45 - Depan Mata

Romance Completed 45760

“Hanis...” Meleret suara wanita itu memanggil rakan sekerjanya.

Hanis sedang membelek-belek kertas itu, segera menoleh ke arah Mariam yang semakin menghampiri. Setia Hanis menunggu sehingga wanita itu berhenti tepat di hadapannya. Wajahnya dipandang dengan satu senyuman yang penuh kemusykilan. Mesti ada sesuatu yang hendak dikatakan oleh wanita tersebut. Tapi, tidak pasti berkaitan tentang apa?

“Kau nak susu ke?” Soal Hanis cuba mengacannya.

“Ish! Bukanlah. Aku dah besar, tak perlu susu lagi,” Mariam menjodong sementara Hanis sudah seronok mentertawakan rakannya itu. Jarang-jarang melihat wajah Mariam cemberut macam beruk kelaparan.

“Sorrylah, gurau sikit je. Tadi panggil aku nak apa?” soal Hanis setelah tawanya habis.

“Malam nanti kau free tak? Ke ada janji dengan boyfriend kau?”

“Malam nanti? Aku free je. Kenapa?”

“Aku nak ajak kau keluar malam ni boleh? Lepak kejap. Kita cuci mata, isi perut, sudahlah. Bolehlah, please...please,” katanya dengan nada merayu.

Tanpa berfikir panjang, Hanis mengangguk setuju. Duduk rumah pun, tiada apa yang nak di buat. Lagipula, dia hanya duduk seorang diri. Sekali sekala keluar menghirup udara malam, apa salahnya?

Bersorak gembira Mariam dibuatnya.

“Lepas solat maghrib, aku datang jemput kau, okay?” Hanis sekadar mengangguk. Setelah itu, dia menyambung semula kerja yang tergendala sebentar tadi.

Beberapa minit kemudian, Jason muncul dan mula mendekati kekasih idamannya.

“Hi, Princess. Saya nak keluar kejap. Ada hal sikit. Kalau ada apa-apa, terus call. Awak jangan lupa makan nanti. Saya pergi dulu, see you...” Setelah memberi pesan kepada Hanis, Haiqal Jason bergegas keluar dari Cafe tersebut.

Hanis memandang jam dinding sekilas. Tepat pukul 12:15 tengah hari. Timbul rasa curiga di dalam hati, namun ditepis dengan kuat. Sudah tiga hari lelaki itu keluar pada waktu yang hampir sama setiap hari. Entah, tapi tiba-tiba sahaja wajah wanita tempoh hari bermain di benaknya. Laju Hanis menggeleng, menepis segala fikiran negatif yang muncul menerpa layar minda.

“Ha, boyfriend engkau nak ke mana tu? Dua hari lepas keluar, kelmarin keluar, hari ni pun sama. Entah-entah, Tuan Jason lunch dengan skandal dia tak?” Mariam mulai bergurau. Seketika, pecah terus tawanya apabila melihat wajah Putri Hanis cemberut habis. Yes, satu sama!

“Janganlah cakap macam tu. Aku tak nak overthinking. Lagipun, tuan Jason kata, dia ada hal dekat luar. So, tak de apa lah tu,” Hanis cuba menenangkan diri sendiri dengan berfikir positif.

“Tak risau ke dia curang belakang engkau?” sekali lagi Mariam cuba untuk panaskan hati Hanis. “Sorry... aku gurau aje. Cari masalah betul kalau tuan Jason nak curang belakang engkau. Kau kan pujaan hati dia. Princess kepada Tuan Jason, ha gitu...” kata Mariam lagi, menghibur hati wanita tersebut.

Hanis hanya tersenyum malu mendengarnya. Di sebalik senyuman itu, terselit kecurigaan yang tinggi pada Haiqal Jason. Hatinya merasakan ada sesuatu yang lelaki itu sembunyi dari dirinya. Kalau betul kata Mariam tadi, macam mana?

Siang telah berganti malam. Sekarang, jam telah menunjukkan pukul 9 malam. Begitu cepat masa berlalu. Dari satu sudut pandangan, seorang wanita tengah berjalan dan kini sedang memasuki sebuah kereta yang sudah menunggu lebih kurang lima minit di hadapan rumahnya. Bau minyak wangi yang digunakan oleh wanita itu, mula menusuk hidung seorang Haiqal Jason. Setelah pintu kereta ditutup rapat, pacuan empat roda itu mula bergerak membelah jalan raya pada malam itu.

“Ingatkan awak tak nak keluar dengan saya malam ni. Aunty Jumira pujuk ke?” suara milik Haifah mula memecahkan ruang kebungkaman yang tercipta di dalam kereta itu.

“Tiada siapa pujuk aku. Sebenarnya, aku tak nak keluar pun. Tapi, disebabkan ada benda nak cakap dengan kau, aku terpaksalah keluar,” jujur Jason. Fokus pandangan ke hadapan pada masa itu.

Haifah menjulingkan mata ke atas sebelum mengeluh halus. “Awak nak cakap sebenarnya? Dah banyak kali awak kata macam tu, tapi tak cakap pun.” Wajah Jason dipandang.

“Aku tak boleh teruskan pertunangan ni. Aku harap kau faham situasi ni,” jujur Jason tanpa banyak bicara.

Kedengaran wanita itu tersengih sebelum melepaskan nafas panjang. “Kenapa pula? Sebab awak tak cintakan saya? Awak tak sayangkan saya?” Soalnya. Saat itu, Jason hanya berdiam diri. Betullah apa yang baru sahaja dikatakan oleh wanita ini.

“Awak tahu kan, cinta tu boleh dipupuk. Cinta ni, adalah satu anugerah perasaan yang datang secara semulajadi. Walaupun awak tak cintakan saya, tapi saya yakin cinta tu pasti akan muncul juga satu hari nanti,” tambah wanita itu lagi.

Jason masih berdiam, tiada balasan. Lelaki itu hanya fokus dalam pemanduanya.

“Jadi, saya sanggup menunggu cinta awak untuk saya. Tak kisahlah, cepat atau lambat. Pada masa yang sama, awak pun kena berusaha buka pintu hati tu...” jelas Haifah panjang lebar.

“Kau yakin, sanggup menunggu? Aku tak nak kau menyesal suatu hari nanti. Aku tak nak kau rasa sakit atau terluka dengan sikap aku. Jujur aku cakap, aku berada disebelah kau pun sebab terpaksa. I'm sorry if my words hurt you. But, it's the truth.” Luah Jason.

“Sikit pun tak ada perasaan cinta awak pada saya?”

“Aku tak berniat nak sakitkan hati kau, tapi inilah hakikatnya. Perasaan aku dekat kau, langsung tak ada.”

“Sekarang memanglah tak ada. Lama-lama, muncul sendiri nanti. Asalkan awak buka hati untuk saya. Kita cuba sama-sama, ya?” Haifah masih berharap. Cinta pada lelaki itu ibarat seluas lautan dan tiada siapa boleh menghalang.

“Sorry, aku tak boleh...”

Haifah tersengih. “Susahlah awak ni. Habis tu, cinta awak tu untuk siapa je? Putri Hanis?” Terpacul nama itu pada mulut Haifah.

Hampir semua tentang Jason, wanita itu tahu. Termasuklah hubungan Jason dengan Hanis. Tapi, tidak salah baginya mahu mencuba meraih cinta daripada Haiqal Jason. Jika dipandang dari segi ikatan perhubungan, Hanis jelas jauh terpinggir. Haifah merupakan tunang lelaki itu, sedangkan Hanis hanyalah sekadar memegang status 'girlfriend!'

Kenderaan yang dipandu oleh Haiqal Jason mula bergerak perlahan memasuki petak segi empat yang tersedia. Selang beberapa saat, kereta itu mula berhenti.

“Macam mana kau tahu tentang Hanis?” soal Jason.

“Saya suka awak, cinta awak, mestilah saya kena tahu semua tentang awak. Termasuk hubungan awak dengan dia,”

“Kau tahu aku ada dia, tapi terima lamaran mama aku kenapa?” menyirap juga darah Jason dibuatnya.

“Seperti saya kata tadi, saya cintakan awak. Jadi, ada peluang macam ni, tak kan nak sia-sia kan? Seberapa sayang awak dengan budak Hanis tu? Saya tengok dia biasa je,” dia tersenyum sinis seolah-olah merendahkan wanita bernama Putri Hanis itu.

“Tu pandangan engkau. Pada aku, dia wanita yang luar biasa. Ciri-ciri yang aku suka, semua ada pada dia. Seberapa sayang aku dengan dia, aku tak dapat jawab. Tapi, satu kau kena tahu, aku sayang dia lebih dari aku sayang nyawa aku sendiri. Aku harap kau faham,” terang Jason panjang lebarnya. Berharap wanita itu bersetuju mahu mengakhiri ikatan yang tak pernah Jason harapkan sebelum ini.

“I'm sorry, Jason. Saya tetap nak awak teruskan ikatan ni sampai kita berdua menjadi suami isteri yang sah. Jom, kita pergi isi perut,” kata Haifah tanpa mempedulikan kata-kata Jason tadi. Tidak akan dirinya mengalah hanya kerana perempuan itu. Peluang yang ada, jangan sia-sia kan. Begitulah pemikiran Haifah.

“Kalau aku tak mahu?”

“Senang je, keluarga awak akan tanggung malu, terutama aunty Jumira sebab terhegeh-hegeh datang rumah hari tu. Lepas tu sekarang, senang-senang nak putuskan semua ni? huh, ingat saya ni barang mainan ke?” Kata Haifah dengan nada perlahan, sengaja mengikis kesabaran lelaki itu.

“Janganlah fikir semua tu, jom kita pergi makan...”

Jason mendengus geram sebaik sahaja wanita itu keluar daripada kereta tersebut. Sabar, Jason. Mesti ada cara lain. Bisiknya.

“Lepas ni, kau nak ke mana pula?” Tanya Hanis sebaik sahaja mereka berdua keluar daripada Setapak Central pada ketika itu. Satu barang pun langsung tiada dibeli oleh mereka. Dilihat, dibelek lalu disimpan semula. Begitulah pekerjaan mereka berdua sebentar tadi.

“Aku rasa, kita pergi makan dekat Danau Kota tu. Sana makanan sedap-sedap. Tak jauh pun dari sini. Kau nak tak?” soal Mariam kembali. Risau pula kalau rakannya itu tidak selesa nanti.

“Jom,” walau hanya sepatah perkataan, tetapi cukup membuatkan Mariam melompat kegembiraan. Hanis hanya tersenyum lalu menggeleng.

Ketika ingin menghampiri kereta milik Mariam, langkah mereka berdua berhenti apabila bertembung dengan Haiqal Jason bersama wanita yang mereka kenali. Tersentak hati Hanis saat melihat kedua manusia itu berjalan beriringan di hadapan matanya. Cepat-cepat Hanis menepis tanggapan negatifnya. Mereka hanya kawan, Hanis. Tak boleh berprasangka buruk!

“Eh, ni bukan pekerja dekat Cafe awak tu ke? Hanis dan Mariam kan? Kenalkan saya Haifah, tunang dan bakal isteri Haiqal Jason,” selamba ayat itu dilontarkan di hadapan Hanis.

Jason hanya menelan air liur dengan pelat. Seluas-luas tempat itu, kenapa disini juga mereka berjumpa? Hati Hanis sudah tentu hancur.

Saat ini, hati Hanis bagaikan dipukul ombak yang kuat. Kata-kata itu ibarat petir yang kuat menyambar seakan-akan enggan berteman dengan alam. Begitu juga dengan Hanis. Sukar mahu menerima kenyataan itu. Hati dipujuk berkali-kali. Rilek Hanis, rilek!

“Hanis...saya...” Ayat Jason dipotong oleh Hanis.

“Ooooo... tak sangka pula tuan Jason ada tunang. Patutlah, dua tiga hari ni busy semacam. Rupanya, keluar dengan bakal isteri. Faham, faham. Pandai sungguh tuan Jason pilih pasangan. Cantik dan jelita,” kedengaran nada wanita itu sedang menahan rasa sebak. Siapa saja tak sakit hati pabila dapat tahu kekasihnya sudah bertunang dengan orang lain? Ini ke namanya satu pengkhianatan? Huh, malang betul nasib kau Hanis!

“Terima kasih. Korang dah nak balik ke? Kalau sudi, marilah kita pergi makan bersama. Saya belanja. Bolehlah sembang lama sikit,” pelawa Haifah dengan niat mahu memanaskan hati wanita tersebut.

Hanis sedaya upaya melarikkan senyuman yang mesra. “Tak apalah, kami dah nak balik ni. Esok kena kerja lagi. Lagipun, tak baik ganggu pasangan nak 'dating'. Betul kan, Mariam?” Wanita disebelah Hanis itu hanya mengangguk saja. Mariam juga terperanjat apabila mendapat tahu perkara ini.

“Kami pergi dulu... enjoy,” kata Hanis sebelum menarik tangan Mariam mahu cepat berlalu pergi dari situ. Wajah dan tatapan lelaki itu langsung tidak diambil peduli. Hati Hanis sudah hancur bagaikan kaca yang sukar untuk dicantumkan semula. Dasar penipu!

“Hanis....” Panggil Jason. Lengan Jason ditarik oleh Haifah apabila wanita itu menyedari lelaki tersebut mahu mengejar kelibat Hanis.

“Awak ni tunang saya, bukan dia. Jom!”

“Lepaslah! Puas hati kau buat macam ni?”

“Apa saya buat? Tak salahkan apa yang saya kata? Awak tu tunang saya, bukan dia.”

Jason terus berlalu pergi dengan asap kemarahan yang membuak-buak. Kelibat Hanis ingin dikejar, tetapi jejak wanita itu begitu cepat menghilang. Panggilan daripada Haifah tidak dipedulikan sama sekali. Lantak engkaulah!

“Jason, awak nak ke mana?! Jason!”

“Hanis... Kau okay tak? Aku minta maaf sebab cakap yang bukan-bukan pagi tadi. Tak sangka jadi macam ni pula. Er, kita balik ya?” Resah hati Mariam dikala itu apabila teringat kembali kata-kata disiang hari tadi.

“Bukan salah kau, Mariam. Ini dah takdir,” ujar Hanis dengan senyuman yang sudah pasti secara terpaksa di tarik.

“Aku faham perasaan kau. Kita balik ya?” Laju tangan Mariam menghidupkan enjin keretanya.

“Aku tak nak balik dulu, Mariam. Jomlah kita pergi makan. Aku nak tenangkan hati buat sementara waktu. Kau kata makanan dekat tempat tu sedap kan? Jomlah,” Balas Hanis dengan nada perlahan. Diri cuba mengawal daripada mengalirkan air mata. Jujur, dia tidak kuat.

*****

Happy reading everyone <33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience