bab 6

Drama Series 9417

"Morning dhia." sapa Dato hisham yang baru turun ke meja makan bersama isterinya Puan Aima.

"Morning dato', puan. Harini dhia masakkan bihun goreng tapi simple je." beritahu dhia dengan senyuman.

"Ishh dhia ni auntie baru nak masak kenapa dhia masak pulak ni." segan Puan Aima kerana dia ialah tuan rumah tetapi dhia sebagai tetamu pula yang perlu menyediakan sarapan.

"Takpe lah auntie lagipun dhia suka masak. Ni semua pun mak yang ajar kalau duduk rumah orang jangan buat macam mem besar pulak nanti." beritahu dhia sambil mencedokkan bihun goreng untuk Puan Aima dan Dato' Hisham.

"Untung sape dapat dhia ni kan yang." beritahu Dato' Hisham kepada isterinya yang berada di sebelahnya.

"Hmmm tulah. Dhia takde boyfriend ke?" tanya Puan Aima.

"Takde auntie." jawab dhia sambil senyum walaupun sebenarnya dia tak suka bila ditanya soalan sebegini.

"Yekee dhia ni dahla cantik pandai masak baik pulak tu. Takkan lah takde yang berkenan?" tanya Puan Aima yang agak terkejut dengan jawapan gadis itu tapi terselit perasaan bangga kepada gadis itu.

"Betul auntie. Dhia takde masa nak layan semua tu heheh lebih baik dhia fokus dekat mak dengan kerja dhia ni." jawab dhia lagi.

"Ehemm." tegur zafril yang baru keluar di sebalik dinding. Dia dengar semua perbualan antara mamanya dengan dhia. Terbit perasaan kagum terhadap gadis itu kerana pandai memasak dan lembut suara apabila bercakap dengan ibubapanya.

"Eh zaf meh sini makan dhia buat bihun goreng ni." ajak dato' hisham kepada anak sulungnya.

"Dhia duduk makan sekali meh. Sedap ni dhia masak duduk cepat no excuses." dengan tegas dato' hisham mengarahkan dhia duduk di meja makan tersebut.

"Baik dato'." akur dhia perlahan walaupun dia berasa sangat gugup apabila berada berdekatan bossnya, zafril.

Setelah lima minit kesunyian menyelubungi meja makan tersebut, Zafril mula bersuara.
"Zarah dengan zahir mana ma?"

"Zahir pergi trip dekat Melaka dengan kawan dia. Zarah ada dekat bilik senggugut katanya biar je lah dia tidur dulu nanti lapar turun la tu." beritahu Puan Aima sebelum melirik sedikit kearah dhia yang berada di sebelah anaknya.

"Dhia balik pukul berapa?" tanya Puan Aima

"Pukul 10 kejap lagi sebab kak nia balik tengahari. So, dhia ingat nak kemas rumah patu masak sikit untuk kak nia." jawab dhia dengan lancar sambil menyuakan makanan kedalam mulutnya.

"Ohhh nanti zaf hantar dhia tau." Pinta puan Aima kepada anaknya yang juga terkejut dengan permintaannya.

"Ehhh tak payah lah auntie. Susahkan boss je lagipun dhia boleh naik grab." potong dhia.

"Dhia, dengar cakap uncle sekarang ni situation agak bahaya kat luar tu. Atleast zaf hantar dhia nanti selamat lah jugak. Dhia pun anak dara takkan nak naik kereta dengan orang tak kenal kita taktahu niat diorang. Ni dhia naik kereta bukan dengan sape pun boss dhia jugak." terang dato hisham kepada dhia yang berada dihadapannya.

"Tapi dhia dah banyak susahkan keluarga dato'." serba salah dhia kepada dato' hisham.

"No, takde apa yang susah dhia. Kami tolong mana yang mampu je so, zaf hantarkan nanti okay." terang dato' hisham kepada dhia.

"Okay nanti zaf hantarkan." sampuk zafril sambil mengunyah bihun goreng buatan dhia.

Dhia terpaksa akur juga kalini sambil memberikan anggukan kepada dato' hisham dan puan aima.

*JAM 10 PAGI

"Auntie dato terima kasih tumpangkan dhia tinggal sini, bagi dhia makan, baik layanan dato' sekeluarga kepada dhia." dengan lembut dhia berkata sambil menyalami tangan puan aima.

"Dhia rumah ni terbuka untuk dhia. Nanti anytime datang je sini boleh kita shopping sekali." ajak puan aima sambil memeluk dhia.

"Insyaallah auntie."

"See you tomorrow dhia dekat office. Jaga diri dekat rumah sorang tu nanti. Zaf bawak kereta hati-hati jaga dhia." pesan dato hisham kepada dhia dan zafril.

"Baik pa. Kalau takde pape kitorang gerak dulu lah takut jam nanti." beritahu zaf kepada ibubapanya kemudian menghalakan pandangannya kepada dhia.

"Jumpa lagi auntie dato. Assalamualaikum." ucap dhia sebelum menuju ke kereta BMW milik zafril.

Keadaan sunyi sepanjang perjalanan tanpa bunyi radio. Zafril yang perasan akan kesunyian tersebut berasa sangat canggung dan janggal.

"Ehemmm. Kak nia confirm ke balik harini?" tanya zafril bagi membuang suasana janggal.

"Haah tengahari katanya." jawab dhia yang juga sememangnya benci dengan suasana sunyi sebegini.

"Ohh" respon zafril.

"Boss kalau saya nak tanya something boleh?" tanya dhia atleast takdelah senyap je dalam kereta.

"Saya pelik kenapa puan dengan dato' asyik cakap pasal dangerous situation. Saya rasa macam semua orang ada rahsiakan something dari saya. Boss ada tahu pape ke?" soal dhia selepas mendapat keizinan untuk bertanya.

"Takde lah maybe sebab awak perempuan so takkan lah mama papa nak biar awak balik rumah sorang patu naik grab, orang yang tak kenal tulah awak tumpang. Kot kot orang tu ada niat tak baik haa kan dah susah. Dah takyah fikir lagi dah. Ni rumah kak nia kat mana ni? " sengaja zafril mengubah topik. Sebenarnya dia ada ternampak seorang lelaki mengekori dhia tetapi taknak beritahu gadis itu.

Setelah mengetuai perjalanan ke rumah kak nia akhirnya mereka tiba di kediaman rumah teres tersebut. Dhia menuruni kereta dengan diikuti zafril menuju ke pagar rumah tersebut.

"Ahhh Astaghfirullah..... Allahuakbar..." terkejut dhia sebaik membuka pintu rumah kak nia, dia dihidangkan dengan keadaan rumah yang tunggang terbalik dan dipenuhi dengan simbahan cat merah.

Zafril yang terdengar jeritan dhia mula melangkah ke pintu rumah tersebut dan sama terkejut melihat keadaan rumah tersebut. Dhia memberanikan diri melangkah masuk ke dalam rumah tanpa membuka kasutnya. Manakala zafril hanya menunggu diluar rumah kerana risau hanya mereka berdua disitu dan dia menghormati dhia sebagai wanita takut dipandang hina oleh jiran kerana mereka tiada sebarang ikatan yang sah. Sambil itu dia mengambil keputusan untuk menghubungi Adam iaitu rakannya yang bekerja sebagai polis.

Dhia melangkah kakinya menuju kedapur lalu terpandang akan bingkai gambar keluarganya yang berderai pecah dilantai. Lalu dia berpaling kepala memandang kearah dinding tangga yang tertera perkataan "DHIA ADLINA YOU'RE MINE".
Sejujurnya dia sangat takut ketika ini tetapi keinginannya untuk menuju kebiliknya membuak. Dia terpandang zafril yang berada diluar rumah dan segera memanggilnya.

"Boss, boleh tak kalini teman saya naik atas saya nak tengok bilik saya. Saya takut..." pinta dhia kepada zafril yang juga serba salah melihat dia.

Zafril mendahului langkah dengan diekori dhia. Seketika dia terkejut melihat perkataan yang tertera didinding yang dibaca dhia tadi. Sesungguhnya dia berasa sangat marah ketika ini tambahan lagi apabila melihat keadaan dhia. Semasa menaiki tangga kelihatan banyak serpihan kaca yang berderai nasib baik mereka tidak menanggalkan kasut.

Dhia memulas tombol pintu biliknya dengan keberanian yang masih bersisa. Sebaik sahaja pintu dibuka terkejut dhia dan juga zafril kerana terdapat tiga ekor ular berkeliaran diatas katil milik dhia.

"Astaghfirullahalazim! Allahuakbar!"

Zafril yang melihat dhia seakan hilang tenaga untuk berdiri cepat menutup pintu bilik milik dhia lalu mencapai lengan dhia yang berlapik keluar dari rumah tersebut.

"Awak duduk sekejap saya call JPAM." arah zafril kepada dhia yang kelihatan sedang menangis ketakutan. Baru sahaja zafril hendak meminta diri dhia pantas berkata.

"Bbbboleh tak boss jangan pppergi mana-mana. Call je dddekat ssini." pinta dhia dalam gagapnya akibat ketakutan.

Zafril menganggukkan kepalanya lalu menghubungi kedua ibubapanya, kak nia dan JPAM untuk mengambil ular tersebut. Selang beberapa minit, dato hisham dan puan aima tiba dengan diikuti oleh beberapa orang anggota polis.

"Dhia... Ya Allah..." puan aima memeluk anak gadis itu dengan erat sambil menggosok belakang tubuh gadis yang di dalam tangisannya.

"Zaf kau dah check semua bilik ke?" tanya Adam yang baru tiba bersama beberapa orang anggotanya yang lain.

"Belum tapi dekat bilik sebelah kanan lepas tangga tu ada tiga ekor ular. Aku dah call JPAM dah kau gi lah tengok." beritahu zafril kepada sahabatnya.

"Assalamualaikum.." sapa kak nia kepada mereka yang berada di kediaman rumahnya.

Terkejut Puan Aima melihat kak nia yang dikatakan kakak kepada dhia. Wajah gadis itu sangat bersih putih dan cantik seiras adiknya, dhia.

"Dhia... Akak ni dah jangan nangis.. InsyaAllah takde pape okay sayang..." pujuk kak nia sambil memeluk adiknya yang tadi berada dalam dakapan wanita di sebelahnya.

"Saya dania puan panggil je nia. Saya kakak dhia. Terima kasih puan tenangkan adik saya." sapa nia mesra kepada wanita itu.

"Sama-sama nia. Jangan panggil puan panggil je auntie. Lagipun dhia ni dah macam anak auntie." bicara puan aima lembut kepada gadis itu.

Lima minit kemudian tiba pula anggota JPAM untuk mengeluarkan ular yang diberitahu oleh zafril tadi.

"Zaf, aku dah check dah bilik yang lain semua okay. Aku rasa orang yang buat ni dia nak ugut dengan takutkan dhia." beritahu Adam kepada zafril dan juga dato hisham.

Kak nia mendekati ketiga - tiga lelaki tersebut sambil menyapa mereka. Adam sedikit terkejut melihat gadis cantik dihadapannya ini.

"Boleh saya tahu tak sepanjang tiga hari saya takde ni ada anything jadi ke dekat dhia? Sebab saya tahu dhia tetap takkan beritahu saya apa-apa. Encik zafril ada tahu something ke?" tanya kak nia kepada zafril sebelum memandang sekilas wajah Adam dihadapannya.

Zafril terpaksa memberitahu juga cerita sebenarnya tentang iqram dan juga lelaki yang mengekori dhia.

"Okay camni zaf kau ikut aku gi balai buat laporan, tapi awak dengan dhia rasanya buat masa ni tak boleh tinggal dalam rumah ni." beritahu Adam sambil memandang wajah nia.

"Betul uncle setuju. Dengan keadaan dhia yang macam tu risau boleh jadi trauma. Apa kata uncle sewakan hotel dhia dengan dania tinggal situ buat masa ni." cadang dato hisham lalu memandang ke wajah dhia.

"Takpelah uncle. Saya nak bawa adik saya balik kampung tinggal dengan mak dulu. Sebab waktu macamni mak je yang boleh uruskan keadaan dhia. Dia tenang bila dengan mak." beritahu kak nia lalu memandang kearah adiknya yang masih di dalam pelukan puan aima.

"Kalau macam tu awak dengan dhia balik kampung tapi nanti ada polis follow incase ada anything diorang direct inform office." cadang Adam lagi dia juga mula risau kalau berlaku anything kepada dania dan juga dhia.

"Dania tak payah bawak kereta lah. Bahaya boleh berlaku benda yang diluar jangkaan. Naik je dengan uncle auntie nanti kereta nia tu uncle suruh pemandu uncle bawak pergi rumah uncle." pinta dato hisham sememangnya dia sangat merisaukan keadaan dua gadis itu.

"Okay lah kalau macam tu saya ikut je." akur kak nia.

"Sekarang awak pergi kemas barang yang penting nanti saya minta beberapa polis wanita teman awak kemaskan barang dhia sekali." arah Adam kepada dania.

"Terima kasih Encik Adam, uncle, encik zafril tolong kami." ucap kak nia kepada tiga lelaki dihadapannya.

"Kak nia tolong jagakan dhia yee. Nanti lepas habis buat report ni saya terus pergi rumah mak leha." beritahu zafril kepada kak nia.

"Okay jom kita gerak dulu zaf. Saya minta diri dulu uncle dania." pinta Adam sambil senyum kepada dato hisham.

"Nia kemas barang dulu ye uncle. Uncle tolong tengokkan adik ye." beritahu kak nia lalu beredar bersama beberapa orang polis wanita untuk mengemas keperluan mereka.

Dhia dibawa oleh puan Aima untuk masuk ke dalam keretanya. Setelah selesai mengemas semuanya nia mengunci pintu rumahnya lalu mereka bergerak menuju ke Cheras iaitu rumah mak leha sambil diikuti beberapa buah kereta polis.

continue...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience