Bab 6

Horror & Thriller Completed 3437

Kedengaran bunyi ketukan di pintu apartmen yang didiami oleh Mira dan Hazirah.

"Assalammualaikum."sapa seseorang dari luar.

"Kak,orang islam lah."kata Mira yang berada di dapur untuk membasahkan tekaknya yang mulai kering.

Hazirah yang berada di ruang tamu berjalan ke arah pintu.

"Siapa tu?"tanya Hazirah.

"Saya Alysa."laung Alysa dari luar.

Hazirah dengan pantas membuka pintu.

"Alysa!Dah lama kita tak jumpa."kata Hazirah.

"Gembira,gembira juga.Awak tak nak bagi saya masuk ke?"tanya Alysa.

"Eh,masuklah."pinta Hazirah.Mira hanya berdiri di dalam dapur.

Mereka duduk di sofa kecil milik Hazirah dengan adiknya.

"Kenapa awak datang sini?"tanya Hazirah.

"Saya cuma nak lari dari rumah sekejap."jawab Alysa.

"Kenapa pula?Bukan awak bahagia ke dengan keluarga awak?"Hazirah menjadi pelik.

"Tipulah kalau saya tak gembira.Gembira sangat. Elysa pun baik dengan saya.Tapi.."Alysa merenung muka sahabatnya.

"Tapi apa?"tanya Hazirah ingin tahu.

"Saya mahu lari dari sesuatu."bisik Alysa.Mira di dapur boleh pula mendengarnya kerana suara Alysa tidak berapa perlahan.

"Sesuatu?Kenapa dengan 'sesuatu'tu?"tanya Hazirah.Dia menekan ayat sesuatu itu.

"Perempuan tu..dia.. dia dah datang semula." jawab Alysa.

"Perempuan mana lagi awak tengah ceritakan ni?"tanya Hazirah.

Alysa menceritakan perkara yang akan berlaku pada setiap malam sebelum ni.

"Jadi perempuan tu selalu masuk dalam mimpi awaklah.Awak sedar sedar je,awak dah ada di tempat lain.Macam tu?"kata Hazirah cuba membuat kesimpulan daripada cerita Alysa.

"Ya,setiap malam dia akan cakap 'sebab kau'." jelas Alysa lagi.

"Elysa dah tahu ke?"tanya Hazirah.

"Saya dah cerita tapi saya tak beritahu semua.." jawab Alysa.

"Apa yang awak tak beritahu?"Hazirah semakin berminat dengan cerita Alysa.

"Sebenarnya perempuan tu cakap 'sebab kau' bukan dengan saya tapi dengan Elysa. Saya nampak wajah Elysa yang berada dalam keresahan."balas Alysa.

"Elysa?Mungkin dia ada buat salah kat perempuan tu kut."teka Hazirah.

"Mungkin,tapi kenapa dia cari saya pula?"tanya Alysa.

"Awak nak tahu tak,saya pernah nampak Elysa masuk rumah dengan tergesa gesa.Mukanya pucat bagai takutkan sesuatu.Bila saya tanya,dia biarkan sepi sahaja."jelas Alysa lagi.

"Saya rasa dia mesti dah buat sesuatu.Tapi macam mana awak tahu perempuan tu dah datang semula?"tanya Hazirah.

"Sejak 3 hari yang lalu,saya selalu terbangun tengah malam.Bila saya terbangun,saya akan ternampak seorang perempuan duduk di atas kerusi Elysa.Dia memegang modal mainan kereta yang diberi oleh pak cik kami khas untuk kami berdua.Bila aku tengok kereta tu seakan akan mainan tu sebuah kereta yang dilanggar.Modal tu rosak.Tapi keesokan harinya modal tu kembali seperti biasa."jelas Elysa panjang lebar.

"Oh ye ke.Anyway,saya doakan awak akan kembali bahagia seperti dulu.Saya cadangankan agar awak siasat pasal Elysa."cadang Hazirah.

Mira hanya mendengar di sebalik dinding di dapur."Siapa perempuan tu?"bisik Mira.

Wajah Elysa kelihatan pucat.Bibirnya bergetar.

"Awak takpa pa ke?"tanya Mira.

"Err..saya takpa pa.Saya ba..balik hotel dulu."kata Elysa kemudian beredar dari situ.

"Elysa!"jerit Mira.Elysa berpusing menghadap Mira.

"Saya harap awak tak buat apa apa kesalahan berat.Nanti akan tersimpan rasa dendam dalam diri seseorang."laung Mira cukup membuatkan kaki Elysa menjadi lemah.

Dia cuba untuk menaiki sebuah tangga kecil tapi kakinya terlalu lemah mebuatkan dia tidak dapat menampung badannya.Sepasang tangan memegang lengannya agar dia tidak jatuh.

"Ha..tulah.Kalau sakit jangan keluar.Kan dah nak jatuh dah."bebel Imran.

"Ish kau ni.Kenapa aku asyik terserempak dengan kau ni?"marah Elysa.Dia lebih selesa ber kau dan aku jika dengan orang yang dia tidak rapat kecuali perempuan.

"Manalah aku nak tahu.Kau ingat aku ni teringin sangat ke nak jumpa dengan kau."balas Imran kemudian melepaskan genggaman tangannya dari lengan Elysa.Nanti apa pula orang cakap.

"Dahlah.Aku malas nak bertekak dengan kau." Kata Elysa kemudian meninggalkan Imran bersendirian di situ.

'Patutlah aku macam pernah nampak dia...'bisik hati kecil Imran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience