BAB 2

Humor Series 28108

” Kau ni sama macam mak kau…lembap…bodoh.…” Tengking Karim. Kepala Zulaika di tunjal berulangkali. Dia berasa berang apabila anak tirinya itu lambat membukakan pintu untuknya. Zulaika hanya diam membatu tanpa bersuara. Dia takut untuk bersuara dan menangis. Kalau terjadi demikian pasti dia akan kena lebih teruk dari tadi.

” Mana mak kau?” Soal karim kasar.

” Mak demam A…Ayah….” Jawab Zulaika terketar-ketar. Zulaika terlepas menyebutnya. Dia segera menutup mulutnya menyedari kesilapannya sebentar tadi. Sudah beberapa kali dia ditegur dan ditengking kerana melakukan kesilapan yang sama apabila menyebut perkataan keramat itu ‘Ayah’.

” Siapa ayah kau? Siapa? Aku bukan ayah kau.” Tengking Karim darahnya kembali mendidih. Dia menarik kasar tangan Zulaika membuatkan anak kecil itu menjerit kesakitan.

” Sakit…Sakit…” Rintih Zulaika berulang kali. Tetapi tidak dipedulikan rintihan anak kecil itu. Zulaika sudah mula menangis teresak-esak.

” Abang…Lepaskan anak saya. Lepaskan Zulaika.” Jerit Zarina yang tiba-tiba saja keluar dari biliknya. Digagahkan kakinya melangkah untuk mendapatkan Zulaika walaupun keadaan amat lemah ketika itu.

” Huh…anak kau ni tak guna.” Dia lantas menolak Zulaika sehingga jatuh dan terus melangkah keluar dari situ tanpa mempedulikan panggilan isterinya.

Air mata Zulaika tiba-tiba menitis tatkala mengingati peristiwa itu. Perlahan-lahan diseka air matanya itu yang semakin laju menuruni pipinya. Dia berusaha kembali ke alam nyata. Dia sudah sedaya upaya menghapuskan bayangan hitam itu tetapi ia tetap segar diingatannya sehingga kini. Hatinya dan jiwanya terasa pedih. Aku benci lelaki itu. Aku benci dia…. Jerit Zulaika di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience