BAB 3 - STFF - KECIL HATI

Romance Completed 233692

"Tulah mummy.... Kesian Kamal... Tu bila tengok perempuan berlitup bagai, nak puji lebih-lebih.. Hakikatnya... Inilah contohnya..."

"Tapi, Aus kena ingat... Tak semua perempuan macam tu, kan? Takkanlah disebabkan setitik nila, rosak susu sebelanga?"

"Takdelah... Tapi, kalau Aus nak pilih... Biarlah Aus pilih kerana hati budinya..."

"In shaa Allah... Mummy doakan impian Aus jadi kenyataan."

"Aamiin..."

Tersenyum lebar mummy mendengar kata-kata Aus dan dalam masa yang sama, mummy mula memasang angan-angan untuk memperkenalkan anak terunanya pada anak-anak datuk datin dan tan sri puan sri yang menjadi kenalan Puan Sri Kirana.

"Emm, Esya..."

"Ya, Tan Sri..." Esya berjalan merapati majikannya. Sepasang mata yang dok tadi memandang tak berkedip, terkejut akibat disergah Tan Sri Faliq.

"Oh, mak kau!" Esya simpan senyum. Hampir nak meletus tawanya mendengar anak majikannya melatah.

"Apa Aus ni... Termenung ke? Daddy cakap seorang diri rupanya..."

"Ish, daddy ni! Aus kan senang terkejut... Kot ya pun, panggil lah kuat sikit..."

"Fattah Firdaus... Daddy ni dah kuatkan suara berkali-kali tau... Aus je yang tak dengar... Termenungkan apa?"

"Emm, takde apa... Aus termenung sekejap... Tengok dekorasi bilik daddy ni, cantik sangat..." Bohong Double F.

"Yelah tu... Macamlah daddy baru kenal kamu, Aus..."

"Eh, yelah daddy. Aus suka tengok dekorasi bilik daddy ni... Kemas, elegan, penuh citarasi tinggi."

"Ini semua idea Esya... Nak harapkan daddy... Takde maknanya..."

"Pandai awak buat pilihan... Kagum betul saya... Ada belajar kat mana-mana ke?"

"Emm, mummy daddy saya ada syarikat interior design... Jadi, serba sedikit, saya tahu pasal dekorasi ni..."

"Wah, mesti hebatkan... Tapi, kenapa awak tak kerja dengan parents awak?"

"Maafkan saya, Tuan Fattah... Bidang design ni, bukan bidang saya... Saya lebih cenderung mencari minat saya sendiri... Lagipun, saya belajar apa yang saya minat... Macam sekarang, sebagai seorang setiausaha... Saya merupakan bekas pelajar secretarial science... So, here I am..."

"Make sense... Emm, daddy... Apa yang patut Aus buat untuk hari pertama di sini?"

"Esya..."

"Ya Tan Sri..."

"Ambil alih tugas saya sekejap dan serahkan semua kertas kerja dan fail kewangan untuk diteliti Tuan Fattah."

"Baik, Tan Sri... Err..."

"Jangan risau... Saya tahu pasal temujanji tu dan saya tak balik lunch time ni... Saya ada appointment kat luar... Anything, Tuan Fattah will take over."

"Baik, Tan Sri..."

"Aus, daddy pergi dulu..."

"Baik, daddy..."

"Apa sahaja yang berkaitan syarikat, boleh tanya pada Esya... She know everything about company history..."

"Roger and noted, daddy..."

"Good! Daddy pergi dulu... Assalammualaikum..."

"Waalaikumussalam..." Serentak Esya dan Double F menjawab.

"Emm, Esya duduk sini... Terangkan saya semua berkaitan syarikat especially kewangan ni..."

"Baik, Tuan... Untuk permulaan... Saya akan menerangkan hal berkaitan pejabat..." Esya penuh semangat bercerita dan menerangkan segala hal syarikat kepada Aus...

'Betul kata mummy... She had a beautiful eyes...'

Hampir setengah jam, memberi penerangan...

"Tuan... Tuan faham ke...?" Tiada jawapan... Esya mengerutkan dahinya...

"Tuan, Tuan Fattah!"

"Oh my darling, I love you! Eh!"

"Eh, tuan... Tuan tak apa-apa...?"

"Ma...maafkan saya... Sa...saya..."

"Takpe Tuan... Maaf diterima... Mungkin Tuan sedikit bosan, tapi, jangan risau... Saya buatkan Tuan latte... Hot latte..."

"Emm, macamana awak tahu kesukaan saya...?"

"Err, saya suka buat revision Tuan... Maksudnya... Dah menjadi rutin bagi seorang setiausaha... Latar belakang majikannya perlu digali... Jangan sampai kita tak tahu apa-apa pasal majikan kita, ataupun syarikat tempat kita mencari rezeki. Kena ambil tahu walaupun sedikit..."

"Emm, saya suka cara awak... By the way, how old are you?"

"Pardon me?"

"Umur awak, berapa sekarang ni?"

"26 tuan..."

"26 tahun... Dah kahwin, nak kahwin atau dah berpunya?"

"Emm... Belum, not interested and I'm single and available..."

"Not interested? Kenapa?"

"Rasanya dah melanggar etika bekerja saya ni, Tuan Fattah kalau saya mencampur adukkan tugas saya dengan hal peribadi."

"Tak salahkan kalau saya nak bertanya?"

"Tak salah... Tapi, rasanya sekarang ni bukan masa yang sesuai."

"Emm, good! Saya terima jawapan awak. Kalau macam tu, lunch nanti dengan saya kat coffee house."

"Tuan, tak perlu kot. Sa..."

"Ah, ah, ah! Saya tak suka pada penolakkan. Saya hanya nak ajak awak lunch dan kita bersembang. That's all..." Jari telunjuk Double F yang runcing digoyangkan ke kiri kanan menandakan jangan lawan, dihalakan ke arah Esya. Mata Esya tertumpu pada jari runcing Double F.

'Ok, sisi lembut kelihatan... Jari...'

"Emm, baik. Saya terima pelawaan Tuan."

"Good... Book tempat kat cafe... Sharp 1o'clock, kita turun bawah, understood?"

"Yes, Sir..."

"You can go now."

"Baik, Tuan..." Esya melangkah keluar...

"Emm, not bad... Tapi... Takpelah... Tengok dulu macamana..." Omel Double F.

Seperti yang dijanjikan, Fattah dan Esya melangkah penuh bergaya ke cafe di tingkat bawak bangunan ibu pejabat Faliq Corporation.

"Have a seat, Esya..."

"Thanks, Tuan Fattah..."

"Enjoy your meal... Jangan malu-malu... Saya belanja hari ni..."

"Thanks a lot..."

"So... Dah berapa lama awak kerja dengan daddy saya...?"

"Almost 4 years..."

"Sekarang awak, 26 years old... That's mean... Since umur awak 22 tahun, awak dah bekerja dengan daddy?"

"Yap!"

"Mudanya...?"

"Taklah... Saya habis belajar di UiTM selepas habiskan degree, umur saya 21 tahun... Saya mula bekerja pada umur saya 22 tahun... Ok what..."

"Tak, maksud saya... Waktu habis belajar tu, awak terus kerja di sini dan tak sambung belajar lagi... Awak muda sangat."

"I did... Dalam masa bekerja dengan Tan Sri, saya ambil master, out campus... And, alhamdulillah... Saya berjaya... Tapi, saya masih ada di sini..."

"Boleh saya tahu, the reason awak boleh bertahan dengan daddy saya...?"

"Maaf... Apa sebenarnya yang Tuan cuba nak tanya ni... Emm, something fishy here..."

"Emm... You know... Secretary... Selalunya kan..."

"Tuan nak cakap, saya ada affair dengan Tan Sri?"

"Who knows?"

"In shaa Allah, Tuan... Saya masih punya harga diri, masih punya maruah dan matlamat hidup... Saya bukan jenis yang mudah terpedaya dengan janji seorang lelaki... Saya berpegang teguh pada pendirian saya... In shaa Allah, saya takkan sesekali burukkan nama baik majikan saya dan keluarga saya... Maafkan saya, Tuan... Thanks for the lunch." Esya melangkah laju menuju ke lif. Makanannya hanya suku sahaja yang terusik.

Tuan Fattah terkejut dengan kelakuan Esya... Sebenarnya, Tuan Fattah sekadar menguji Esya... Menjadi kebiasaan, seorang setiausaha sulit sentiasa berdampingan dengan boss dan menjadi kebiasaan apabila kita sentiasa dimomokkan cerita yang kurang enak didengari berkaitan setiausaha dengan majikan mereka.

Tuan Fattah rasa bersalah. Wajahnya diraup...

'Maafkan saya Esya...'

Double F rasa cukup bersalah dengan sikapnya sendiri... Manakan tidak, mulutnya lancang sangat nak bertanya itu ini sehingga menimbulkan rasa kurang selesa setiausahanya. Sudahnya, Esya berkecil hati dengan sikapnya sendiri.

Kaki melangkah longlai ke pejabat. Esya tiada di work station. Double F mengeluh kasar. Makanan yang ditapau untuk Esya, diletakkan di atas meja...

Esya yang baru selesai menunaikan solat zohor, terkejut melihat bungkusan kotak makanan di atas mejanya yang dilekatkan stick note.

'I'm sorry Esya... Saya tak bermaksud nak melukakan hati awak. Saya salah...'

Tersenyum nipis Esya membaca nota tersebut. Esya bukan gadis yang cepat melenting... Tapi, sebagai manusia... Dia tak terlepas dari perasaan terluka dan kecewa, kan... Namapun manusia... Tiada yang sempurna...

Deringan telefon mengganggu lamunan Esya... ganggang telefon diangkat...

"Esya, tolong masuk sekejap"

"Baik, tuan..." Ganggang diletak kembali... Not dan pen dibawa bersama melangkah masuk ke bilik Tuan Fattah.

"Tuan..."

"Esya... Silakan duduk..."

"Terima kasih tuan..."

"Saya minta maaf, Esya... Saya silap percaturan... Saya ingat semua perempuan tu sama... Saya bersalah..." Terasa hangat di hujung tubir mata. Esya berdoa agar air matanya tidak mengalir. Esya tak mahu dituduh lemah.

"Tak Tuan... Saya ok... Jangan bimbang. Saya dah biasa dengan kata-kata macam tu..." Double F merenung mata cantik milik Esya. Jelas kelihatan di situ, mata Esya nampak merah. Mungkin Esya menangis tadi.

"Esya, saya betul-betul minta maaf... Saya takde niatpun nak buat Esya terluka... Saya..."

"Tuan, saya ok... Don't worry... Ada apa-apa yang tuan perlukan lagi...?"

"No... Itu aje..."

"Saya keluar dulu, tuan..."

"Baik... Terima kasih Esya..." Esya menundukkan sedikit kepalanya lantas melepaskan senyuman nipis.

**************************

"Kenapa ni, anak mummy ni...? Dari balik tadi, monyok je...? Anything to share?"

"Err... Mummy... Macamana nak pujuk perempuan?"

"Pujuk perempuan? Siapa?"

"Ala mummy ni... Tak payahlah nak tahu siapa... Aus nak tahu caranya aje..."

"Aus kacau siapa ni sampai perempuan tu berkecil hati dengan Aus... Aus kacau Esya, ya?"

"Err... Actually, Aus tak sengaja..."

"Aus cakap apa dengan Esya... Cakap cepat! Aus buat apa kat Esya...?"

"Mummy ni... Aus tak usik pun Esya... Cuma... Cu..."

Cuma apa!" Jerkah mummy.

"Cuma kamu...! Eh, mummy ni... Janganlah terkejutkan Aus..."

"Fattah Firdaus! Aus cakap apa dengan Esya...?"

"Ish, mummy ni... Garang!"

"Kamu jangan macam-macam Aus... Mummy sunat kamu kali kedua nanti... Kamu cakap apa dengan Esya...?"

"Hah, sunat! Mummy ni, apa pulak sampai nak sunatkan Aus dua kali..."

"Yelah... Kamu main-main. Baik Aus cakap... Aus buat apa dengan Esya?"

"Sumpah! Aus tak sengaja... Aus tak sengaja langsung... Mulut ni hah... Gatal sangat nak cakap..."

"Apa pulak mulut yang disalahkan... Otak Aus pergi mana sampai tak boleh nak kawal mulut tu... Aus tak jawab lagi soalan mummy... Aus cakap apa dengan Esya... Mesti benda tu buat Esya kecil hati..."

"Sebenarnya... Aus tanya macamana dia boleh bertahan kerja dengan daddy... Lepas tu..."

"Aus nak cakap yang Esya cuba pikat daddy, macam tu...!" Perlahan-lahan Aus menganggukkan kepalanya. Mummy menjeling dengan jelingan yang sangat tajam...

"Ouch! Tajamnya jelingan mata mummy... Menusuk ke jantung Aus..." Double F berlakon bergurau dengan mummy. Padahal dah takut, kot-kot mummy mengamuk...

"Stop it, Fattah Firdaus...! Mummy cakap dengan daddy nanti... Biar Aus kena marah dengan daddy. Berani Aus cakap macam tu dengan Esya... Mummy cakap dengan daddy..." Puan Sri Kirana melangkah pergi meninggalkan Aus yang terpinga-pinga.

"Mummy... Janganlah cakap dengan daddy. Mummy, please..." Rayu Double F.

"I don't care...! Mummy tetap nak cakap dengan daddy. Biar Aus rasa..."

"Mummy! Mummy... Please..." Mendayu-dayu suara Double F merayu mummynya jangan pecahkan rahsia pada daddy. Fore sure, dia akan kena marah dengan daddy... Esyakan pekerja kesayangan daddy...

'Ah, sudah! Macamana ni... Mummy... Aduh...'

Usai makan malam, Double F melangkah ke ruang tamu di rumah agam itu. Sedari tadi, mata helang daddy cerlung memandang ke arahnya. Mummy pula sengaja buat tak tahu dan enggan menegurnya...

'Wah, hebat betul penangan Esya pada mummy daddy'

"Aus..."

"Ya...Ya daddy..."

"Macamana dekat pejabat tadi?'

"Alhamdulillah... Semuanya ok, Tan eh! Daddy!" Mummy simpan senyum, nak gelak takut kena marah.

"Betul takde apa-apa yang berlaku kat pejabat?"

"Betul daddy..."

"Oh really? Are you hiding something from me, young man?" Aus menelan air liur, kelat dirasakan.

"Emm... Daddy, actually..."

"Aus cakap apa dengan Esya?"

"Err.... Sebenarnya..."

"Aus... Daddy dan mummy dah cakap banyak kali dengan Aus... Esya bukan sebarangan gadis, Aus... Dia bukan gadis sosial... Kalau dia nak goda daddy, dah lama dia buat Aus..."

"Tak baik tuduh Esya macam tu... Selama dia bekerja dengan daddy, dia buat kerja dia dengan ikhlas... Jujur... Tak pernah buat kesalahan pun... Daddy bukan nak menangkan Esya, tapi, itulah realitinya... Bukan senang nak dapat pekerja macam tu... Kerja dia tip-top... Mummy kamu pun suka dengan Esya tu..."

"Aus tak sengaja daddy... Aus minta maaf..."

"Jangan buat lagi macam tu... Kalau tidak, mummy sunat kamu..."

"Mummy ni... Dari tadi, asyik nak sunatkan Aus je.. Aus dah sunatkan?"

"Ingat Fattah Firdaus... Jangan sebarangan... Jangan suka nak tuduh orang macam tu, lagi-lagi Esya... Daddy dapat tahu, daddy bagi orang lain jadi secretary Aus... Baru Aus tahu macamana susahnya dapat secretary yang tak pandai serba-serbi..."

"Sorry daddy..." Double F menayang wajah sugul sementara mummy masih lagi tersengeh-sengeh memandang anak terunanya.

"Assalammualaikum..."

"Waalaikumussalam... Eh, cucu nenda dah sampai... Allahuakhbar... Mari sayang nenda... masuk-masuk..."

"Eh... Kak long, kak ngah, kak lang, kak teh, kak uda, kak chik... Hai... Serbu berjemaah ke?"

"Ish, adik ni... Tahulah dah jadi CEO... Eksyen ya..."

"Mana ada... Adik macam ni jugalah..."

"Camne dik... Dapat jadi CEO... Best tak?"

"Alhamdulillah... Biasa je kak long..."

"Biasalah sangat! Hari pertama dah buat orang berkecil hati... Mulut tu nak kena jentik nanti!"

"Hah, biar betul, dik... Kau kecilkan hati siapa dik... Tak padan dengan lembut kau, kan?"

"Mana ada... Mummy ni..."

"Mana ada apanya... Yang Aus cakap macam-macam kat Esya tu, apa? Bukan kecilkan hati Esya?"

"Dik... Mulut kau ni... Along jentik, along cilikan nanti eh! Tak padan dengan lembut... Bibir ni... Bibir ni, along jentik nanti! Amboi...!" Kak long berura-ura mahu menjentik bibir seksi Double F.

"Apa along ni... Marah-marah adik...!"

"Yelah... Adik tak kenal Esya tu, jangan cakap sebarangan... Dia pekerja terbaik kat Faliq Corporation tau... The best among the best... Tau tak?" Celah Kak ngah.

"Adik cakap apa dengan Esya?"

"Baik adik cakap! Apa yang adik cakap kat Esya..." Sergah kak lang pula.

"Err... Emm..." Kecut perut Double F apabila dikerumuni kakak-kakaknya yang gangster.

Hi... Sorry, late update for STFF... Sila kecam Double F... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience