Bab 4

Romance Completed 94920

Pagi ini aku bangun agak awal sedikit. Aku mengambil tuala dan pakaian yang bakal aku pakai selepas mandi. Untuk di bawa ke dalam bilik air. Lega rasanya bila melihat Hilal dan Danish masih belum bangun lagi. Selesai mandi aku pun segera memakai pakaianku yang telah aku bawa tadi. Barulah aku keluar dari bilik air dan masuk kembali ke dalam bilik.

Masuk di dalam bilik aku lihat paksu masih lena di ulit mimpi. Aku biarkan saja paksu tidur. Aku meletakkan pakaian yang sudahku pakai ke dalam bakul kain yang belum di basuh. Selepas itu aku keluar dari bilik untuk memasak sarapan untuk paksu. Dan memasak nasi juga lauk untuk tengahari sekali, tinggal untuk paksu makan nanti.

Jam sudah pukul 6.30 pagi aku lihat Hilal baru siap mandi." Awal bangun, masak apa tu?"tanya Hilal sambil melihatku yang berada di dapur. Bilik air berada di bahagian dapur, jadi bila Hilal keluar dari bilik air ia akan dapat melihatku yang sedang memasak.

"Buat sarapan untuk paksu. Dan masak nasi dengan lauk sikit untuk paksu makan tengahari nanti."kataku.

Hilal telah memberitahu bahawa aku boleh mengunakan dapur ini untuk memasak. Bahan-bahan masakan telah aku beli petang semalam. Hilal juga mengizinkan aku mengunakan alat memasak di dapur ini. Katanya ia jarang memasak di rumah. Selalunya ia dan Danish akan membeli makanan di luar saja.

"Oo sayang sungguh awak dekat paksu awak tu ya"kata Hilal sambil kakinya melangkah menuju ke bilik.

"Ya lah, dah dia seorang saja ahli keluarga saya yang ada"kataku sambil tangan mula mengalihkan ikan yang ku goreng.

Selepas Hilal masuk ke dalam bilik tak lama kemudian Danish pula keluar dari bilik menuju ke bilik air. Danish agak tergesa-gesa mungkin kerana terlewat bangun.

"Aduh, tak sempat nak sembahyang subuh ni."rungut Danish semasa masuk ke bilik air.

Tak lama kemudian Hilal keluar dari bilik dan perpakaian kemas untuk berangkat ke tempat kerja. Jam sudah pukul 7.15 pagi. Danish juga agak terburu-buru mencari kasut untuk di pakai. Hilal memadang pada Danish dan mengelengkan kepala." Kamu ni mesti terlewat lagi bangun pagi ni. Dah nak jadi suami orang pun masih tak berubah."

"Alah biasalah. Malam tadi aku buat video call dengan tunang aku"kata Danish.

"Ya lah, Khai kami pergi kerja dulu"kata Hilal sambil kakinya melangkah ke arah keretanya. Manakala Danish pula menghidupkan enjin motor dan bertolak menuju ke tempat kerjanya.

Aku hanya melihat saja kelakuan mereka berdua berangkat ke tempat kerja. Siap memasak apa yang patut aku pun berangkat ke tempat kerja. Dalam 20 minit juga dari rumah baruku ini ke tempat kerja.

Walau pun aku tak habis berlajar seperti remaja seusiaku. Tapi aku masih tahu tentang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim jika tersentuh ada wuduk. Wuduk tersebut akan batal. Jadi aku cuba menjaga jarak dari Hilal dan Danish. Supaya mereka tidak menyentuh kulitku.

Aku jarang sembahyang dan aku hanya pandai membaca surah Al-fatihah saja.
Habis kerja aku singgah ke kedai sebelum pulang ke rumah. Sampai di rumah ku melihat sudah ada kereta Hilal. Motor Danish tidak kelihatan ini bermakna Danish belum pulang lagi dari kerja.

Aku pun memberi salam" Assalamualaikum"

Tak lama kemudian ku mendengar suara paksu menjawab salamku" Waalaikumusalam, Khai dah balik" lalu paksu datang ke arahku.

Aku pun membuka kasut dan masuk ke dalam rumah. "Mana Hilal?"tanyaku pada paksu.

"Ada daaalam bilik semmbahyang"kata paksu agak gagap sedikit.

Mendengar apa yang di katakan paksu aku segera menuju ke bilik. Di bilik aku mengambil baju dan tuala lalu ku bawa ke dalam bilik air. Selesai mandi aku pun terus memakai pakaian yang telah ku bawa tadi di dalam bilik air.Selepas itu barulah aku keluar dari bilik air. Dalam pukul 7.00 petang tiba-tiba pintu bilikku di ketuk.tok,tok,tok.

Aku membuka pintu bilik dan melihat Hilal di depan pintu bilikku." Jom pergi sembahyang magrib dekat surau. Boleh kenal-kenal dengan penduduk dekat sini."kata Hilal.

Aku agak terkejut bila Hilal mengajakku ke surau untuk sembahyang magrib." Maaf saya letih hari ini. Lagi pun kesian dekat paksu tinggal seorang diri"kataku sambil tangan mengaru rambutku yang tidak gatal.

"Tak palah kalau macam tu. Saya pergi dulu"kata Hilal. Hilal pun berjalan menuju keluar rumah. Aku hanya melihat saja kelibat Hilal hilang dari pandangan. Surau tidaklah jauh dari rumah ini. Hilal hanya berjalan kaki saja ke surau.

Malamnya aku tidur agak awal. Aku pun tak sedar bila Hilal balik dari surau. Bangun pagi aku pun mandi dan menukar pakaianku siap-siap di bilik air. Selesai memakai baju dan seluar aku pun membuka pintu bilik air. Aku terkejut kerana Hilal sudah ada di depan pintu bilik air.

"kau ni macam perempuan lah. Siap pakai baju dalam bilik air"kata Hilal.

"Saya dah terbiasa macam ni dari dulu"kataku sambil tersenyum pada Hilal.

Nampaknya esok aku kena bangun lebih awal supaya tidak ada siapa pun perasan aku mandi. Nasib baiklah Hilal tidak banyak soal bila melihat aku keluar dari bilik air tadi. Kalau tidak jenuh juga aku nak mencari alasan untuk menjawab.

Hari ini aku memasak seperti selalu sebelum pergi ke tempat kerja. Di tempat kerja hari ini tugasku memasang bumbung. Agak panas juga cuaca hari ini. Habis bajuku basah dengan peluh. Selesai memasang bumbung aku pun turun ke bawah untuk berehat sebentar. Di tempat kerja aku di layan seperti pekerja lain. Kerana tidak ada yang tahu aku adalah seorang perempuan. Aku juga terpaksa melakukan kerja-kerja seperti lelaki lain. Walau pun ada juga 3 orang pekerja perempuan warga asing. Tetapi mereka hanya melakukan kerja-kerja ringan mengakat barang-barang seperti bata dan semen.

Aku kurang bercakap bila berada di tempat kerja. Kerana kebanyakkan mereka adalah warga asing. Ada juga yang tiada dokumen perjalanan. Mereka semua agak baik padaku. Di tempat kerja agak mudah untuk mengaburi mata mereka dari mengetahui aku sebenarnya perempuan.Tapi di rumah baruku ini agak susah juga untuk berselindung dari ketahui oleh Hilal dan Danish. Kerana aku tinggal satu rumah jadi bilik air dan tandas semuanya berkongsi. Dan aku terpaksa mandi bila Hilal dan Danish tiada di rumah atau pun semasa mereka belum bangun dari tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience