Bab 83

Romance Completed 207871

"What have you done Alice? Ha! What have you done?" jerit Rick sebaik Alice berdiri di hadapannya. Waktu itu hanya ada Rick, Alice dan Alex sahaja di ruang tamu, yang lain-lain telah diminta supaya keluar.

"I do nothing. I told you before! Perché non ti fidi di me?(Why don't you trust me?)" soal Alice berlawan kata dengan Rick. Tegang-tegang urat leher Alice manafikannya.

"Intan è stato sorpreso a imbrogliare con Caden ma mi ha incolpato! Non capisci? (Intan was caught cheating with Caden but she blamed me! Don't you understand?)" tambah Alice lagi. Dia lihat Rick sudah memerah wajahnya menahan marah.

"So che non puoi accettarlo perché la ami, vero? (I know you can't accept this because you love her right?)" Alice semakin menambah bara pada api amarah Rick.

"Shut up!" jerit Rick terus bangun berdiri. Pistol yang disisip pada pinggang pantas ditarik dan dihala ke kepala Alice. Terdiam Alice apabila melihat tindakan Rick. Alex yang tadi hanya diam tidak jauh dari Rick, pantas berjalan laju menuju ke arah Rick dan Alice.

"Sii paziente, signore (Be patient Sir)" ucap Alex pada Rick. Dia tidak mahu adik beradik itu berbunuhan sesama sendiri.

"Vuoi che sia paziente con la sua azione? Hai già visto cosa sta facendo alla moglie di Caden (You want me to be patient with her action? You saw already what she doing to Caden wife's)" tengking Rick pada Alex. Terdiam Alex bila ditengking begitu. Sepanjang dia bekerja menjadi orang kanan Rick, ini adalah kali pertama dia melihat Alice dimarah teruk begini.

"Rick, please believe me. I do nothing wrong but that's all her fault" ucap Alice walaupun masih dalam keadaan terkejut.

Kuat Rick melepaskan tawa.

"You know Alice, you make me shame! What were you talking with Mario was recorded by CCTV, not one but four CCTV. How come you do like that? Are you nut? Oh, my.." kata Rick sambil kepala digelengkan dan pistol yang tadi berada di tangan diletakkan di atas meja kopi di hadapannya lalu duduk dilabuhkan di sofa. Tertunduk dia di situ mengenangkan perbuatan adik sendiri. Sungguh tidak percaya.

Alice yang mendengar butiran kata Rick terus kaku berdiri. Tidak disangka perbualannya dengan Mario dirakam. Setahunya rumah ini tiada CCTV. Tak guna, pasti ini semua berpunca dari perempuan tak guna tu. Tangan kuat digenggam. Pistol di atas meja dijeling, waktu itu Rick sedang menunduk manakala Alex pula sedang memerhatikan Rick yang sudah kecewa dengan tindakan Alice.

Dengan kesempatan yang ada, Alice terus mencapai pistol Rick lalu berlari menuju ke arah pintu keluar lalu terus menuju ke arah sebuah kereta yang ada betul-betul di hadapan pintu dan salah seorang orang Rick, Fernando yang sedang menunggu di tempat pemandu. Pintu belakang sebelah pemandu pantas dibuka dan pistol diacu kepala Fernando.

"Drive if you don't want to die!" arah Alice. Tanpa menunggu lama, Fernando pantas menghidupkan enjin dan pedal ditekan.

Rick dan Alex yang terkejut dengan tindakan itu terus berlari mengejar Alice tetapi Alice sudah bergerak bersama Fernando.

"Shit! Alex get the car now!" jerit Rick. Alex yang mendengar pantas berlari ke arah kereta dan tanpa membuang masa terus memandu ke arah Rick. Tidak menunggu lama Rick meloloskan diri ke tempat penumpang hadapan manakala seorang lagi orang kanannya Damian masuk ke bahagian penumpang belakang.

"Go!" arah Rick. Rick meraba poket mahu mengambil telefon bimbit tetapi telefonnya tertinggal di atas meja di ruang tamu tadi.

"Argh..!! faster!" jerit Rick.

"Don't be stupid Alice" gumam Rick.

"Find Alice!" arah Rick lalu drawer di hadapan dibuka dan diambil sepucuk pistol dari situ lalu diselit pada pinggang di hadapannya.

"Where?" soal Alex pula. Mana nak cari Alice?

"Just find her!" marah Rick lagi. Alex dan Damian bertukar pandang dari cermin belakang. Aduh.. mana nak cari Alice.

"Should we go to Caden house?" soal Alex.

"I don't care, just go!" marah Rick lagi.

"Damian, find Caden address" arah Alex pula. Damian yang mendengar dah terkial-kial. Nak cari di mana pulak.. aduh..

+++

"Carlos, boleh berhenti kat mana-mana stesen minyak tak, saya nak ke tandas la" pinta Intan yang menjenguk di celah penumpang belakang pada Carlos di hadapan.

"Oh.. okay." jawab Carlos. Tidak lama di depan ada sebuah stesen minyak Petronas, Carlos memberi lampu isyarat ke kiri dan kemudian memulas stereng. Kereta dihentikan di petak parking. Intan pantas membuka pintu dan keluar dari kereta.

Caden turut sama keluar dari kereta dan mengekori Intan dari belakang. Bimbang pada keselamatan Intan, entah kenapa hatinya rasa tidak sedap sejak keluar dari rumah agam itu lagi. Caden kemudian berdiri di luar tandas, tidak lama Carlos datang menghampiri.

"Kau okay ke?" soal Carlos pada Caden.

"Ntah la, aku rasa tak sedap hati" jawab Caden yang tegak memandang ke depan.

"Kau bimbangkan Intan?" soal Carlos lagi.

Caden tidak membalas tetapi menoleh sekilas pada Carlos.

"Kalau kau jadi aku, apa kau buat?" soal Caden.

"Maksud kau?" soal Carlos tidak faham.

"Maksud aku untuk pastikan keselamatan Intan dan penerimaan ayah dia. Kau tau kan, ayah Intan masih belum dapat terima aku dan dia ada datang jumpa Intan dan minta Intan tuntut cerai kalau aku enggan ceraikan Intan." terang Caden. Sugul sahaja wajahnya. Sungguh dia tidak dapat hidup andai terpaksa berpisah dengan Intan. Tidak sanggup.

"Sampai macam tu sekali?" soal Carlos tidak percaya.

"Kalau kau nak hubungan kau dengan Intan kekal, nak tak nak kau kena berhadapan dengan ayah Intan tapi apa yang penting aku rasa, bussines kau di Italy tu baik kau lepaskan saja. Bukan kau tak kenal mereka bagaimana, Rick dan Lucc aku tak risau tapi orang-orang Alice juga tak kurang hebatnya" Carlos beri pendapat.

"Aku ada juga terfikir tapi aku terpaksa susahkan kau untuk ke sana nanti uruskan semuanya. Aku dah tak nak ada urusan di sana lagi. Bussines aku di sini dan London pun dah cukup" kata Caden sambil keluhan dilepaskan. Kepala ditoleh ke belakang bila terdengar bunyi kaki melangkah ke arahnya dan Carlos.

"Sembang apa ni, serius je?" soal Intan yang baru sampai.

"Tak ada apa, pretty. Bual kosong je" balas Carlos sambil tersenyum dan terserlah lesung pipit.

Caden yang mendengar sudah masam wajahnya. Hai la.. tak habis-habis lagi jealousnya pada Carlos.

"Kalau macam tu jomlah kita balik" ajak Intan lalu memeluk lengan Caden dan menariknya ke arah kereta yang waktu itu ada Fahmi berdiri sambil bersandar di pintu kereta.

+++

"Aik, macam sunyi je rumah" tegur Intan sebaik melangkah keluar dari kereta.

"Oh, saya bagi diaorang cuti sebab tak ada orang di rumah cuma Kak Sal akan datang waktu siang untuk bersihkan rumah" jawab Caden.

"Carl, kau dengan Fahmi boleh balik dulu. Guna je kereta ni. Ada apa-apa nanti aku call" kata Caden pada Carlos dan Fahmi.

Fahmi hanya mengangguk tetapi tidak pada Carlos. Dia juga rasa tidak sedap hati tetapi tidak tahu apa. Tetapi rasa itu dibuang jauh-jauh.

"Kalau macam tu, aku dengan Fahmi balik dulu" kata Carlos pada Caden. Intan waktu itu sudah pun berada di hadapan pintu rumah.

"Boss, Puan Intan saya balik dulu." kata Fahmi lalu melangkah menuju ke arah kereta.

"Pretty, saya balik dulu. Take care" pesan Carlos lalu melolos masuk ke bahagian pemandu.

"Okay, hati-hati" balas Intan lalu melambai tangan sambil tersenyum.

Caden yang berdiri di sisi Intan hanya mengangguk dan tangan kanan diangkat sekali. Kedua mereka menunggu hingga kereta hilang dari pandangan.

"Jom sayang kita masuk" ajak Caden sambil pinggang Intan dipaut.

"Hm.. abang nak makan apa-apa tak? Kalau nak makan sayang masakkan, kita makan malam terus lagi pun dah petang sangat ni." tanya Intan pada Caden yang sedang menutup pintu.

"Sayang kan masih tak sihat. Luka tangan tu pun belum sembuh. Apa kata abang yang masak. Sekarang ni sayang naik bilik, mandi. Nanti dah masak, abang panggil sayang" kata Caden yang sedang melangkah ke arah Intan.

"Wah.. abang nak masak.. Tapi abang tak penat ke?" soal Intan yang sudah berdiri rapat di hadapan Caden. Tangannya sudah naik menyangkut di leher Caden dan tangan Caden pula automatik naik memeluk pinggang ramping Intan.

"Untuk sayang, penat sikit pun tak apa" kata Caden lalu bibir Intan dipaut lembut. Lama keduanya melayan perasaan rindu hingga Caden melepaskan bibir merah Intan.

"So sweet" kata Caden sambil mata Intan dipandang dalam.

"Abang.. apa kata kita order je, pizza ke McDonald ke.. tak pun nasi pun okay, food Panda ada" cadang Intan.

"Kalau dah makanan kita order, abang nak buat apa pulak?" soal Caden penuh makna.

"Buat apa ya...?" Intan buat-buat tanya sambil mata memandang ke atas dengan bibir digerakkan ke kanan dan ke kiri seakan sedang berfikir.

Tanpa isyarat, Intan terus dicempung naik ke bilik. Menjerit terkejut Intan dengan Caden. Terus leher Caden dipaut. Faham sangat apa yang akan berlaku.

+++

"Abang.. sayang nak makan nasi goreng kampung dengan tomyamlah, boleh tak. Abang nak makan apa?" soal Intan pada Caden yang sedang membantunya menukar balutan luka selepas keduanya selesai mandi. Caden yang masih tekun dengan kerjanya tidak membalas pertanyaan Intan.

"Abang!" jerit Intan pada Caden.

"Hah, ya. Sorry-sorry abang tak dengar" balas Caden sambil menyudahkan balutan dengan plaster. Siap.

"Abang ni.. sayang cakap, sayang nak makan nasi goreng kampung dengan tomyam." ulang Intan.

Tersenyum Caden pada Intan lalu bangun dari katil dan menyimpan first aid di sisi meja.

"Boleh.. untuk abang, sayang order nasi goreng cina je" kata Caden lalu bergerak ke wardrobe dan tidak lama dia keluar dengan tubuh yang sudah lengkap berpakaian. Intan juga begitu siap dengan seluar pendek dan tshirt tanpa lengannya.

"Okay, kalau macam tu sayang order sekarang" kata Intan lalu telefon bimbit dicapai dan mula membuat pesanan.

"Dah order? Come, kita turun bawah" ajak Caden.

Intan mengangguk lalu jemari Caden dicapai dan melangkah menuju ke tingkat bawah dan melabuhkan duduk di sofa. Remote tv dan Astro dicapai dan butang on ditekan. Intan kemudian baring di ribaan Caden sambil menonton tv.

Ting Tong Ting Tong

Intan dan Caden berpandangan sesama mereka.

"Aik, cepatnya makanan sampai" tegur Intan lalu bangun dari pembaringan dan mahu berdiri untuk ke pintu tetapi laju tangan Caden menghalang.

"Wait, biar abang pergi ambil. Lupa ke, sayang abang ni seksi.." tegur Caden lalu paha Intan digosok perlahan.

"Haah, lupa la.." jawab Intan malu.

Caden melangkah ke arah pintu dan daun pintu ditarik. Eh, mana orangnya? Pelik.

Tidak lama muncul Alice dengan pakaian yang berdarah.

"Alice!" ucap Caden terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience