CHAPTER 6

Crime Series 4222

Papan kekunci diketik laju, bunyi papan kekunci memnuhi ruang bilik.

“woi masuk la cepat!” jerit Aufal sambal kuat menekan papan kekunci. Matanya fokus memandang skrin komputernya. Matanya menjeling melihat kearah jam yang terletak megah diatas mejanya. Jam tersbeut menunjukkan sudah pukul 1:15 pagi.
“dah la wei, aku off dulu” kata Aufal lalu keluar daripada permainan video yang dimain tadi. Headphone yang dipakainya diletakkan di atas meja. Dia bangun daripada kerusi, badannya di regang membetulkan tulang pinggangnya.

Tombol pintu bilik digapainya lalu dipulas. Matanya fokus kepada telefon yang berada di tangannya. Pintu tersebut dibuka, Aufal melangkah keluar dari biliknya. Aufal berjalan menuruni anak tangga, niatnya untuk meneguk sedikit air sebelum masuk tidur.

****
Harith duduk dihujung katil, matanya tenung dinding yang berada tepat di depan mukanya. Fikiranya seolah olah kosong, jauh mengelamun.

“rith, kau tinggalkan la kumpulan tu. Kau dah kenapa?”
“hidup aku, pilihan aku. Kau siapa nak atur” jawab Harith kepada Haikal tanpa memandang kearah sahabatnya. Tangannya yang dipenuhi dengan darah dibasuh.
Haikal mengdengus geram. “kau nanti sengsara Rith” kata Haikal. “benda ni bukan benda kecil, benda ni main dengan nyawa Rith” sambung Haikal lagi.
“dah habis? Dah tolong aku campak dia” kata Harith, Haikal tahu yang sahabatnya takkan pernah dengar cakapnya.
“im enough bro” kata Haikal lalu melangkah pergi.
“kal!” panggil Harith, namun panggilannya lansung tidak dihiraukan oleh Haikal.

PANG ! satu das tembakkan kedengaran, Harith melangkah kedepan. Terdapat darah yang mengalir deras.

“Harith o Harith” Dylan memanggil namanya sambil memegang kepala Haikal yang terdapat kesan tembakan dikepala sambil tersengih. Harith berlari lalu menggapai muka Haikal. Badan haikal dipeluknya. Air mata mengalir deras. Lelaki itu tadi hilang dari pandangannya. Harith meraung kuat.
“Aku bodoh! Kenapa!! Aku patut dengar cakap kau Kal!” raung Harith sambil menyalahkan dirinya. “Harith” Namanya dipanggil sekali lagi, cepat dia menoleh kebelakang. Dylan memegang erat leher Aufal. Harith terus terjaga dari mimpinya, peluh laju mengalir disisi mukanya.

****
Aufal menuruni anak tangga sambil menyanyi walaupun nyanyiannya tidak kedengaran jelas. Sampai sahaja didapaur, gelas kaca diambilnya. Tiba tiba telefonnya berdering, nama Harith terpampar di skrin telefonnya. Tanpa teragak Aufal terus mengangkat panggilan tersebut.

“em ada apa?” tanya Aufal sambil menuangkan air kedalam gelas.
“kau okey?’ tanya Harith di hujung talian walaupun lega si Aufal angkat panggilannya.
“aku okey, kenapa?” tanya Aufal sambil meneguk air yang dituangnya itu tadi.
“tak, tadi aku mim-” belum sempat Harith menghabiskan ceritanya, kedengaran pintu seolah olah diredah di sebalik panggilan. “Auf!?” panggil Harith.
“shhh jap jap, aku pergi tengok” kata Aufal, dia berjalan secara perlahan lahan sambil merendahkan badannya sedikit. “oh shit, the Ghurfan” kata Aufal sambil cepat cepat menutup lampu dapur.
“sana” dengar suara laki yang jauh dari sudut telefon. Perasaan Harith mula gelisah. “Auf !” panggil Harith, namun panggilannya tidak disahut. Dia mula risau, kunci kereta di atas meja terus diambilnya.

****
“ini kenalan mangsa” kata pembantu pegawai itu smabil menghulurkan fail yang berisi data mangsa.
“terima kasih” ucap Ridhuan lalu mengambil fail tersebut. Sehelai demi sehelai kertas dikeluarkan.

Beberapa keping kertas disemak, sekeping kertas menarik perhatian Qusyairi.
“jap” kata Qusyairi sambil mengambil kertas itu dari tangan Ridhuan.
“Aufal Rayyan?” Qusyairi menegrutkan keningnya, dia kenal denagn pemuda yang terpampar dikertas tersebut.
“kenapa dengan dia?” tanya Ridhuan.
“saya pernah terserempat dengan dia Tuan” kata Qusyairi tanpa teragak. “waktu kes pembunuhan sebelum itu” sambungnya lagi.

****
Aufal melangkah keluar dari tingkap stor, lalu belari ke dalam semak. Dia memanjangkan lehernya mengitai jika ahli The Ghurfan dapat tangkapnya atau tidak. Kelihatan ahli kumpulan tersebut kehulur kehilir di dalam dapurnya. Apabila mereka sudah tidak kelihatan, dengan berkai ayam Aufal cepat berlari kearah pagar dan memanjatnya, pergerakkan laju dan licahnya tidak membunyi seberang pergerakkan.

“Rith” panggil Aufal berharap Harith masih di dalam talian.

****
Panggilan yang dibuat tidak dimatikan dari tadi, laju Harith memecut. Jam yang sudah lewat, jalan raya lengang. Memudahkan Harith memecut laju.

“rith”

“Auf!” jawab Harith lega kawannya masih ada.
“kau macam mana?” tanya Harith, ekzos kereta kedengaran jelas menunjukkan kelajuan kereta yang dibawanya.
“I cant talk right now, kejap lagi aku call” kata Aufal di hujung talian, kedengaran nafasnya laju seolah olah sedang berlari.
“jangan end nanti-”
“takpa nanti aku call balik” kata Aufal lalu mematikan panggilan.

thankyou for support <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience