BAB 43

Romance Completed 11647

Jarum jam sudah menunjukkan ke angka dua. Namun, Hamka masih belum pulang lagi. Kebiasaannya dia akan menghantar mesej kepadaku jika dia pulang lewat. Sudahlah aku ada janji yang perly ditunaikan malam ini, janji untuk memberikannya hak.

Hendak ditelefon, risau jika dia sedang sibuk bekerja. Tapi jika tidak ditelefon, sudah tentu aku akan terus berada dalam keadaan tertanya tanya macam sekarang. Jantungku berdetak laju seperti ada sesuatu yang buruk berlaku. Setelah puas berkira kira, aku mengambil keputusan untuk menelefonnya. Ah! Malu bertanya, sesat jalan.

"Hello, assalamualaikum. Abang ada kat mana? Kenapa tak balik lagi?"

"Waalaikumussalam. Ni Puan Rose ke? Isteri Inspektor Hamka?" Tanya suara yang berada di hujung talian. Kenapa suaranya berbeza? Ini bukan suara Hamka.

"Ya saya. Encik ni siapa? Hamka mana?" Darah menyerbu ke muka. Mindaku dihujani pelbagai persoalan dan kemungkinan. Jantungku berdegup semakin pantas.

"Saya Inspektor Fakhri. Saya harap Puan Rose banyakkan bersabar. Inspektor Hamka telah ditembak. Peluru betul betul terkena pada jantungnya. Kemungkinan untuk dia hidup amat tipis." Jelas lelaki itu bersungguh sungguh. Ada nada sayu daripada suaranya.

Duniaku terasa gelap apabila mendengar penjelasan lelaki itu. Tidak mungkin! Tidak mungkin semua ini terjadi. Lututku terasa longgar untuk menampung badanku daripada terus berdiri. Buat seketika, aku terasa seperti hilang nyawa apabila mengetahui keadaan Hamka.

"Puan. Kalau puan nak jumpa Hamka, saya boleh jemput puan di rumah."

Aku hanya bersetuju dengan cadangan lelaki itu. Selepas bersiap ala kadar, aku menunggu lelaki yang dikenali dengan nama Fakhri di depan pintu pagar. Ibu bapa mertuaku yang telah berpindah ke Terengganu beberapa hari lepas diabaikan. Aku tidak mahu mereka susah hati dengan keadaan Hamka. Tambahan pula, hari sudah lewat malam. Sedang aku mengelamun sendiri, sebuah kereta Honda City yang berwarna hitam berhenti betul betul di hadapanku.

Cermin tingkap diturunkan.

"Puan Rose?"

Aku mengangguk. Dia membukakan pintu untukku masuk. Tanpa berfikir apa apa, aku terus meloloskan diri ke dalam kereta itu. Air mata yang tumpah sejak dari tadi tidak menunjukkan tanda tanda mahu berhenti. Bilalah agaknya air mataku ini akan kering? Aku hanya memandang ke depan sepanjang perjalanan. Tidak disangka sangka, kereta yang dipandu berhenti di hadapan sebuah kondominium.

"Bukan ke Hamka ada kat hospital? Kenapa bawa saya datang sini?"

Terdetik dihatiku, adakah semua ini hanya tipu helah? Lelaki yang membawaku ke sini sebentar tadi memegang tanganku kuat. Pedih terasa di pergelangan tanganku ini. Aku meronta ronta ingin melepaskan diri. Tiba tiba dua orang lelaki yang lengkah berjaket melangkah ke arah kami.

"Pergilah masuk, bos dah sampai. Dah lama dia tunggu kat atas, tak sabar sangat nak rasa hidangan malam ni" Kata salah seorang daripada mereka sambil ketawa berdekah dekah.

Hidangan? Hidangan apa? Apa semua ni? Mana Hamka?

Aku semakin bingung dengan situasi sekarang. Aku ditolak kasar untuk memasuki bangunan itu. Nasibku sungguh malang kerana rata rata penghuni kondominium ini sudah melelapkan mata. Sunyi. Aku tidak mampu berbuat apa apa selain mengikuti kata kata lelaki bedebah itu.

"Hi, long time no see." Ujar satu suara, suara yanh cukup aku kenali. Dia berjalan perlahan lahan mendekatiku. Bibirnya mengukir senyuman, mungkin akan kelihatan manis di mata perempuan lain tapi bukan di mata aku. Jari jemarinya dimainkan di pipiku lembut.

"Apa kau nak?" Aku menjerit lantang. Tangannya ditepis. Benci melihat wajah lelaki di hadapanku ini.

Jay tidak menjawab persoalanku sebaliknya dia ketawa. Entah apa yang menggeletek hatinya. Aku ditarik kasar menuju ke dalam sebuah bilik. Hampir tersemban aku dibuatnya kerana tarikan yang kuat itu. Apabila pintu bilik dibuka, aku melihat Hamka diikat di atas sebuah kerusi. Remuk hatiku melihat darah yang mengalir dari bibirnya.

Jay membuang tuala yang disumbat ke dalam mulut Hamka. Baru saja aku hendak pergi ke arah Hamka, Jay memegang tanganku. Cengkaman yang kuat oleh Jay di tanganku menyebabkan aku tidak mampu melawan. Aku hanya mampu memandang sayu ke arah Hamka.

Puas aku meronta untuk melepaskan diri, namun tindakanku ibarat sesuatu yang sia sia. Malah dia semakin mengemaskan cengkamannya pada pergelangan tanganku. Doa tidak putus putus dipanjatkan pada Yang Esa, agar diberi peluang untuk melepaskan diri.

Selendang yang dipakaiku direntap kasar. Air mata mengalir semakin laju seiring dengan esakanku yang semakin menggila. Hamka tidak mampu berbuat apa apa melainkan menjerit agar Jay menghentikan perbuatannya.

Jeritan Hamka dan tangisanku ibarat satu pendorong agar Jay meneruskan agendanya. Dia semakin rakus mencium dan menjilat leherku yang terdedah. Rontaanku semakin kuat namun langsung tidak menjejaskan Jay. Dengan sisa kekuatan yang ada, aku membengkokkan lutut dan ku arahkan ke celah kangkangnya. Dia mengerang kuat sebelum melepaskan pegangan pada tanganku.

Aku segera mengambil peluang untuk lari ke arah Hamka. Sempat aku mencapai sepucuk pistol yang berada di atas meja kecil bersebelahan dengan katil. Aku cuba membuka ikatan di tangan Hamka. Namun belum sempat ikatan itu terbuka, Jay menarikku ke belakang. Pistol yang berada di ribaanku terjatuh.

Aku ditendang di bahagian perut. Senak. Aku cuba untuk bangun. Namun setiap kali aku mencuba, setiap kali itulah Jay akan menyepakku. Aku sudah tidak bermaya. Apalah sangat kudrat seorang wanita sepertiku untuk dibandingkan dengan lelaki seperti Jay. Kakinya dihayunkan sekali lagi untuk menendangku. Namun belum sempat kakinya menyentuh perutku, aku terdengar satu tembakan bergema.

Jay rebah menyembah bumi. Dia mengerang kesakitan sambil memegang betisnya. Aku berpaling untuk melihat dari mana tembakan itu datang.

Air mata mengalir laju apabila melihat insan yang berdiri di belakangku. Dia berlari ke arahku dan menarikku ke dalam pelukannya. Sakit yang mencengkam di perut diabaikan apabila melihat Hamka selamat. Sempat aku membalas pelukannya sebelum semuanya menjadi gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience