BAB 3

Romance Series 19223

BAB 3

“ Pak Brahim!” jeritan Malik memecah keheningan rumah kayu milik Pak Ibrahim di hujung jalan. Terkocah-kocah lelaki separuh abad itu keluar dari perut rumah sambil mengenakan bajunya.

“ Ada apa datang rumah pak cik ni jerit-jerit?” Pak Ibrahim duduk di anak tangga sambil menjamah wajah Malik yang kemerahan seperti menahan kemarahan itu.

“ Kenapa pinangan saya di tolak?” Malik menyoal ingin tahu.

“ Hanisha yang tak mahu, pakcik nak buat apa? Pak cik dah bagitahu dah dengan ayah kamu” Jelas -Pak Ibrahim bersungguh-sungguh.

“ Saya tak kisha dengan jawapan Hanisha. Saya nak kahwin dengan Hanisha, samaada dia setuju ataupun tidak” Ujar Malik separuh menjerit.

“ Ya ALLAH Malik. Cuba bawak mengucap” Pak Ibrahim menggelengkan kepalanya. Bukan dia tidak tahu dengan perangai baran si Malik, cuma kali ini barannya itu agak berbeza. Lain dari yang sebelumnya.

“ Pak Cik nak buat macamana kalau Hanisha tak nak jadi isteri kamu. Takkan pak cik nak paksa dia..”

“ Kalau dah terpaksa, paksa je lah! Itu pun nak kena ajar ke?” Tengkingan Malik membuat Pak Ibrahim mengucap panjang dalam hati.

“ Hanisha tu bukan budak kecik lagi, Malik. Pak cik yakin dia tahu untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk untuk diri dia. Dengan perangai kamu yang macam ni, pak cik pun setuju dengan tindakan anak pakcik untuk tidak menerima pinangan kamu” Pak Ibrahim mengangkat punggungnya semula, bermiat untuk masuk kedalam rumah.

“ Pak cik jangan lupa dengan apa yang dah ayah dan mak saya bagi dekat keluarga pakcik! Pak cik jangan lupa tu!” Malik mengunjukkan jari telunjuknya ke arah Pak Ibrahim dengan rasa marah yang mencengkam ke seluruh tubuhnya.

“ Pak Cik tak pernah lupa Malik. Pak cik ingat. Sebab tu Pak Cik masih cuba ubtuk memujuk Hanisha untuk berkahwin dengan kamu, tapi Malik.. pakcik lebih rela mati dari mengahwinkan anak pakcik dari lelaki yang tak tahu sopan santun dan beradab macam kamu. Pakcik bukan muda lagi Malik. Pak cik dah tua. Lebih lagi makan garam dari kamu. Jadi pakcik tak nak anak pakcik satu-satunya hidup merana sebab sikap dan perangai kamu ni” Hujah Pak Ibrahim panjang lebar.

“ Pak Brahim jangan nak menaikkan darah saya…” Suara Malik semakin meninggi.

“ Sudahlah Malik. Pergilah balik. Pak cik nak solat zohor” Pak Ibrahim malas untuk menunggu lama. Enggan menambahkan api amarah Malik yang menggunung itu.

“ Kurang ajar punya orang tua. Dasar tak mengenang budi. Takpa! Aku akan pastikan Hanisha tu kahwin dengan aku walaupun secara paksa” Malik meludah ke lantai sebelum beredar dari situ.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“ Awak buat apa tadi?” Hariz menyoal Hanisha sebaik sahaja gadis itu berdiri di hadapannya di restoran milik resort. Hariz meletakkan semula sudu yang ada di tangannya di atas pinggan yang berisi santapan tengahhari yang masih belum lagi d usik itu. Pemuda itu menjamah wajah Hanisha sambil menyandarkan tubuhnya di kerusi.

“ Tolong Damia” Hanisha menjawab ringkas.

“ Kenapa nak kena tolong dia sedangkan awak kerja untuk saya? Saya dah cakap dekat awak yang awak kena standby 24 jam untuk saya”

“ Saya mintak maaf Encik Tengku..” Hanisha menunduk.

“ Hmmm” Hariz serba salah.

“ Awak dah makan?” Hariz menukar topik perbualan.

“ Dah tadi..”

“ Awak tak payah nak bohong. Have a sit! Makan dengan saya” Hariz melontarkan pandangan matanya ke arah kerusi kosong di hadapannya sebagai isyarat agar Hanisha mengambil tempat duduk itu.

“ Eh tak apa Encik Tengku. Saya boleh berdiri je..” Hanisha menolak pelawaan Hariz pantas.

“ Saya cakap duduk, duduk jelah. Saya tak makan orang” Hariz mencapai semula sudunya.

Hanisha menoleh ke arah kiri dan kanan. Pandangan mata staff restoren membuatkan dirinya menjadi tak keruan. Pasti akan ada cerita yang tak elok muncul nanti apayah lagi yang ada di hadapannya sekarang adalah CEO resort itu. Pasti terbakar telinganya mendengar kata-kata hinaan dan cacian nanti.

“ Tak payah nak sibuk perhati orang lain” Hariz berbicara lagi.

“ Encik Tengku, tak manis kalau saya duduk dengan Encik Tengku kat sini. Nanti apa pulak orang lain cakap” Hanisha menyatakan kegusaran hatinya.

“ Saya baru je cakap tadi kan? Tak payah nak sibuk pasal orang lain. Saya suruh awak makan dengan saya, bukan saya suruh awak buat benda yang tak elok dengan saya” Hariz mendengus

Hanisha mengalah, walaupun gadis itu teragak-agak untuk melabuhkan punggungnya di kerusi. Air liur yang melekat di tekaknya cuba di telan walaupun agak berat.

“ Saya tak tahu awak nak makan apa jadi saya cuma pesan apa yang paling sedap kat sini”

“ Dia dah pesan? Jadi dia memang dah plan nak aku makan dengan dia?”bisik Hanisha di dalam hati.

“ Awak balik kerja guna apa?” Hariz menyoal tanpa menjamah wajah Hanisha. Sibuk menolak nasi dengan garfu ke dalam sudu.

“ Motor..”

“ Reti ke awak bawak?”

“ Kalau tak reti, tak adanya aku sampai kat sini. Soalan apa benda la mamat ni bagi kat aku” Dengus Hanisha perlahan.

“ Retilah Encik Tengku” Hanisha senyum kelat.

“ Esok kalau awak nak balik ke rumah, tinggalkan je motor tu kat resort”

“ Haaaa?? Kalau saya tinggalkan motor tu, saya nak balik naik apa?” Hanisha agak terkejut.

“ Saya hantar awak balik”

“ Kenapa pulak nak hantar saya? Eh.. tak payah nak susah-susah Encik Tengku. Saya boleh balik sendiri” Pintas Hanisha.

“ Awak tak sudi?” Duga Hariz.

“ Bukan tak sudi Encik Tengku. Nanti apa pulak kata ayah saya bila Encik Tengku hantar saya balik”

“ Biarlah dia nak kata apa..”

“ Biarkan?” Hanisha berkerut.

“ Ayah saya tu tak suka kalau ada lelaki hantar saya kat rumah tau. Ayah saya ni garang. Macam harimau. Kalau silap haribulan, Encik Tengku pun di terkamnya” Hanisha cuba untuk menakutkan Hariz.

“ Gila ke apa nak jumpa dengan ayah aku? Dia ingat ayah aku tu ketua kampung ke? Suka-suka dia je nak jumpa” Hanisha geram.

“ Saya datang dengan niat baik, bukan dengan niat jahat. Awak je yang anggap saya pasang niat yang tak elok”

“ Niat?” Hanisha kebingungan.

“ Ye lah. Awak kan nak kahwin dengan saya” Hariz menjamah wajah Hanisha bersungguh-sungguh.

“ Jap! Jap! Siapa yang nak kahwin dengan Encik Tengku tadi? Saya??” Hanisha ketawa di hujung ayatnya.

“ Pandai betul Encik Tengku ni bergurau. Dulu memang nak masuk maharaja lawak ke?” Hanisha geli hati.

“ Apa yang lucunya. Tak ada yang lucu kalau pasal kahwin. Benda tu serius..”

Hanisha menghentikan tawanya. Jiwannya kembali tidak keruan. Sinar mata yang ada pada kedua bebola mata Hariz itu jelas menunjukkan yang pemuda itu tidak bergurau dengan ayatnya.

“ Saya nak jumpa dengan ayah awak sebab saya nak awak kahwin dengan saya” Hariz menekan setiap patah perkataan yang lahir dari bibirnya.

“ Saya tak nak kahwin dengan Encik Tengku. Saya dah ada pilihan sendiri”

“ Siapa? Si Ameer tu?” Hariz senyum sinis.

“ Dia suka ke dekat awak?” Hariz memerli.

“ Habis tu, Encik Tengku nak kahwin dengan saya, Encik Tengku tu suka ke dekat saya?” Hanisha menembak.

“ Soon!” Hariz senyum.

“ Nah! Jawapan Encik Tengku tu jelas menunjukkan yang Encik Tengku belum ada rasa suka dekat saya jauh sekali nak cintakan saya.. jadi whats the point Encik Tengku nak kahwin dengan saya?” Hanisha mulai merasai kemenangan. Pasti Hariz tidak bisa untuk menjawab soalannya tadi..

“ Sebab awak Hanisha Sofea..” Hariz memandang Hanisha dengan pandangan mata yang dalam dan penuh makna. Jantung Hanisha bagaikan ingin jatuh. Jika dia memerhatikan lebih lama Hariz, dia pasti akan jatuh hati dengan pemuda itu. Renungannya itu bisa membuat mana-mana gadis cair. Hanisha segera melarikan pandangan matanya.

“ Macam ni lah Encik Tengku, kalau Encik Tengku nak sangat kahwin, saya dengan rela hati carikan Encik Tengku jodoh. Encik Tengku cakap je perempuan yang macam mana jadi pilihan hati Encik Tengku.. nak gemok ke, kurus ke.. cantik ke.. seksi ke.. Encik Tengku cakap je yang mana Encik Tengku suka” Hanisha tampak bersungguh-sungguh dengan ayatnya.

“ Saya nak awak” Hariz memintas.

“ Eeeeee… kenapa dengan mamat ni? Dia dah gila ke? Kenapa dia terdesak sangat nak kahwin dengan aku? Aku tahulah aku cantik tapi tak oayah la sampai desperate sangat” Hanisha menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“ Saya tak nak kahwin dengan Encik Tengku. Titik!” Hanisha bangkit dari kerusinya. Langkahnya melaju. Tidak mahu menoleh ke belakang.

“ Sayanggggg?” Hariz memanggil.

Hanisha menoleh!

“ Yang kau toleh tu dah kenapa? Kau SAYANG dia ke?” Hanisha memaki dirinya sendiri. Sempat gadis itu menepuk dahinya sebagai tanda kesalnya. Matanya spontan memerhatikan keadaan sekeliling. Arghhh! Pasti satu resort akan dok bercerita mengenai hal itu nanti. Hanisha menutup wajahnya dengan hujung tudungnya. Malu!

Hariz mengatur langkahnya menuju ke arah Hanisha.

“ Awak lupa sesuatu..” Hariz menyuakan telefon bimbit milik Hanisha di telapak tangannya.

“ Kau ni Sha. Memang makan semut ke? Macamana kau boleh lupa benda sebesar tu” Hanisha cuba untuk mencapai telefon bimbit yang berada di dalam genggaman Hariz namun sepantas kilat pemuda itu meletakkan telefon bimbit itu ke dalam poket seluar kanannya.

“ Saya punyaaa…” Hanisha menggigit bibirnya.

“ Awak nampak seksi buat macam tu tadi” Hariz selamba berbisik di telinga Hanisha. Terlopong gadis itu saat Hariz begitu dekat dengannya.

“ Kalau awak nak telefon awal balik, jumpa saya dekat pool petang nanti. Tepat pukul 5” Hariz berlalu meninggalkan Hanisha yang kaku di situ dengan senyum lebar hingga ke telinga.

~~~~~~~~~~~~~~~~

“ Assalamualaikum” laungan salam dari bawah mengejutkan Pak Ibrahim yang baru selesai solat Asar.

“ Waalaikumsalam” salam itu di jawabnya usai mengamikan doanya.

“ Siapa pulak yang datang ni?” Pak Ibrahim melipat dua sejadahnya dan membiarkan sejadah itu di lantai. Tubuh tua nya di angkat perlahan. Lututnya tidak seperti dulu. Ia memerlukan mata untuk di luruskan.

“ Pak Ibrahim?”

“ Tengku Iskandar..” Terkocah-kocah lelaki itu menuruni anak tangga menuju ke lama sebaik terpandang wajah bekas majikannya itu.

“ Apa khabar Pak Brahim?” Sapa Tengku Fauziah yang baru sahaja keluar dari kereta.

“ Eh Tengku Fauziah pun ada” Pak Ibrahim membalas huluran tangan yang di hulurkan oleh Tengku Iskandar. Tanpa sengan Tengku Iskandar menarik tubuh Pak Ibrahim ke dalam dakapannya.

“ Lama dah kita tak berjumpa ye?” Tengku Iskandar menepuk-nepuk lembut belakang Pak Ibrahim ramah.

“ Dah dekat 10 tahun Tengku” Pak Ibrahim kedengaran agak sebak.

“ Kami datang ni ada hajat Pak Brahim” Tengku Fauziah bersuara sekaligus merungkaikan pelukan suaminya dan Pak Ibrahim.

“ Hajat? Hajat apa tu?”

“ Eh.. kalau macam tu, naiklah dulu. Kita bincang kat dalam” Ajakan Pak Ibrahim di sambut dengan anggukan oleh pasangan itu.

“ Sebenarnya kami datang ni nak meminang anak Pak Brahim untuk anak kami” bicara Tengku Iskandar sebaik sahaja 3 cawan kopi hangat di hidangkan di hadapannya.

“ Meminang?” Pak Ibrahim duduk. Cuba mendalami maksud ayat yang keluar dari bibir bekas majikannnya itu.

“ Ye. Meminang Hanisha Sofea untuk anak kami, Hariz Mikhail” Ujar Tengku Fauziah tanpa berselindung.

“ Tapi.. Hanisha tak kenal dengan Hariz..” beritahu Pak Ibrahim.

“ Jangan risau Pak Brahim. Kami tengah memperkenalkan mereka berdua” Tengku Fauziah tersengih.

“ Tapi kenapa Hanisha Tengku? Dia tu anak orang kampung. Orang biasa-biasa je. Mana nak di bandingkan dengan anak Tengku yang ada pangkat dan nama tu. Pelajaran pun setakat SPM je. Malu nanti kalau kaum kerabat Tengku mengata” Pak Ibrahim menunduk segan.

“ Ya ALLAH Pak Brahim. Kami berdua ni lansung tak pandang semua tu. Budi bicara dan sopan santun Hanisha yang menarik hati kami berdua untuk jadikan dia menantu kami. Tak terlintas pun di hati kami berdua untuk memilih yang ada nama dan harta” Tengku Iskandar berbicara jujur.

“ Tapi..” Pak Ibrahim kehilangan kata-kata.

“ Kami dah jumpa dengan Hanisha. Kebetulan dia kerja dekat resort milik kami. Walaupun tak lama mengenali Hanisha tapi kami yakin dengan pilihan kami. Hanisha memang sesuai untuk mendampingi Hariz “ Tambah Tengku Iskandar.

“ Tapi, Hanisha belum tahu lagi benda ni. Dia tak tahu pun dengan Tengku Hariz..”

“ Itu bukan masalah yang besar Pak Brahim, yang penting Hanisha setuju. Saya yakin Hanisha boleh menjadi isteri yang baik buat Hariz, begitu juga dengan Hariz. Dia mampu untuk jadi suami yang hebat untuk Hanisha. Walaupun dia pernah gagal dalam perkahwinan dia yang sebelum ni” wajah Tengku Fauziah berubah keruh.

“ Saya tak permasalahkan hal yang itu Tengku. Saya sendiri maklum akan peribadi Tengku Hariz. Dia memang seorang lelaki yang baik. Saya tak risau kalau anak tunggal saya bersuamikan seorang lelaki seperti Hariz. Hariz dapat di harap untuk menjaga Hanisha. Masalahnya, mahu ke mereka berdua hidup sebagai suami isteri sedangkan tak ada perasaan cinta dalam hati dorang?” Pak Ibrahim menyatakan kegusarannya.

“ Cinta dapat di pupuk setelah berkahwin Pak Brahim. Anak kami, si Hariz tu setuju dengan cadangan kami. Lansung tak menghalang” Tengku Fauziah cuba meyakinkan bakal besannya.

“ Emm.. saya ni tak ada masalah Tengku. Tapi.. nantilah saya bincangkan hal ni dengan Hanisha” Pak Ibrahim menghembus nafasnya. Hatinya menjadi berbelah bagi. Baru tadi siang dia menolak lamaran Malik. Tok Ketua dengan Tengku Iskandar adalah dua insan yang banyak membantunya. Hatinya menjadi berbelah bagi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“ Cik Hanisha?” seorang staff yang mengenakan pakaian yang di khaskan untuk bahagian urusan tetamu menyapa Hanisha yang baru sahaja tiba di tingkat atas resort menerusi pintu lift.

“ Ye, saya” Hanisha senyum nipis.

“ Tengku Hariz menunggu di pool. Sila ikut saya” Bicara gadis itu pemuh ramah.

Hanisha tidak membantah. Mengekori langkah gadis itu tanpa banyak bicara.

“ Sunyi je pool ni? Renovation ke?” Hanisha bersuara sambil kedua belah matanya meliar memerhatikan suasana sunyi yang menyelubungi kolam renang itu. Tak ada kelibat seorang manusia pun yang ada di kawasan itu. Mana perginya?

“ Tengku Hariz tak nak ada sesiapa yang mengganggu dia dan Cik Hanisha. Dia minta Cik Hanisha tunggu di sini sementara dia pergi tukar pakaian. Saya mintak diri dulu” Gadis itu senyum penuh makna. Gadis itu beredar lalu menghilang di balik pintu utama yang di tutupnya rapat.

“ Drama apa pulak mamat perasan kacak ni nak buat dekat aku? Jangan pulak dia buat benda yang tak elok kat aku” gumam Hanisha sendirian.

“ Apa yang awak leterkan tu?” Suara Hariz kedengaran dari belakang.
Hanisha berpaling. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati pemuda itu tidak mengenakan sebarang pakaian, hanya seluar pendek paras paha berwarna hitam. Sepantas kilat Hanisha memejamkan kedua belah matanya sambil menutupnya dengan kedua belah tangannya.

“ Dia nak buat pengambaran untuk iklan seluar dalam ke?” Hanisha mengomel sendirian.

“ Ya ALLAH! Selamatkanlah penglihatan mata hambaMu ini. HambaMu ini bukan sengaja Ya ALLAH! HambaMu yang satu lagi ni yang bersalah. Dia buat pertunjukan pulak di hadapan hambaMu yang tak berdosa ni” Hanisha mengangkat kedua belah tangannya ke udara. Memohon keampunan dari Maha Pencipta.

“ Awak okey ke tak?” Hariz tanpa sedar kini sudah di hadapan Hanisha.

“ Dia depan aku pulak!” Gumam Hanisha lalu berpaling membelakangi Hariz.

“ Hei.. ni peluang awak untuk tengok badan saya tau. Kenapa nak tengok tempat lain?” Hariz mengusik.

“ Bagi free pun aku tak naklah. Ya ALLAH!” Hanisha menghentak-hentak kedua belah kakinya silih berganti menahan kegelian.

“ Tengoklah kat sini. Tak payah la awak nak malu.. tak ada siapa kat sini. Saya janji saya tak bagitahu dekat orang yang awak tengok badan saya ni” Makin ligat Hariz mengenakan Hanisha. Geli pulak hatinya melihat Hanisha yang bagaikan cacing kepanasan itu.

“ Encik Tengku, kalau Encik Tengku nak show off badan Encik Tengku tu, lebih baik Encik Tengku masuk pertandingan bina badan. Kat situ ada ramai yang nak tengok persembahan dari Encik Tengku secara percuma. Saya ni tak nak tengok badan Encik Tengku yang.. yang…”

“ Yang apa?” Hariz berdiri mengejut di hadapan Hanisha.

“ Yang kacak seksi berketul-ketul tu” Hanisha kaget. Segala apa yang ada dalam kotak fikirannya terhambur keluar. Hanisha mengetuk kepalanya sekaligus menyalahi dirinya yang secara terang-terangan memuji bentuk fizik tubuh Hariz.

“ Betul ke seksi?” Hariz berbicara seakan berbisik. Semakin mendekat ke wajah Hanisha.

“ Tak payah la nak dekat-dekat Encik Tengku. Cakap je macam biasa. Saya belum pekak lagi. Saya dengar apa yang Encik Tengku cakap walaupun Encik Tengku 100 meter di depan” Hanisha menapak ke belakang.

“ Wall.. kalau macam tu. Saya rasa awak tak ada masalah pendengaran kalau saya kahwin dengan awak nanti” Hariz meletakkan tuala yang ada di dalam tangannya di atas kerusi di tepi kolam renang.

“ Awak pandai berenang?” Hariz menyusun langkat menuju ke pinggir kolam.

“ Pandai” Entah kenapa mulut Hanisha selamba mengatakan ayat itu walhal dirinya tidak bisa untuk berenang. Mungkin kerna dia malas untuk menjawab soalan Hariz nanti. Pasti lelaki itu akan bertanyan banyak hal mengenai dirinya yang tidak tahu berenang. Pasti Hariz akan mentertawakan dirinya. Yelah! Dah besar panjang mustahil tak tahu berenang.

“ Nak berenang dengan saya?”

“ Ceh! Dia ingat aku nak itik ke? Nak bercintan-cintun dalam air?” Desis hati kecil Hanisha.

“ Saya tak ada mood nak berenang. Lagipun saya tak berenang dengan lelaki. Saya ni wanita yang menjaga aurat saya Encik Tengku” Hanisha memerli.

“ Oh ye ke? Saya ingatkan awak dah tak sabar nak berenang dengan saya tadi” Hariz terjun ke dalam kolam dengan penuh bergaya.

“ Perasan! Siapalah nak berenang dengan dia” Hanisha menjeling tajam.

“ Sayang?” Panggilan dari Hariz mematikan lamunan gadis itu yang sedari tadi memerhatikan Hariz berenang. Dari hujung ke hujung kolam yang lain. Entah berapa pusingan pun dia sendiri tidak pasti.

“ Tolong saya ambilkan tuala tu” pinta Hariz sambil menghulurkan tanggannya di tepi kolam.

Hanisha bangkit dari kerusinya. Mencapai tuala yang di maksudkan oleh Hariz tanpa banyak bicara. Sebolehnya dia mahu lekas beredar dari situ. Rindu rasanya untuk kembali bekerja bersama Damia. Pasti temannya itu kesusahan semenjak ketiadaan dirinya. Pasti teruk dia di marahi oleh Cik Mona. Bosan rasanya bekerja di bawah Hariz. Tak punya kawan untuk berbicara. Tak punya kawan untuk bergelak tawa.

“ Nah!” Hanisha menghulurkan tuala ke arah Hariz namun belum sempat Hanisha melepaskan tua itu, tak semena-mena Hariz menarik tuala itu ke arahnya, hingga menyebabkan gadis itu terjatuh ke dalam kolam.

Hariz tersenyum puas hati. Niatnya untuk mengenakan Hanisha membuahkan hasil. Sempat pemuda itu menolak-nolak air ke wajah Hanisha, namun pemuda itu menjadi pelik. Hanisha bagaikan terkapai-kapai di dalam air mencari udara.

“ Saya tak tahu berenang.. “ Suara itu tenggeleam timbul. Hariz panik saat tubuh itu mulai tenggelam ke dalam air. Sepantas kilat pemuda itu berenang menghampiri Hanisha lalu menarik pingang gadis itu ke arahnya.

“ Apa ni?? Awak cakap awak pandai berenang!” Marah Hariz. Tubuh Hanisha di tarik ke atas. Meliahta tiada respon dari gadis itu membuat Hariz membaringkan Hanisha di lantai.

“ Awak!” Berulang kali Hariz memanggil gadis itu. Bahu Hanisha turut di goyang sebagai niat untuk membangunkan gadis itu. Hariz menjadi semakin panik. Pemuda itu tidak punya pilihan lain.

Dengan tidak menunggu lama, Hariz menyatukan bibirnya ke bibir Hanisha. Di hembuskan berulang kali, berharap agar gadis itu cepat tersedar.

“ Awak okey tak?” Hariz meyoal sebaik sahaja Hanisha terbatuk dan memuntahkan air kolam yang memasuki mulut serta hidungnya.

“ Awak cakap tadi awak pandai berenang! Kenapa awak nak bohong?” Hariz memarahi Hanisha.

“ Mamat ni bukan nak risaukan aku, dia marahkan aku adalah!” Hanisha memandang pemuda di hadapannya tajam.

“ Mata tu bukan main tajam lagi tengok saya” Hariz menyambung ayatnya serentak mencuit hujung hidung Hanisha geram.

“ Kenapa tarik saya dalam kolam?” entah kenapa hati gadis itu bagaikan tisu. Airmata mengalir tanpa di duga membasahi wajahnya yang sudah sedia basah dek air kolam. Rengekan gadis itu mengejutkan Hariz yang agak kaget dengan reaksi yang di pamerkan oleh Hanisha padanya.

“ Saya.. saya fikir awak pandai berenang.. haaa.. tu lah awak! Selalu sangat nak mengata saya dari belakang” Hariz kembali memarahi Hanisha.

“ Macam tak bersalah pulak dia” Hanisha membebel sendirian.

“ Tengok tu! Tengoklah! Asyik nak mengata saya je” Hariz mengunjuk ke arah bibir Hanisha.

“ Macamana saya nak balik ni?” Gadis itu lembali merengek.

“ Balik? Awak balik jelah. Apa yang susahnya?”

“ Nanti apa orang cakap kalau tengok saya keluar dari kolam renang basah kuyup macam ni?” Rengekan Hanisha semakin menjadi.

“ Habis awak nak saya buat apa? Nak saya angkatkan awak keluar ke?” Hariz sama sekali tidak menyangka yang gadis di hadapannya itu akan bertindak sedemikian rupa.

“ Mana telefon saya?” Hanisha menghentikan rengekannya.

“ Ada.. ada” Hariz berlari anak menuju ke arah pakaiannya yang ada di dalam beg yang berada tidak jauh dari situ.

“ Awak nak call sapa?” Hariz menyoal ingin tahu saat menghulurkan telefon bimbit yang di sitanya siang tadi.

“ Saya nak telefon polis” Marah Hanisha geram.

“ Haaaa.. elok sangatlah tu. Panggilkan sekali Tok Kadi. Senanglah nak kahwin free” Hariz kembalik mengusik.

“ Jangan nak perasan sangatlah Encik Tengku. Saya nak call Damia. Nak suruh dia hantarkan baju untuk saya. Takkan saya keluar dari sini dengan baju yang basah macamni” Hanisha mengerling tajam.

“ Hmmm.. Saya ingatkan awak dah surrender nak kahwin dengan saya tadi” Hariz bangun. Di capainya tuala kering yang berada tidak jauh dari situ. Di bukanya selebar-lebarnya lalu di sangkutkan kemas ke bahu Hanisha. Gadis itu menoleh ke belakang. Agak tersentuh dengan tindakan Hariz namun dia tidak menunjukkan sebarang perubahan riak wajah. Cuba berlagak selamba yang mungkin.

“ Lain kali tak payah nak bohong saya. Saya tak suka. Kalau jadi apa-apa kat awak, saya nak cakap apa dekat ayah awak” Hariz mengeluh kesal.

“ Siapa suruh Encik Tengku tarik saya ke dalam kolam tu tadi?” Jerkah Hanisha kembali marah. Hilang serta merta rasa tersentuhnya tadi.

“ Awak cakap awak pandai berenang. That is why saya tarik awak”

“ Alasan tak masuk akal” bisik Hanisha perlahan.

“ Tengok! Tengok! Sebab tu lah saya tarik awak ke dalam kolam. Sebab awak suka mengata saya dari belakang. So I just want to gave u a lesson” Hariz bercekak pinggang.

“ Kalau pun Encik Tengku marahkan saya, tak perlulah sampai nak tarik saya ke dalam kolam tu. Saya dan Encik Tengku bukan muhrim tau. Tak elok kalau orang lain tengok kita berdua macam tu. Nanti timbul fitnah.. Encik Tengku tahu tak dengan maksud fitnah. Lebih besar dosanya dari membunuh” Hujah Hanisha panjang lebar.

“ Kalau awak tak nak orang taburkan fitnah dekat awak, kahwin je dengan saya. Habis cerita” ujar Hariz bersahaja.

“ Encik Tengku ni dah kenapa erk? Sejak pertama kali saya jumoa dengan Encik Tengku, Encik Tengku asyik ajak saya kahwin je. Encik Tengku dah kemaruk nak kahwin dah ke?” Hanisha sepantas kilat berdiri. Tuala yang ada di bahhunya terjatuh ke lantai. Basah jadinya dek terkena air yang ada di pinggiran kolam.

“ Salah ke kalau saya nak kahwin dengan awak?”

“ Salah tu tak. Cuma masalahnya sekarang, Encik Tengku sedar ke apa yang Encik Tengku cakap tu?”

“ Sedar dan saya dalam keadaan waras..”

“ Tak! Encik Tengku tak sedar. Agaknya Encik Tengku masih lagi bermimpi di siang hari”

“ Saya tak bermimpilah Hanisha. Saya sedar. Saya waras dan saya tahu dengan apa yang tengah saya cakap…”

“ Susah betullah nak bercakap dengan orang yang tak faham bahasa ni” Hanisha mendengus. Gadis itu ingin berlalu namun pergelangan tangan kanannya di tarik Hariz dari belakang.

“ Saya serius dengan apa yang saya cakap. Saya tak main-main” Ujar Hariz perlahan, namun oenuh makna. Pandangan dalam Hariz itu membuat Hanisha bungkam. Kehilangan kata-kata.

Bermimpikah dirinya? Dia di lamar oleh seorang lelaki yang umpama putera raja dari kayangan. Memiliki segalanya tak kurang satu pun. Hariz adalah contoh calon suami yang di dambakan oleh setiap wanita yang ada di Malaysia ini tapi kenapa dirinya? Kenapa dirinya yang di kejar? Mana perginya gadis cantik lain yang ada di Malaysia? Mana hilangnya gadis yang sedarjat dan setaraf dengannya. Lelaki seperti Hariz, petik je jari berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus anak dara yang akan beratur untuk menjadi suri hatinya.

“ Kau jangan nak bermimpi di siang hari Hanisha. Hanya lelaki sebodoh Malik je yang sanggup memperisterikan kau. Bagi Hariz, kau hanyalah mainan dan boneka untk dia mengisi kebosanan hidupnya” Hanisha cepat-cepat menyedarkan dirinya sendiri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

bab 3 guys!! Hope u like it.. hehehe.. sorry malam tadi tak sempat nak uplod laa.. pasti uplod 2 lagi.. heheheheh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience