DCM: PROLOG

Romance Completed 76405

"MELATI, mak dan ayah melati dah tak ada. Mulai hari ni Melati kena tinggal dengan paksu dan maksu…" beritahu Paksu Khalid kepadaku.

Aku memandang wajah Paksu Khalid dan Maksu Murni silih berganti. Ya, aku tahu. Selepas ini, aku terpaksa tinggal bersama paksu dan maksu kerana mama dan papa baru sahaja meninggal dunia. Aku tiada tempat untuk pergi melainkan tinggal bersama mereka walaupun aku tahu maksu terpaksa menjaga aku.

"Ya, paksu…" balasku perlahan. Selamat tinggal mama, papa. Melati janji Melati akan melawat mama dan papa lagi, kataku dalam hati. Itu janji aku kepada mereka walaupun aku tahu entah bila dapat mengunjung pusara mama dan papa lagi.

Selesai sahaja urusan pengebumian mama dan papa seminggu yang lalu, kami balik ke rumahku untuk mengambil pakaian dan barang keperluan. Rumah ini akan menjadi kenanganku bersama mama dan papa tetapi aku terpaksa tinggal bersama paksu dan maksu. Aku risau jika nanti rumah ini akan menjadi hak milik mereka berdua, pasti aku tidak dibenarkan untuk tinggal di sini lagi.

"Cepatlah kemas, terhegeh-hegeh!" Tengking Maksu Murni dengan wajah yang garang.

Aku hanya mengangguk lemah. Ayunan tangan aku cepatkan. Risau jika nanti akan dimarahi oleh maksu lagi.

"Melati, kau dah siap ke belum? Cepat lah! Nanti kalau aku tinggalkan kau kat sini, berjalan lah kau balik rumah aku. Cepat!" Jerit Maksu Murni kuat.

Aku tersentak. Tergopoh-gapah aku menarik beg menuruni anak-anak tangga. Aku hanya mengambil sedikit sahaja pakaian di dalam almari. Yang aku boleh pakai setiap hari di asrama. Mungkin nasibku lebih baik kerana tinggal di asrama, jadi Maksu Murni tak akan berpeluang menyakitiku nanti. Aku tersenyum puas apabila memikirkannya.

"Kau ni kenapa slow sangat hah? Kau ingat aku ni tunggul ke asyik nak tunggu kau jer. Cepatlah masuk dalam kereta!" Tengking Maksu Murni lagi. Tangannya singgah di lengannku.

"Maksu, Melati sakit tau. Jangan lah…" rayuku perlahan.

"Aku kisah apa kau sakit ke tak. Kau bawa sendiri semua barang-barang kau. Aku bukannya orang gaji kau pun. Jangan nak manja sangat lah. Masa mama papa kau ada, boleh la dia orang manjakan kau, sekarang dia orang pun dah mati, pandai-pandai lah kau nak hidup," katanya lagi sengaja ingin menyakiti hatiku.

Berdesing telinga aku mendengar kata-kata maksu. "Maksu ni dah kenapa? Mama papa Melati baru jer meninggal, kenapa maksu nak kata kat arwah pula. Tak payah lah nak marah-marah, nanti Melati bawa lah semua barang Melati sendiri…" jawabku sedikit kasar.

"Kau ni memang kurang ajar kan. Patutlah mama papa kau mati, dia orang tak payah jaga anak kurang ajar macam kau," katanya menahan geram disusuli dengan cubitan kuat di pipiku.

"Sakitlah, maksu…" balasku. Aku menggosok-gosok pipi yang baru sahaja dicubit oleh maksu.

Pintu utama tiba-tiba ditolak daripada luar. Muncul Paksu Khalid sedang bercekak pinggang. "Tak siap lagi ke kemas tu?"

"Dah siap dah, paksu. Paksu, tolong Melati angkat barang-barang ni boleh?" kataku kepada Paksu Khalid dengan suara yang sengaja dilunakkan.

Maksu Murni memandang aku seperti ingin menelanku hidup-hidup. "Eh, mengada pula dia ni. Angkat lah sendiri. Tangan kau ni kau nak simpan buat apa?" marahnya lagi. Maksu cuba mencubit lenganku pula tetapi aku sempat lari bersembunyi di belakang paksu.

"Hisy dah dah la tu. Awak ni macam budak-budak lah." Tegur Paksu Khalid kepada maksu. "Melati nak bawa banyak ni jer ke? Kenapa sikit sangat barang ni? Nanti kang ada pula yang Melati tertinggal…" sambung paksu lagi.

"Nanti kan Melati boleh balik ambil barang Melati. Err Melati akan balik rumah ni lagi kan, paksu?" soalku ingin tahu.

Paksu dan maksu saling memandang. Maksu mencebik. Dia berpeluk tubuh dan bersandar pada pintu sambil memandang ke arahku.

Paksu menunduk dan memandang wajah aku. "Jauh kalau Melati nak balik sini. Melati ambil yang mana penting untuk Melati, paksu pun tak tahu bila lagi kita boleh balik rumah ni tapi paksu janji yang paksu akan bawa Melati bila Melati teringin nak datang sini…" kata paksu sambil tersenyum.

"Betul ke paksu? Hooray. Nanti Melati boleh balik sini lagi. Paksu janji okay, jangan tipu tau," kataku lalu tertawa.

"Promise…"

Paksu mengangkat ibu jarinya ke arahku dan aku menyentuh ibu jari paksu dengan ibu jariku. Kami mengikat janji. Paksu tidak pernah mungkir janjinya denganku. Aku sangat sayangkan paksu.

Maksu Murni menjeling ke arahku tetapi aku tidak pedulikan jelingannya. Aku sibuk mengangkat barang-barangku masuk ke dalam bonet kereta. Paksu membantu mengangkat semua barang. Maksu hanya berdiri sambil memeluk tubuh. Ternampak jelas kebencian diwajahnya tetapi aku tidak peduli kerana ada paksu yang akan menjagaku nanti.

"Makcik Suri, tolong tengok-tengokkan rumah ni yer. Saya amanahkan kepada Makcik Suri. Melati saya bawa tinggal bersama saya. Kalau ada apa-apa, telefon saya yer…" pesan paksu kepada Makcik Suri.

Makcik Suri menjaga rumah kami sejak mama dan papa berkahwin. Dia juga menjaga aku sejak daripada kecil. Sekarang, cuma tinggal Makcik Suri sahaja yang akan menguruskan rumah tersebut. Beberapa orang pekerja mama dan papa yang lain telah pulang ke rumah masing-masing.

"Mak, Melati nak pergi jauh ni. Mak tolong jagakan bunga melur kat belakang tu tau. Nanti Melati balik lagi," ujarku lalu bersalam dengan Makcik Suri.

Makcik Suri menyambut huluran salam. "Ya, Melati. Mak akan jaga bunga dan semua barang dalam rumah ni. Melati jangan risau yer. Baik-baik kat sana. Tolong apa yang patut. Dengar cakap paksu dan maksu tau. Melati jadi budak yang baik yer. Selalu-selalu la telefon mak…" katanya lalu memeluk aku.

Aku membalas pelukan Makcik Suri. Air mataku mengalir tanpa aku sedar. Aku pasti akan rindukan Makcik Suri. Dia lah pengasuh yang paling baik di dunia ini. Tidak pernah tinggikan suara terhadapku. Selalu ada di saat aku memerlukan teman untuk berbual dan ketika mama dan papa tiada di rumah.

"Ya, mak. Melati akan ingat pesan mak. Mak jaga diri tau. Jangan lupakan Melati," balasku dengan suara yang serak.

Makcik Suri menyeka air mata di pipiku dan melemparkan senyuman manis. Aku terpaksa melepaskan sesuatu yang aku sayang walaupun terasa perit.

Kereta paksu perlahan-lahan meluncur di atas jalan raya. Ini bukan kali pertama aku pergi ke rumah paksu, sebelum ini pernah juga kami berkunjung ke rumah paksu jika ada kenduri atau majlis. Semua itu sebelum mama dan papa pergi tinggalkan aku buat selama-lamanya, kini hanya aku sendiri yang akan pergi ke rumah paksu dan mungkin tidak akan pernah kembali lagi ke rumah mama dan papa.

Aku membuang pandang ke luar tingkap. Air mata yang mengalir, aku sapu dengan hujung jari. Rumah yang dulunya menjadi tempat aku membesar, kini terpaksa aku tinggalkan. Hanya kenangan yang akan menemaniku buat selama-lamanya.

"Mama, papa. Maafkan Melati kerana terpaksa tinggalkan rumah kita. Melati janji lepas Melati dah besar nanti, Melati akan balik jaga rumah mama dan papa, Melati tak akan pergi lagi sampai akhir nafas Melati," bisikku perlahan. Aku tidak mahu paksu dan maksu mendengar rintihan aku.

2 jam perjalanan akhirnya kami sampai di kediaman paksu. Sunyi sepi rumah dua tingkat itu kerana maksu tidak suka suasana yang bising. Mungkin kerana itu lah, mereka tidak dikurniakan anak lagi, atau mereka membuat perancangan keluarga, aku juga tidak tahu. Malas aku hendak ikut campur urusan mereka.

Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, pembantu rumah paksu mendekati aku. Dia mengambil beg di tangan aku dan membawanya ke tingkat atas.

"Susanti, letak kat bilik bawah dekat dengan bilik kau," arah maksu kepada pembantu rumahnya.

"Biar lah dia guna bilik kat atas. Berlambak-lambak bilik tu, awak nak bagi siapa duduk. Rumah kita ni bukannya ada siapa pun." Paksu mendengus kasar. "Susanti, bawa beg Melati ni naik atas. Letak kat dalam bilik kedua tu," sambungnya lagi. Matanya tidak lepas memandang maksu.

Hidung maksu kembang kuncup menahan marah tetapi dia takut hendak melawan kata-kata paksu. Iyalah, berani dia hendak melawan, silap haribulan namanya tiada dalam senarai harta paksu, baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah.

Wajah maksu aku tatap dan menghadiahkan senyuman paling manis buatnya. Sengaja ingin menambah rasa lagi. Di belakang paksu, aku menjelir ke arah maksu.

"Iskk budak ni kang…" Maksu cuba menampar wajahku tetapi aku sempat mengelak dan memaut lengan paksu.

Paksu berpaling. "Eh awak ni dah kenapa? Dengan budak-budak pun nak bergaduh ke?" marah paksu sambil membesarkan matanya.

"Huh! Kau jaga nanti!" Maksu memberi amaran kepadaku.

"Hurm maksu kamu ni datang bulan agaknya, tak habis-habis nak marah. Jom lah Melati, paksu tunjukkan bilik Melati. Mesti Melati suka kan. Nanti Melati beritahu paksu, Melati nak hiaskan bilik tu macam mana, paksu minta orang datang ubahsuai untuk Melati..." kata paksu.

"Wahhh tak sabarnya. Melati suka. Nanti Melati cari design yang Melati suka. Hurm tapi takpa ke? Melati takut nanti maksu marah pula," ujarku sambil muncungkan mulut. Sengaja ingin menarik perhatian paksu.

"Tak apa. Paksu kan ada. Mana maksu kamu berani. Jom lah kita naik atas."

Aku dan paksu perlahan-lahan menapak ke tingkat atas. Sungguh cantik hiasan di dalam rumah paksu. Sesiapa yang masuk pasti akan mengagumi dekorasi di dalam rumah tersebut sementelah paksu seorang yang sukakan kekemasan dan keunikan perabot.

"Okay, kita dah sampai. Ni bilik Melati…" beritahu paksu selepas pintu bilik dibuka.

Mata bulatku terbeliak kerana terkejut melihat ruang bilik yang sangat besar. Fikirku, pasti paksu akan berikan aku bilik yang kecil kerana aku hanya menumpang sahaja di rumah mereka tetapi fikiranku meleset apabila melihat bilik tersebut. Saiz bilik tersebut sama besar dengan bilikku di rumah mama dan papa.

"Melati suka. Wahhh besar lah paksu bilik ni. Terima kasih, paksu."

Aku memeluk paksu kuat. Dalam hati aku sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang bapa saudara yang baik hati dan mengambil berat perihal diriku. Rangkulan di lepaskan perlahan-lahan.

"Sama-sama. Melati masuklah. Rehat dulu yer. Kalau ada apa-apa nanti panggil paksu," kata paksu sambil mengusap kepalaku.

Aku melihat paksu berjalan ke arah biliknya. Dia melemparkan senyuman kepadaku sebelum menutup pintu bilik. Dalam fikiranku telah ada reka bentuk yang aku suka untuk menghias bilik tersebut. Esok akan aku ceritakan kepada paksu. Pasti paksu tidak akan menolak permintaanku.

Aku melompat naik ke atas katil dan berbaring santai. Wajah mama dan papa muncul dalam ingatan. Aku turun daripada katil dan menuju ke arah beg sandang yang aku bawa tadi. Gambar keluarga yang berada di dalam poket beg aku ambil lalu aku peluk kuat. Aku berbaring semula di atas katil sambil menatap gambar tersebut.

"Mama, papa. Melati rindukan mama dan papa. Kenapa mama dan papa tinggalkan Melati sorang-sorang? Macam mana Melati nak hidup tanpa mama dan papa? Melati tak boleh…"

Air mata yang mengalir deras aku biarkan. Aku menangis sepuas hati. Aku tahu mama dan papa tidak akan pernah kembali lagi walaupun aku menangis keluar air mata darah sekalipun. Yang hidup kena teruskan kehidupan. Suatu hari nanti, kita juga akan pergi meninggalkan dunia ini.

Kegelapan malam menemani tidurku. Sejak mama dan papa pergi, sukar untuk aku lelapkan mata tetapi malam ini, aku dapat tidur dengan nyenyak. Mungkin kerana badanku kelelahan.

Keesokannya, aku bangun seperti biasa. Seusai solat subuh, aku mula berkemas. Aku meletakkan semua pakaianku di dalam almari. Gambar mama dan papa aku letakkan di sisi katil. Setelah siap berkemas, aku turun ke tingkat bawah. Aku melihat figura pembantu rumah yang bernama Susanti.

"Akak…" panggilku perlahan.

"Iya, cik. Cik maunya sarapan ya, itu di sama udah saya siapin…" ujar Kakak Susanti.

"Akak dah makan ke?" soalku pula.

"Udah tadi barusan." Jawabnya ringkas.

Aku mengangguk. Aku berjalan ke arah meja makan dan melabuh duduk di atas kerusi. "Akak, paksu dan maksu dah turun ke belum?" tanyaku kuat.

"Belum, cik. Bentar lagi mereka turun. Cik makan aja duluan," beritahunya.

"Owhhh okay…" balasku. Aku mengambil sebiji karipap yang berada di dalam piring dan menuangkan air tea ke dalam cawan. Karipap berinti ayam dan kentang itu aku kunyah perlahan-lahan sambil termenung.

Tidak lama kemudian paksu dan maksu menghampiriku. Aku melemparkan senyuman kepada mereka. Paksu seperti biasa akan membalas senyumanku tetapi maksu membalas dengan jelingan.

"Melati boleh tidur ke semalam? Okay tak?" tanya paksu.

"Okay. Semalam Melati tidur lena. Dah lama Melati tak dapat tidur, semalam jer baru Melati dapat tidur," beritahuku.

"Alhamdulillah. Makan lagi. Ambil nasi goreng tu, makan sampai kenyang," suruh paksu. "Err kejap lagi paksu nak keluar sebab ada urusan sikit, Melati duduk dengan maksu yer. Sayang, nanti tolong tengok-tengokkan Melati ni kalau dia perlukan apa-apa."

"Hurm yer lah…" balas maksu mahu tidak mahu.

"Okay. Melati, kalau Melati nak menanam ke apa, boleh menanam kat belakang sana. Paksu dah siapkan batas untuk Melati. Paksu tahu Melati suka menanam. Nanti paksu belikan anak pokok bunga melur untuk Melati…"

"Wahhh, bestnya. Melati suka bunga Melur. Okay paksu, nanti Melati jalan-jalan kat belakang," balasku dengan senyuman.

Paksu memang pandai mengambil hatiku. Ada sahaja benda yang paksu buat untuk menggembirakan aku. Bukan seperti maksu, semua benda tidak betul di matanya. Mungkin maksu ada masalah hati, sebab itu lah selalu marah-marah.

Selepas makan, paksu keluar kerana perlu berjumpa dengan seseorang. Aku abaikan sahaja kerana aku tidak faham urusan kerja paksu. Di dalam rumah ini, tinggallah aku bersama maksu dan Kakak Susanti.

"Melati, maksu nak kau kemas semua ni, kejap lagi kalau aku balik, kerja kau tak siap lagi, mampus kau aku kerjakan. Kau faham!" Kata maksu dengan muka yang garang. Bola matanya memandang tepat ke wajahku.

"Semua dalam stor ni ke maksu? Banyak la, mana sempat Melati nak kemas. Dah la Melati sorang-sorang jer..."

"Kau ni memang suka melawan kan." Tangannya singgah di perutku.

"Ahhh sakit lah maksu…" Aku menggosok-gosok perutku.

"Apa yang aku suruh tu, kau buat jer lah. Kau jangan nak besar kepala ek. Owh mentang-mentang lah paksu kau berlembut dengan kau, kau berani nak pijak kepala aku, hah! Pastikan semua ni dah kemas sebelum aku balik. Kau faham!" Tengking maksu kuat. Dia berjalan masuk ke dalam rumah. "Susanti, kau jangan tolong dia, kalau aku tahu kau tolong dia, kau keluar daripada rumah ni, faham!" Pesan maksu kepada Kakak Susanti pula.

"Iya, puan." Balas Kakak Susanti. Dia mengangguk sambil menundukkan wajahnya. Takut hendak menatap muka maksu agaknya.

Aku pula hanya mampu membatukan diri. Air mata yang bertakung kini mengalir tanpa segan. Sampai mati pun, namaku tidak akan terpahat di hati maksu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience