"Ada apa?"
Soalan pertama yang terbit dari mulutku apabila Cikgu Ilham mengambil tempat di hadapanku. CIkgu Ilham melemparkan pandangannya kea rah tepi sebelum memandang wajahku kembali. Dia senyum.
"So, how life?"
Aku jongket kening. Soalan jenis apa tu? Bukannya aku dengan dia ni kawan baik yang terpisah selama 10 tahun dan terjumpa di tepi jalan.
"Maksud saya macam mana life awak dengan Emir sekarang?"
"Ohh, okey aje. Kenapa?"
Cikgu Ilham hanya senyum. "Tanya sahaja."
"Baguslah," sambungnya lagi setelah senyap hampir seminit.
Aku dan cikgu Ilham sama – sama diam. Tidak tahu berbual tentang apa. Terasa janggal untuk berkata – kata apabila perkara sebenar sudah terbongkar. Aku adalah isteri Emir. Cikgu Ilham menyimpan perasaan terhadap aku. Nak elaborate macam mana lagi? Perlu ke aku tulis sebuah esei sepanjang 10 muka surat untuk perkara ini?
Dan perlu ke Emir muncul sebagai pengulas sukan di sini?
"Tak pernah terlintas langsung dalam fikiran saya yang awak ni isteri Emir."Cikgu Ilham memulakan mukadimahnya.
Dan aku pulak tidak pernah menyangka aku akan berkahwin dengan Emir.
Aku ketawa tanpa perasaan.Hambar. Menutup perasaan yang bercampur baur dalam hatiku.
"Saya pun tak sangka. Emir pulak dengan muka selamba badaknya mengaku awak tu isteri dia. Suami awak tu kena marah dengan Cikgu Hong pun boleh lagi buat muka tanpa perasaan dia."
Cikgu Ilham geleng kepala. Siapa tak kenal Emir? Mafia STKH kot. Nak- nak lagi Pengetua sekolah tu bapa saudara dia. Kau rasa? Nasib baik hal ini tidak diketahui oleh orang lain dan hanya dalam kalangan orang tertentu sahaja. Kalau tidak, aku tak boleh bayangkan nanti. Cukup sahajalah aku membayangkan jika warga sekolah tahu dan Emir adalah suami aku.
"Emir, biasalah." Itu hanyalah komen yang aku dapat keluarkan ketika ini. Nak komen banyak silap silap haribulan benda lain yang keluar.
Dangerous bak lagu Teamin.
Cikgu Ilham tarik nafas dalam-dalam. Bagaikan ingin mengumpul kekuatan di situ.
"Apa-apa pun, saya doakan kebahagian awak dengan Emir. Maafkan saya atas kata-kata saya dekat KFC tempoh hari."
Aku kelu. Teringat lagi peristiwa tersebut. Ayat yang keluar dari mulut CIkgu Ilham menyebabkan mulut aku terfikir sejauh inikah guru muda ini bertindak mengikut hati dan perasaan sehingga tidak mempedulikan status aku sebagai isteri Emir?
"By the way, selamat pengantin baru dan semoga berbahagia ke jannah. Doakan saya."
Ayat terakhir Cikgu Ilham menusuk hatiku.
"Terima kasih." Hanya itu sahaja ayat yang keluar dari mulutku. Ayat lain bagaikan tersekat di keronkong. Hilang diksi aku ketika berhadapan dengan situasi sebegini.
Cikgu Ilham hanya mengangguk sahaja kemudian bingkas bangun. Meninggalkan aku yang termangu – mangu di situ.
Petang itu sebaik sahaja kakiku melangkah masuk ke dalam rumah, aku terus landing di atas sofa. Mahu lelap sebentar sebelum menunaikan asar. Jam pula menghampir jam 6 petang. Ada kelas tambahan yang diadakan sebelah petang bagi pelajar Tingkatan Enam. Kebetulan hari ini bukan Tingkatan Enam Pluto yang diajar. Kalau tidak bertambah penat daripada ini agaknya.
Double attack.
Tidak sampai sejam lagi akan masuk waktu maghrib. Aku menyelongkar beg tangan untuk mencari telefon. Mahu menetapkan alarm supaya tidaklah aku terbabas maghrib nanti. Selesai sahaja aku menetapkan alarm, mataku sudah kuyu dan akhirnya aku terlelap di atas sofa.
"..heart..."
Heart? Jantung?
Terdengar sayup sayup seseorang sedang menyebut sesuatu dan hanya kedengaran di telingaku adalah perkataan heart sahaja. Kedengaran sangat hampir malah terasa desahan nafas di telingaku. Malah terasa ada sesuatu yang bergerak di mukaku. Berjalan serata arah atas mukaku, menjelajah tanpa ada halangan.
Aku kerut dahi. Mendengus geram. Tidak menyukai ada yang mengacau lenaku. Sudahlah penat, bagilah aku masa untuk berehat pula.
"Bangun... Isyak dah ni."
"Hmmm...."
Isyak? Lambat lagi ni. Maghrib pun tak lepas lagi.
Maghrib? Serta merta mataku celik. Maghrib? Isyak? Ya Allah jangan cakap aku dah terbabas maghrib. Badanku automatik duduk. Tanganku pantas meraba-raba telefon di atas katil. Arhh. Mana pergi telefon aku pulak ni. Masa nilah dia nak hilang.
Alarm aku tak berbunyi ke tadi? Ke sebab aku dah penat sebab tu tidak kedengaran alarm telefon? Mana perginya telefon aku? Puas katil diraba aku membaling bantal di atas tilam. Tiada jugak. Geram dan kecewa kerana telefon tidak dijumpai.
"Mana dia pergi ni? takkan boleh hilang pulak? Katil ni bukan besar mana pun? Takkan dah kena hilang kena makan dengan naga pulak?" aku membebel seorang diri.
Eh? Katil?
Aku pandang sekeliling. Bila aku masuk dalam bilik? Bukan tadi aku dekat atas sofa ke?Takkan aku mengingau boleh berjalan masuk dalam bilik kot? Tak mungkin. Tak mungkin. Ke aku ni ada install GPS dalam kepala aku?
Aku garu kepala. Rasa mengantuk terus hilang apabila aku berasa di dalam bilik bukan di sofa yang berada di ruang tamu. Siapa yang bawak aku ke bilik? Takkan Emir kot? Eh? Aku segera geleng kepala. Tak mungkin dia. Nehi.
Tapi boleh jadi dia, kan?
"Sweetheart, masuk Isyak dah ni."
Aku segera berpaling ke arah Emir. Terkedu beberapa saat aku. Sumpah, aku rasakan inilah pemandangan paling indah yang aku pernah nampak. Emir yang berbaju t-shirt hitam, berkain pelikat dan bersongkok. Aku rasakan seperti sudah termasuk dalam mimpi indah tatkala disajikan dengan pemandangan seperti ini.
"Sweetheart..." Meleret suara Emir memanggil.
Aku senyum. Sejuk mata memandang. "Yaaa..."
Emir senyum manis. Entah kuasa apa yang mendorong aku bersuara lembut ketika ini. Bagaikan dipukau dengan senyuman Emir. Tampak kacak.
"Dah nak habis waktu Maghrib sweetheart."
Apabila perkataan Maghrib keluar dari mulut Emir, baru aku tersedar dari mimpi indah. Maghrib! Ya Allah! Macam mana aku boleh terlajak tidur? Terasa ingin memarahi diri. Dan mana pulak pergi telefon aku ni?
"Cari apa tu?"
"Telefon saya."
Mataku meliar mencari telefon.
Emir geleng kepala seraya menuju ke arah meja kecil yang berhadapan dengan katilku. Meja kerja cum meja solek. Dia mengambil sesuatu di atas meja berkenaan. Telefon aku.
"Macam mana..."
Mataku mengekori langkahnya yang mendekati aku dan mengambil tempat duduk di tepi katil.
"Kau ni tidur ganas sangat. Sampai terjatuh telefon atas lantai dengan kau sendiri pun setengah atas sofa, setengah atas lantai." Emir tergeleng-geleng kepala.
Aku ternganga. Takkan begitu teruk stail aku tidur? Emir tipu kan? Bagaikan dapat membaca fikiran aku Emir senyum senget. Dia berdiri dan seraya mengambil telefonnya yang berada di atas meja.
"Aku tak tipu. Nah, kau tengok sendiri buktinya."
Emir tayang telefonnya di depanku. Dan ternyata gambar yang ditayangkan oleh Emir boleh menyebabkan aku tak keluar rumah tujuh keturunan. Memang betul seperti Emir ceritakan. Tubuhku separa di atas sofa separa berada dekat dengan lantai. Ya Allah! Aku mimpi apa sampai boleh menyebabkan keadaan berkenaan terjadi?
Mimpi jadi superwomen ke?
Aku ternganga.
"Emir buang gambar tu! Emir!"
Aku segera bangun dari katil dan berlari mendapatkan Emir yang mula angkat kaki apabila melihat aku bagaikan singa betina yang bersedia untuk menerkam mangsanya. Dia tergelak kecil sambil berlari mengelilingi bilikku. Aduh! Sampai ke tahun depan Emir akan membahan aku sepuas hatinya jika gambar ini masih lagi berada dalam simpanannya. Bukti betapa ganasnya aku tidur.
"Emir, please... buang gambar tu. Please..."
Emir hanya tergelak. "No. Never. Sayang nak nak buang gambar kau macam ni. Esok-esok boleh tunjuk kat anak – anak kita betapa ganasnya mummy dia bila tidur kan."
Aku terkedu. Serta merta langkahku terhenti. Anak – anak kita? Woah! Apasal hatiku umpama ada bunga-bunga mendengar ayat 'anak – anak kita' keluar dari mulut Emir? Terasa indah.
"Ikut suka awaklah. Saya nak Maghrib dulu."
Tidak betah lagi aku berlari mengejar Emir. Sudahnya maghrib aku yang terlepas nanti. Biarkan dahulu. Malam nanti aku rangka plan macam mana nak buang gambar tersebut dari telefon Emir. Esok masih ada. Emir pun masih menampakkan ciri-ciri yang dia lama lagi akan tinggal di sini.
"Eh, cepatnya mengalah."
Aku jeling tajam kea rah Emir. Dia ni kan! Aku baling guna meja solek tu nanti baru sedar sikit. Elok – elok aku kejar dia lebih lama lagi entah ayat apa yang bakal keluar dari mulutnya nanti. Mungkin ayat yang boleh menyebabkan aku diabetes dan cair telinga.
Bahaya nau.
Laju aku menapak kea rah bilik mandi. Tidak mahu mendengar ayat yang lebih dahsyat keluar dari mulut Emir. Ayat yang boleh menyebabkan jantungku bekerja lebih masa dan seperti dalam kayangan.
Selesai Isyak, aku terus meneruskan pekerjaanku yang masih bersisa. Siap awal senang sikit. Ada masa aku untuk marathon Detective Conan yang mencecah sehingga 900 episod. Kalau orang lain memang tidak sanggup untuk bermarathon, tetapi demi Edogawa Conan aka Sinichi Kudo dan Mouri Ran aku sanggup menontonnya daripada menonton drama Korea.
What people called me? An otaku tetapi tidaklah sampai hardcore otaku. Ada yang jenis suka bercosplay, namun tidak bagi aku. Cukuplah untuk mengumpul Gunpla sahaja, koleksi GUNDAM. Nah inilah jadinya kalau berbicara tentang anime.
"Weh, laki kau mana?"
Aku jongket kening apabila mendengar soalan AMira. Dia ni takde lain soalan nak tanya. Mana Emir?
"Kau ni nak jadi bini nombor dua Emir ke? Asyik tanya Emir aje. Aku pulak kau tak tanya."
Purr.. tersembur air yang sedang diminum oleh Amira. Dia terbatuk-batuk sekejap. Mukanya merah.
"Kau gila ke? Huh, tak nak aku bermadukan kau. Dah la garang macam mak singa. Aku nak madu yang lemah lembut."
Aku cebik bibir. "Kau nak sangat ke bermadu?"
AMira ketawa sambil geleng kepala. Gelasnya diletakkan di atas meja.
"Memang taklah. Kau tengok aku parangkan si Taufiq tu nanti. Memang tak dapat dia bagi zuriat kat siapa-siapa nanti."
Aku tergelak sinis. Tadi bukan main nak nak madu yang lemah lembut sekarang macam orang gila mengamuk. Hal madu memang perkara sensitif. Mahu hidup seluruh otot dan sendi-sendi kat badan bila mendengar perkataan poligami dan madu. Siap lelaki yang hendak diparangkan.
Pilihlah. Yang mana satu bakal diICUkan untuk koma selamanya atau yang mana satu berada di bawah 7 meter ke dalam tanah.
"Tadi nak sangat kan." Aku mengejek Amira.
"Sensitif tu. Mana ada perempuan yang sanggup dimadukan."
Aku mengangguk. Mengakui kata-kata Amira.
"Tapi berbalik kepada laki kesayangan kau tu, mana dia?"
Aku jeling maut kea rah Amira.
"Kau nampak buku RPH ni? Sekali melayang kat muka kau, memang bermalam kau kat hospital nanti."
Amira tunjuk muka gerun. Buku RPH atau Rancangan Pengajaran Harian bukan sebarang buku. Buku yang mengandungi lesson plan untuk setahun bagi beberapa buah kelas yang diajar. Tebal dan beratnya hanya para guru yang mengetahui.
"Uuhhh.. kata tak suka Emir, tapi bila aku tanya tentang Emir kemain lagi kau jealous ye."
"Mana ada aku jealous." Aku tarik muka.
Amira mendecit sinis. "Hek eleh. Mengaku ajelah kau tu sukakan Emir. Bad boy vibes dia tu ada aura menarik kau untuk buat kau jatuh cinta. Tambah lagi Emir tu handsome apa. Handsome lagi daripada Ilham tu."
Aku juling mata naik atas. Malas hendak melayan Amira. Makin dilayan tak habis sampai ke subuhlah hujahnya akan ditegakkan. Tak sudah-sudah memuji Emir. Kalau Emir dengar ni mesti naik saham dia. Sudahlah peristiwa petang tadi sudah menambahkan saham maluku untuk berhadapan dengan Emir.
"Baik kau yang kahwin dengan Emir tu daripada aku," perlahan suaraku menggumam.
"Dah tertulis yang jodoh kau dengan aku tertulis di Loh Mahfuz 50 ribu tahun sebelum terciptanya syurga dengan neraka, siapa kau untuk menolak?"
Dua pasang mata terus menoleh ke arah pintu bilik yang baru sahaja dibuka. Aku terkedu. Amira pula sudah menghadiahkan sengihannya sambil keningnya dijongketkan beberapa kali ke arahku. Seakan-akan menyindir aku. nah-kau-nak-jawap-apa?
Sukalah tu!
"So?" soalan Emir mengerutkan dahi aku.
"So?"aku menyoal kembali.
Emir buat muka annoying.
"Tak nak pulak dia jawap." Telinga lintahku berfungsi elok ketika ini apabila ayat tersebut perlahan sahaja keluar dari mulut Emir. Jelas sampai ke telingaku.
"Jawap apa?"
"Jawapan bagi penyataan aku, sweetheart. Siapa kau untuk menolak bila Allah dah tetapkan sesuatu untuk kau?"
Aku tunduk menikus. Tidak tahu hendak menjawab apa. Belajar untuk redha? Ya, itulah yang aku buat sekarang. siapa aku untuk menolak apa yang Allah bagi terhadap aku? setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin hikmah aku berkahwin dengan Emir belum nampak lagi. Masih samar-sama disembunyikan kabus-kabus masa.
Allah tahu yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. Aku pegang kata-kata hikmat tersebut.
"No answer?" Sinis sahaja suara Emir.
Adakah ini bibit-bibit pergaduhan mula timbul? Benih-benih pertengkaran yang mula berterbangan di udara?
"so, lepas ni, learn to accept me sweetheart as I am learning to accept and love you."
Aku diam terkelu bila ayat tersebut meluncur keluar dari bibirnya. Tidak tersekat dan lancar sahaja. aku tidak berani angkat kepala namun dari ekor mataku, aku lihat Amira sudah berdesup masuk ke dalam biliknya.
Cheesecake Pavlova Amira. Temanlah aku sekejap dengan Emir ni. Dasar kawan! Aku ketap bibir sambil membebel di dalam hati. Jantungku tak payah cakap. Kerja overtime sekarang. mukaku menghangat. Terasa darah merah sudah menaik ke mukaku.
Ayat lembut yang beralun romantic. Ya Allah tolong jangan hati aku caiaq lepas ni. susah untuk aku tukarkan jadi pepejal semula. Kena bekukan lagi.
"sweetheart..." panggil Emir. Lembut sahaja suaranya.
Aduh! Lemah semua sendi ototku. Mahu tanggal semua skru nanti. Kan bagus macam ni perangainya semasa awal dulu. Asyik jerkah aku aje. Aku tunduk sahaja menekur lantai. Tidak berani mengangkat kepala, memandang wajah Emir. Lebih kepada mulutku sudah terkunci rapat, otakku yang tidak mampu berfungsi ketika ayat tersebut meluncur laju dari mulutnya.
Sah, malam nanti aku pasti tidak akan tidur lena akibat ayat Emir.
"Malu?"
Aku geleng kepala cepat-cepat. Gila nak mengaku. Sekali dia tengok muka aku merah umpama tomato masak, boleh tambah rencah kepada bahan usikan Emir nanti. Amaran zon merah.
"Kalau tak malu, angkat kepala."
Arahan mandatorI Emir membuatkan aku terasa ingin menyuruh lantai terbelah dua untuk menelan aku.
"Ish, tak boleh ke kalau tak angkat kepala? Nak tengok muka saya buat apa?" Aku bersuara. Kasar.
"Nak kiss kau."
Aku pejam mata erat-erat. Permintaan luar biasa Emir seperti hendak dibalas dengan baling maut buku RPH sahaja. Nasib baik Amira sudah berdesup masuk ke dalam bilik, kalau tidak perkara ini pun boleh menyebabkan bahan usikan Amira bertambah. Aku rasa seperti ada dua Emir atau dua Amira wujud dalam kehidupanku. Ataupun mereka berdua ni sebenarnya kembar yang terpisah semasa dilahirkan, bak sinetron Indonesia. Tapi tak mungkin kerana jarak umur mereka berdua yang berbeza 3 tahun.
Aaa..., ini mesti teori ada 7 orang serupa di muka bumi ini. Aku bernasib baik kerana telah menjumpai Emir versi perempuan dan Amira versi lelaki. Sama aje perangai dua orang makhluk ni kalau bab mengusik aku. Namun Emir lebih dahsyat. Hati, jiwa, perasaan dan jantung aku pun boleh tergugat sekali.
"Nak minta baling dengan buku ni ke?" Aku jeling maut dengan Emir sambil angkat buku RPH.
Dia hanya ketawa sahaja. Seronoknya dia.
"I am just kidding sweetheart. Kau ni punyalah malu sampai tak berani nak angkat kepala. Tu baru aku usik sikit, kalau aku usik banyak mesti kau pengsan kan. Tapi tak bestlah kalau macam tu."
"Emir Hafiz!!!" Naik seoktaf suaraku. Tak perlu aku bayangkan, otakku sudah dapat menangkat maksud tersirat di sebalik ayatnya tadi.
STPM pun tak habis lagi, nak menggatal merenyam, aku mengguman perlahan di dalam hati.
"Chill, okey. Jangan marah-marah. Tak comel langsung."
Dan tanpa diduga dengan selambanya tangan Emir menarik pipiku. Ya Allah dia tahu tak pipi aku ni bukan diperbuat daripada getah yang boleh digunakan untuk melepaskan stress?
"sakit..." aku terus tepuk tangan Emir yang mencubit pipiku. Dia tidak mengendahkan malah semakin kuat menarik dan mencubit.
"Emir! Lepaslah!"
"Yelah. Aku lepaslah ni."
Apabila tangan Emir melepaskan tangannya sakit di pipi masih lagi terasa. Tsk! Dia ni pipi aku jugak dijadikan mangsa. Beberapa hari lepas bibir aku, kali ni pipi aku. Esok lusa apa lagi agaknya.
"Sakit?" Prihatin suara Emir bertanya.
Aku jeling maut ke arahnya.
"Eh taklah. Rasa macam pekena nasi kandar aje." Ayat sarkastik keluar dari mulutku. Memanglah sakit. Dia ni tak pernah rasa pipi kena tarik ke? Meh aku tarik pipi ni sakit. Bagi rasa sikit macam mana rasa kena tarik pipi tu.
Emir senyum tipis. Dia mendekatkan badannya.
"Meh aku kurangkan sakit tu."
Aku pincing mata. "Apa?"
Semacam aje Emir ni. Jangan pernah percaya dengan Emir dan ternyata telahan aku benar. Sesaat, bibir Emir mencium pipi kanan dan kiriku. Aku tergamam. Mulutku melopong.
Dia ni kan!
"Emir!!!!"
Emir sudah senyum-senyum sambil jongket kening. Dia sudah berdiri dan bersedia bagai melarikan diri.
"Aku bagi penawar yang terbaik untuk kurangkan sakit pipi kau tu."
"Mana ada!" Aku cerlung mata ke arah Emir. Sesuka dia aje pergi cium aku. Ingat aku ni siapa? Dan sesaat aku mahu mengetuk kepala aku sendiri. Memanglah dia suka hati cium pipi kau, kau tu bini dia.
"Betullah, makin kurangkan sakit?"
Aku diam sekejap, cuba merasa. Ajaibnya, sakit di pipiku semakun kurang. Biar betul Emir ni?
"betulkan?"
Aku angguk kepala. Mengiakan kata-kata Emir.
"See, magik tak bibir aku untuk sembuhkan sakit kau?"
Aku jongket kening mendengar ayat dabik dada Emir. Masuk bakul golek sendiri bawah Gunung Santubong. Aku buat muka menyampah.
"Jangan buat muka macam tu. Sekali muka ni lah yang buat tidur kau tak lena tengah malam, mandi tak basah, makan tak kenyang, hidup tak senang. Haa... baru tahu."
Aku diam. Tak payah komen apa – apa sebab aku rasakan apa yang Emir katakan hampir bakal terjadi aje.
Share this novel