Bab 26

Romance Completed 207871

Selesai sarapan pagi, Caden hubungi semula room service untuk mengemas. Waktu itu Intan berada di dapur membasuh tangan.

Tidak lama, pinggan di atas meja siap dikemas.

Intan mengeringkan tangan lalu berjalan menghampiri Caden di ruang tamu.

Helmet yang elok terletak di atas meja diambil lalu diletakkan di atas lantai di tepi dinding berhampiran pintu keluar.

"Come here" panggil Caden.

Intan datang menghampiri Caden dan melabuhkan duduk di hujung sofa.

"Kenapa jauh sangat. You afraid of me?" usik Caden.

Intan ubah duduknya, hampiri Caden.

"What happen?" soal Caden pada Intan, bimbang.

"Semalam lepas saya balik ke rumah petang tu, saya keluar semula untuk jogging tapi tak jauh pun, dalam kawasan taman itu juga."

"Lebih kurang satu jam jogging, saya balik rumah tapi bila sampai, rumah saya dah digeledah. Habis peralatan saya dirosakkan dan ada beberapa barang saya diambil." terang Intan sambil wajah Caden dipandang.

"Awak tahu siapa yang buat?" soal Caden.

Intan menggeleng.

"Kalau saya tau memang saya cari. Nahas la kalau dapat kat saya" balas Intan geram.

Garang!

"Saya tak pasti siapa yang buat. Tapi, macam orang tu dah lama intip saya" kata Intan lagi.

Caden teraguk-aguk setuju.

"Macam mana boleh terlintas nak datang sini? Tak takut masa awak datang semalam saya ada sekali?" soal Caden.

Wajah gadis itu diperhati. Manis dengan tahi lalatnya.

"Ada juga fikir pasal tu tapi Amira cakap awak jarang tidur kat sini malam-malam. Lagipun saya tengok kereta awak tak ada kat parking. Tu sebab saya masuk sini. Maaflah tak minta kebenaran." ucap Intan.

Bersalah pulak rasanya, macam ambil kesempatan.

"It's okey, perkara kecil je" kata Caden.

Diam seketika kedua-duanya.

"Do you have the answer?" soal Caden serius pada Intan.
Matanya memanah mata cantik Intan.

Nafas ditarik panjang dan dihembus. Berat sangat rupanya.

Lalu Intan mengangguk.

"The answer is?" tidak sabar Caden nak tahu.

"Yes" ucap Intan sepatah.

"Let's go to my office" kata Caden lalu berdiri dan berjalan ke arah pintu keluar.

Intan bangun mengekori Caden dari belakang.

Boleh ke aku nak hidup dengan lelaki ni. Siapa dia sebenar pun aku tak tahu. Apa yang hasut aku untuk terima pun, aku tak tau.

Mungkin sebab di hati aku ada nama Caden? Tak guna kalau hanya aku. Kebahagiaan perlukan kedua-dua pihak bersatu.

Panjang nafas dihembus.

Sebaik tiba di hadapan pejabat, password pintu ditekan Caden. Daun pintu dibuka.

Caden melangkah menuju ke meja kerja lalu melabuhkan duduk manakala Intan pula duduk di kerusi di hadapannya.

Intercome ditekan memanggil Carlos.

Tidak lama Carlos muncul bersama fail di tangan dan menyerahkannya pada Caden.

"Ini semua maklumat yang awak perlukan. Termasuk rakaman CCTV. Saya rasa semua ni sudah cukup untuk polis membuat tangkapan dan serbuan" kata Caden lalu menyerahkan fail tersebut pada Intan.

"Tapi ingat, saya tak mahu ada sebarang kebocoran rahsia mengenai maklumat ini" sambung Caden.

Ye, aku tau lah. Macam la aku ni baru buat kerja. Intan mengomel.

Fail disambut dan isi kandungannya dilihat. Maklumat yang lengkap. Intan mengangguk.

"Tapi sebelum tu, boleh awak serahkan salinan kad pengenalan?" soal Caden.

Bulat mata Intan memandang Caden. Nak buat apa pulak dengan kad pengenalan aku.

"Nak daftar nikah. Esok kita nikah jam sembilan pagi. Nikah di pejabat agama." terang Caden.

Tegak Intan memandang Caden di depan. Tak percaya.

"Esok? Cepatnya" soal Intan.

"Bukan itu yang awak nak. Lagi cepat nikah, lagi cepat misi awak selesai, kan?" soal Caden serius.

"Tapi saya tak bawa baju yang sesuai untuk majlis esok. Nak beli macam tak sempat" perlahan suara Intan.

Kesian kau Intan, nikah cowboy. Orang lain, sakan meriahnya. Ada sayu di hati Intan. Bergenang tubir matanya. Laju tangan naik mengesat, tidak mahu dilihat lemah.

Nafas ditarik. Intan pandang Caden di hadapan.

"Esok saya nak tunggu di mana?" soal Intan.

"You just wait here. Kita gerak sama-sama. Pasal baju jangan risau. Nanti Carlos sediakan." terang Caden.

Mahu tak mahu, Intan hanya mengangguk.

"Malam ni awak boleh tidur di bilik rehat. Don't worry, i'm going my home tonight" kata Caden.

"Kalau macam tu saya keluar dulu. Perlu serah maklumat ni pada HQ" kata Intan lalu bangun untuk beredar.

"Nak pergi dengan apa?" soal Caden bimbang.

"Saya serah pada rakan saya untuk hantar ke sana. Tak apa, saya boleh uruskan" kata Intan lalu bangun dan menapak keluar.

Caden hanya memerhati Intan meninggalkan pejabatnya.

Maafkan saya Afrina. Saya terpaksa.. Tolong jangan benci saya.

"Den, kau tak risau ke Intan keluar seorang tu?" soal Carlos.

"Kau tolong hantar budak follow Afrina. Ada apa-apa, call segera" kata Caden.

Carlos kemudian menyeluk poket seluar lalu mengambil telefon bimbit dan menghubungi seseorang.

"Dah, aku dah minta Fahmi follow. Apa-apa nanti dia bagitau segera" kata Carlos lalu kerusi di hadapan Caden ditarik dan duduk dilabuhkan.

"Kau okey ke ni, makin serabut aku tengok" soal Carlos bimbang.

"I don't know Carl. Aku risau Cleine tahu je pasal ni" luah Caden.

"Apa yang aku tahu, rumah Intan bukan kerja Cleine, tak pasti siapa. Aku cuba siasat." maklum Carlos.

"Hm.. Maknanya lepas nikah esok, Intan terus tinggal kat sini ke macam mana?" soal Carlos.

"Aku tak fikir lagi Carl. Takkan aku nak bawa tinggal rumah aku. Kau taulah, orang-orang Cleine pun memerhatikan aku juga" balas Caden serabut.

"Bila kau nak bagitahu Cleine pasal ni?" tanya Carlos lagi.

"Lepas nikah aku bagitau. Aku bimbang kalau bagitau sekarang nanti ada tentangan dari Cleine, dia pasti lakukan sesuatu sebab dia tak nak papa serahkan syarikat pada aku. Kau pun kenal dia macam mana kan" luah Caden lalu bangun dari kerusi dan melangkah ke sofa.

"Kau banyak sangat mengalah dengan dia Den, sampai dia pijak kepala papa, kepala kau" tegur Carlos sambil bangun dan turut menyertai Caden di sofa.

"Aku malas nak bergaduh pasal harta ni. Ikutkan hati, aku tak ingin pun semua ni. Harta aku kat luar negara tu pun dah lebih dari cukup. Kau pun kenal aku kan." luah Caden.

"Aku tahu tapi ni semua hasil titik peluh papa kau. Kalau serah pada Cleine, kau tak rasa semua ni akan musnah dengan sikap dan perangai dia sekarang ni?" soal Carlos, biar Caden buka mata.

Serba salah Caden dengan permintaan papanya. Ikutkan hati nak aja dia kembali ke luar negara. Biarlah apa nak jadi pada hotel ni pun. Tapi Caden tahu, ini semua adalah hasil titik peluh papanya.

"Sekarang ni kau tak payah nak fikir sangat. Harap-harap usaha kau dengan Intan berjaya. Yang penting kau fikirkan pasal esok."

"Baju Intan macam mana? Tadi cakap minta aku sediakan. Nak sediakan macam mana, aku bukan tahu saiz baju Intan. Salah beli nanti tak muat pula" kata Carlos.

"Iye lah, lupa. Tak apa nanti kau call butik minta bawa baju-baju yang sesuai dengan saiz yang berbeza. Nanti biar Afrina yang pilih" cadang Caden.

"Okey, kalau macam tu aku keluar dulu" pinta Carlos.

Caden hanya mengangguk. Pening kepala. Perut pula lapar. Lama tak makan di cafe. Kejap lagi la turun.

Caden memejam mata, berharap lena bertandang walaupun seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience