14

Romance Completed 95763

(Melaka, Malaysia - Dua hari kemudian)

Tok! Tok!

Pintu ditolak dari luar. Terjengul muka pembantunya, Louis. "Captain, someone wants to see you. Dia ada dibawah. Tapi, I tak pernah nampak dia sebelum ni? Atau bos ada temujanji hari ni?" Keningnya sedikit terjungkit. Dia melangkah masuk ke ruang kerja Ikram Benjamin. Riak ingin tahu semakin membuak-buak. Manakan tidak. Orang mahu berjumpa dengan ketuanya adalah seorang perempuan. Cantik. Yang paling penting...S.E.K.S.I. Wow! Idaman mata-mata helang lelaki diluar sana.

"Siapa? Aku tak ada temujanji hari ni. Tanya dia nak apa. Jangan bagi dia jumpa aku kalau tak ada sebab yang kukuh." Ikram Benjamin menyambung semula kerjanya. Hari ini dia sibuk untuk menyiapkan persiapan esok.

Louis hanya mengangguk. Keluhan kecil terlepas dari mulutnya. Pintu ditutup. Dia membawa langkah menuju ke lif.

Ting!

Pintu lif terbuka. Dia melangkah masuk ke dalam perut lif. Dari dalam lif dia dapat memerhati kakitangan Manaory Company. Matanya menangkap perempuan yang sedang duduk dimeja tamu pada ruang tengah showroom. Sekali lagi dia mengeluh berat. Nampaknya bakal ada masalah yang menimpa sekejap lagi. Apabila pintu lif terbuka dia melangkah menuju ke arah perempuan seksi itu.

Bagai menyedari kehadiran Louis, perempuan itu bangun tanpa sedikit senyuman yang tercalit dibibirnya. Sungguh tidak beradab. Sudahlah datang ke tempat orang. Louis memandang etika pemakaiannya dari atas ke bawah. Terdapat belahan didada bajunya. Dress yang dipakainya juga sendat dan pendek. Bukan setakat itu saja. Make up dikenakan selayak budak-budak Gothic. Dengan secalit gincu bewarna coklat gelap. Serupa macam perokok. Oh, mungkin dia bukan perokok. Agaknya dia itu makan rokok. Dia mencebik geli. Ah, lagi cantik isteri ketuanya daripada perempuan itu.

"Sorry. You tak ada sebarang temujanji dengan bos I. Boleh I tahu atas tujuan apa you datang ke sini?" Menyampah mahu memandang perempuan itu. Dia sebagai seorang lelaki Cina pula yang malu dengan etika pemakaiannya.

"You cakap saja I kawan lama dia masa di MN Bodyguard Academy." Ujar perempuan itu.
Matanya meliar memandang seisi ruang Manaory Company.

"Sorry. Dia tengah sibuk. Jadi you boleh tinggalkan pesan pada I." Louis hanya memerhati tingkah perempuan itu. Dia mengeluarkan sekeping kad yang tertera namanya. Kad tersebut dihulur kepada Louis. Dia membaca sebaris nama itu. Membulat matanya apabila nama itu menerjah kotak ingatannya. Ada riak terkejut pada air mukanya.

“You….errr...jadi MN Bodyguard Academy itu you punya?!” Louis menyoal dengan ton suara yang meninggi. Sungguh dia tidak menyangka akan bertemu perempuan itu disini. Dia sudah terlalu lama menyimpan hasrat untuk berjumpa dengan perempuan itu. Perempuan itu tersenyum.

“Yes, I am.” Dia menundukkan kepalanya kepada Louis.

“Oh my god! I masih tak percaya!” Louis mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuka aplikasi kamera. Beberapa keeping gambar perempuan itu diambil. Siapa yang tidak mengenali perempuan itu? Meena Nelson seorang perempuan bekerjaya yang memiliki beberapa buah akademi bodyguard di Malaysia dan juga di Brunei. Perempuan berdarah campuran Thai itu juga merupakan rakan kepada ketuanya. Sebelum ini, Ikram Benjamin pernah mendapatkan perkhidmatan di akademi tersebut sebelum dia menjadi seorang butler kepada Anggun Dahlia.

“Kalau you nak jumpa bos I, jomlah naik ke pejabat dia.” Ajunya teruja.

“No, no! It’s okey. Maybe next time I akan datang lagi. Lagipun, you cakap ikram sibuk.”

‘Ikram?’ Berkerut dahi Louis mendengar sebaris nama itu. Sejak bila pula ketuanya itu membenarkan orang lain memanggilnya dengan nama Ikram? Sedangkan dia mahu memanggil dengan nama itu awal-awal sudah ditegah. Sebab itu sehingga sekarang ramai orang yang mengenalinya dengan nama Ben. Dia mencebik sambil memainkan keningnya. Pelik!

“Nanti tolong bagi kad I pada dia. Okey. I minta diri dulu.” Dia berpamitan sebelum Louis sempat membuka mulut.

“Err…aaa…okey. See you next time!” Dia melambai ke arah perempuan itu.

“Ikram ya? Hmm…” Sebaik saja menghantar perempuan itu pulang Louis bergegas ke lif. Ada yang harus diselesaikan bersama ketuanya itu. Dia menapak menuju ke ruang kerja Ikram Benjamin. Pintu bilik kerjanya dibuka tanpa diketuk terlebih dahulu.

“Cptain, I think you owe me an explanation. Siapa Meena Nelson pada you?” Dia menarik kerusi berhadapan Ikram Benjamin. Punggungnya dihenyakkan sambil kaki disilang kemas. Ikram Benjamin yang sedang khusyuk dengan kerjanya memandang ke arah Louis. Keningnya bertaut.

“Meena Nelson? Kenapa? Dia ke yang datang tadi?” Nampaknya tiada riak terkejut mahupun khuatir pada muka ketuanya.

“Absolutely! Dia yang datang ke sini! Oh…my…god! Meena Nelson datang ke Manaory Company! Aaaa!” Louis melepaskan suara nyaringnya. Sunggguh dia teruja dengan kedatangan perempuan itu. Tetapi satu saja yang bikin hati lelakinya tidak senang iaitu cara pemakaian si Meena Nelson itu. Rasanya dia punya duit yang berkepuk untuk membeli baju yang cukup kain.

Ini jika isteri ketuanya, Anggun Dahlia tahu pasti mengamuk perempuan itu. Risau pula dia. Mana tahu nanti akan jadi seperti drama adaptasi di televisyen. Kebiasaannya akan ada aksi menggunakan bomoh, tarik-tarik rambut, maki hamun. Oh, tidak! Tolonglah jauhkan mala petaka itu dari hidupnya dan juga hidup ketuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience