Chapter 23

Mystery Completed 11155

Surya : Bab 23

***

Beberapa abad lalu

"Andika, kenapa ni?" Arjuna menghampiri Andika.

"Aku kecewa. Kerana aku cuma mampu menguruskan jenazah bapak aku. Tapi aku tak mampu menyelamatkan dia dari dosa syirik ni." Teresak Andika menangis. Arjuna cuma mampu memeluk rakannya itu. Dia juga silap kerana terlalu naif mengikut arahan Karim Surya.

***

"Bapak... Sudahlah. Berhentilah. Lepaskan cucu Arjuna itu." Andika menghampiri bapaknya dan memeluk Karim Surya. Mulutnya membaca sesuatu dan Karim Surya menjerit kesakitan.

"Bapak, matilah bapak dengan aman. Bertaubatlah." Terkeluarlah satu makhluk dari tubuh tua itu membentuk seekor harimau. Tubuh tua itu terduduk lemah. Mulut Andika membacakan syahadah untuk bapaknya. Perlahan-lahan Andika hilang sambil memandang wajah Rizal. Bersama jasad tua itu.

"Terima kasih cucuku..."

Bagaikan mimpi. Rizal cuma mampu melihat. Terkelu dia memandang kiri dan kanan. Surya! Pantas Rizal menghampiri Haron.

"Mari, bawa dia turun. Lekas!" Rizal mendukung Surya. Terpaksa.

Sehingga di bawah kelihatan juga Adhwa, Nadzri, Encik Basri dan Haji Latiff sudah tersandar keletihan. Tugas mereka sudah selesai. Rizal membaringkan Surya di atas lantai gazebo berhampiran. Tidak lama kemudian Mak Salima dan Adila muncul bersama Salwa yang dipapah Syahfiq dan rakannya.

Surya masih bernafas. Tapi kadar nafasnya bagai tidak teratur. Mata Surya terbuka kecil. Adila mengusap tubuh Surya sambil Mak Salima meraup wajah Surya dengan air.

"Adila... Aku kat mana...ni?"

"Kau dekat kampus..."

"Kenapa... aku terbaring... macam ni... Apa jadi dengan...aku...?" Adila tidak mampu menahan sebak melihat rakannya sebegitu. Pantas dia memeluk Surya sambil teresak nangis.

"Mana Aishah, Fatihah...? Aku dengan...diorang tadi..."

"Shh... Kamu rehat. Jangan banyak cakap..." Mak Salima cuba menenangkan Surya.

"Rizal... Adhwa... Buat...apa kat sini? Kenapa...luka luka?"

Surya tiba-tiba membuntangkan mata. Nafasnya tersekat-sekat. Bagai sedang bertarung nyawa. Kecederaannya teruk tubuhnya berlubang-lubang akibat tertusuk jarum-jarum Karim Surya.

Surya tersenyum. "Korang...maafkan...aku... Aku... D..dah nak pergi... Maaf susahkan korang. Adila, jaga Salwa untuk aku. Rantai dan gelang aku dalam loker, kau simpanlah. Rizal... Aku sebenarnya, sukakan kau. Dalam diam... Tapi aku tak berani. Dan sekarang aku terhutang nyawa..." Rizal cuma memandang Surya. Wajahnya tersenyum.

"Aku...pun... Sukakan kau Surya." Perlahan-lahan Rizal berkata sambil menahan sebak.

"Surya... Jangan tinggalkan kami...!" Adila sedikit meraung.

"Tak apalah. Sudah tiba masa aku... Biarlah aku pergi, meninggalkan dunia ini, bersama memori. Adila, Ajarkan aku syahadah." Tersekat-sekat Adila mengajar Surya syahadah. Wajah Surya sedikit tergerak menahan seksa sakaratul maut. Akhirnya, Surya pergi dengan wajah tersenyum.

"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un..." Mak Salima memeluk Adila hampir meraung. Salwa masih lemah dibaringkan di sebelah Surya. Rizal terduduk menahan sebaknya sambil Syahfiq dan Adhwa memujuk.

"Sabarlah..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience