Bab 2: Sisi Lain

Humor Series 146338

"PEREMPUAN tak guna! Mana kau sorok duit kau haa?" Jamal berang pabila Aisyah isterinya enggan memberinya wang yang dia minta. Selanjutnya lelaki yang berpenampilan kusut masai itu terus meluru masuk ke bilik tanpa mempedulikan larangan isterinya itu. Dia lalu menggeledah almari pakaian milik Aisyah dengan rakus.

"Abang, jangan bang. Itu je Esah ada bang. Itu pun nak buat beli kasut dan bag sekolah Ida. Tolong abang, jangan ambil." Aisyah merayu serta cuba merampas semula wang yang telah dijumpai oleh Jamal.

Namun, Jamal yang sedang berada dibawah pengaruh dadah itu tidak peduli dengan rayuan wanita itu. Terang matanya melihat dua keping note RM50 yang dia jumpai di bawah lipatan baju Aisyah.

"Kau tahu tak? Duit ini aku nak guna untuk aku membayar GRO yang sudah meneman aku tidur malam tadi. Aku tak ada duit nak bayar, jadi aku hutang dulu. Kau dah tak boleh layan aku, terpaksa aku kena keluar belanja untuk kesenangan aku di luar, faham?" ujar lelaki itu. Tanpa sedikitpun memikirkan perasaan isterinya.

"Abang, Esah merayu jangan guna bang. Ida nak kena beli kasut dan bag sekolah baru. Kalau tak dia tak nak pergi sekolah takut kena ejek dengan kawan dia sebab pakai bag dan kasut buruk."

"Aah! Kau jahitlah baju orang banyak-banyak. Ambil upah tinggi sikit. Itu pun nak kena ajar ke? Benak!" Jamal melontar makiannya.

"Iya, nanti Esah dapat upah lagi. Tapi yang tu Esah nak guna hari ini untuk beli keperluan sekolah Ida. Abang..."

Aisyah kembali berayu dengan memaut lengan Jamal pabila lelaki itu sudah berniat mahu mengorak langkah keluar. Aisyah sedaya upaya cuba melarang yang akhirnya membuat kemarahan Jamal naik ke kepala.

"Perempuan sial!"

Serentak bersama makian itu, tubuh Aisyah sudah tersungkur di lantai selepas menerima genggaman penumbuk yang telah melayang tepat mengenai mukanya. Aisyah terhinjut-hinjut melawan sayu sambil memegang kepala yang terasa berpinar impak dari tumbukan kuat lelaki itu.

Jamal sudahpun hilang dari pandangan. Aisyah perlahan-lahan mula bangkit meski dengan keadaannya masih terhuyung-hayang.

"Mak..."

Saidah terus meluru mendapatkan emaknya yang dilihat tidak berdaya untuk bangun. Gadis kecil yang masih duduk dibangku darjah 5 sekolah rendah itu baru memunculkan mukanya setelah ayahnya selamat keluar. Sedari tadi dia hanya duduk meringkut memeluk kaki di balik pintu, menjadi pendengar dan penonton setia bagi setiap scene yang berlaku setiap hari di depan matanya.

"Mak, mari bangun mak. Mak sakit ke?"

Tubuh kecilnya cuba menyalahi kudrat dengan berusaha memapah Aisyah untuk bangun. Setelah puas berhempas pulas, Aisyah akhirnya selamat dibaringkan di atas katil oleh Saidah dengan upaya terhad yang dia miliki. Setelah itu, gadis kecil itu keluar dari bilik untuk mengambil segelas air. Dia datang semula selepas beberapa saat dengan membawa air minuman untuk Aisyah.

"Mak mimum dulu mak."

Cawan diberikan bersama iringan air matanya yang tidak henti mengalir. Seakan turut merasakan kesakitan yang wanita itu sedang tanggung.

Ya! Saidah turut merasakannya. Bukan jarang dia terkena sepak terajang Jamal apabila dia berusaha untuk melerai Aisyah yang sedang berada di dalam amuk marah lelaki itu. Sakit yang Saidah tanggung serasa menjalar ke seluruh nadi. Menyatu menjadi darah daging bahkan hingga menjerut ke tangkai hati. Ianya tidak hanya sakit di bahgian luar, tetapi juga di dalam. Jiwa kecilnya terlalu tenat bila saban hari disaji dengan adegan tragis serupa itu di depan matanya. Hingga kini, hati itu telah berubah menjadi lebih kuat dan kalis akan rasa sakit.

"Ida! Anak emak kena kuat ya sayang. Jangan jadi lemah macam mak. Pertahankan apa yang Ida miliki dan jangan mudah menyerah ya nak." Aisyah berpesan sambil mengusap kepala Saidah yang sudah berada di dalam pelukannya.

DI depan cermin solek kecil di bilik itu, Sai merapatkan kelopak mata sejenak tatkala memori silam kembali diputar semula dalam kaset mindanya. Pengalaman pilu itu telah berjaya mendidik hatinya menjadi keras. Dia tidak mahu menjadi lemah seperti emaknya dahulu.

Dia tahu semua itu bukan kemahuan Aisyah. Aisyah emaknya adalah seorang wanita lemah yang tidak mampu untuk berperang melawan takdir. Wanita itu lebih memilih pasrah pabila kudratnya tidak mengizinkan untuk terus berdiri tegak di tengah-tengah ganas dunia. Aisyah akhirnya rebah setelah bertahun menanggung penat zahir dan batin.

Sai membuka kembali matanya saat hatinya tenang semula. Laci meja solek itu ditarik keluar perlahan untuk mengambil sesuatu dari dalamnya. Sebuah kotak kayu milik arwah Aisyah yang ditinggalkan buat dirinya diusap bagi mengusir habuk yang menyelubungi.

Kotak lalu dibuka penutupnya dan dilihat kembali akan isi di dalam. Beberapa keping gambar arwah Aisyah sedang membawa perutnya yang tika itu sarat mengandung. Turut berdiri bersamanya adalah seorang lelaki, tapi Sai pasti itu bukanlah Jamal.

Sai menutup kasar kotak itu kembali ketika emosi mula menguasai otak hingga menyemarakkan semula rasa dendam yang sekian lama dipendam sepi. Kedua mata kembali dipejam sementara nafas dihembus pelan-pelan. Tak lama kedua belah mata itu kembali terbuka namun dengan sinaran yang berbeza.

Pantulan wajah itu ditatap semula di dalam cermin kecil nan lusuh, seolah bayangan arwah Aisyah membias jelas dari raut wajahnya.

"Mak! Doakan Ida ya mak. Hari ini adalah hari pertama Ida bertugas di pejabat lelaki itu. Ida akan tuntut hak kepada yang selayaknya. Ida minta restu dari mak."

Sai bermonolog menghadap wajahnya sendiri. Optimis ambisinya akan terzahir dalam wujud yang nyata. Selangkah lagi dia akan menuju kejayaan. Apapun caranya, dia tetap akan lakukan agar pihak teraniaya sepertinya dapat terbela.

SELSAI bersiap dan berpakain kemas, Sai kemudian mengangkat dulang plastik yang menempatkan semangkuk bubur nasi, ubat kencing manis dan juga segelas air putih. Dia lalu membawanya menuju ruang tamu di mana seorang lelaki warga emas sedang duduk sambil menghadap television di situ.

"Ida nak pergi kerja dah?" sapa lelaki tua itu. Ketibaan Sai dinanti dengan sabar.

"Emm. Makan bubur ni, lepas tu makan ubat. Habiskan tau, jangan membazir." Sai berpesan kaku.

"Terima kasih, Ida. Bapak harap Ida balik malam ni ya nak. Dan kalau boleh jangan terlalu lewat, tak elok untuk Ida." Jamal menitip sedikit nasihat seraya mula mencapai mangkuk berisi bubur yang Sai letakkan di hadapannya.

Gadis itu berdecih. Muka lelaki tua di hadapannya enggan dipandang. "Ida tak janji. Tapi kalau ada apa-apa bapak call je."

"Boleh bapak tahu, Ida sebenarnya kerja apa? Kenapa Ida sentiasa balik lambat? Bahkan kadang-kadang tak balik rumah?"

Sekian lama Jamal memendam soalan itu, baru hari ini dia berani untuk mengutarakan. Memandangkan mood anaknya sedikit baik, maka dicuba untuk mengajukan sedikit soalan.

Namun nampaknya Jamal silap perhitungan. Soalan itu terlalu sensitif bagi Sai dan telah mengundang raut mukanya berubah semakin dingin. Sai melirik sinis.

"Masa mak hidup dulu, mak pun tanya soalan tu pada bapak bila keluar dengan perempuan lain. Ada bapak jawap? Tak ada kan? Yang ada mak makan penampar dan penerajang dari bapak. Bapak ingat Ida lupa? Atau bapak yang lupa yang masa tu Ida dah besar? Ida dah boleh ingat semua, bapak. Bahkan setiap patah perkataan bapak pada mak dulu, sepatah-sepatah Ida mampu ulangnya semula."

Tangan Jamal menggigil tiba-tiba tatkala Sai mengungkit kembali kisah silam tersebut. Mangkuk bubur di tangan seakan mahu terlepas tika rasa sebak mula membuak. Bayangan dosa silam disingkap semula dan terus menerus menyibak ingatan. Jamal mula merintih halus dan tersenggut-senggut menyaingi tangis yang semakin ketara.

Pantas Sai menyambar semula mangkuk dari tangan ayahnya bila ia hampir tidak dapat dipegang. Raut masam nan cuka di wajah Sai semakin kelihatan bila sekali lagi dia membuat lelaki itu kembali menumpahkan air mata.

"Bapak berdosa, Ida. Bapak berdosa pada mak dan Ida." Jamal merintih dalam tangis. Bucu kemeja lusuh yang dikenakan ditarik buat mengesat air matanya. Keadaan itu membuat Sai jadi bertambah stress.

"Ish, dahlah. Pagi-pagi dah buat mood orang spoil. Lain kali tak payah sebok nak tanya. Kan dah tak pasal-pasal orang buat ulang tayang. Sebok nak tanya-tanya kenapa? Dah, makan!" Sai memarahi ayahnya.

Walaupun kelihatan seperti terpaksa, tetapi gadis itu masih sempat mengambil tempat untuk dirinya duduk di hadapan lelaki tua tersebut. Sesudu bubur disuakan perlahan-lahan dan menyuruh ayahnya untuk menghabiskan.

Jamal yang tadinya telah digoncang perasaan kini mula sedikit stabil bila Sai sudi menyuapkan bubur padanya. Dia sedar dia layak perlakukan teruk oleh anak angkara kebodohan di masa silam. Tapi siapa sangka, dalam layanan teruk yang Sai tunjukkan, gadis itu sebenarnya amat kesah akan dirinya.

"Bapak minta maaf Ida. Bapak janji tak akan tanya lagi. Cuma bapak harap, Ida akan sentiasa dalam keadaan baik di manapun Ida berada." Jamal berujar lirih sambil menerima suapan demi suapan bubur yang Sai hulurkan.

"Dah dah, tak payah banyak cakap. Habiskan bubur ni cepat, jangan buang masa orang. Nak doa sangat doa untuk bapak sendiri, mintak ampun dengan Tuhan. Hal Ida tak payah sebok bapak nak fikir bagai. Pandailah Ida bawak diri dekat luar tu."

Jamal tidak lagi bersuara selepas Sai membidas kata-katanya. Kudrat yang sudah lemah dimamah renta telah membuat fizikalnya rapuh dan mudah mengalah pada keadaan. Hanya menunggu si anak menyupkan makanan selanjutnya dia tidak banyak mempersoal.

Dia sedar dirinya bukan seorang bapa dan suami yang baik. Setelah Aisyah meninggal beberapa tahun lepas, barulah dia sedar akan silapnya terhadap wanita itu semasa hidup. Kini, dia hanya ada Sai tempatnya bergantung harap. Nasibnya masih tergolong sangat baik kerna gadis itu tidak menyimpan dendam padanya hingga tua. Sai akur untuk menjaga dirinya memandangkan mereka hanya saling memiliki satu sama lain. Jika tidak, siapa lagi yang terlibat pertalian darah dengannya?

Tiada!

***

"ASSALAMUALAIKUM! Kak Jue." Sai mengetuk pagar rumah sebelah seraya memberi salam memanggil penghuninya.

"Waalaikum salam! Eh, Ida." Seorang wanita berusia lingkungan 40an telah keluar menerusi pintu sambil membawa bakul jemuran bersamanya.

Bakul diletakkan di atas lantai terlebih dahulu, selanjutnya wanita yang Sai sapa dengan panggilan 'Kak Jue' itu datang menemuinya.

"Kak Jue apa khabar?" Sai menegur sebagai basa-basi. Wanita itu kini sedang membukakan pagar untuknya.

"Sihat, Alhamdulillah! Bila Ida balik ni? Tak perasan akak. Meh masuk dulu," pelawa wanita itu.

"Malam tadi kak. Ini pun nak gerak lagi dah ni."

"Lah, iye ke? Kalau iya pun marilah masuk dulu," pelawa Kak Jue lagi.

"Tak apa Kak Jue, Ida sekejap aje ni. Ida cuma nak titip bapak, takut Ida tak dapat balik dua-tiga hari ni. Ida baru submit jadi setiausaha di tempat baru kak," terang Sai.

"Oo, macam tu! Tak apa, pasal bapak tu jangan risau, nanti Kak Jue tolong tengokkan ya."

Sai menguntum senyum senang hatinya. Memperlihatkan sisi lain yang terdapat dalam dirinya. Perlahan tangannya menyeluk ke dalam tas tangan bagi mengeluarkan sesuatu. Selanjutnya Sai menyerahkan pada wanita itu.

"Apa ni Ida?" Kak Jue kebingungan. Sampul berwarna coklat yang Sai hulurkan disambut dan belek ragu-ragu.

Sai kembali menguntum senyum yang serupa dicurah sirap gula pekat-pekat. "Untuk Kak Jue! Terima kasih sebab tolong tengokkan bapak Ida," ujarnya.

Sampul dibuka oleh Jue perlahan-lahan kerna ketebalan kandungan di dalam membuatkan dirinya penasaran.

"Ya Allah, banyaknya Ida. Untuk apa banyak-banyak macam ni?"

"Tak banyak pun kak. RM1k je tu."

"Ini bayaran apa Ida? Akak tak ada buat apa-apa pun." Jue masih kebingungan.

"Bukan bayaran apa-apa pun kak. Anggap saja sebagai ungkapan terima kasih Ida sebab Kak Jue tolong jagakan bapak bila Ida tak ada. Ida ucapkan terima kasih sangat-sangat," tutur Sai berbahasa sopan.

"Lah, macam tu ke? Tapi banyak sangat ni. Kak Jue kata seikhlas hati je."

"Ida ikhlas Kak," sela Sai memotong bicara. Jue sudah kehilangan kata.

"Terima kasih banyak-banyak ya dik! Akak doakan semoga Ida sentiasa dimudahkan dalam mencari rezki yang halal." Jue berujar serta menyelit sebaris doa dalam suasana terharunya.

"Amin! Terima kasih atas doa akak. Oh ya, pasal bapak, Ida dah buatkan bubur tadi. Untuk pagi ni dah makan. Bubur ada lagi tu untuk tengah hari. Ida nak kena gerak dah kak." Sai mula memohon pamit.

"Haa, yelah! Nanti karang akak tengokkan. Anak akak Ehsan dengan Mail tu selalu lepak dengan atok Jamal dia."

"Oh, baguslah kalau begitu! Baiklah kak Jue. Kirim salam dengan dua orang cenonet tu. Ida mintak diri."

"Ok Ida. Elok-elok memandu ya."

Usai berpamitan, Sai segera berundur dari hadapan rumah jiran sebelahnya itu. Lambaian Jue dibalas sebelum dia terus meloloskan diri ke dalam perut keretanya. Tidak lama, Toyota Camry yang dipandu oleh Sai perlahan bergerak meninggalkan tempat tersebut.

Jue menarik helaan ringan. Sampul wang di tangan di belek kembali, mencipta senyum senangnya semakin terukir pagi ini.

"Alhamdulillah, rezki! Baik betul budak Ida tu. Haih, kalaulah anak-anak aku dah besar, boleh jugak buat menantu." Jue bergumam sendirian.

"Yang..."

Namun terdengar suara pekikan dari dalam rumah yang memanggil dirinya dengan suara meleret nan manja. Jue segera berpaling tapi mukanya telah berkerut geram. Kacau saja orang ambil feel, omel dia.

"Iya... Sekejap, orang nak jemur kain ni," balasnya turut menjerit.

"Cepatlah sikit yang. Lama-lama jemur baju tu karang dengan awak pun mengering sekali." Suara itu terdengar lagi.

"Tak ada apalah bang! Tadi sembang dengan budak Ida ni haa. Tapi dah gerak dah pun." Jue membalas lagi. Bakul kain basah sudah mula ditarik untuk di sidai.

"Oh, bakal madu awak tu ke? Mana dah dia? Lama tak nampak."

Pekikan suara itu terdengar kembali. Tapi kali ini bunyinya lain macam. Jue yang sedang menjemur pakaian mendadak pergerakannya tertahan.

Kain basah dikibas-kibas kasar lalu dicampak begitu saja pada ampaian. Wanita itu kemudian mula menyingsing lengan baju, sementara gigi geraham sudah berlaga sesama sendiri siiring dengan tampang garang yang ditunjukkan di mukanya. Kalau pakai kanta pembesar mesti boleh dilihat jelas ada api sedang menyala di atas kepalanya. Seram!

"Apa abang cakap? Cuba ulang sekali lagi?" pekik Jue, seraya terus meluru ke dalam rumah dengan membawa genggaman penumbuknya.

"Eh, tak tak. Abang gurau je. Ala, main-main sikit pun tak boleh!"

"Gurau, mak rau. Sensitip tau tak? Nak kena abang ni."

"Alaa ampun, yang. Ampun!"

***

TOYOTA Camry kelabu itu berhenti di suatu tempat. Masih jauh dari perjalanan menuju office, tapi Sai sempat menyinggahi tempat itu seperti selalu.

Dari kejauhan Sai hanya memerhati ke arah sana. Kelihatan suasana pagi ini lebih ceria di tempat itu. Mata Sai masih mengintai kelibat yang dia cari. Tidak puas selagi objek yang dicari tidak dijumpai.

Tak lama, bibir kakunya menguntum sebaris senyum tika penglihatannya berjaya mengesan akan kelibat yang dimaksudkan.

Sai menurunkan tingkap cermin kerana mahu mendengar perbualan di dalam kawasan sana. Sebuah halaman yang cukup luas dan selesa untuk bermain. Sai masih memerhatikan sasaran pandangangannya.

"Wah, cantiknya Rania lukis. Macam ni boleh jual ni," ujar seorang wanita. Sai memasang telinga dengan seksama.

"Ca, cantik ke? Na, nanti, Ni, Nia lukis, lukis muka Makcik pulak."

Seorang gadis kurang upaya yang sedang asyik melukis berujar demikian selepas didatangi oleh penjaganya.

"Wah, Rania nak lukis muka Makcik? Bestnya. Nak nak."

Sai masih tidak mengubah pandanganya dan terus menyaksikan gelagat dua orang tersebut. Dikelilingi beberapa orang kanak-kanak yang turut berada di situ, bagi Sai pemandangan itu terlalu menyenangkan. Sayang untuknya mahu melepaskan, namun dia perlu sedar waktunya amat sempit untuk berlama-lama di tempat itu.

Telifon bimbit berbunyi. Fokus Sai kacau serta merta. Nafas diambil selepas dia memutuskan untuk menjawap panggilan itu. Telifon sudah sedia melekap pada telinga, raut wajah manisnya juga telah bertukar datar.

"Hallo, mommy!"

"Sai! Dekat mana?"

"On the way ke office Dato, mommy!"

"Oh, baiklah. Kalau begitu Sai terus ke office Dato ya. Mommy dah dekat dalam flight ni."

"Baik mommy. Sai akan tiba dalam beberapa minit lagi. Take care yourself."

"Okay, dear. Se you soon."

Panggilan tamat. Sai kembali memperlihatkan sikap dinginnya. Cermin tingkap kembali dinaikkan selepas otaknya memberi isyarat untuk segera berangkat. Seterusnya, gear D diaktifkan agar kereta dapat bergerak meninggalkan kawasan rumah kebajikan tersebut.

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience