BAB 10

Short Story Completed 93520

Pagi-pagi lagi Ratna sudah mendengar Puan Samsiah sibuk di dapur bersiap untuk menyediakan sarapan pagi.

Ratna menuruni tangga satu persatu ke meja makan."Umi..nak masak pagi ni?"soal Ratna pada Puan Samsiah.

"Umi nak buat nasi lemak pagi ni"ujar Puan Samsiah.

Ratna memerhati sekeliling tiada kelibat Arjuna langsung.Sudah balik ke lelaki itu sebab tak berjaya pujuk dia.Biarlah bukan penting pun sekarang.

"Akak cari siapa?"soal Indah dari belakang mengejutkan Ratna yang duduk.

"Tak ada siapa pun.Cuma tengok cuaca dekat luar tu cerah ke tidak harini"jawab Ratna.

"Yeke atau akak cari Abang Juna kan?"soal Indah semula.Sambil tangannya mencapai jug air untuk membuat minuman panas.

"Tak kuasa akak nak cari dia.Biar dia tak ada lagi bagus"ujar Ratna.Dia mengeluh hampa.

"Arjuna pagi tadi dia subuh dekat surau.Habis solat tadi dia cakap nak pergi pekan beli barang sikit"Puan Samsiah menyampuk perbualan dua beradik itu.

"Beli barang apa? Rumah ni kan ada barang?"soal Ratna pada Puan Samsiah.

"Dia minta Umi buatkan kuih tepung bungkus katanya teringin nak makan"jawab Puan Samsiah.

Ratna mengerutkan dahi.Mengada betullah Arjuna ni.Suka hati aje minta Umi buatkan kuih untuk dia.

"Akak Indah rasakan Abang Juna tu tak adalah teruk sangat.Walau dia macam tu.Ada satu benda Indah respek pada Abang Juna"kata Indah pada kakaknya.

"Benda apa kau merepek ni? Apa yang kau respek sangat dekat abang ipar kau tu?"soal Ratna dengan nada tak puas hati.

"Dia tak pernah lupa solat.Tapi biasa manusia tak pernah lari dari kesilapan.Indah tahu yang Abang Juna dah sakitkan hati akak tapi akak kena tengok sebaliknya pula"ujar Indah.

"Dahlah akak malas nak cakap pasal dia.Indah tak boleh pandang dia macam tu aje.Yang lebih kenal dia akak"kata Ratna.

*******

Arjuna selesai membeli barang untuk Puan Samsiah.Dia menekan alarm kereta untuk membuka bonet.

Telefonnya berbunyi dan tertera nama Andika di skrin.Dia menekan butang jawab.

"Asalamualaikum..Along"jawab Arjuna sambil meletakkan barang.

"Walaikumusalam...Ngah dekat mana ni?"soal Andika.

Arjuna mengaru keningnya."Ngah dekat luar.Ada urusan kena selesaikan.Nanti Ngah cerita dengan Along tapi bukan sekarang sebab Ngah ada benda lagi penting kena uruskan"jawab Arjuna membuka pintu kereta dan menghidupkan enjin kereta.

"Along tahu kamu sibuk.Pasal syarikat macamana ni?"soal Andika.

"Pasal tu apa-apa Along email dekat Juna.Kalau Ngah boleh settlekan Ngah settlekan.Minta maaf Along.Angah tak boleh lama.Asalamualaikum"ujar Arjuna pada Andika.

"Walaikumusalam..."Andika menjawab salam adiknya itu.

Andika meletakkan telefonnya diatas meja.

"Arjuna ke Abang?"soal Maya isteri kepada Andika.

"Ya itupun tergesa-gesa jawab telefon.Apa yang penting pun tak tahu"ujar Andika.

Maya menghidangkan mee goreng kepada suaminya."Lama Maya tak nampak Ngah balik rumah Mummy"kata Maya.

"Itulah pasal sejak dia balik dari London.Perangai dia lain macam sangat.Banyak berahsia lepastu jarang balik rumah Mummy"ucap Andika.

"Abang tak tanya ke dia masalah ke? Mana tahu Abang boleh tolong ke atau saya boleh tolong?"soal Maya.

Andika mengeluh berat.

*******

Ratna duduk dipangkin didepan rumahnya.Dia mengambil angin diluar.Kereta Arjuna memasuki laman rumahnya.

Dia mengalih pandangan ke arah lain.Malas rasanya mahu bertentang mata dengan Arjuna.

Arjuna mengeluarkan barang dan terpandang Ratna yang sedang duduk berseorangan di pangkin bawah pokok depan matanya.

"Ehh.. Abang Juna dah balik"tegur Indah.Arjuna berpaling dan menyerahkan barang tadi kepada Indah.

"Abang pergilah pujuk Akak tu lagi"kata Indah sebelum menghilang ke dalam rumah.

Arjuna berjalan ke arah Ratna.Dia memegang tangan Ratna tapi Ratna menepis.

"Jangan pegang-pegang saya.Saya tak suka"marah Ratna.Pandangan Ratna berubah sedikit.Dia tertinggi suara dengan Arjuna.

Arjuna menjarakkan diri sedikit daripada Ratna."Abang tak tahu macamana yakinkan Ratna.Umi boleh maafkan Abang tapi Ratna masih keras hati dengan Abang.Abang nak anak kita ada kasih sayang seorang Ayah.Abang nak Ratna fikir pasal perkara tu.Abang tak paksa Ratna"ujar Arjuna memandang Ratna.

"Awak yang buang saya dengan anak saya" Ratna bersuara.

Arjuna melutut di hadapan Ratna."Saya tak pernah buang awak dari hidup saya.Ratna saya tak sanggup hilang awak.Tolong, saya boleh jadi gila kalau awak tak ada.Bagi saya peluang untuk jadi ayah yang baik pada dia"kata Arjuna sambil memegang perutnya.

Ratna memejamkan matanya rapat."Sayang...cakap dengan mummy tolong terima ayah semula"ucap Arjuna lembut.

Disebalik pohon sepasang mata memerhati mereka berdua.

"Uit...ni kalau aku sebarkan mesti satu kampung tahu.Anak arwah Baharin berdua-dua"katanya sambil mengatur langkah lajunya.

Mesti jadi cerita sensasi.Barulah digelar radio kampung.Mulutnya dah tidak sabar mahu memberitahu orang.

*******

"Saya rasa kan Rina tu something wronglah Abang" ucap Datin Habsah pada Datuk Arif yang mengelap permainan caturnya.

"Dah kenapa pulak? Bukan itu pilihan awak ke Habsah?"soal Datuk Arif.Bukan apa kalau dia membantah nanti isterinya itu akan memangkah kata-katanya.

"Entahlah Abang saya rasa tak sedap hati pulak.Saya rasa macam perkahwinan ibarat perkahwinan syok sendiri.Sebabnya saya dengan Datin Nelly aje yang beria-ia nak satukan Arjuna dengan Afrina tu"ucap Datin Habsah.

"Awak lebih bijak dari saya.Nanti kalau saya bantah awak marah saya.Jadi sekarang ni Arjuna ni betul-betul nak kahwin ke tidak? Saya tengok lama dia balik sini.Entah-entah dia dah kahwin kot" Datuk Arif berseloroh.

"Ishh Abang ni bukan nak tolong saya.Lagi tambah minyak dalam api adalah.Saya tengah risau pasal perkahwinan ni.Boleh tak Abang tolong saya" pujuk Datin Habsah.

"Habsah...Habsah...kamu kena tanya Arjuna bukan saya.Lagipun yang nak kahwin dengan Afrina tu Arjuna.Bukan saya ke awak nak bermadu dengan Afrina tu" kata Datuk Arif sebelum membawa catur tadi ke dalam rumah.

Datin Habsah mendengus marah."Kita minta tolong dia, dia kenakan kita balik"ucap Datin Habsah.

********

"Sedapnya bau Umi.."puji Arjuna yang dari tadi duduk menghadap Puan Samsiah membuat kuih tepung bungkus.

Ratna menjeling sejak bila Puan Samsiah lupa yang anak kandungnya hanya dua orang.Puan Samsiah memberi kuih tepung bungkus pada Arjuna.

Arjuna merasa kuih tepung bungkus yang dibuat khas oleh Puan Samsiah.

"Sedaplah Umi.Terbaik Umi"kata Arjuna sambil menunjukkan ibu jarinya.

Ratna yang duduk hanya memerhati.Arjuna mengambil satu kuih dan ditiup dahulu sebelum dia menghulurkan pada Ratna.

Ratna menggelengkan kepalanya.

Arjuna menunjukkan matanya kepada Ratna bahawa Puan Samsiah dan Indah memerhati mereka.

Ratna terpaksa membuka mulutnya.Kuih itu dimasukkan dalam mulut Ratna.Dan sempat Ratna mengigit jari Arjuna.

Arjuna menahan sakit jarinya."Arghh..." jerit Arjuna.

Puan Samsiah dan Indah memandang mereka.

"Tak ada apa-apa..harimau tiba-tiba ngap jari nasib tak putus"ujar Arjuna menahan malu.Dia menjengkelkan matanya pada Ratna.

Ratna mencebikkan bibir.Padan muka Arjuna.

********

Selesai solat isyak Ratna mencari Arjuna.Dia melangkah ke arah pintu yang terbuka.

Dia memerhati Arjuna dari belakang."Apa awak buat dekat luar sorang-sorang?"soal Ratna.

Arjuna berpaling menghadap Ratna.Dia tersenyum manis."Saja ambil angin malam.Ratna Abang nak cakap sesuatu"ujar Arjuna.

Ratna hanya menanti.

"Abang nak balik KL esok.Ada benda nak kena uruskan.Selesai semua Abang balik sini jumpa sayang dengan baby"ucap Arjuna lembut.

Ratna menundukkan wajahnya."Awak balik jelah tempat ni bukan tempat awak.Keluarga awak perlukan awak"ujar Ratna.

Arjuna tidak mampu melawan Ratna lagi.Dia tidak mahu Ratna sakit lagi.Arjuna bangkit dari duduknya dan berjalan ke arah Ratna.

"Abang janji dengan Sayang.Tak ada yang terluka lepas ni.Abang nak Ratna percayakan Abang.Abang betulkan semua kesilapan ni"ucap Arjuna sambil menatap mata Ratna.

Ratna mengangguk kepala dengan Arjuna mengeluarkan kotak baldu berwarna putih dan dibuka kotak itu.

Sebentuk cincin silver dikeluarkan dan disarungkan ke jari manis Ratna.

"Janji dengan Abang.Cincin ni Ratna hanya boleh buka kalau Abang dah tak ada dekat dunia ni"ucap Arjuna memegang tangan Ratna.

"Bertaut kasih dekat tangga ke?" sampuk Indah yang muncul entah dari mana.

"Ehhh mana ada.Sibuk je nak tahu"kata Ratna masuk ke dalam rumah semula kerana malu dengan Indah.

Arjuna menggaru belakang kepalanya yang tak gatal.Indah menunjukkan kedua-dua tangannya.Memuji abang iparnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience