BAB 16

Romance Completed 4317

Selesai membaca al-Quran, Dahlia memanjat katil sebelum menghidupkan komputer ribanya. Ralit dia duduk di depan komputer itu sambil membaca bermacam-macam jenis artikel di internet.

Tiba-tiba, anak matanya tertancap pada satu artikel yang ‘Cinta’. Pantas hujung jarinya menekan papan sesentuh komputer riba untuk membuka artikel itu. Perlahan Dahlia membaca dalam hati.

Cinta adalah fitrah semulajadi yang wujud dalam diri setiap insan. Cinta itu suci dan dapat memberikan kebahagiaan.

Perasaan cinta yang wujud dalam hati itu tidak menjadi satu kesalahan kerana perasaan itu kurniaan Allah SWT.

Cuma yang menjadikan cinta itu terlarang, apabila manusia menggunakan anugerah itu semata-mata kerana menuruti hawa nafsu. Sebagai manusia dan hamba Allah, sudah pastilah kita perlu meletakkan cinta itu sejajar dengan kehendak Tuhan. Jadi, sudah pasti manusia perlu mendahulukan cinta kepada-Nya melebihi cinta sesama manusia sendiri.

Dengan adanya keutuhan cinta Allah di dalam hati, maka barulah kita mampu menjauhi bisikan syaitan yang bakal menjerumuskan cinta itu ke dalam kemaksiatan. Allah tidak mahu cinta dikekang dari hati manusia sehingga manusia hidup tanpa cinta di hati.

Bukan juga untuk dituruti sehingga kehilangan akaf fikiran. Namun, Allah mahukan setiap hamba-Nya menguruskan perasaan cinta sesama manusia dalam mentaati-Nya. Syariat Islam telah menetapkan tiada cinta yang lebih agung berbanding cinta kepada Allah.

Sekiranya kita sebagai hamba-Nya memahami konsep ini, pasti tidak akan timbul cinta terlarang sehingga manusia tergamak membelakangkan agama. Imam Al-Ghazali menyifatkan cinta sebagai unsur yang menyenangkan dan memberikan tarikan dalam hati manusia.

Manakala Ibnu Qayyim al-Jauziyah pula mengatakan cinta itu adalah satu perasaan suci, tenang dan mengasyikkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience