Hera mencuba dan memberikan senyuman yang aneh kepada Aireel. Dia memberitahu Aireel bahawa hidangan tersebut tidaklah sepedas yang dia bayangkan.
Aireel menunjukkan senyuman sinis dan meminta supaya Hera menghabiskan semua makanan tersebut dihadapannya jika tidak dia akan memecat Hera atas sebab cuba membunuhnya dengan cara memberikan dia makanan pedas.
“aku nak kau habiskan semuanya sekarang. cepat!”
“boss! Saya,…” fikiranya tiba – tiba kosong apabila diminta untuk menghabiskan semua hidangan pedas yang ada.
Tapi, dia tidak ada pilihan lain melainkan melakukan seperti yang di arahkan. Hera duduk dan mula menikmati makanan tersebut dengan penuh slera.
Mata aireel tidak berkelip melihat Hera menghabiskan semua makanan tersebut.
“biar betul dia dah habiskan semuanya?” bisik hati Aireel. “kamu dah habiskan semuanya?” soal Aireel pula.
“ya, saya dah habiskan semua. Boss, tak adalah pedas sangat pun. Saya keluar dulu” membawa bekas makanan keluar bersamanya.
“sedap juga sekali sekala makan makanan pedas. Tapi, sekarang aku perlukan air dan gula”
Begitulah kehidupan Hera stiap hari di pejabat. Dia terpaksa menghadap Aireel yang poyo dan suka menderanya dengan melakukan pelbagai perkara.
Kadang – kala dia merasakan dirinya seperti orang gaji kepada Aireel. Dia buatkan sarapan, belikan makan tengah hari dan minum petang untuknya. Rakan – rakan sekerja lain tidak dapat membantunya kerana Aireel memberitahu mereka jika ada sesiapa yang laporkan kepada ayahnya dan orang itu akan dipecat.
Pagi itu seperti biasa Hera melakukan tuasnya seperti biasa. Dia menyemak jadual Aireel untuk hari ini.
Share this novel