Burhan menghisap sebatang rokok sambil melihat pemandangan yang cerah di awal pagi di luar biliknya. Udara tidak berhenti menyelinap ke arahnya. Dia akan tenangkan badannya di luar itu seorang diri jika cuaca masih pagi.
Bijak Burhan menghias setiap ruang di luar biliknya itu. Dia sediakan beberapa bunga ros untuk dijadikan santapan mata. Tidak lupa juga dengan beberapa gambar lukisan yang menarik. Ditambahkan lagi dengan beberapa buku yang berada di meja. Dibacanya jika terasa bosan menyendiri di luar itu.
“Abang!”.
Panggil Sarna isterinya dengan kuat. Sarna sudah menyiapkan sarapan untuk Burhan. Burhan menyedut rokok itu untuk kali terakhir sebelum masuk ke dalam rumah semula. Selepas habis menyedut untuk kali terakhir, rokok itu dimatikan lalu dibuang ke sampah khas rokok.
Burhan bediri dari kerusi itu. Dia menuju ke tempat isterinya. Tangga itu dilangkahnya perlahan-lahan. Selang beberapa minti, dia sudahpun terpacak di dapur. Matanya melihat Sarna yang sedang menuangkan nasi goreng kesukaannya.
“Pandai isteri abang masak.”.
Burhan sempat memuji isterinya. Sarna. Nasi goreng kunyit memang menjadi kesukaannya dari dulu. Ditambahkan lagi dengan telur mata kerbau memang lazat dilihat. Burhan menarik kerusi yang berada di tengah-tengah. Piringnya sudah diisikan nasi goreng.
“Abang ni. Tak payah lah nak puji saya lebih-lebih.”.
Sarna tidak meninggi diri selepas dipuji seperti itu. Burhan selalu memuji masakannya. Walhal masakan yang selalu dibuatnya hanya ternampak biasa saja. Burhan tetap memuji masakan Sarna.
“Dah sedap nak buat macam mana. Abang puji lah. Ni kamu tak makan lagi ke? Dah dua hari asyik makan buah je? Diet ke apa awak ni?”.
Terasa musykil sedikit Burhan tentang pemakanan isterinya itu. Sejak beberapa hari ini Sarna jarang makan nasi. Hanya buah-buahan saja yang dimakan Sarna.
“Tak de lah. Saya cuma tak selera nak makan je. Kalau saya ada selera saya makan lah. Abang cepat habiskan makanan tu. Tadi Eryna kawan Ajkar tu ada call saya. Dia nak datang rumah hari ni.”.
Terhenti Burhan daripada makan nasi gorengnya. Terasa sesuatu yang pelik selepas mendengar berita itu dari Sarna. Eryna mahu berjumpa dengan mereka. Selera makannya juga turut hilang.
“Pukul berapa dia nak datang?”.
“Tak de pula dia bagi tahu saya. Dia cakap nak datang je. Mungkin kejap lagi kot. Abang habiskan lah dulu nasi goreng tu.”.
Mata Burhan bertukar lain. Bengis di wajahnya juga muncul. Tidak senang dia mendengar nama Eryna itu sekarang. Sarna masih tidak tahu apa yang dirahsiahkan Burhan dan Eryna.
“Saya dah kenyang ni. Simpan makanan ni dulu. Nanti saya sambung balik makan nasi goreng yang awak masak sedap ni.”.
Burhan kehilangan selera makan sebenarnya. Bukannya tidak mahu makan nasi goreng itu sekarang. Tapi moodnya mahu makan nasi goreng yang dibuat oleh isterinya itu sudah hilang. Masih tertanya-tanya di hati mengapa Eryna mahu berjumpa dengannya.
“Baiklah.”.
Sarna hanya ikuti saja cakap Burhan. Burhan berdiri dari meja makan itu dengan perlahan-lahan. Sarna mula merasa aneh dengan reaksi Burhan. Sama sekali mencurigakan.
“Oh ye. Awak. Kalau Eryna dah datang cakap dengan dia saya ada kat atas. Cakap ngan dia lagi saya tunggu kat luar.”.
Arah Burhan. Dia tidak mahu perbualannya bersama Eryna terdengar oleh Sarna. Burhan risau yang rahsia diantaranya dengan Eryna diketahui oleh Sarna. Dia elakkan perkara itu berlaku.
“Ok. Nanti saya akan cakap. Abang pergi lah atas dulu. Saya nak kemas-kemas meja ni.”.
Sarna hanya ikuti arahan dari Burhan. Burhan bergegas ke atas. Menuju ke tempatnya semula. Selepas makan dia akan mengedut sebatang rokok terlebih dahulu. Memang itu menjadi kebiasaannya selepas selesai makan.
“Ada apa dengan suami aku ni. Asal perempuan tu nak datang nak mengelak je dari aku.”.
Sarna terasa pelik dengan Burhan dan Eryna. Dia syak sesuatu yang buruk terhadap Burhan dan Eryna. Sarna endahkan dahulu perasaan buruk itu sementara. Dia juga elakkan berfikir buruk tetang suaminya. Dia yakin Burhan adalah suami yang baik. Ia hanya anggap positif terhadap Burhan.
Tok. Tok. Tok..
Ketukan pintu berbunyi di luar rumah Burhan. Sarna pula masih sibuk mencuci pinggan di dapur. Belum buka lagi pintu itu, dia sudah dapat meneka yang datang ke rumahnya adalah Eryna.
Cepat-cepat dia ke arah pintunya. Mahu membuka pintu itu dengan segera. Tangan yang masih terkena air dilapkan di bajunya sendiri. Jaraknyanya dengan pintu itu sudahpun semakin dekat.
Sarna membuka pintu itu perlahan-lahan. Matanya sekarang memandang gadis yang berperwatakan lelaki. Memakai jaket bewarna hitam. Berspek mata warna hitam. Berseluar jeans biru. Persis seperti lelaki perwatakannya. Itulah Eryna yang datang mahu berjumpa dengan Burhan.
“Eryna. Awal sampai. Masuk lah dulu.”.
Sapa Sarna dengan baik. Dia tidak lupa keluarkan senyumannya sedikit pada Eryna. Eryna turut mengeluarkan senyuman seraya mengunyah gulah getah yang ada di mulutnya.
“Terima kasih Auntie. Mana suami Auntie?”.
Tanya Eryna dengan cepat. Dia tidak mahu melambat-lambatkan masa yang ada. Dia datang ke rumah Burhan juga tidak lama. Ada kerja lagi yang belum diselesaikan di tempat Ajkar.
“Macam biasa lah. Dia ada kat atas. Kamu pergi lah naik. Dia dah tunggu tu.”.
Sarna menutup pintu itu dengan segera. Sarna akui yang wajah Eryna sangat cantik dan manis dipandang. Walaupun gaya Eryna seperti lelaki, jelas terlihat kecantikan Eryna itu sebagai perempuan. Tapi Sarna percaya pada Burhan. Burhan tidak akan curang dengannya.
“Baiklah.”.
Tanpa lengahkan masa Eryna dengan cepat menuju ke tempat Burhan selepas diberitahu oleh Sarna tadi keberadaan Burhan. Kaca mata hitamnya disimpankan di poket baju yang berada di kanan. Sempat juga dia melihat sekeliling rumah Burhan itu. Begitu mewah rumah Burhan. Tertarik sedikit Eryna dengan hiasan yang berada di rumah Burhan. Walaupun sudah banyak kali dia datang ke rumah Burhan.
***
Burhan membaca buku dengan santai. Angin juga masih mengirup di sekeliling halaman luar itu. Cuaca juga tidak begitu panas. Dia redahkan hati sambil membaca buku itu. Burhan elakkan mengenang peristiwa buruk yang pernah berlaku terhadap dirinya dahulu. Dia sudahpun membuang jauh-jauh kisah silam hitamnya. Tidak mahu lagi dikenang sampai bila-bila.
“Oi!”.
Panggil Eryna dengan kasar. Langsung tidak hormatnya kepada Burhan. Layanan itu sudah terbiasa dibuat oleh Eryna kepada Burhan. Lama mereka tidak bertemu. Hampir 2 tahu tidak bertemu.
“Apa kau nak Eryna? Aku dah cakap kan jangan jumpa aku lagi sini! Kau tak faham-faham ke?”.
Ujar Burhan. Dia bercakap tanpa memandang Eryna di belakang. Buku yang dibacakan tadi ditutup semula. Kotak rokok yang berada di sebelahnya diambil dengan perlahan. Dibuka kotak rokok itu sejurus sudah berada di tangannya.
“Jangan lah marah. Aku ada hal nak bagi tau kau ni.”.
Sinis senyuman Eryna. Eryna duduk di kerusi yang berada di luar rumah Burhan. Tanpa segan dan silu Eryna duduk di kerusi itu. Sementara itu, Burhan sudah membakar rokoknya.
“Apa kau nak?”.
Burhan memusing bangkunya itu. Memandang Eryna yang datang ke rumahnya. Terpegun sedikit Burhan melihat Eryna. Walaupun Eryna terlihat lelaki, dia tetap terlihat cantik dan putih.
“Betul ke kau setuju perkahwinan Ajkar ngan Amelia tu?”.
Tanya Eryna.
“Hahahaha?”.
Gelak Burhan selepas mendengar pertanyaan dari Eryna itu. Eryna memandang ganas pada prilaku Burhan itu. Sama sekali tidak kesah dengan pertanyaannya itu. Burhan dan Eryna sudah lama kenal. Mereka memang sudah terbiasa dengan lawak kasar.
“Apesal kau gelak? Aku tengah serius ni! Jangan buat tangan aku hinggap kat muka kau.”.
Geram Eryna selepas ditertawakan oleh Burhan. Tidak terima dia diketawakan oleh Burhan seperti itu. Memandangkan hatinya juga sekarang sedang kecewa selepas tahu Ajkar akan berkahwin dengan Amelia, ditambahkan pula ketawa menyakitkan dari Burhan itu. Tangannya juga sudah bergetar. Ditahan dulu sejenak kemarahan itu. Di depannya ini adalah ayah kandung dari Ajkar.
“Jangan lah nak marah. Apesal kau tanya soalan ni? Ye. Aku dah setuju Ajkar kahwin dengan Amelia. Ada masalah ke?”.
Kali ini Burhan mengajak perbualan yang serisu terhadap Eryna. Eryna memang kenal dengannya. Setiap yang dilakukan dahulu juga diketahui oleh Eryna. Eryna pernah bekerja dengannya. Disebabkan itu lah kisah silam yang buruknya dahulu diketahui oleh Eryna.
“Macam ni lah. Aku nak kau batalkan perkahwinan Ajkar tu ngan Amelia.”.
Ucap Eryna.
“Kau dah gila ke apa? Macam mana aku nak buat macam tu? kau ingat Ajkar tu nak dengar cakap aku ke? Tak payah lah. Ajkar tak akan ikut cakap aku punya.”.
Balas Burhan. Dia tahu yang Ajkar tentu akan menolak jika tidak berkahwin dengan Amelia. Ajkar juga sudah memberi keputusan muktamad. Yang dia akan berkahwin dengan Amelia.
“Aku tak kira. Kau kena buat apa yang aku suruh! Kalau tak semua rahsiah kau dulu, aku akan bongkarkan kat isteri kau. Jangan cabar aku Burhan! Aku dah kenal kau lama. Jangan sampai hidup kau yang sekarang bahagia ni bertukar jadi sedih. Ingat tu.”.
Kata Eryna.
Burhan terdiam selepas diugut Eryna seperti itu. Kejahatan yang pernah dilakukan oleh mereka dahulu masih tersemat di ingatan Eryna. Peristiwa itu tidak akan dilupakan oleh Eryna sampai bila-bila.
“Baik lah. Nanti aku cuba cakap dengan Ajkar. Sekarang ni aku nak kau belah dari rumah aku. Aku dah nak muak tengok muka kau! Pergi sekarang!”.
Berang Burhan melihat sikap menjengkelkan Eryna itu. Tidak tahan dia melihat Eryna. Kedatangannya membuatkan peristiwa hitam yang dulu akan teringat. Walhal dia sudah berjanji mahu lupuskan ingatan itu sampai bila-bila. Sudah dicuba banyak kali namun sampai ke sudah belum hilang.
“Baiklah. Tapi ingat apa yang aku cakap tu. Batalkan perkahwinan Ajkar dengan Amelia. Kalau tak…..”
“Cukup! Kau belah sekarang.”.
Disergup oleh Burhan dengan serta-merta.
Tidak mahu lagi mendengar perckapan dari Eryna itu berulang-kali. Sakit hatinya. Dia memusing bangkunya ke belakang.
Eryna yang berada di belakangnya menjeling melihat perangai Burha. Selepas menjeling cepat-cepat dia keluar dari rumha itu. Burhan memegang kepalanya yang tidak ada apa-apa. Hanya ketakutan yang dia rasakan. Takut rahsiahnya yang dahulu diketahui oleh Sarna.
“Apapun yang terjadi, aku akan tutup rahsiah ni sampai bila-bila. Kau akan tunggu pembalasan aku Eryna.”…
Share this novel