BAB 8

Romance Completed 7963

3 tahun berlalu…

Troli di tarik dengan perlahan. Kelibat yang sangat aku rindui masih tidak kelihatan. Mana mak dan Ashraf ni. Janji nak datang jemput. Tapi hampir 15 minit aku tunggu tak datang-datang juga. Ni yang buat aku marah ni.

Aku tunduk ke lantai apabila beg kecilku terjatuh. Apabila aku mendongak dan melangkah…

“ Ouch!!” aku usap perlahan kepalaku. Insan mana pula yang langgar aku ni. Tak Nampak ke aku yang sikit punya besar.

“ siapa yang langgar aku ni. Sakit tahu tak?” bebelku geram lalu mendongak.

Aku terkaku di tempat. Wajah yang sentiasa aku ingin lihat dan jumpa. Kini berada di hadapanku.

“ awak… awak okey?” aku tersentak.

“ erk.. ya saya okey.” Jawabku lalu tersenyum hambar. Mungkin aku silap orang kowt. Kalau tidak pasti dia perasankan aku.

“ saya minta diri dulu..” aku terus bergerak. Hatiku kini bagai di siat-siat. Tak semena-mena air mataku bertakung.

Tiba-tiba tanganku di rentap.

“ lepaslah!” arahku kasar. Apabila aku mendongak aku terdiam.

“ awak masih tak berubah Delima..” ujarnya sambil tersenyum.

Tidak semena-mena juga air mataku mengalir. Apa ni? Tadi bukan dia tak ingat aku ke?

“ lepaskan saya..” suruhku perlahan.

“ okey.. tapi lepas ni jangan harap saya akan lepaskan awak lagi.” Ujarnya separuh berbisik dan tersenyum.

Tanpa membalas pertanyaannya, aku terus melangkah pergi. Ya Allah air mata ni pun satu. Degil sangat. Kenapa dia nak mengalir pula. Ini semua pasal laki tu lah. Tapi siapa suruh aku jatuh cinta kat dia. Arghh!!

Aku rasa nak menjerit je ketika ini. Dahlah batang hidung mak dan Ashraf pun tak Nampak. Makin bengang aku jadinya.

Aku melabuhkan punggung di kerusi setelah penat berdiri. Tiba-tiba fikiranku menerjah semula kepada peristiwa lama yang buat aku menangis di London selama tiga hari tiga malam.

“ akak… betul ke akak nak pergi?” soal Ashraf. Aku tersenyum.

“ ye sayang. Mak.. akak pergi dulu. Adik jaga mak baik-baik taw. Kalau tidak siap adik.”

“ yelah.”

Selepas bersalaman dengan mereka, aku pun menoleh dan bergerak ke arah balai pelepasan. Aku tidak mahu lagi menoleh ke belakang tapi hati aku ni degil. Saat-saat akhir, aku gagahkan juga menoleh ke belakang buat kali terakhir. Mengharapkan kedatangan insan itu.

Tapi hampa… kelibatnya tidak muncul. Mungkin betul apa yang dia katakan semalam yang dia tidak akan ganggu aku lagi. Tulah kau Delima. Sebelum ni jual mahal sangat. Bila dah sampai tahap parah ni baru lah nak sedih-sedih. Lebih baik tak payah..

Dengan langkah yang longlai, aku menuju masuk ke dalam balai pelesapan. Tanpa menoleh ke belakang lagi.

Tiba-tiba namaku dilaung.

“Delima … saya tetap akan tunggu awak…” ternyata itu kata dari Adham. Aku mendengar laungannya tapi aku sama sekali tidak menoleh. Aku tak nak dia tahu aku menangis kerananya. Kalau tidak kantoilah yang aku sudah jatuh cinta dekat dia. Aku terus melangkah tanpa beralih lagi.

Tepukan di bahu menyetakkan lamunanku. Aku mendongak.

“ apasal lambat?” soalku lalu seka air mata. Ashraf yang melihat tidak aku endahkan.

“ akak jumpa dia kan?” aku tersentak. Aku memandang Ashraf.

“ apa maksud kau ni? Akak tak fahamlah.” Ujarku cuba berselindung.

Ashraf senyum sinis. “ akak jangan nak berdalihlah. Ashraf tahu akak jumpa dia. Sebab tulah akak nangis dekat sini.” Aku terdiam akan ujahan Ashraf.

“ so?”

“ akak tak luahkan ke perasaan akak kat dia?” aku terdiam. Tanpa menghiraukan Ashraf, aku mengambil beg-beg ku dan melangkah ke luar daripada KLIA.

“ akak.. mengaku jelah. Kenapa susah sangat?” langkahku terhenti. Aku menoleh ke arah kanan dan melihat Ashraf. Wajahnya jauh beza. Dia lebih matang dan tinggi sikit daripada aku.

“ Ashraf…kau cakap senang lah. Tapi siapa yang tanggung. Siapa yang merana? Akak juga tahu tak. Orang lelaki ni cakap memang senang tapi orang lelaki tak tahu macam mana perasaan perempuan ni. Adik ingat setelah apa yang akak buat kat dia tu, dia akan terima akak? So sorrylah. Dia pun pandang akak sebelah mata je sekarang ni. Sudahlah adik. Tak usahlah lagi kita bahas soal itu. Sekarang akak nak balik and then berehat.” Jelasku panjang lebar kepada Ashraf.

Baru saja aku ingin melangkah, tanganku di rentap. Sekali gus aku terdorong ke belakang dan buat aku pusingkan badan ke belakang.

“ Ashraf..lepaskan akaklah.” Suruhku tegas tanpa mendongak ke arahnya.

“ akak… Ashraf dekat sinilah.” Aku mendongak. Ternyata tekaan aku silap. Rupanya Adham.

“ abang Adham. Ashraf pergi ke kereta dulu. Nanti hantar akak ke kereta Ashraf ya..” aku masih kaku tanpa bergerak sedikit pun.

“ Ashraf.. nanti biar abang je yang hantar akak kamu ni balik. Kamu balik dulu.” Ujarnya serius.

“ baiklah. Ashraf pergi dulu.”

Selepas ashraf pergi. Tinggallah kami berdua. Tanganku masih berada dalam genggamannya. Mujurlah berlapik. Kalau tidak aku bagi penumbuk dah. Tapi beranikah aku? Tambahan dengan wajahnya yang serius tu. Lebih serius daripada tadi.

“ jom ikut saya..” arahnya lalu menarikku. Aku tak berani nak menolak jadi aku ikut je ke mana dia ingin pergi.

Sampai saja di sebuah kereta Honda CIV. Langkah kami terhenti.

“ masuk ke dalam..” arahnya sekali lagi. Aku mengeleng.

Aku berhak untuk membantah kerana dia bukan sesiapa untukku walaupun dia insan yang sangat aku cintai.

“ saya kata masuk tu masuklah!” arahnya lagi dengan nada yang tinggi.

“ awak ni kenapa? Kenapa paksa saya?” soalku geram. Mataku mula berkaca-kaca.

Wahai air mata, tolonglah jangan mengalir di hadapan lelaki ni.

“Delima … tolong dengar kata saya ni. Tolong ikut saya ke satu tempat.” Aku menggeleng laju.

Tanpa membalas kata-katanya, aku terus berlalu dari situ. Aku kalah untuk berhadapan dengan dia. Aku kalah dengan perasaanku. Air mataku semakin galak mengalir.

“Delima!” laungan itu aku tidak hiraukan. Malah langkahku semakin laju.

Tiba-tiba tanganku di rentap.

“ Lepaskan sayalah!” suruhku kasar.

“ awak ni memang degil ya?” aku menatapnya tajam.

“ ya.. saya memang degil. Jadi? Apa yang boleh awak buat? Paksa saya or tinggalkan saya? Saya juga memang degil kerana telah jatuh cinta dekat awak. Menangis kerana awak. Memang betul saya sangat degil.” Luahku dengan penuh perasaan.

Akhirnya aku dapat luahkan perasaanku kepadanya walaupun keadaan tidak begitu mengizinkan.

“Delima … kenapa dengan awak?” aku berkerut dahi.

“ kenapa dengan saya? Apa maksud awak? Oh… mungkin benar tekaan saya selama ini. Saya pun terlalu bodoh kerana masih lagi ingin cintakan awak walaupun saya tahu awak tidak akan lagi ganggu saya. Tidak lagi akan sukakan saya. Okey.. baiklah. Selamat tinggal!”

Aku terus berlalu tanpa menoleh ke belakang lagi. Perasaanku kini tidak dapat aku gambarkan. Mengapa aku mesti berjumpa dengan dia lagi? Dalam keadaan begini? Mengapa?

“Delima! Awas!” aku tersentak dan menoleh ke kiri.

Ternyata ada kereta laju sedang menuju ke arahku. Ya Allah… apa yang akan berlaku selepas ini kepadaku. Aku redha Ya Allah.

Dengan tenangnya aku menutup mata.

Tiba-tiba badanku di tarik. Aku pantas membuka mata.

“ awak tak apa-apa?” aku mendongak dan melihat wajah Adham.

“ erk…” pantas aku keluar dari pelukannya.

“ te..terima kasih kerana selamat kan saya.” Ucapku lalu terduduk.

“ eh? Delima kenapa ni? Awak cedera ke?” aku tersenyum kecil. Ternyata dia masih mengambil berat akan aku. Adakah apa yang aku katakan sebentar tadi salah?

Segera air mataku seka dan mendongak melihatnya.

“ awak… kenapa awak masih ambil berat akan saya? Kenapa awak selamatkan saya?” soalku dengan air mata yang bergenang.

Dia tersenyum lalu duduk bertinggung di hadapanku.

“ saya cintakan awak. Awak sudah lupa ke? Saya memang ada kata yang saya tidak akan ganggu awak lagi. Tapi itu tak bermakna yang saya akan lupakan awak. Saya tidak pernah berhenti cintakan awak. Ingat tu.” Aku terkedu.

“ Jadi mulai saat ini, saya tidak akan lagi biarkan awak menangis dan tidak akan biarkan awak sakiti diri lagi. Saya akan terus lindungi awak. Itu janji saya.” Aku memandangnya dengan seribu sinar harapan.

“ terima kasih.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience