-4-

Romance Completed 77636

Keesokan harinya, Aisyah membuka perlahan matanya sambil melihat sekeliling ruangan itu. Dia memegang kepalanya yang masih ada sisa pening sedikit.

" Aku kat mana ni? Apa jadi kat aku semalam? " Kata Aisyah yang merasa sakit pada lehernya.

Dia mengingat semula apa yang berlaku semalam. Ya baru dia ingat dia dan Aisy lari dari rumah Ayahnya.

" Ye. Aku ingat. Aisy, Ya Allah. Kau lindungilah adikku dari orang-orang yang berniat jahat. Semoga dia selamat sampai kerumah Pak Long. " Kata Aisyah.

Dia menyentuh lehernya yang terasa sangat sakit. Hingga nak menggerakkan kekiri dan kekanan pun seperti sakit.

" Eh awak dah bangun? " Kata Fattah.

" Kau siapa? " Tanya Aisyah mula menutup tubuhnya dengan selimut ditangannya.

" Tak payah takut lah. Saya takkan buat apa-apa kat awak. Saya hanya nak tahu siapa nama awak? " Tanya Fattah.

" Nama saya? " Tanya Aisyah.

" Ye nama awak. Saya Fattah. Tu adik saya Fatihah. Dan lelaki disisi diatu Hakim Aafi. " Kata Fattah menunjuk seorang budak perempuan dam seorang lelaki sedang memerhatikannya dari luar balkoni.

" Hai akak. " Lambai Fatihah.

" Sapa nama awak? " Tanya Fattah lagi sekali.

" Aisyah. Hawa Aisyah. " Kata Aisyah.

" Umur? " Tanyanya lagi.

" 23 tahun. " Kata Aisyah.

" Siapa Aisy? " Tanya Aafi pula mula menahan emosi.

" Aisy adik saya. Hilman Aisy. " Kata Aisyah.

" Mana Aisy sekarang. " Tanya Fattah.

" Saya tak tahu. Masa Ayah kejar tu kitorang beroisah. Dan saya bagitahu Aisy untuk balik ke kampung halaman Mak saya dan cari Pak Long. Sebab Pak Long je yang dapat jaga kami dari Ayah keji tu. " Kata Aisyah.

" Dan sekarang aku dah beli kau dari Ayah kau sebanyak 50k dan lebih dari itu aku bagi ayah kau. " Kata Aafi.

" Apa? " Tanya Aisyah. Mengalir airmatanya deras dipipi.

" Kenapa takdir aku macam ni Ya Allah. " Kata Aisyah.

" Aku harap kau ikut je apa yang dikatakan Hakim. Aku taknak kau sakit oleh dia. Dia tu oanas baran sikit. Tapi dia baik. " Kata Fattah.

" Kau ingat ye. Kau kena buat aoa yang aku nakkan termasuk badan kau. Jika aku nak, kau kena serahkan. " Kata Aafi mengugut.

" Hakim! " Herdik Fattah.

" Kalau kau nak badan aku tanpa hubungan halalaaf aku rela terjun dari balkoni tu. Aku rela mati dari serahkan kehormatan aku pada kau. Manusia berhati Iblis. " Lawan Aisyah.

" Kau!! " Teriak aafi.

" Dah lah Kim. Aku dah lambat. Ingat sikit. Kawal amarah tu. Jangan sampai Megat Jalal tahu Aisyah ada kat sini. Aku takut dia datang sini apa-apakan Aisyah. " Kata Fattah.

" Aku tahulah!! " Marah Aafi.

" Tihah. Jaga akak ni tau. Kalau Abang Hakim buat apa-apa bacakan dua kalimah syahadah dekat telinga dia. "Gurau Fattah.

" Beres Abang Fatt. " Kata Fatihah.

Aafi turut keluar dari bilik itu dan berlalu mendekati Fattah yang menuruni tangga.

" Kau nak kemana? " Tanya Aafi.

" Aku ada kerja dekat pejabat sikit. Amu kena siapkan sebelum aku serahkan pada Big Boss. " Kata Fattah.

Sedangkan dia pergi untuk menemui teman-temannya kerana semalam mereka telah berjanji akan mencari tahu siapa gadis itu. Dan dimana Monika kini. Apa kaitan Megat Jalal dalam hal ini.

Fattah menghudupkan motor kawasakinya dan memakai hmet dikepalanya lalu pergi meninggalkan rumah Agam milik Aafi.

Dia menuju kearah restoran dimana mereka selalu bertemu dan kesemuanya sudah berada disana menanti dirinya.

" Sorry. Aku lambat gadis tu baru sedar. Aku takut dia trauma kes semalam hampir mati dia dicekik oleh Hakim. " Kata Fattah.

" Dah gila ke apa Hakim cekik gadis tu. " Kata Iffat.

" Aku nak tanya. Korang oerasan tak wajah gadis tu? " Tanya Izzat.

" Sama macam Monika. " Kata Zikri.

" That's right. Very similar. The only difference is that Aisyah has a mole near her cheek. And the look in her soft eyes is not the same as the look in Monika's seductive eyes. " Kata Fattah.

What is her name Aisyah? As beautiful as the person. Look at the look on your face. I can't sleep. " Kata Izzat.

" Kau nak mati ke dekat tangan Aafi? " Tanya Fattah.

" Kenapa pulak? " Tanya Izzat.

" Kenapa dia sanggup bayar mahal macam tu pada Ayah si Aisyah tu. " Kata Fattah.

" Sorry Bro aku lambat. " Kata Haqiem teman mereka yang mahir dalam bidang risikan kerana itulah kerjanya menjadi Ahlinrisikan dalam Badan beruniform Paskau.

" Tak pe. Senang cerita. Aku taknak berbunga ke bebahasa basi ke apa ke. Aku nak kau tolong kami cari tahu siapa perempuan ni. Dan apa kena mengena denga Megat Jalal. " Kata Fattah.

" Siapa nama dia? Sebaiknya kau ada gambar dia. " Kata Haqiem.

" Aku ada gambar dia. " Kata Iffat.

" Siapa? " Tanya Zikri.

" Monika. Masa aku ambik gambar dia dengan Hakim. " Kata Iffat.

" Sebut pasal Hakim. Mana dia. Lama aku tak jumpa dia. " Kata Haqiem.

" Kau tak payah nak tanya dia dulu. Aku nak kau selesaikan. " Kata Izzat.

Iffat menyerahkan gambar Monika pada Haqiem dan Fattah menyerahkan Gambar Aisyah pada Haqiem.

" Eh. Kembar ke? " Tanya Haqiem. Yang membezakan dua gambar itu adalah renungan dan senyuman. Tapi Haqiem mengenali siapa gadis dalam gambar yang ditunjukkan oleh Fattah.

" Mana kau dapat gambar gadis tu. " Kata Izzat yang melihat gambar Aisyah bersama seorang lelaki yang sama wajahnya seperti Gadis itu.

" Hakim ambik gambar ni semalam dari wallet Aisyah. aku mintak Mak aku ambikkan dari bilik Hakim tadi pagi. " Kata Fattah.

" Tak aku nak tahu siapa ni? " Tanya Haqiem.

" Ni nama dia Aisyah. " Kata Fattah.

" Maksud kau Hawa Aisyah? " Kata Haqiem.

" Hah betullah. Mana kau tahu? " Tanya Fattah.

" Lelaki ni, Hilman Aisy? " Kata Haqiem.

" Ye betul. " Kata Fattah.

" Mana Hawa sekarang. " Kata Haqiem.

" Maksud kau? " Tanya Fattah.

" Aku tanya korang, Mana Hawa sekarang!! " Tengking Haqiem.

" Sabar lah Bro. Kenapa nak marah. " Kata Iffat.

" Kalau ada apa-apa jadi kat satu-satunya adik sepupu perempuan aku ni, aku akan pastikan korang semua menyesal menyentuh dia. " Kata Haqiem.

Semua mulut yang ada disana ternganga apabila Haqiem memberitahu mereka siapa gadis itu.

" Kau tak silap orang ke? "Tanya Fattah.

" Aku tak pernah silap. Kau lihat ni. " Kata Haqiem menunjukkan gambar didalam Walletnya.

Gadis yang berdiri disisi Haqiem dan budak lelaki yang berada duduk ditengah.

" Eh. Macam sama lah. " Kata Zikri.

" Aku tak pernah silap. Korang lihat apa persamaan Yang ada pada kami. " Kata Haqiem.

" Tapi kenapa baru sekarang kau jumpa dia. " Kata Iffat.

" Sebab lepas Arwah Mama meninggal, Suami dia Jawas membawa lari kedua anak mereka dan menghilang hingga kini. " Kata Haqiem.

" Aku dapat cam persamaan korang bertiga. " Kata Zikri.

" Apa dia? " Tanya Izzat.

" Ada tanda dekat leher sebelah kanan. " Kata Izzat.

Mereka semua memerhatikan leher yang ditunjukkan Izzat.

" Betullah tu. Di antara 15 orang sepupu, Hanya kami bertiga yang ada tanda lahir sama. Dan hanya Hawa satu-satunya adik perempuan yang kami ada. " Kata Haqiem.

" Jadi. Betullah dia ni adik sepupu kau. " Tanya Fattah.

" Ye. " Kata Haqiem.

" Ok. Sekarang kitorang dah tahu. Now kami nak kau cari tahu siapa Monika dan apa kena mengena dengan Megat Jalal Ayah Hakim. " Kata Iffat.

" Siapa nama dia? " Tanya Haqiem.

" Monika Abdul. " Kata Izzat.

Haqiem menekan Ipadnya dan memasukkan maklumat tentang Monika. Haqiem bertanya serba sedikit tentang Monika dan hanya beberapa minit Haqiem menemui jawapannya.

" Kenapa? " Tanya Fattah.

" Monika Abdul, Lulusan phd, dan pekerjaan yang dibuat adalah menjadi sugar baby buat orang-orang ternama. Dan kali terakhir dilihat bersama dengan Megat Jalal di Bali. " Kata Haqiem menunjukkan pada Fattah maklumat yang tertera dekat Ipadnya.

" Kenapa dia nak sangat mengahwini Aisyah? " Tanya Fattah.

" Apa!!! " Herdik Haqiem.

" Sabar Qiem. " Kata Fattah.

" Aku nak tahu mana Hawa je sekarang. Aku takut Jawas buat apa-apa kat mereka dua beradik. " Kata Haqiem.

Fattah memberitahu keberadaan Aisyah yang kini berada di rumah Agam milik Aafi dan Aafi telah melangsaikan hutang Ayah Aisyah dan membayar Jawas lagi agar menyerahkan Aisyah pada Aafi.

Haqiem memasukkan semua barang termasuk Ipad kedalam brgnya dan berlalu dari sana apabila dapat tahu dimana Aisyah kini.

" Tunggu Abang Haq, Hawa. Abang datang. " Kata Haqiem.

" Qiem. Sabar dulu. " Kata Zikri.

Namun Haqiem tak ambil peduli. Nak taknak mereka semua terpaksa mengejar Haqiem menuju ke rumah Agam milik Aafi.

Sampai saja disana, Haqiem yang melihat Mak Lia di Kebun mini disisi rumah lalu menyapa.

" Mak Lia. Mana Hakim? " Tanya Haqiem.

" Ada kat atas. Pergilah. " Kata Mak Lia.

" Ok Mak Lia. Terima kasih. " Kata Haqiem.

Haqiem menaiki tangga menuju ke tingkat atas dan terlihat Aafi yang sedang santai melayan Fatihah.

Fatihah yang perasan akan kedatangan Haqiem mendongak.

" Eh Abang Haqiem. " Kata Fatihah senyum.

" Hai Tihah. Lama Abang Qiem tak nampak Tihah. " Kata Haqiem.

" Apa mimpi kau datanga kat sini? " Tanya Aafi.

" Aku nak tanya mana Hawa. " kata Haqiem.

" Aku tanya mana Hawa!! " Herdik Haqiem.

" Kau siapa nak tanya Aisyah ni hah? " Kata Aafi melawan.

" Aku tanya sekali lagi. Mana Hawa Aisyah. " Kata Haqiem.

" Qiem. " Panggil Fattah mengah kerana berlari naik tangga. Begitu juga yang lain.

" Dia kat sini. " Kata Fattah.

Fattah membuka pintu bilik dimana Aisyah berada. Haqiem berlalu meninggalkan Aafi. Walaupun mereka selalu berbeza pendapat, namun keakraban mereka mengalahkan seperti kembar.

Masuk kedalam bilik itu dia melihat tubuh kurus yang dikenalinya. Aafi turut berada melihat apa yang berlaku.

" Ya Allah. Kau makbulkan doa aku agar bertemu denga Hawa. " Kata Haqiem.

Haqiem menyentuh pipi Aisyah yang kebiruan. Wajahnya berubah murka.

" Kau buat apa pada Hawa Hakim. " Kata Haqiem.

" Apa aku buat? " Kata Aafi.

Aisyah yang berasa seperti bunyi riuh rendah membuka matanya dan melihat apa yang terjadi. Aisyah seperti mengenali lelaki yang berambut potongan pendek itu. Dan dia membuka luas matanya.

" Abang Haq? " Tanya Aisyah.

Haqiem menoleh melihat Aisyah lalu menghampirinya duduk disisi Aisyah.

" Abang Haq. Anak Pak Long? " Tanya Aisyah lagi.

Haqiem menganggukkan kepalanya laju. Pertama kali semua yan g ada disana melihay airmata seorang Al Haqiem.

" Ye Hawa. Ni Abang Haq. " Kata Haqiem memeluk erat adik sepupunya.

" Ya Allah. Abang Haq. " Tangis Aisyah pecah jua. Semua melihat sayu mendengar tangisan Aisyah.

" Hawa kenapa boleh ada. dekat rumah kawan Abang Haq ni? " Tanya Haqiem.

" Ayah nak jual Aisyah dekat lintah darat tu. Aisyah taknak dan Aisyah lari bersama Aisy. " Kata Aisyah.

" Mana Aisy? " Tanya Haqiem.

" Aisyah dah suruh bakik ke kampung cari Oak Long. " Kata Aisyah.

" Takpe. Nanti Abang Haq call Babah. " Kata Haqiem.

Melihat kesan lebam di seluruh wajah Aisyah hingga kelehernya.

" Ya Allah. Tak sakit ke Hawa? Seksanya hiduo kau dik. " Kata Haqiem.

" Dah terbiasa. Lagi teruk bila Ayah libas kami dengan Hos paip. " Kata Aisyah.

" Tinggal dengan Abang Haq ye. " Kata Haqiem.

" Kau bawak dia keluar dsri sini, Kau langkah mayat aku. Kata Aafi.

" Apa hak kau nak halang aku bawak Hawa. " Tanya Haqiem.

" Sebab ayah dia dah berjanji akan menikahkan aku dan dia esok. " Kata Aafi.

Semua terkejut dengan kenyataan dari Aafi. Tak sangka Aafi mengambil keputusan secepat itu.

" Kau dah gila ke Hakim!! " Kata Haqiem.

" Ke kau nak aku pakai dia ni tanpa ikatan. Kalau kau nak aku on je. Aku dah beli dia dari Jawas. kau ingat tu. Dan aku kahwini dia bukan sebab cinta. Tapi aku hanya taknak melihat Ibu derita kerana Megat Jalal nakkan dia ni. " Kata Aafi lalu menunjuk tepat kearah Aisyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience