caden.

"Caden.." panggil Alice dengan suara yang menggoda. Itu baru suara, bila lihat pada pakaian, mak oi.. Dah macam tak pakai baju. Segala isi macam berlumba-lumba nak keluar.

Tergeleng Caden.

"Cosa vuoi? (What do you want?)" soal Caden yang masih lagi kaku di hadapan pintu pejabatnya. Carlos yang berada di tepi Caden sudah mengeluh.

Aduh.. Bala.. Macam mana pulak boleh sampai atas ni.

"Non essere così feroce. Pranziamo con me. (Don't be so fierce. Let's have lunch with me" ajak Alice lalu menghampiri Caden dan lengan itu dipaut.

Caden menolak perlahan namun Alice tetap keras di situ. Tidak mahu beralah. Akhirnya Caden hanya membiarkan.

Kaki diatur menuju ke lift untuk ke tingkat bawah.

+++

"Hai.. Dah lama sampai?" soal Intan berbasi lalu dilabuhkan duduk di hadapan Rick.

"Baru lagi. Kita order dulu la" kata Rick.

Buku menu dicapai dan pesanan dibuat.

"Maaflah kalau saya curi masa awak" kata Rick sambil tersenyum pada Intan di hadapan. Manis gadis ini, bertambah manis dengan seri tahi lalat.

"Tak ada apalah. Waktu lunchkan" balas Intan terseyum.

Rick kemudian mengambil beg kertas dan menyerahkan pada Intan.

"Apa ni?" soal Intan tidak mengerti sambil bergilir pandang antara beg kertas dan wajah Rick.

"Penso che questo sia tuo (I think this is yours)" jawab Rick.

Intan melihat isi kandungannya, ada satu sampul dan di sampul tertulis 'Mio angelo'

"Bidadari?" soal Intan.

"Sì, Mio angelo. Sei l'angolo Lucc. Lo salvi (You are Lucc angle. You save him)" jawab Rick.

"Lo sai? (You know?)" soal Intan.

"Certo che lo so (Of course I know)" jawab Rick pula.

Baru Intan mahu bertanya lanjut, pekerja datang menghantar makanan dan minuman.

"Lucc apa khabar?" soal Intan sambil bungkusan itu diambil dan dibuka.

"Lucc okay. Cuma dia semakin sibuk sekarang" jawab Rick.

Sebaik sampul dibuka, ada satu frame gambar. Itu gambar dia dan Lucc sebelum dia pulang ke Malaysia setelah tamat misi. Itu adalah kali terakhir dia berjumpa Lucc. Gambar itu diusap..

"Lucc minta awak serahkan pada saya?" soal Intan sambil memandang Rick di hadapan sambil menunjukkan gambar itu pada Rick.

Rick mengambil frame gambar yang diserahkan oleh Intan. Patutlah dia seperti pernah nampak Intan, rupanya melalui gambar ini.

Lucc sentiasa membawa frame gambar ini bersamanya dan tiada sesiapa dibenarkan memegang frame itu. Cuma ada satu hari itu Lucc tertinggal frame gambar ini di atas katilnya dan waktu itu Rick dapat melihat gerangan orang di dalam gambar itu.

"Not in direct" jawab Rick.

"Maksud awak?" soal Intan tidak faham.

"Dia tahu saya nak ke Malaysia. Sehari sebelum dia bertolak ke London urusan kerja, sampul ini ada di atas meja saya. And I know what he want" terang Rick.

"Are you married?" soal Rick.

Intan tersenyum sambil mengangguk.

Rick hanya tersenyum.

"Makanlah. Sejuk nanti tak sedap" pelawa Rick sambil menyerah semula frame gambar pada Intan.

Gambar itu diletak terlungkup di atas meja. Lalu Intan menyedut minumannya untuk membasahkan tekak.

Baru beberapa suap makanan masuk ke perut, pintu restoran terbuka dan beberapa orang pekerja menunduk pada tiga gerangan yang masuk melangkah.

Mahu tercekik Intan apabila melihat Alice memaut manja lengan Caden sambil berjalan dengan melintuk liuk.

Tegak mata Intan memandang. Caden juga pada waktu itu bagaikan ada kuasa magnet yang kuat mintanya memandang ke sebelah kanan restoran. Apabila pandangan ditala, Intan.. dan Enrico?

"Fratello! (abang!)" jerit Alice lalu melajukan langkah pada Rick dan memeluk abangnya. Sebaik pelukan dilepaskan Alice baru sedari Intan juga berada bersama abangnya. Nampak riak terkejut di wajahnya.

"Sei con lei? (Are you with her?)" soal Alice tidak percaya.

"Sì" jawab Rick sepatah.

Tidak lama Caden dan Carlos juga tiba. Carlos yang melihat Intan bersama Enrico juga terkejut.

"Caden, che coincidenza. Pranziamo insieme (What a coincidence. Let's lunch together)" ajak Rick.

"Vuoi che pranzi con questa donna? (You want me to lunch with this woman?)" soal Alice dengan wajah yang mengjengkelkan.

Merah wajah Caden dengan soalan Alice.

"Hey, chi sei tu per dire così? (who are you to say like that?)" marah Caden.

Alice hanya menjeling Caden di sebelahnya. Carlos pula sudah serba salah.

"Rick, va bene. Devo andare ora. (It's okay. I have to go now.)" kata Intan pada Rick.

Caden, Carlos dan Alice terus tegak memandang Intan.

"Sai parlare italiano? (You know to speak Italian?)" soal Caden pada Intan.

"Sì" jawab Intan sepatah dan terus bangun dan mahu bersiap untuk bergerak.

Caden laju menghampiri Intan lalu tangan Intan dipegang.

"Tunggu sayang" panggil Caden.

Rick yang sedang duduk terus terbangun apabila mendengar Caden memanggil Intan begitu.

"Caden tuo marito? Caden your husband?)" soal Rick.

"Sì, questo è mio marito. Yes, this is my husband" jawab Intan.

"No! Caden my fiance!" jerit Alice lalu menarik lengan Caden.

Mencerlung Caden memandang Alice.

"Abang!" jerit Alice pada Rick sambil menghentak kaki. Aduhai.. Dia buat drama pula.

Intan yang mendengar dah tunjuk wajah blur. Alice sebut abang! Maknanya dia pun tau bahasa malaysia? Apa ni..

"Rick, i'm sorry.. Aku tak boleh terima Alice. Aku dah kahwin. Afrina isteri aku" kata Caden pada Rick sambil tangan Intan digenggam erat. Apa sekali pun yang bakal berlaku akan diterima.

Rick hanya diam sambil memerhati Caden dan Intan. Intan pula sudah terkaku di situ.

Tanpa kata Rick terus berpusing dan meninggalkan restoran tanpa menoleh. Beberapa orang bodyguardnya terus mengekori Rick hingga keluar dari restoran.

"Huh!" kuat Alice mendengus lalu dia turut mengejar abangnya.

"Fratello, wait" panggil Alice.

Intan terduduk di kerusinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience