Bab 36

Romance Completed 15358

(Sakinah POV)
__2 minggu kemudian__
Pintu bilik Ryoga itu diketuk. Aku memandang ke arah pintu, ternanti-nanti gerangan yang bakal memasuki bilik itu.
"Eh? Aby?" Soalnya terkejut setelah mendapati kehadiranku di situ. Tiada siapa tahu aku ke sana.
"Hm, abang tak kerja ke hari ni?" Soalku kembali memandang Ryoga yang masih terbaring di katilnya. Aku memandang ke arah sesuatu benda yang terlalu banyak yang abang letakkan di atas meja sisi katil Ryoga itu.
"Hm, inilah dia kerja abang. Tiap hari, tak putus-putus peminat si Ryoga ni hantar bunga ke studio. Kerja abang pula hantar semua bunga ni ke sini." Balas abang kedengaran mengeluh lalu menarik kerusi duduk di sebelahku.
"Hm, bunga lagi? Banyaknya lahai." Aku turut mengeluh. Aku mengambil sejambak bunga daripada semua bunga di situ dan membaca kad yang terselit pada bunga itu. Aku melakukan itu setiap hari pada semua bunga yang dikirim.
Peminat mana boleh tahu di mana bilik Ryoga. Habis diserbunya nanti. Bilik Ryoga adalah sebuah bilik yang amat privasi. Yalah, statusnya dua, dia adalah selebriti dan dia juga ialah anak orang kaya-kaya.
"Aii, rajinnya baca kad-kad ni. Jealous ke? Semua yang bagi bunga ini perempuan tahu?" Soal abang menyakat aku. Niat di hatinya boleh dibaca dengan mudah kalau dah buat intonasi bercakap sebegitu.
"Tak jealous. Baca je. Tak salah pun, kan?" Jawabku.
"Alah, tahulah awak itu bakal isteri yang sudah dipilih dan bertakhta dalam hati. Tinggal terima je." Balas abang pula. Pergerakanku terhenti.
"Apa yang abang cakap ni? Bakal isteri yang sudah dipilih dan bertakhta di hati? Tinggal terima je? Maksud abang?" Soalku pelik.
"Ha? Aa..no I didn't say that." Balas abang.
"Onii, I know that you are hiding something from me." Balasku pula. Kini, aku semakin curiga dengan abang.
"No, apa yang onii sorokkan?" Soalnya pula.
Aku memandang dia, "Koichi Yoshino, don't ever think to keep it secret from me." Aku masih mencuba.
"Haih, okey. Abang beritahu." Dia mengeluarkan sesuatu dari laci meja sisi katil itu. Setahu aku di laci itu hanya ada barangan peribadi Ryoga seperti telefon bimbit, jam dan sebuah kotak yang berada di poket seluarnya.
Abang mengeluarkan sebuah kotak berbaldu ungu.
"Dalam kotak ni, ada cincin." Kata abang memulakan perkenalan isi kotak itu dengan ringkas.
"Oh, ada cincin ke? Patutlah dia tak bagi aby sentuh pun kotak ni." Balasku.
"Kenapa? Pernah tengok ke kotak ni?" Soal abang pula.
Aku mengangguk, "Pernah nampak kotak ni terjatuh dari poket seluar dia. Lepas tu, dia cepat-cepat ambil gaya macam tak nak bagi aby sentuh langsung kotak tu. Rupanya, ada cincin. Tapi, cincin? Siapa punya?" Soalku pula. Nak juga aku tahu cincin siapa.
Belum sempat abang hendak menjawab, fikiran aku sudah bermacam-macam.
"Di-Dia dah berpunya ke?! Ke dia nak lamar seseorang? Siapa orang itu? Dia dah nak kahwin ke? Bila? Bagitahu cepat. Biar aby pergi jumpa girlfriend dia tu. Aby terangkan segala-galanya yang semua ni salah aby. Mesti dia sedih sebab Ryoga jadi macam ni." Kataku panik lalu aku menunduk.
"Hei, aby, jangan panik. Relax , okay? Breathe in, breathe out." Kata abang menenangkan aku. Aku menarik nafas panjang lalu menenangkan diri.
"Memang, memang dia nak lamar seseorang. And this ring is yours." Kata abang.
Aku terkejut, "It's mine? How could it be mine?" Soalku pelik. Terus tenang lepas dengar. Tak, aku panik sebab..yalah, kalau dia dah berpunya, melepaslah aku. Huhu~
"Yes, and he wanted to propose you actually." Kata abang. Terdiam aku. Aku hanya boleh menekup mulutku yang terbuka dengan besar. Ibarat pada kedua-dua bibirku mempunyai magnet yang kutubnya sama.
"Cincin dalam kotak ni terukir R love S. R itu mewakili Ryoga dan S itu mewakili aby, Sakinah." Kata abang menyambung.
"Abang tak nak buka kotak ni. Itu hanya akan merosakkan rancangan dia nanti. Abang nak dia yang bukakan untuk aby suatu hari nanti." Ujar abang lagi.
"Tapi, macam mana abang tahu semua ni?" Soalku pelik.
"Mestilah kitorang rancang bersama. Kai pun terlibat. Waktu di Ueno Park sebelum dia accident hari tu, dia nak lamar aby. Sepatutnya, hari itu menjadi sebuah hari yang bersejarah dalam hidup dia, tetapi, ia berubah menjadi sebuah tragedi apabila dia tengok Adib yang lamar aby dulu. Bukan dia." Cerita abang kembali menyimpan kotak itu.
"I swear I don't accept Adib's proposal. Banyak mana sekalipun Adib melamar aby, aby takkan terima sebab aby rasa aby ni..tak layak untuk dia. Aby hanya layak untuk orang yang aby sayang dan orang yang betul-betul sayang aby." Balasku sambil memandang Ryoga.
"Ah, tak payah nak berdrama sangat. Cakap sahajalah that you are in love with him. Kan senang?" Kata abang menunjuk ke arah Ryoga.
"No, I didn't say that. But, if true he loves me..I'll wait for him." Balasku.
"Ahh, sudahlah menafikannya. Aby, I know you from you're 15. And now you're 18. 3 years we share our story together. So, I know when you're lying or not." Kata abang.
"Okay, I want to admit something but, only with you." Ujarku menunduk.
"Ha, mengaku lah cepat. Abang nak dengar." Kata abang dengan nada mengusik. Aku redha sahaja.
"Okay, I love him. I don't love Adib. Sebab tu lah..aby reject Adib. Bukan sebab tak layak ke apa atau alasan-alasan lain yang cliche. Just because I love Ryoga and I don't love Adib." Kataku mengaku di hadapan Abang Koichi.
"Haa, abang dah agak dah. Kalau cakap dari awal dulu kan simple. Cerita ni habis dah. Ni bertangguh-tangguh. Yang ini menafikan, yang ini pun tak nak mengaku." Kata abang.
"Yalah, takkan aby nak mengaku depan dia sedangkan aby tak tahu apa perasaan dia terhadap aby. Ingatkan selama ni, dia cuma anggap aby ni kawan kecil lama yang terpisah dan bertemu semula." Balasku.
"Hm, yalah, ni beg besar ni nak ke mana? Nak balik Malaysia ke?" Soal abang menunjuk ke arah begku. Tak adalah besar pun.
"No, of course not. I want to sleep here for a week. Boleh, kan, onii?" Pintaku menyengih.
"You want to take care of him for a week? Tak kerja ke?" Soal abang pula sebelum memberi keizinan.
"Tak, Kak Syera dan family dia balik Malaysia sampai raya. So, kami tak kerja. Dah dekat 1 bulan kami kerja di sana. Banyak Kak Syera bantu kitorang." Balasku.
"Hm, abang okey je. Nanti abang datang sini tengok aby." Kata abang memberi kebenaran.
"Ehh, why you have to look after me? Lebih baiklah tengok dia yang sakit ni." Balasku.
"Of course I will look after you because you are my little sister. Not him." Kata abang.
"Hm, tapi, dia yang sakit, bukan aby." Aku masih membalas.
"Okey, abang tengok aby, sekalilah tengok dia. Sekali jalan. Dah? Puas hati?" Soal abang.
Aku ketawa, "Okey, haha! Dah puas." Balasku.
"Dah, abang dah nak kena balik ke studio. Nak kirim apa-apa tak? Petang nanti abang datang lagi." Kata Abang Koichi.
"Hm, nak! Nak kirim mask hitam. Buah untuk Rygo..dan nak kirimkan salam pada semua." Balasku lalu ketawa lagi.
"Hm, yalah." Balas abang ringkas.
"Kirim salam especially to our gantian leader of Choutokkyuu tahu! Kata kat dia, buat kerja elok-elok, banyak-banyak, nanti tak adalah Ryoga beban sangat sebab kerja banyak waktu sedar nanti." Kataku lagi. Siapa ketua gantian Choutokkyuu sementara Ryoga koma? Haha, jawapannya Eca. Eh, taklah, Yuki lah. Sejak bila pula Eca daftar untuk jadi ahli Choutokkyuu?
Abang mula membetulkan masknya.
"Hm, okey, abang gerak dulu." Kata abang.
"Abang! Makanan berbuka. Jangan lupa." Ujarku tertinggal satu lagi pesanan untuknya.
"Hm, yakisoba lah tu. Okey." Balas abang.
Aku melambai riang. Abang melangkah keluar dari bilik itu. Aku memandang Ryoga dengan muka yang sayu.
"Awak, saya nak minta maaf. Kalaulah saya tahu awak memang nak buat macam tu, saya takkan terima langsung Tengku Syed Adib itu." Ujarku.
"Awak bila nak bangun? Saya rindu sangat dengan awak, awak tahu tak?" Ujarku lagi dengan sayu. Aku hanya memandang dia yang terbaring.
*******
Seminggu telah berlalu. Seminggu aku tidur di situ menjaga dia.
Pintu bilik diketuk. Mesti abang.
"Aby?" Abang memanggilku.
"Hm." Sahutku sayu.
Abang melangkah masuk bersama Kai.
"Kenapa ni? Are you sick? Lemah je bunyi." Soal abang.
"No, aby terlalu rindukan dia." Jawabku lemah.
"Maybe you are too tired because take care of him." Kata abang.
"Hm, maybe." Jawabku perlahan.
"I think you have to get back home and rest." Kata Kai.
"No, I don't want to left him." Balasku.
"Aby, you have to get back home first. You're looking so tired. Tomorrow, you can come back here, okay?" Kata abang pula.
"But, onii, I want to stay with him." Balasku masih berkeras tak mahu balik ke rumah tanpa Ryoga.
"Balik dululah. Rehat. It's been a week you are here." Pujuk abang.
"Petang, petang. Petang aby balik. Not now." Jawabku.
"Okay, this evening we come here to take care of him." Kata Kai. Aku mengangguk.
"But, can I go back home.. tomorrow?" Pintaku untuk menangguh masa.
"No!" Jawab mereka serentak.
"Okay." Balasku mengeluh.
__Petang itu__
"Balik tu jalan elok-elok." Pesan abang.
"Okey, bila lagi aby boleh datang ni?" Soalku memerli abang.
"2 hari lagi. Rehat cukup-cukup kat rumah." Jawab abang.
"O..kay." Jawabku perlahan tidak redha. Tapi, nak buat macam mana? Terpaksalah redha juga. Jangan jadi adik angkat yang derhaka.
Aku jalan balik ke rumah dengan lemah longlai.
(Ryoga POV)
Aku tersedar daripada tidur agaknya. Pandanganku mulai menjadi jelas. Aku melihat ke arah tingkap. Hari gelap. Di manakah aku? Ni bukan bilik tidur aku.
Aku duduk dan mendapati Kai dan Koichi ada di sofa. Aku melihat Kai sedang bermain telefon. Koichi pula tidur. Heh, dia itu, tak tidur, makan. Tak makan, tidur.
"Kai, where am I?" Soalku. Aku melihat Kai terkejut dan terus bangun menuju ke arahku.
"Ryoga! Are you okay?" Soalnya. Aku hanya mengangguk-angguk. Tangan kananku disimen. Patah agaknya. Aku memegang kepalaku yang sakit dengan tangan kiriku. Kepalaku berbalut?
"What happened?" Soalku pula.
"Wait, I want to call the doctor." Katanya panik.
"Koichi!" Dia mengejut Koichi. Tetapi, seperti biasalah, dia memang susah nak bangun.
"Koichi!!" Dia menggoyang bahu Koichi.
"Ha? Ha? Nani?" Soal Koichi masih dalam keadaan mamai.
"Oi, wake up. Look who have here." Kata Kai gembira dalam masa yang sama nadanya dalam keadaan panik atau teruja. Mungkin.
"Take care of him. I want to call the doctor. Call Sakinah." Pesan Kai lalu mahu menuju keluar.
"Koichi! Call Sakinah now!" Jerit Kai. Koichi terus tersedar dan membuka telefonnya.
Koichi beralih dari sofa ke kerusi di sebelah katil. Dia menguap.
"Hm, mana nombor Sakinah?" Soalnya sendiri. Dia masih sedar tidak sedar.
Dia memandangku lalu menggosok-gosok matanya seperti tidak percaya aku di depannya.
"Ehh!!? Ry-Ryoga!! Kau dah sedar!!" Katanya teruja.
"Woh, relax. Kai dah cuba beritahu kau tadi." Ujarku tersenyum.
Dia tersenyum gembira lalu ketawa.
"Sakinah mesti suka dapat tahu kau dah sedar." Ujar Koichi gembira sambil mendail nombor telefon seseorang.
"Siapa Sakinah?" Soalku perlahan. Dia menunjukkan riak wajah yang amat terkejut.
"Ka-kau tak kenal dia?" Soal Koichi memang terkejut. Aku tak pernah nampak dia terkejut macam ni. Dia batalkan hasratnya untuk membuat panggilan lalu menyimpan telefonnya.
Aku menggeleng.
"Kau jangan bergurau waktu macam ni, Ryoga." Katanya.
Aku masih menafikan, "Who's that? Sakinah mana ni? Orang mana yang korang berkawan ni? Aku tak kenal lah." Soalku.
"Koichi, do you have tell Sakinah about this?" Soal Kai menepuk bahu Koichi. Dia baru sahaja tiba bersama seorang doktor. Doktor itu memeriksa keadaanku.
Koichi terdiam. Dia tidak menjawab pertanyaan Kai. Dia mengajak Kai keluar sebentar. Setelah siap doktor memeriksa keadaanku, dia pun keluar mendapatkan Kai dan Koichi.
Aku hanya menunggu mereka berdua sambil berbaring. Aku baring dengan tangan kiriku dibelakang kepala. Kenapa aku rasa ada sesuatu yang aku terlupa?
Kai dan Koichi masuk ke dalam bilik.
"Ryoga, you can discharge from here for a few days more." Kata Kai. Aku hanya mengangguk.
"But, how could I be here?" Soalku. Aku pelik. Sedar-sedar sahaja aku dah ada di hospital.
"You..really don't remember anything?" Soal Koichi.
"Remember? I don't know. Don't we are in the preparation to celebrate our anniversary? How is it? Is it okay?" Soalku teruja. Tak sabar aku nak menghiburkan peminat aku.
Mereka berdua menganga. Terbuntang luas mata mereka.
"Ryoga, I want to ask you something. What date today? In case you know it." Soal Koichi.
"Today? Hm, maybe...18 December. Right?" Jawabku. Koichi terus mundar-mandir di dalam bilik itu.
"Hey, okay, okay, relax." Kai memberhentikan Koichi.
"How you can told me to relax? The date is 2 days before they meet. It means he doesn't know her at all." Ujar Koichi.
"Yes, I know. But, you have to calm down." Jawab Kai sambil memikirkan sesuatu.
"How if she knows about this?" Kata Koichi.
"It's okay. We keep this from her first. We can't let her know about this." Balas Kai.
"But, she will come after this." Kata Koichi.
"Okay, it's okay. Relax. If you are panicked, I will panicked too." Balas Kai. Koichi hanya mengangguk.
"Haa, I don't understand anything. Who's coming? Keep what secret from who?" Soalku pelik melihat mereka berdua. Mereka hanya mendiamkan diri.
"Nothing, just take a rest." Ujar Kai kepada aku.
Aku hanya akur dan mendiamkan diri sambil menantikan apa yang akan berlaku selepas ini. Aku rasa terlalu penat lalu tertidur.
(Sakinah POV)
'Tok tok tok'
Petang itu, aku ke hospital. Aku mengetuk pintu bilik itu lalu membukanya. Tiada siapa. Hanya Ryoga yang masih terbaring.
"Ohayou." Ucapku memasuki bilik itu.
"Nah, ni bunga untuk awak. Peminat hantar ke rumah. Obaa-san suruh saya bawa ke sini sebab penuh dekat rumah." Kataku lalu meletakkan bunga itu di meja sisi katilnya.
Telefonku berdering. Aku menjawab panggilan itu.
"Helo?"
"Helo, by. Aby kat mana?" Soal Abang Koichi.
"Haa, hospital. Kenapa, onii?" Soalku pelik.
"Hospital?!" Soal abang pula dengan nada yang terkejut.
"Kenapa, abang?" Soalku lagi.
"Tunggu abang. Jangan pergi mana-mana. Stay at your place." Kata abang agak panik lalu mematikan talian. Aku pelik. Kenapa abang ni macam terlalu panik dan risaukan sesuatu?
"Aa, okey." Jawabku perlahan. Aku hanya menunggu abang.
Tiba-tiba Ryoga mencelikkan matanya. Aku terkejut.
"Ryoga-kun! Are you okay?" Soalku. Dia masih mencuba untuk menstabilkan diri yang baru tersedar dari lena yang panjang. Dia memandangku dengan muka penuh tanda tanya. Aku tersenyum.
"Awak okey tak ni?" Soalku lagi mula sebak. Dia cuba untuk duduk.
"Awak siapa?" Soalnya.
Aku terkejut, "Ni sa-sayalah. Awak tak kenal saya?" Soalku memandang dia penuh berharap.
"Tak, saya tak kenal awak. Siapa awak?" Soalnya lagi.
"Ryoga-kun, don't play around. I'm serious." Balasku.
"Stop, don't call me 'kun'. Saya tak kenal awak siapa, lebih baik awak keluar dari bilik ni. I'm serious too." Katanya. Aku terkejut. Biar betul dia ni?!
"Ryoga." Panggilku. Aku tak percaya dia tak kenal aku.
"Go out from this room, now!" Jeritnya.
Pintu bilik itu dibuka.
"Hey, Ryoga. Calm down." Kata abang yang tiba-tiba sahaja meluru masuk ke dalam bilik itu.
"Kau kenapa ni?" Soal abang kepada Ryoga. Aku hanya menahan air mata. Dijerit oleh dia? Tak pernah terlintas dalam fikiran aku pun yang dia akan buat macam tu.
"Bawa dia ni keluar. Aku tak kenal dia. Aku rasa macam nak marah je bila tengok muka dia. Dia ni siapa, suka hati je masuk bilik orang." Kata Ryoga.
"Tak, sekarang ni, kau boleh relax. Tak perlu nak berkasar dengan dia." Kata abang melindungi aku.
"Abang, kenapa dia jadi macam ni?" Soalku perlahan takut didengari oleh Ryoga.
"Go out now!" Jerit Ryoga lagi. Aku memang dah tidak fikir apa dah.
"Hei, elok-eloklah cakap pada dia, Ryoga. Dia budak sahaja." Kata Abang Koichi.
"It's okay. I'll go." Kataku. Aku terus keluar.
"Where are you going?" Soal abang. Aku tidak menjawab. Yang tahu aku akan ke mana hanyalah Ryoga.
(Koichi POV)
"Kau memang tak tahu macam mana nak layan budak?" Soalku.
"She's just a naughty girl." Balasnya.
"Haih, kau ni. She's just a girl. Kau boleh tak bertolak ansur sahaja dengan dia? Selama ni, selama kau koma ni, dia yang jaga kau tahu?" Balasku pula.
"Ah, aku tak percaya. Kau cuma nak aku berbaik dengan dia. Tak mahu aku. Masuk bilik orang sesuka hati. Tak ada tanda hormat ke dalam diri?" Kata Ryoga pula. Aku hanya menggeleng.
"Kau kenapa terlalu menyebelahi dia? Dia itu siapa?" Soal Ryoga.
"My special one." Jawabku ringkas lalu bangun dari kerusi.
"Sudah, aku nak pergi cari dia. Kalau dia hilang, tak balik rumah malam ni, kau yang aku cari dan aku suruh kau cari dia." Kataku lalu keluar dari bilik itu untuk mencari adikku seorang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience