01

Fanfiction Series 773

" Not every princess will be
treated as one "

°Lilith°POV

Hari ke-3650;musim bunga,

Hari ini adalah hari yang paling aku nak elak. Aku harap semua ni mimpi je.

Aku melihat sekeliling bilik aku,kalau-kalau ada barang yang tertinggal. Barang? Heh,kau mana ada barang Lily.

BANG!

Bunyi pintu bilik aku dihempas memberhentikan lamunan aku tadi.

Tiga orang knight berjubah merah memandang aku dengan pelbagai ekspresi?

Yang kat tengah pandang aku,macam aku ni najis.

Yang kat kanan pula,muka dia nampak pucat dan berpeluh? Entahlah.

Yang kiri pula,err...pandang aku pun tak,macam dia tengah berangan pun ada.

Knight yang berada kat tengah mengeluarkan sesuatu yang berwarna putih.

"The first princess of the Astrea Kingdom,Lilith de Astrea. Hari ini kau akan dibebaskan daripada hukuman dikurung selama 10 tahun"

Sepuluh tahun,sepuluh tahun aku dikurung dalam tempat ni,dan disini jugalah aku membesar.

Akhirnya...
Aku mengenggam tangan aku.

"Your Highness,sila ikut kami ke istana"

Ketiga-tiga knight tersebut memberi laluan kepada aku menuju ke luar pintu.

Perlahan-lahan aku membuka langkah,menuju ke dunia luar yang langsung aku tak tahu.

Ya,yang langsung aku tak tahu.

Dimana ada neraka bersama syaitannya yang sedang menunggu aku.

•Continue...

[Ending Preview]

want to read more? Link°

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience