Rate

BAHAGIAN TIGA

Family Series 3851

Memang tandas di setiap stesen minyak selalu berbau busuk ke ? Hajat dilepaskan dengan segera . Bau tandas di situ tidak menyenangkanku . Tubuhku menuju ke kereta . Lega . Satu perasaan yang nikmat bagi diriku . Perjalanan kami diteruskan . Snek Twities dikeluarkan dari beg di sebelahku . Junk food merupakan makanan wajib yang perlu dibawa ketika dalam perjalanan yang jauh . Snek itu dimasukkan ke dalam mulut satu persatu - satu . Dikunyah dan ditelan . Tidak hampir 10 minit , makanan yang tidak berkhasiat itu sudah habis meninggalkan plastik pembungkusnya . Kali ini aku tidak mahu tidur . Aku takut jika mimpi ngeri itu akan datang menghatui  lenaku . Ah ! Aku malas mahu memikirkan perkara itu lagi . 

******

     Petang hampir melabuhkan tirainya . Kereta dipandu oleh ayah memasuki jalan yang sunyi . Jalan itu sangat sempit . Di setiap tepi bahu jalan dihiasi dengan pokok-pokok hutan . Kereta yang bergerak tiba-tiba sahaja berhenti . Sudah sampai , kata ayahku . Pintu kereta dibuka . Sebuah rumah banglo tersegam indah di depan mataku . Tiada kejiranan . Hanya rumah itu sahaja yang berada di situ . Halamannya sangat luas boleh menempatkan lagi dua buah banglo . Rumah itu lebih cantik dari rumah lamaku . 

     Kakiku melangkah masuk ke dalam rumah banglo itu . Perabot moden yang sudah siap diatur menambahan lagi kecantikkan rumah itu . Tangga untuk ke tingkat atas dinaiki . Salah satu pintu ditulis dengan namaku . ALIYA . Tombol pintu dipulas . Ditolak . Mataku terbeliak . Mulutku terbuka luas . Itulah bilik yang telah ku ingin selama ini . Aku masuk ke dalam bilik itu . Mataku tidak berkelip melihat setiap sudut bilik tersebut . Langsir yang besar dibuka . Beranda rupanya . Permandangan malam solah-olah sedang memukauku . Kelip-kelip bertebangan riang sesama sendiri . 

     Aku melihat ke bawah . Ayah sedang memanggilku supaya turun ke halaman rumah. Aku segera berlari turun ke bawah dan keluar dari rumah banglo itu . 

     Ayahku sedang menangkap beberapa ekor kelip-kelip dan dimasukkan ke dalam balang . Tanganku tercapai-capai mahu menangkap kelip-kelip juga tetapi tidak berjaya menyebabkan aku terjatuh . Ayahku meluru ke arahku dan segera membantuku untuk bangkit semula . 

     Memori pertama di rumah baruku tidak akan dilupakan . Aku rasa memori ini memberikan petanda yang baik bagi kami semua di tempat yang baharu . 

Diari bewarna biru ditutup . Aliya meletakkan diari itu di dalam laci meja belajarnya . Nafas ditarik dan dilepaskan . Jam di dinding ditilik . Hampir pukul 11 malam . Nafas ditarik dan dilepaskan . Dia baring di atas katilnya dan lampu meja ditutup suisnya . Gelap . Dia berharap agar hari esok lebih baik dari hari sebelumnya . 

TAMAT 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience