Chapter 23

Romance Completed 71888

"Assalamualaikum." Laung zarif sebaik sahaja dia masuk . "Bini aku mana eh? Hemm. " bisik hatinya , banyak kali melaungkan Salam tapi takda pun pida sahut.

zarif membuka iphonenya, panggilan masuk dari mak mertuanya, "kenapa mak ni?" Bisik hatinya.

"Assalamualaikum." Zarif membuka membicara untuk membualkan kepada mak mertuanya.

"Waalaikumussalam , Zarif ni mak ni." Mak tipah memyuarakan suaranya.

"Yeaa mak . Kenapa? " hairan jugak dia.

"Pida ada kat sini , kamu ambik la dia. Selesaikan hal kamu." Kata mak tipah dengan suara mendatar. Takut takut kalau pida mendengarnya.

"Pidaa ada kat situ ? Okelah mak, nanti zarif ambil dia. " zarif mematikan perbualannya dengan mak mertua. Dia mengeluh perlahan.
**********

Pida duduk di ruang tamu , dilihatnya tv yang berada didepannya. Terdengar bunyi kereta , dia ke keluar lihat siapa. Rupannya zarif.

"Assalamualaikum." Zarif memberi salam , Mak tipah segera keluar. Pida pulak naik ke atas biliknya.

"Waalaikumusalam , eh zarif. Dah dah jum naik atas , pida ada kat atas tu." Kata mak tipah dengan gembira , dia mengambil tangan zarif dan membawa masuk ke dalam rumah.

"Mana pida mak?" Zarif melihat sekelilingnya , "mungkin pida masuk kedalam bilik kot." Bisik hatinya. Dia memerhati mak tipah yang naik ke atas untuk memanggil pida.

Tok tok !

Ketukan pintu membuatkan pida teragak agak nak membuka atau tidak. Akhirnya dia buka , dilihatnya mak tipah.

"Ada apa mak?" Kata pida. Dia boleh terima mak tipah sebagai maknya.

"Pergi ikut zarif balik." Kata mak tipah.

"Taknak." Pidaa menjawab , yelah dia taknak takyah la paksa paksa.

"Syurga dibawah suami. Bukan mak atau ayah kamu , ingat tu." Kata mak tipah dengan lembut.

Akhirnya pida turun ke bawah , Zarif berdiri dari tempat duduk. Senyum kepada pida tapi pida tidak membalasnya.

"Makk , pida pergi dulu." Kata pidaa , dia menyalam tangan mak tipah. Zarif pun begitu , mak tipah membisik sesuatu.

"Kamu kena bersabar zarif , mak tahu kamu ni penyabar. Pida tu ibarat nasi kerak disiram air. Lama lama lembut la tu." Bisik mak tipah , zarif hanya menanggukan kepala.

Sepanjang perjalanan , zarif dan pida masing-masing mendiam. Pida membuang pandang ke tingkap. Zarif hanya memerhati pida.

"Kenapa balik rumah mak tak bagitahu abang?" Tanya zarif dengan lembut.

"Aku taknak kacau , kau sibukan. Kerja polis , Sibuk tu ini " kata pida mendatar.

"Sekurang kurangnya bagitahu . Mesej ke , Ws ke . Ada fon kan ? Takkan tak pandai guna ." Kata zarif dengan lembut.

"Taknak la aku. Hadap kau pun aku dah meluat , nak mesej bagai. Aku nak kau ceraikan aku. " Kata pida dalam nada marah , Zarif memberhentikan kereta di simpang dengan brek mengejut.

"Dah kenapa ! Nak bunuh aku ke apa? Kalau nak bunuh diri jangan heret aku !" Tengking pida. Siapa terkejut kan.

"Jijik sangat ke abang ni sampai abang nak sentuh pida pun pidaa marah ! Jijik sangat ke pida ! Abang ni anjing ke apa sampai pida nak dekat dengan abang , nak hadap dengan abang pun bukan main susah ! Jawab ! " tengking zarif , di pukulnya stereng kereta. Tahap kesabarannya sampai tahap maksimum.

Pida mengalirkan air mata. Dia pun tak tahan dengan semua tu .

"Sebab tu aku nak minta cerai ! Sebab aku jijik tengok kau ! Sebab aku benci kau ! Sebab kau , hafiz hilang kemana . Dia tinggalkan aku . Sampai hati kau makan kawan kau sendiri ! Dan sebab kau jugak laaa . Kau sebar fitnah semua tu . Aku nak carai ! Susah sangat ceraikan aku ! Susah ke zarif hakimi ! " balas pida. Dia tak tahan , hatinya sakit. Zarif diam beristifar banyak banyak.

"Abang sayangkan pida." Ujar zarif dengan lembut. Tapi pida tidak mengendahkannya , baginya semua tu takde makna langsung !

**************

"Tahniah puan , puan mengandung 6minggu. Kena buat kerja yang ringan-ringan sahaja. Yea. " terngiang ngian kata doktor tersebut. Patut la seja akhir akhir ni dia morning sickness. Rupanya ada nyawa diperutnyaa.

"Ahhhhhhhhhh ! " pida melepaskan geramnya . Dia memang mengharapkan baby , tapi bukan dengan orang yang di bencinya.

Zarif pulang kerumah , dilihatnya pida baru keluar dari tandas. Mukanya pucat .

"Sayang kenapa ? Muka pucat semacam ni." Tanya zarif dengan risau. Pida hanya mengelengkan kepalanya.

"Takde apa apa la. Takyah risau , aku okey. Kalau kau nak makan . Aku dah masak. Kau makan la , aku nak rehat. " pida naik ke atas , dan masuk kebilik.

Zarif pulak tersenyum sendiri , walaupun pida ni ganas dengan dia, berkasar apa semua. Tapi dia tak pernah mengabaikan kerjanya sebagi isteri. Ni buat makin sayang ni. Zarif duduk di ruang tamu merehatkan badannya yang letih dan teramat letih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience